The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Sunday, December 5, 2010

0 Post Match : Kita Perlukan Perubahan Drastik!!

-Sekadar Gambar Hiasan-



Hatiku Gundah Gulana,

Mengenang The Blues diriku tenat,
Makin diingat makin merana,
Bilakah akan semuanya tamat??


BULAN YANG MEMENATKAN - takde ungkapan yang lagi bagus buat Fan The Blues sekalian selain November adalah mimpi ngeri buat kita semua..Jika bulan lepas kita boleh mendabik dada dengan berada top spot liga bersama jarak 5 mata di atas , yeah ia sememangnya kedudukan yang amat selesa malah hampir 4 bulan kita merajai takhta tanpa ditandingi sesiapa pon..Namun hanya sebulan segalanya sudah berubah, kecederaan pemain utama, pemergian Wilkins, rumours manager dipecat dan berbagai-bagai crap stories lagi menyebabkan menyebabkan kita mencatat rekod perjalanan liga yang teruk dengan hanya 1 kemenangan dalam 5 match terakhir..Chelsea kini terhumban ke tangga ketiga, 2 mata di belakang budak-budak Sengal di tempat teratas..

Match malam semalam adalah satu lagi episod duka lara croft dalam musim liga kita kerana hanya mencatat keputusan seri 1-1 menentang Everbontot..Walaupun tak bolos awal seperti sebelum nie, kali nie kita ada penyakit baru pulak bolos last minute..Walaupun kita menyambut kepulangan Essien dan JT dari suspension dan injury, nampaknya kepulangan diorang tetap tak boleh menghentikan badi celaka malang kita buat masa nie!!

Persediaan skuad semalam boleh dikatakan Carletto mengambil langkah selamat dengan menggunakan formasi lama 4-3-3 malah kurang perubahan dari segi pemilihan pemain dilakukan walaupun result kita kini kurang menyerlah..Yeah, Carletto mengambil langkah pure & simple dan berharap agar skuad lama yang dahulunya boleh belasah Wigan 8-0 mampu membuahkan hasil!!

First Half, boleh dikatakan agak seimbang walaupun Chelsea lebih banyak mendapat peluang terbaik menjaringkan gol..Antara highlight dah tentu volley JT yang terkena palang namun kita gagal menerjah gawang sehinggalah 5 minit terakhir separuh masa..Anelka dijatuhkan dalam kotak penalti dan Didi dengan mudah melaksanakan tugas yang diberi..1-0!! Fan Chelsea tersenyum lebar..


Second Half, aku mengharapkan aksi yang lebih konkrit boleh dilakukan dan jika lebih baik second goal perlu dicari untuk memastikan 3 mata milik kita..Tapi kadangkala apa yang diharap itulah yang tak menjadi..Everbontot memang bersemangat giler babeng untuk mencari gol penyamaan dan Chelsea dilihat 'lemas' dalam asakan bertubi pihak lawan..Aku pon tak tahu apa masalahnya tetapi mifield kita tak hidup langsung!! Passing yang tak accurate, possesion yang menghilang, teamwork yang teruk!! Para pemain kita hilang punca di atas padang malah aku tengok Drogba macam nak dribble sengsorang seolah-olah dia sepantas Messi!! Kenapa tidak bermain lebih terkawal, kekalkan possesion dan menyerang secara cermat?? Everbontot memang menyerang dengan corak passing yang kemas, serta urgency yang mengancam membuatkan aku tak senang duduk..Beberapa kali Cech terpaksa menyelamatkan keadaan malah kita bernasib baik kerana tandukan Rodwell hanya terkena tiang walaupun Pete dah tewas..Namun untuk 5 minit terakhir, kita tak begitu bernasib baik kali nie, Coleman yang berlari-lari membawa bola berjaya melepasi 3 defender kita kita sebelum cross bola le dalam kotak penalti..Cahill menanduk bola kearah Beckford yang tidak dikawal dan apa yang terjadi seterusnya memang FUCKING SHIT!! Result 1-1 lagi, hanya satu mata berjaya dicari, kita tertolak ke tempat ketiga!!




Aku pon tak pasti apakah yang masih kurang kepada skuad Chelsea ketika ini?? Nak kata takde pemain hebat, boleh dikatakan hampir semua pemain utama kita Didi, Essien, Malouda, JT bermain penuh 90 minit semalam..Adakah kita perlu menunggu complete skuad baru boleh bermain elok?? Jujur aku kata, jika Lampard dah kembali pon, aku masih ragu jika kita boleh surivive keadaaan sekarang..Frankie takkan boleh menyelamtkan kita secara berseorangan jika teammate dia main macam haram..Bagi aku pemain bukan masalah, tapi mentaliti..Aku tak pasti kenapa kita seteruk nie dan dimanakah semangat Ombak Biru Ganas suatu masa dahulu?? Mungkin juga kehilangan Wilkins menyentap semangat pemain kita tetapi aku harap diorang perlu keep going on dan mencari semangat yang hilang dulu!!

Seriously, kita perlukan perubahan DRASTIK..Bukan pertukaran manager or staff, cuma Carletto perlu buat beberapa perubahan kepada taktikal dan pemilihan pemain :

1) Rehatkan pemain senior yang MALAS!! - Pemain lama macam Didi, Kalou hampir kesemua diorang main macam celaka tapi still Carletto consider diorang dalam first team..Aku boleh tahan kalau gersang 1-2 game tapi nie dah 5 game beb takde perubahan dari segi performance!! Carlo perlu lebih berani buat perubahan, show them you're the boss!! Sebab pemain senior macam Didi mungkin anggap diri diorang untouchable jadi main pon macam taik je skang..We need Young, Fire Blood!!

2) Masukkan PEMAIN MUDA - Apa?? Menampah maut?? Beli pemain baru lagi bagus?? Diingatkan kita belum dalam musim perpindahan, lagipun nak harapkan pemain senior lagi adalah sesuatu yang tak logik sebab diorang main teruk giler skang nie..Please masukkan Super Sturridge, juga Kakuta dan McEachran sebab bagi aku diorang ada semangat darah muda yang nak menang berbanding pemain senior kita yang dah tua kerepot dan tak bernafsu kuda..Bukan aku kata diorang dah tak bagus cuma kadangkala diorang dah naik lemak, jadi bagi je rest dan cuba pemain muda kita pulak dalam match seterusnya!!

3) Selesaikan masalah LUAR PADANG - Kes Wilkins keluar mengejut masih lagi isu dalam kem, malah aku rasa dia akan ambil masa nak reda..Malah Carlo juga still dalam proses menyesuaikan diri dengan assistant baru Emenalo dan Paul Clement..Aku tak pasti siapa yang lantik assistant baru nie naik tapi yang aku pasti Carlo masih lagi sedih membe baik dia Wilkins dibuang begitu je, malah pemilihan staff juga bukan dalam tangan dia beb..Dah tentu struktur organisasi agak bercelaru kini dan nie semua sebab Roman sebab masuk campur dalam management..Aku harap situasi di kem akan aman macam dulu balik, resolve the environment, baru pemain boleh training dengan fokus!!

Adakah korang rasa badi celaka nie akan reda secepat mungkin?? Jangan terlampau berharap, kerana ia bakal jadi lebih teruk dari sebelumnya..Check the fixture!!

12 Dec vs Tottenham (Away)
19 Dec vs Manchester United (Home)
27 Dec vs Arsenal (Away)

Yeah, memang macam haram fixture kita pasnie, dan jika kita kantoi dalam 3 match nie aku boleh kata Bye - Bye kepada Trofi EPL..Tapi jika kita boleh menang 3 game nie dan retain 9 Full Points, dah tentu ia akan menterbalikkan situasi dan kita akan berada di atas semula..Bukan senang dan aku harap seluruh skuad Chelsea kembali bersatu sebagai satu team!!CMon The Blues!! KTBFFH!!












No comments: