The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Wednesday, July 21, 2010

0 Hanya Omong Kosong??

Aku Bosan!!


Janji selepas menang Double :

-Akan ada satu Marquee Signing-


Sehingga kini, selepas Piala Dunia tamat, tinggal sebulan countdown EPL, pembelian Chelsea hanya :

-Benayoun $5.5m-

Marquee Signing?? Bau pon takde..


Torres?? Aguero?? Bruno?? Aku dah bosan. Aku yakin fan Chelsea lain juga berfikiran sama. Betul ke ada marquee signing?? Cuba kita fikirkan. Chief executive Ron Gourlay mengatakan 2 bulan lepas :

"The balance is being able to bring players through from the academy and offset some of the higher costs we have spent over the years."
"The bottom line here is that Carlo will recommend any players that he wants in the squad next year.
"What I must say and stress, is that we still have to get this club self-sufficient.
"That is still the goal. We have worked very hard at the academy level."



Kita lihat pulak aktiviti Chelsea sepanjang transfer window :

-Melepaskan Ballack, Joey, Belletti

-Menjual Stoch, Deco

-Membeli Benayoun, ciput 5m

Adakah korang rasa benar dengan dakwaan Chelsea akan bid 70m untuk Torres?? NONSENSE. Realitinya, Chelsea tidak mempunyai duit. Kata-kata Chief executive Ron Gourlay mungkin perlu diambil perhatian, Chelsea mahu menjadi self-sufficient.Apakah yang dimaksudakan self-sufficient?? Bermaksud sebarang duit untuk perbelanjaan kelab akan bersumberkan dari keuntungan kelab sendiri, bukannya lagi dari pemilik (Roman) seperti dahulu..Nie juga bermakna Roman besar kemungkinan sudah tidak mempunyai fund yang berpatutan untuk run kelab seperti Chelsea, tambah2 lagi selepas kegawatan ekonomi tahun lepas. Sebab itulah kita dilihat semakin kerap melatih pemain muda untuk mengurangkan kos gaji. Kita hanya mampu berbelanja jika ada duit mahsyuk.

Sekiranya Chelsea ingin membeli pemain baru, bagi aku ia hanya akan berlaku sekiranya kita akan menjual pemain sedia ada. Dari situ barulah kita akan mendapat fund yang mencukupi. Atas dasar itulah Chelsea melepaskan Joey, Ballack, dan Belletti serta menjual Stoch dan Deco. Aku dapat mersakan BOD Chelsea masih mengumpul dana, dan ia masih tak mencukupi. Buat masa sekarang, aku berharap Ash akan dijual dengan harga setinggi 30-40m supaya kita dapat membeli Aguero. Selain itu?? Schweni, Milner, atau Ozil?? Jangan harap. We don’t have that kind of Money. Itupun aku dapat merasakan jika bernasib baik duit dah cukup, barulah kita boleh mendapat Aguero. Jika tak, mungkin Benayoun akan menjadi satu-satunya pembelian yang boleh kita berpuas hati summer nie. Untuk Fan Chelsea, nasihat aku, jangan berharap sangat.


No comments: