The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Wednesday, December 29, 2010

0 Tempoh Darurat

It’s just fucking nightmare-yet again. Kita kalah 1-3 kepada budak Sengal di Emirates. Walaupun kita kalah bukan sebab Arsenal hebat, tetapi Chelsea yang semakin lemah. Kesilapan defensive sekali lagi menjadi ruji, membuatkan aku sakit hati, serta tak lalu nak tengok lagi.. Sukar diucapkan tapi hakikatnya jelas terpampang.Kita bukan lagi favourite untuk memenangi EPL. Kita tidak sekuat dahulu. Kita tidak digeruni lagi seperti musim lepas.Accept that. Kalau dengan budak kecik pon boleh kalah, aku taktau le nak cakap apa lagi. Jika sesiapa menganggap kepulangan Lampard mampu mengubah situasi, yeah kita amat silap, kerana masalahnya bukan kepada player, tetapi mentality berpasukan. Kita hilang hunger, determination dan killer touch yang sekian dahulunya menjadi kekuatan kita di saat sukar.

Kepada Ancelotti, please hanya kau sahaja mampu mengubah situasi celaka sekarang nie. Sedar tak sedar, Roman dah tentu bersedia menghukum sesiapa yang membuat kesilapan. Jika Special One boleh disingkirkan, kawan baiknya Grant pon boleh dipecat, apatah lagi Ancelotti yang hanya baru bermula untuk membina rejimnya di Stamford Bridge. Jika mahukan selamat, Ancelotti perlu membuat PERUBAHAN DRASTIK seberapa segera..

- Jangan beri muka kepada pemain senior. Yeah sememangnya ramai player tua – tua kita yang dah naik lemak bajet untouchable. Kalou, Mikel, Ferreira, Didi – antara yang aku kurang gemar la sekarang nie. No one bigger than club. Masalah takkan selesai jika Carletto meletakkan pemain yang sama dalam setiap match, mengharapkan keajaiban agar diorang berubah dan jadi power kembali dalam sekelip mata..Use another player, Sturridge, Kakuta, Josh, Van aanholt – kita perlukan fresh legs!!

- Centre Back WAJIB beli..Januari dah hampir, jadi nasihat aku tolonglah sign satu dua player bagi kekuatan tambahan buat skuad kita yang agak lesu kebelakangan nie..Centre Back memang wajib beli, apeke bangang punyer awal musim dulu tak beli CB sedangkan kita dah tahu tanpa Carvalho, kita hanya ada 2 CB berkaliber JT dan Alex yang tinggal..Bruma?? Hmm memang aku ada harapan tinggi kat budak belanda nie, tapi jika Carletto yang usha training session tiap-tiap hari pon tak approve bakat dia, apatah lagi kita Fan yang hanya boleh usha dari jauh..Satu lagi hal Ivanovic memang tak boleh blah jadi CB beb, macam terpaksa je aku tengok dia jadi central defence, kesilapan demi kesilapan terbaru lawan Arsenal dengan terlepas gol kedua dan ketiga menambah bukti Iva bukanlah gandingan sesuai buat JT..Find someone Natural CB, bukannya bidan terjun!!!

- Give slap to their face!! Adakah player kita dah cukup berpuas hati dengan Double musim lepas?? Jelas lagi nyata Izhar Halki, kesemua pemain macam takde hunger nak menang game sejak kebelakangan nie seolah-oleh tak kisah jika kita tak dapat pertahankan EPL musim nie..Dengan mata yang amat jauh dengan Manure, peluang kita memang tipis dan aku tak pasti jika kita ada harapan kat Champions League pulak musim nie..Jika menang FA CUP sahaja dah tentu tak berbaloi - sememangnya pencapaian yang down dari double champion musim lepas..Its down to Carletto kini, fikirkan bagaimana nak memotivasikan para pemain – panggillah Dr. Fadzilah Kamsah pon takpe, mandi bunga ke, janji pemain bersemangat semula!!

It’s easier to talk, but harder to prove..Aku dah muak dengan kata- kata ‘ kami akan bermain bersungguh-sungguh, ini hanya cubaan semata, selepas nie kami akan bangkit’ dari para pemain..Jangan hanya bercakap, buktikan di atas padang!! Gersang 7 game memang membuatkan aku rasa itchy, ngilu dan seriau semacam – sememangnya bukan Chelsea yang biasa..Harap kita tak jadi macam Liverpool dah la, mintak dijauhkan penyakit Benitez dari masuk kem kita..Sebagai Fan, dah tentu kita tak mampu berbuat apa-apa selain berharap pemain kembali bangkit ..Sudah tentu kita akan setia di belakang The Blues sampai bila-bila, harap kesetiaan kita akan dibalas semula!!

Dengan 6 mata di belakang Manure, lebih satu game pulak tu, dah tentu harapan kita mempertahankan trofi EPL agak tipis..Apa yang kita boleh harapkan kini CL dan FA Cup, tapi TETAP jangan berputus asa lagi pada liga...Walaupun jauh dan agak sukar, segalanya tak mustahil..Harapan aku hanya kita dapat kembali ke landasan kemenangan secepat mungkin, bermula dengan Bolton Khamis nie dan konsisten sehingga akhir musim..Menang atau tidak liga, bergantung pada nasib samada Manure akan drop point atau tidak..CL akan menjadi top priority kini, mungkin banyak ranjau tetapi jika determine, tak mustahil Carletto mampu membawa trophy CL pertama ke Bridge..It’s down to us now!! Aku masih ada faith kepada The Blues untuk melakukan sesuatu yang marvellous musim nie, KTBFFH!!

No comments: