The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Monday, August 8, 2011

4 Yuri keluar, Lukaku masuk - Siapa lagi??


Berita Yuri dijual ke Anzhi Manchakala (betul ke aku tulis nie??) diganti dengan pembelian besar pertama AVB, Romelu Lukaku ke Bridge..Masih ada subjek medical perlu dilalui oleh Lukaku hari ini tetapi segalanya hampir pasti berjalan lancar!!

Dengan harga yang agak munasabah (£18m), Lukaku boleh dikatakan pembelian yang lebih berbaloi dari Neymar mahupun Pastore yang bagi aku memang overrated..Malah AVB sendiri sudah tentu mempunyai alasan tersendiri untuk membeli Lukaku sebagai salah satu senjata rahsia untuk mendominasi EPL..

Masih ingat bagaimana gandingan Falcao-Hulk untuk Porto musim lepas?? Berkemungkinan AVB mahu mencipta satu lagi duo baru di Bridge..Torres-Lukaku nampak seperti striking partner yang mampu menggegar, dan dengan adanya Danny The Menace Sturridge, kita mungkin tidak perlu risau di bahagian serangan sekurangnya untuk 2-3 tahun lagi..

Namun kini kita ada 6 striker termasuk Anelka, Drogba dan Kalou di bangku simpanan..Sudah tentu akan ada sedikit trimming dalam skuad untuk memberikan ruang merebut 3 posisi serangan di hadapan..Bagi aku Didi harus stay sebagai mentor Lukaku sekurangnya semusim, justeru meninggalkan option kepada Kalou dan Anelka..Siapakah yang akan disingkirkan??

Dengan hadirnya Lukaku, bermakna transfer activity kita semakin menunjukkan progress positif..Romeue sudah cover bahagian defensive midfield, justeru meninggalkan kita kepada bahagian kreativiti kita yang belum terisi..Playmaker yang dicari masih belum diperoleh, adakah kita akan mengejar Modric sekali lagi? Atau AVB sudah cukup berpuas hati dengan skuad sedia ada dan mempertaruh keyakinan kepada Josh McEachran?? Bahagian wing kanan juga bermasalah semenjak pemergian Joe Cole, Duff dan Robben serta penurunan prestasi Anelka dan Kalou..Danny Sturridge nampak mampu menggalas tugas di posisi ini namun kita perlukan satu lagi pembelian berkualiti..Lihat Manure, berapa banyak winger bagus yang diorang ada?? Aku mengharapkan kita membeli Adam Johnson, namun ia mungkin takkan berlaku dalam masa terdekat.

Apa pandangan korang?? Siapakah yang perlu keluar, siapa perlu masuk?? Dengan Lukaku, adakah skuad kita sudah complete untuk musim baru?? Berikan komen anda. KTBFFH!!



4 comments:

POHPALEH BURGER said...

kalau antara anelka ngn kalou aku prefer kalou utk kluar... bg aku anelka lg ok dr kalou..

Raiden said...

memang susah nak pilih, tapi yelah Anelka ok sket sebab kalau kena bench dia macam dah boleh terima..Kalou attitude dia kureng terutama kalau jarang main konfem merungut..lagipun dari segi marketing Kalou lebih senang attract kelab luar sebab masih muda berbanding Anelka..

Raiden said...

tapi info baru dengar cerita psg nak bawak anelka balik kelab asal dia..Kalou nie takde sesape nak ke??

POHPALEH BURGER said...

haiyaa... tu ler.. kalou takde sape sudi ke.. series aa aku lbih ska anelka dr dia... tu laa... anelka cool je.. takde nak cpt2 melatah.. org tua la katakan hehe.. harap2 takde sesapa yg nak sambar anelka..