The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Friday, July 23, 2010

0 Joey join The Fool - And the story behind it


Apa?? April Fool?? Tidak tidak skang July beb..Sah lagi nyata Izhar Halki, Joey dah join seteru utama kita, Live-The -Fool..Bekas winger Chelsea nie yang dilepaskan secara percuma bulan lepas dah secara rasminya mengikat 4 tahun kontrak dengan gaji sekitar £90,000 seminggu, bermakna £10,000 lebih dari gaji terdahulu di Chelsea..

Yup, mungkin Joey bukan lagi pemain Chelsea tetapi aku yakin ramai Fan Chelsea adalah peminat Joe Cole apatah lagi selepas dia dinobatkan sebagai Chelsea Best Player 2007 dengan aksi menakjubkan sepanjang musim tesebut. Walaupun dah dilepaskan secara percuma, sejujurnya aku masih mengikuti perkembangan Joey sebab aku juga agak kecewa coz die nie antara player favourite aku kat Chelsea selain Lampard dan Gudjohnsen. Selepas hampir sebulan berteka-teki antara Top Candidate Sengal, West Ham, Manure, Spurs dan Fool, akhirnya Joey memilih untuk berpindah dari Jambatan Stamford ke Padang Semut..
Keputusan Joey meninggalkan Chelsea masih lagi menjadi misteri, kerana walaupun telah diberikan tawaran kontrak £100,000 per week oleh Chelsea, Joey tetap menolak dan mahu dilepaskan secara percuma, sekaligus memberikan tahap keliru gila babeng dengan gosip perpindahan dia..Mari kita lihat kisah disebalik misteri perpisahan Joey :

Selepas selesai pengumuman kemasukan Joey ke Fool, Ancelotti antara yang pertama memberikan komen " Saya tiada masalah dengan Joey, tapi masalah dia adalah dengan Kelab, its Economic" Adakah benar Joey gilakan duit?? Aku agak sangsi, walaupun agak keliru dengan intention sebenar Joey..Selepas melihat kepada gaji Joey di Fool yang hanya £90,000, berbanding £100,000 yang ditawarkan Chelsea, aku agak lega kerana terbukti nampaknya Joey tidaklah gilakan duit seperti dikatakan..Jadi sebab apa dia berpindah??

Kebanyakan berkata adalah footballing reason..Joey mahukan peluang bermain yang lebih dalam kelab..Di Chelsea, ia adalah sesuatu yang tidak dijanjikan Ancelotti, selepas Anelka, Malouda dan Kalou lebih dianggap sebagai pilihan utama di atas padang..Peluang yang terhad untuk bermain musim lepas walaupun telah kembali cergas menyebabkan Joey dikatakan agak tertekan dan terguris dengan layanan Ancelotti..Joey tidak mahu hanya menjadi watak sampingan, dia mahu menjadi pemain utama kelab..Di Fool, dah tentu apa yang dia mhukan akan tercapai.. Fool kekurangan pemain English, dengan kedatangan Joey sudah tentu kewujudan dia lebih dari dialu-alukan..Sebagai kapal yang agak nak karam, Fool memang nak hancuss dengan pemergian Farah Benitez, dan kedatangan Joey dianggap Messiah diorang..Yup. Footballing reason mungkin salah satu sebab utama dia chow, tapi bukan PALING UTAMA..Kenapa?? Fool tidak bermain Champions League..Jika Joey ingin mengejar footballing reason, dia patut menyertai Arsenal atau Spurs, yang menjanjikan masa bermain peluang bermain di peringkat Eropah yang lebih bagus..

Realitinya, PUNCA UTAMA Joey chow bukanlah kerana duit atau footballing reason. Kata-kata Joey yang membalas kepada komen Ancelotti "Aku bukan chow sebab duit. Aku juga takde masalah dengan Ancelotti, dia adalah Fantastic Manger yang pernah aku bekerja"

Jadi, apakah??

Joey berkata lagi : "My season for Chelsea wasn't great for what I believe were political reasons rather than footballing reasons,"

Political reason?? Mungkin ramai akan menganggap ia bermaksud konfliknya dengan Roman dan pihak kelab. Bukan. Bagi pendapat aku, ia berkaitan dengan gosip panass antara JT dan Bridge musim lepas. Seperti yang kita tahu kes JT memang menyebabkan suasana dalam bilik persalinan Chelsea agak goyah dengan beberapa pemain English terutamanya agak marah denagan JT dan sebaliknya menyokong Bridge. Joey antaranya. Jika imbau kembali selepas kekalahan 2-4 Chelsea kepada Mancee, kita dapat melihat siapakah yang disapa oleh Joey selepas tamat match. Kita dapat melihat dia di pihak siapa.

Political Reason

Lebih hangat lagi, sehari selepas Joey secara offcial join Fool, seorang lagi pemain English dikaitkan dengan perpindahan ke Fool. Dia adalah Wayne Bridge. Pretty Coincidence, right??

Apapon nie hanya spekulasi aku. Kita nantikan apakah sebab- musabab dari mulut Joey sendiri.

"I've loved my time at Chelsea and I love the fans but it is a story for another day and I will tell it. But now is not the time."



No comments: