The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Sunday, December 12, 2010

Preview : Its Do, or Die!!


Match malam nie dah tentu antara match terpenting kita dalam musim nie..Pembukaan kepada 3 Game Maut - Spurs, Manure dan Arsenal merupakan cabaran terbesar buat para pemain The Blues dari segi mentaliti dan fizikal..Jika dapat menang 3 Big Game nie, dah tentu kita akan kembali favorite..Tapi jika kalah, pressure akan menggunung, motivasi akan lebur dan aku merasakan peluang kita untuk mengekalkan trofi EPL akan menipis, sedahsyat itu!! Mahu tak mahu, kita perlu menang- Its Do, or Die!!


Sudah tentu kita akan menantikan keajaiban malam nie di White Hart Lane, selepas gersang 6 game tanpa kemenangan di EPL..Prestasi Spurs agak gempak skang, walaupun seri 3-3 dengan Twente, diorang dapat menamatkan group dengan Top Spot dan sebagai kelab ciput di Europe dah tentu ia pencapaian yang boleh kira gempak dengan menolak 'Juara' Inter ke Second Spot..Tambahan pulak di Lorong Hati Putih, kita tewas 2-0 beb musim lepas jadi boleh dikatakan ia tak semudah yang disangka..Bale dan Lennon antara yang akan menyentap jiwa raga kita malam nie, harap Bosingwa dan Ashley Cole akan bersedia sepenuhnya..Its gonna be tough match!!

Mengenai persedian skuad, malangnya Frankie hampir pasti takkan beraksi malam nie..adakah harapan terlampau tinggi?? Yeah memang musthail Lampard boleh sembuh dengan sebegitu segera, malahan selepas terlepas 2 bulan bermain secara regular, dah tentu kita takkan boleh meletakkan Frankie untuk terus masuk sebagai Starting 11 terutamanya dalam match sebesar Derby London malam nie..Aku hanya berharap Lampard akan bersedia untuk lawan Setan minggu depan..Untuk malam nie, aku harap Carlo masukkan pemain Next Future Super Frankie, Josh McEachran!!

Can he make the difference??

Dengan Ramires main macam celaka, aku harap Carlo membuka mata dan masukkan Josh sebagai starting 11 malam nie..Korang usha match Marseille?? Budak 17 tahun nie main memang bagus, dan diletakkan di posisi Pirlo, menunjukkan Carletto sememangnya memberikan harapan tinggi untuk kita melihat World Best Playmaker dalam pembikinan..Passing yang accurate, tenang, dan mampu mengekalkan posesion adalah antara ciri-ciri Playmaker Sejati - dan Josh ada kesemuanya!! Tanpa Lampard, jelas kita kurang kreativiti di bahagaian tengah, dan aku yakin Josh adalah jawapannya!!

Pemain lain, Anelka dan Ash akan kembali beraksi selepas direhatkan Rabu lepas..Alex kemungkinan akan terus sidelines selepas kecederaan lutut sekaligus gandingan Iva-JT akan terus dipertaruhkan..Bosingwa dan Ash akan cuba merantai lipas kudung Lennon dan Bale..Mikel dan Essien dah tentu akan menjadi guardian di kawasan tengah, dan aku harap Little Kid Josh akan diberi peluang menyusup sebagai playmaker kita malam nie..Trio Malouda, Didi dan Anelka akan diberi peluang sekali lagi untuk menamatkan badi gol diorang..Jika mahukan alternatif, Sturridde dan Kalou boleh dimasukkan sebagai subs untuk mengubah corak dan dimensi permainan..Aku tak pasti kenapa dan mengapa amat susah tengok trio nie gol sekarang, terutamanya Open Play dan aku harapkan badi nie akan tamat di Lorong Hati Putih!!

Skuad malam nie :

Cech
Bosingwa-Ivanovic-JT-Ash
Mikel-Josh-Essien
Anelka-Didi-Malouda

Result Prediction : Spuds (1) - Chelsea (2)

Match LIVE Astro 817 11.00 Malam 12 Disember 2010

Yeah memang sukar aku nak bajet result malam nie kerana Spuds sekarang bukan calang - calang team yang boleh kita ayamkan macam zaman dulu-dulu..Apa yang penting kita perlu hapuskan kelemahan utama kita sekarang iaitu Bolos Gol Awal..Aku mahukan defence kita kembali kental macam awal musim dan jika kita dapat kekalkan clean sheet aku yakin kita boleh menang malam nie..Mungkin agak sengit dan bakal dibezakan dengan 1 gol sahaja beb..Cmon The Blues, Prove Everyone Wrong!! KTBFFH!!