The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Sunday, July 4, 2010

0 Pembelian Pertama!!

Lompat Parti

Walaupun mula2 nampak macam rumours yang murahan, tak disangka Ancelotti memilih Benayoun sebagai pembelian pertamanya sebagai Manager Chelsea..Dah sah dan official, Chelsea dah mengikat midfield Israel nie secara permanent dengan transfer fee sekitar £5m dan kontrak selama 3 tahun..Tapi, berbaloi ke??

Sejujurnya, aku tak merasakan Benayoun akan menjadi pengganti Joey secara direct..Bagi aku pembelian dia hanya seperti situasi seperti ketika kita membeli Beletti, hanya sebagai backup yang bagus sekiranya ada first team player yang injured atau not available..Menepis segala prejudis anti-Israel, aku rasa pembelian Benayoun tak teruk dan tak jugak gempak, kerana selama di Liverpool mamat nie boleh dikatakan pemain paling konsisten dalam skuad..Dari segi vison dan playmaking, mungkin dia lebih bagus dari Joey..Dengan tag semurah £5.5, aku tak rasa kita rugi dalam hal nie..Jangan Lupa, Youssi mampu bermain di mana2 posisi serangan samada wing, supporting striker ataupun midfield aku yakin versality dia akan menjadi aset berguna untuk team..Perlukah Carletto berpuas hati?? Sudah tentu. Ancelotti mahukan seorang pemain yang mampu menjadi backup kepada pemain utama dan tidak akan merungut sekiranya diputuskan untuk memanaskan bangku simpanan..Dalam hal nie, Joey bukanlah pemain itu kerana dia mahukan first team appearance dan bermain secara week in week out..Berlainan dengan Benayoun, dari kata-kata awal menunjukkan dia adalah team player :

'I am very excited to come to a club like Chelsea, it is a big club and I think it is a dream for every player. Hopefully we will be successful.'

Perkataan 'We' sahaja dah cukup untuk membuktikan dia tidak individualistik dan mahukan kejayaan berpasukan!!

Apapun dengan umur 30, aku harap nie bukan marquee signing yang dijanjikan Ancelotti..Aku lebih berharap pemain muda lebih diutamakan musim depan dan Benayoun dan pengalamannya akan mampu membantu Young Blues di tengah padang..Hopefully akan ada banyak lagi signing pasnie!!

No comments: