The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Monday, December 27, 2010

1 Harimau Biru semakin panas, Singa Biru sedia mengganas!!




Buat pertama kali aku melihat aksi skuad negara di peringkat antarabangsa, ini boleh dikatakan pertama kali aku melihat skuad Malaysia ‘sekuat’ ini..Berjaya meratah Si Garuda Indon 3-0 memang pencapaian fantastic buat sukan bolasepak kita yang sekian lama menyepi..Syabas buat Rajagobal yang berjaya membina satu team bolasepak yang benar- benar jitu,mantap, made in Malaysia, bukannya seperti Indon yang mempunyai berjuta penduduk tetapi nak cari striker utama pon kena import mamat telenovela Gonzalez..Papepon misi belum berakhir, mari kita doakan skuad negara mampu menutup mulut pengkritik dan menjulang piala di Stadium Bung Karno, Indon Rabu nie!!

Okeh sudah mengenai skuad negara, buat peminat Chelsea, diingatkan kita ada match malam nie..Yeah mungkin lawan budak-budak kecik je, tapi dah gersang 6 game takde menang nie buatkan aku rasa sasau lain macam, malam nie kita wajib kutip 3 mata!! Disebabkan Manure dan Mancee dua-dua kutip 3 mata semalam membuatkan kedudukan kita untuk merampas kembali Top Spot agak sukar, jadi agak pressure buat para pemain..Season masih panjang tapi sekiranya kita drop mata lagi pasnie, dah tentu agak sukar nak mengejar..Segala badi harus berhenti setakat nie, bermula menentang Sengal, aku mahukan kita mengutip 3 mata secara konsisten sehingga akhir musim!!



Berita baik dah tentu Super Frankie Lampard yang dah kembali fit dan dikatakan begitu ‘excited’ untuk beraksi sebagai kesebelasan permulaan buat pertama kali dalam 2 bulan..Aksi kameo ketika menentang Spurs dari Lamps sememangnya memberikan impak ketara dan hampir memberikan kemenangan buat The Blues..Dengan kembalinya gandingan Lamps, JT sebagai heart and soul The Blues selama nie, aku harap kita dapat melihat kembali karakter Chelsea yang pantang menyerah kalah seperti dahulu..Rock ‘em’you Blues!!

Salah seorang lagi player yang akan menjadi tumpuan malam nie dah tentu Didier ‘Assasin’ Drogba..Dengan 13 gol dalam 13 game menentang Arsenal dah tentu menunjukkan sesuatu yang special dan tak diragui Didi akan menjadi tumpuan sekali lagi malam nie..Mungkin prestasi dia agak tenggelam kebelakangan nie disebabkan Malaria, tetapi gol menentang Spurs dua minggu lepas diharapkan mampu mengembalikan naluri pemusnah Didi yang sememangnya dirindui..Cmon Didi, show your ruthlessness!!

Skuad Chelsea malam nie boleh dikatakan antara yang paling perfect, hanya Benayoun dan Alex yang masih injured..Kesemua first team player sudah bersedia untuk beraksi dan menebus kesilapan 6 match sebelum nie..Harap kita mampu menterbalikkan situasi!!

Skuad malam nie:

Cech
Bosingwa-Ivanovic-JT-Ash
Lamps-Mikel-Essien
Anelka-Didi-Malouda

Result Prediction : Sengal (0) – Chelsea (2)

Match LIVE Astro ESPN 3.30pg Selasa 28 Disember

Dengan Sengal kembali ke landasan kekalahan selepas kalah dengan Manure, kini adalah masa yang tepat untuk menambah luka parah diorang sepertimana musim- musim lepas..Cmon you Blues!! KTBFFH!!

1 comment:

Unknown said...

Xle nak cakap ada dah melainkan kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah..
Nanti join liberpool main europa league