The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Sunday, May 8, 2011

1 Preview : Showdown di Old Kerepot

Match yang paling ditunggu - tunggu oleh semua fan. Match penentuan kejuaraan liga EPL musim 2010/2011. Match yang akan membuatkan kita resah, gelisah dan menggigit jari selama 90 minit.

Selepas kekalahan MU di tangan kanak-kanak Sengal, persaingan liga memang terbuka kepada dua team terunggul EPL. Hanya dibezakan 3 mata, sekiranya Chelsea menang malam nie, The Blues akan merampas kedudukan teratas. Namun jangan menyangka ia sudah berakhir. Kedudukan mata yang sama bermakna Goal Difference akan memainkan peranan dan sudah tentu persaingan akan berlanjutan sehingga match terakhir liga yang berbaki 2 match lagi selepas ini.

Chelsea mempunyai Newcastle, Everton selepas ini sebagai lawan manakala MU berhadapan dengan Blackburn, Blackpool. Fixture Chelsea agak sukar tetapi berbanding Newcastle/Everton yang tiada apa lagi untuk dikejar, tekanan relegation boleh menjadi faktor utama untuk Blackpool/Blackburn beraksi luar dari kebiasaan. Justeru tiada ramalan tetap untuk persaingan liga kali nie. Yupp, ia akan menjadi persaingan paling sengit sehingga match terakhir.

Tapi persetankan kesemua ini dahulu kerana jika Chelsea tak menang malam nie, ianya hanyalah angan-angan kosong semata. Fokus malam ini adalah bagaimana Chelsea menghancurkan MU di laman sendiri. Ya, bagaimana??

Persaingan kali nie memang sukar dijangka, selepas kedua team berada di tahap terbaik, ia akan menjadi pertemuan yang sukar sepertimana di Bridge sebelum ini. Ini adalah 5 key point untuk Chelsea memenangi match malam nie :

Torres starting, atau tidak??

Carlo memberi hint mengenai gandingan Torres-Didi-Malouda sekali lagi di barisan hadapan seperti menentang Spurs namun aku yakin ia hanyalah bluff semata. Selepas kesilapan menggunakan Torres pada pertemuan CL, Carlo takkan terperangkap dengan taktikal yang sama. Menggunakan Kalou sebagai starting option manakala Torres menjadi impak subs Second Half adalah jalan yang paling selamat. Didi perlu menjadi leading man selama 90 min.

David Luiz, lebih matang??

Memang ramai ingat gol fantastik dia di Bridge, tetapi masalah defensive dia tetap menjadi persoalan. Dua kali kekasaran kepada Rooney dan Chicarito bermakna Luiz amat bernasib baik terlepas pandang oleh ref untuk melayangkan kad merah. Tapi jangan lupa malam nie adalah di Old Kerepot, tempat paling biased untuk MU, tambahan lagi dengan fan Setan Merah - Howard Webb berada di atas padang, bermakna takde ruang untuk Luiz membuat kesilapan seperti sebelumnya. Malah Luiz sudah menyebabkan Chelsea mendapat 2 penalty ketika menentang Fulham dan Birmingham menunjukkan kegopohan dia ketika tackling. Semangat dia memang bagus tetapi aku harap dia akan menjadi lebih matang. Mujur dalam 2-3 match sebelum nie aku nampak Luiz dah banyak belajar dari JT untuk menjadi lebih tenang. Aku yakin Luiz sudah bersedia untuk bertemu Rooney malam nie. Keep it up. Luiz!!

Mikel, unsung hero??

Memang tak ramai nampak peranan Obi Wan nie, tetapi dia sememangnya antara impak positif dalam 4 match terakhir kita selepas terkeluar CL. Barisan Midfield kita jelas nampak kukuh dan stabil dengan adanya Mikel malah pemain lain seperti Lampard semakin meningkat dengan adanya cover tambahan di belakang. Walaupun menjadi pemain terbaik Chelsea di atas padang ketika menentang Spurs sehingga menenggelamkan Modric, malam nie situasinya berbeza. Menentang Giggs, legend Wales nie memang aku akui antara player kuda tua yang masih bahaya. Pengalaman dia memang senjata utama yang menyebabkan kita terkeluar CL tempohari, mampukah Mikel mendominasi midfield dan mengawal Giggs malam nie?? Its tough call, tapi aku mengharapkan yang terbaik dari Mikel. Cmon Obi!!

Ivan, The terrible??

Memang senyap sikit Iva nie semenjak diletakkan kat Right Back. Tetapi dia tetap antara tonggak utama kita yang memainkan peranan penting secara defensive di bahagian kanan. Di manakah Bale ketika melawan Chelsea?? PFA Player of the year?? Haktuihh!! Iva memang best, tetapi malam nie adalah sorang lagi lawan sukar buat Iva. Crybaby, ataupun jelmaan bapuk CR7
- Nani memang antara winger yang sukar dikawal. Kepantasan dia memang sengaja membuatkan untuk pihak lawan tackle dan dikenakan kad kuning dan akhirnya dibuang padang. Iva ada peranan penting malam nie, senyapkan Nani dari merengek dengan ref. Nani The Crybaby vs Ivan The Terrible, siapa akan menang??

Didi - still the King??

Peningkatan Didi dalam 2-3 minggu terakhir ini memang hadir pada waktu yang tepat. Walaupun Torres tak memberikan impak kuat pada Chelsea, sekurangnya dia menjadi faktor utama Didi keluar dari kelompok selesa dan menjadi BEAST semula!! Seperti yang aku ulas sebelum nie, Didi akan perform bila ada persaingan dan jelas Torres adalah punca utama Didi bermain gempak ketika ini.

Selain menjaringkan gol, Didi jugak kini bermain sebagai playmaker. Dengan 26 assist, lebih tinggi dari 13 assist Malouda musim nie bermakna Didi sememangnya titik penting kita pada Final Third untuk menembusi gawang lawan. Aku memang tak boleh bayangkan Chelsea tanpa Didi musim nie. Ketiadaan perancang menyebabkan kita kurang gol sebelum nie dan Didi memang penyelamat kita. Striker yang boleh score dan assist, sape tak respek?? Kalau Torres nak gantikan Didi, hmm masih banyak dia perlu belajar beb. Theres only one King Didi!!

Jika Chelsea nak menang malam nie, kita perlukan Didi bermain di tahap tertinggi untuk melemaskan Rio dan Vidic. Manakala Torres boleh masuk subs untuk menambah kepantasan ketika defend MU dah penat.


Skuad Chelsea malam nie :

Cech
Iva-JT-Luiz-Ash
Lamps-Mikel-Essien
Kalou-Didi-Malouda

Result Prediction : MU (1) - Chelsea (2)


Can we win the title?? Of Course We Can!!

Lets Kill This dEVIL, Tonite!!

KTBFFH!!


1 comment:

M.i.n.D.F.r.e.A.k.z! said...

kill the devils ker kill the lion...hehehehehe...