The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Friday, July 23, 2010

0 Joey join The Fool - And the story behind it

0 Comments

Apa?? April Fool?? Tidak tidak skang July beb..Sah lagi nyata Izhar Halki, Joey dah join seteru utama kita, Live-The -Fool..Bekas winger Chelsea nie yang dilepaskan secara percuma bulan lepas dah secara rasminya mengikat 4 tahun kontrak dengan gaji sekitar £90,000 seminggu, bermakna £10,000 lebih dari gaji terdahulu di Chelsea..

Yup, mungkin Joey bukan lagi pemain Chelsea tetapi aku yakin ramai Fan Chelsea adalah peminat Joe Cole apatah lagi selepas dia dinobatkan sebagai Chelsea Best Player 2007 dengan aksi menakjubkan sepanjang musim tesebut. Walaupun dah dilepaskan secara percuma, sejujurnya aku masih mengikuti perkembangan Joey sebab aku juga agak kecewa coz die nie antara player favourite aku kat Chelsea selain Lampard dan Gudjohnsen. Selepas hampir sebulan berteka-teki antara Top Candidate Sengal, West Ham, Manure, Spurs dan Fool, akhirnya Joey memilih untuk berpindah dari Jambatan Stamford ke Padang Semut..
Keputusan Joey meninggalkan Chelsea masih lagi menjadi misteri, kerana walaupun telah diberikan tawaran kontrak £100,000 per week oleh Chelsea, Joey tetap menolak dan mahu dilepaskan secara percuma, sekaligus memberikan tahap keliru gila babeng dengan gosip perpindahan dia..Mari kita lihat kisah disebalik misteri perpisahan Joey :

Selepas selesai pengumuman kemasukan Joey ke Fool, Ancelotti antara yang pertama memberikan komen " Saya tiada masalah dengan Joey, tapi masalah dia adalah dengan Kelab, its Economic" Adakah benar Joey gilakan duit?? Aku agak sangsi, walaupun agak keliru dengan intention sebenar Joey..Selepas melihat kepada gaji Joey di Fool yang hanya £90,000, berbanding £100,000 yang ditawarkan Chelsea, aku agak lega kerana terbukti nampaknya Joey tidaklah gilakan duit seperti dikatakan..Jadi sebab apa dia berpindah??

Kebanyakan berkata adalah footballing reason..Joey mahukan peluang bermain yang lebih dalam kelab..Di Chelsea, ia adalah sesuatu yang tidak dijanjikan Ancelotti, selepas Anelka, Malouda dan Kalou lebih dianggap sebagai pilihan utama di atas padang..Peluang yang terhad untuk bermain musim lepas walaupun telah kembali cergas menyebabkan Joey dikatakan agak tertekan dan terguris dengan layanan Ancelotti..Joey tidak mahu hanya menjadi watak sampingan, dia mahu menjadi pemain utama kelab..Di Fool, dah tentu apa yang dia mhukan akan tercapai.. Fool kekurangan pemain English, dengan kedatangan Joey sudah tentu kewujudan dia lebih dari dialu-alukan..Sebagai kapal yang agak nak karam, Fool memang nak hancuss dengan pemergian Farah Benitez, dan kedatangan Joey dianggap Messiah diorang..Yup. Footballing reason mungkin salah satu sebab utama dia chow, tapi bukan PALING UTAMA..Kenapa?? Fool tidak bermain Champions League..Jika Joey ingin mengejar footballing reason, dia patut menyertai Arsenal atau Spurs, yang menjanjikan masa bermain peluang bermain di peringkat Eropah yang lebih bagus..

Realitinya, PUNCA UTAMA Joey chow bukanlah kerana duit atau footballing reason. Kata-kata Joey yang membalas kepada komen Ancelotti "Aku bukan chow sebab duit. Aku juga takde masalah dengan Ancelotti, dia adalah Fantastic Manger yang pernah aku bekerja"

Jadi, apakah??

Joey berkata lagi : "My season for Chelsea wasn't great for what I believe were political reasons rather than footballing reasons,"

Political reason?? Mungkin ramai akan menganggap ia bermaksud konfliknya dengan Roman dan pihak kelab. Bukan. Bagi pendapat aku, ia berkaitan dengan gosip panass antara JT dan Bridge musim lepas. Seperti yang kita tahu kes JT memang menyebabkan suasana dalam bilik persalinan Chelsea agak goyah dengan beberapa pemain English terutamanya agak marah denagan JT dan sebaliknya menyokong Bridge. Joey antaranya. Jika imbau kembali selepas kekalahan 2-4 Chelsea kepada Mancee, kita dapat melihat siapakah yang disapa oleh Joey selepas tamat match. Kita dapat melihat dia di pihak siapa.

Political Reason

Lebih hangat lagi, sehari selepas Joey secara offcial join Fool, seorang lagi pemain English dikaitkan dengan perpindahan ke Fool. Dia adalah Wayne Bridge. Pretty Coincidence, right??

Apapon nie hanya spekulasi aku. Kita nantikan apakah sebab- musabab dari mulut Joey sendiri.

"I've loved my time at Chelsea and I love the fans but it is a story for another day and I will tell it. But now is not the time."



Thursday, July 22, 2010

0 Cech-Mate!!

0 Comments

Mula-mula musim dah datang bala..Big Pete kena sawan lagi!! Ermm, maksud aku, injured lagi!! WTF..Cech injured calf sewaktu training dan dia akan direhatkan selama sebulan..Nasib baik musim tak start lagi, tapi Big Pete dijangka akan terlepas dua match awal EPL sebelum akan kembali fit..Untuk Pre-Season dah pasti Cech takkan bermain, dan di situ kita boleh menilai samada Hilario atau Turnbull, siapa lebih layak menyarung glove untuk 2 match terawal musim nanti..Moga cepat sembuh Big Pete!!

Wednesday, July 21, 2010

0 Hanya Omong Kosong??

0 Comments
Aku Bosan!!


Janji selepas menang Double :

-Akan ada satu Marquee Signing-


Sehingga kini, selepas Piala Dunia tamat, tinggal sebulan countdown EPL, pembelian Chelsea hanya :

-Benayoun $5.5m-

Marquee Signing?? Bau pon takde..


Torres?? Aguero?? Bruno?? Aku dah bosan. Aku yakin fan Chelsea lain juga berfikiran sama. Betul ke ada marquee signing?? Cuba kita fikirkan. Chief executive Ron Gourlay mengatakan 2 bulan lepas :

"The balance is being able to bring players through from the academy and offset some of the higher costs we have spent over the years."
"The bottom line here is that Carlo will recommend any players that he wants in the squad next year.
"What I must say and stress, is that we still have to get this club self-sufficient.
"That is still the goal. We have worked very hard at the academy level."



Kita lihat pulak aktiviti Chelsea sepanjang transfer window :

-Melepaskan Ballack, Joey, Belletti

-Menjual Stoch, Deco

-Membeli Benayoun, ciput 5m

Adakah korang rasa benar dengan dakwaan Chelsea akan bid 70m untuk Torres?? NONSENSE. Realitinya, Chelsea tidak mempunyai duit. Kata-kata Chief executive Ron Gourlay mungkin perlu diambil perhatian, Chelsea mahu menjadi self-sufficient.Apakah yang dimaksudakan self-sufficient?? Bermaksud sebarang duit untuk perbelanjaan kelab akan bersumberkan dari keuntungan kelab sendiri, bukannya lagi dari pemilik (Roman) seperti dahulu..Nie juga bermakna Roman besar kemungkinan sudah tidak mempunyai fund yang berpatutan untuk run kelab seperti Chelsea, tambah2 lagi selepas kegawatan ekonomi tahun lepas. Sebab itulah kita dilihat semakin kerap melatih pemain muda untuk mengurangkan kos gaji. Kita hanya mampu berbelanja jika ada duit mahsyuk.

Sekiranya Chelsea ingin membeli pemain baru, bagi aku ia hanya akan berlaku sekiranya kita akan menjual pemain sedia ada. Dari situ barulah kita akan mendapat fund yang mencukupi. Atas dasar itulah Chelsea melepaskan Joey, Ballack, dan Belletti serta menjual Stoch dan Deco. Aku dapat mersakan BOD Chelsea masih mengumpul dana, dan ia masih tak mencukupi. Buat masa sekarang, aku berharap Ash akan dijual dengan harga setinggi 30-40m supaya kita dapat membeli Aguero. Selain itu?? Schweni, Milner, atau Ozil?? Jangan harap. We don’t have that kind of Money. Itupun aku dapat merasakan jika bernasib baik duit dah cukup, barulah kita boleh mendapat Aguero. Jika tak, mungkin Benayoun akan menjadi satu-satunya pembelian yang boleh kita berpuas hati summer nie. Untuk Fan Chelsea, nasihat aku, jangan berharap sangat.


Tuesday, July 20, 2010

2 Katakan TAK NAK!!

2 Comments


Bila Don dah bersuara, aku rasa semua senyap, takleh nak menafikan lagi..Lantak la korang media nak buat rumours macam2 ke hape, semuanya ditidakkan secara rasmi!!

Komen Don Ancelotti mengenai dua player, sekor nak kuar, sekor nak masuk :

ASHLEY COLE

"I didn't speak with him, I don't need to speak with him and he doesn't need to speak to me," said Ancelotti on speculation linking Cole with Real.

"He is a player of Chelsea, did a fantastic season for us and will be an important player for us next season. One hundred per cent."

TORRES

"I don't think we need other strikers - nothing has changed because in the next days come back Drogba, Anelka and Kalou and we have Sturridge."

"We don't need more strikers, we are able to win,” Ancelotti told The Sun.

"We are able to defend the title. We have to defend this title. We want to do our best in all the competitions."


Kalo Don dah bersuara, memang sukar la aku nak bangkang, tapi situasi yang sama gak bila Joey punyer rumours tengah hangat..Mungkin Don boleh menyebut '100% stay' beribu kali tapi kalau BOD nak jual Ash gak, seperti situasi Joey, aku rasa Ancelotti tak boleh wat pape..Roman masih lag panas sebab gosip Ash musim lepas, jadi aku tetap rasa dia akan dijual tak lama lagi..

Mengenai striker, aku agak setuju ngan Don, sebab mengenangkan list striker yang kita ada, memang agak sukar untuk mencari sebab; kenapa perlu striker baru?? Tambah2 lak jika nak beli Toress, dengan harga 50m, tak ke nonsense namanya?? Berbanding bahagian striker, aku lagi suka kalau Chelsea menambah baik posisi midfield kita yang agak kurengg selepas buang 3 midfield summer lepas..Ballack, Deco dan Belletti dah chow, sape nak ganti?? Mungkin kita masih ada Lamps, Essien dan Mikel tapi kalo injured, backup?? Hanya Matic je tinggal, dan dia masih muda..Aku bajet dapat sorang mf baru yang established pon dah cukup bagus, berbanding striker kita yang dah berlambak2..Benayoun memang ada, tapi tak cukup umphh, aku harap Schweni atau Milner dapat join kita..Tapi kalau tak dapat, takpe la sebab skuad sekarang pon dah cukup padu, bagi aku dah boleh simpan Premiership untuk kali kedua berturut2..Persoalannya, cukup gempak tak untuk CL??


Monday, July 19, 2010

0 Lets Get it Started!! Crystal Palace Mangsa pertama..

0 Comments



Dah nama pon crystal, memang macam glass la, breakable, senang nak hancur..haha, Chelsea dah memulakan kempen musim 2010/11 dengan Pre-Season kelmarin menentang Istana Kaca..Keputusan?? Chelsea menang 1-0!!

Result memang agak ciput berbanding musim lepas yang berdas-das 7 gol setiap game, tapi menang tetap menang, sekaligus memberikan boost baik punyer sebagai pembuka musim nie..Dengan meletakkan hampir 70% pemain muda, result nie bolah dikatakan keputusan yang agak bagus sebenarnya..

Carlo memulakan game dengan hanya Mikel, Essien, Alex dan Cech sebagai muka2 first teamm, manakala selebihnya adalah youngsters..Skuad utama menentang Crystal Palace :

Chelsea (4-1-2-1-2): Cech (c) (Turnbull 31 ((Hilario 60))); Bruma (Chalobah 76), Alex (Cork 60), Van Aanholt, Bertrand; Mikel; Essien (Clifford 60), Matic (Kaby 76); McEachran (Lalkovic 60); Di Santo (Sinclair 60), Sturridge (Tore 76).

Gol Tunggal dijaringkan oleh Essien (He's Back!!) di minit ke - 58 hasil gandingan bagus antara McEachran dan Sturridge yang membuka ruang baik punyer untuk The Beast merembat masuk..Kesimpulan, keseluruhan match agak bagus dengan Sturridge, Bruma dilihat mencapai standard untuk masuk first team musim baru nie, manakala youngsters lain boleh 'tahan' performance diorang..Papepon nie baru first friendly match, masih ada ruang untuk meningkat, KEEP IT UP!! Next game Ajax, 23 July!!

p/s : Kesian gak kat budak yang kena bola sedas dari Essien..konfem hilang ingatan..

1 Coke + Oren

1 Comments
Air Coke, Brrr!! Campur +

Oren Jus, yummy!!..Hasilnya =

Eh Silap, bukan nie, World Cup dah abes da..

Tadaa!! New Away Kit Chelsea 2010/11

Amacam??

Sunday, July 18, 2010

0 Ash dah konfem ke Spain??

0 Comments
Reunion??

Selepas Jose dan Ramos, kini Casillas plak menambah bukti2 asas yang Ash dah akan menjadi buruan musim nie :

"I have only briefly spoken to people at the club but I am confident that he can be a Real Madrid player next year. I think it will be the right move for him both professionally and personally.

"He will know better than anybody this club will be successful under Jose. Jose has proved he buys players and makes them the very best in the world in their position.

"With Ashley he doesn't need to do that because he's already the best left-back in the world. Jose knows all about him and it comes as no surprise to me he is very much on Madrid's radar."


Wah3, mentang-mentang la Special One dah join korang, perangai pon dah lebih kurang, cakap main lepas je, tak berselindung langsung bila nak beli player..Di manakah polisi pembelian dan menghormati hak pemilik?? Nasib baik la aku agak panas dengan Ash dan gossip die musim lepas. Agak menjatuhkan nama Chelsea. Jadi kalau nak beli, belilah Ash. Aku tak kisah sangat dengan Bad Boy nie. Lagi cepat lagi bagus. Boleh guna duit tu beli pemain baru. Yang penting duit kena mahsyuk, 30m baru layan.

Saturday, July 17, 2010

1 Melabuhkan Tirai

1 Comments
Selepas sebulan satu dunia dilanda DEMAM, akhirnya PIALA DUNIA 2010 melabuhkan tirainya minggu lepas dengan sajian final antara Belanda dan Spain..Siapa pemenang?? Aku rasa semua dah tahu Sepanyol adalah juara akhir dengan mencatat sejarah pertama kali merangkul piala dunia..Dah pasti ada banyak cerita sepanjang Piala Dunia, di sini aku nak rangkumkan kisah2 hebat, mangkuk, giler dan fantastic sepanjang kegilaan bolasepak selama sebulan di Afrika..

Stadium dihurung lalat


Sebalum nie, kalau korang lalu gerai, kedai makan, dan korang terdengar bunyi lalat yang amat kuat, dah tentu korang akan anggap kedai nie kotor, sampah dan jijik giler kan?? Tapi sepanjang 9 Jun hingga 11 Julai 2010, jika keadaan yang sama kedengaran di kedai makan, semua orang buat bodo je, siap terpanggil lagi nak masuk gerai tue..

Yup, Vuvuzela antara cerita menarik sepanjang Piala Dunia kali nie..Jika sebelum nie kita disajikan sorakan, gendang sepanjang match bolasepak sebagai environment surrounding tahap Dolby Digital, di Afrika budayanya berlainan, stadiumnya dihurung lalat!! Vuvuzela yang merupakan trompet sebagai alat muzik tradisi warga Afrika adalah fenomena di Piala Dunia sehingga menimbulkkan perdebatan ramai..Ada yang suka, ada yang benci dan ada gak yang tak kisah..Kontroversi Vuvuzela bila bunyi ‘lalat’ nie amat kuat sampai menggangu konsentrasi para pemain di atas padang..Messi pon sampai kata; “Aku boleh pekak kalau camnie”, bukannya ungkapan HD lagi kat Astro..

Satu lagi adalah masalah untuk orang luar negara yang takde bajet nak pegi Afrika dan nonton kat TV je..Bunyi Vuvuzela memang wa cakap lu, sampai aku rasa takde function hired penyampai bola/commentator buat keje, sebab memang tak dengar pon suara diorang ditutup bunyi lalat!!Bagi pendapat aku, yup, memang annoying bunyi lalat Vuvuzela nie, tapi sejujurnya aku tak kisah sangat..Dah main kat Afrika mesti la kena layan gak Vuvuzela , takkan nak main kompang lak?? Nie tradisi diorang, jadi terima je la..Lagipun nie first time buat kat Afrika, lepas nie entah bile la buat lagi Piala Dunia kat sini..Aku yakin se-annoying mana pon korang ngan Vuvuzela, tapi biler dah habis konfem ada rasa rindu gak nak dengar balik..Ada yang kata, tak Waka Waka la kalo tak minat Vuvuzela, kan??Sape rasa sangap ngan bunyik Vuvuzela, click sini

Bintang EPL Hancuss

Emm buat peminat Chelsea dan EPL cam kita, aku yakin musim Piala Dunia nie memang kurang best..Sebelum Piala Dunia lagi dah buat hal, berlambak pemain utama EPL dilanda injury, antaranya Ferdinand, Nani, Mikel, Essien, Ballack, menyebabkan diorang tak dapat beraksi di Afrika..Yang dapat pergi plak, tak ‘panass’ macam masa main kat EPL..Rooney, Torres, Lampard, sebijik gol pon tarak..Didi, nasib baik ada 2 gol, kurang2 bangga gak aku dengan player Chelsea..Adakah musim EPL yang amat ketat, atau bintang EPL amat overrated?? Tu pasal ada yang kata, liga EPL memang popular, tapi hanya Jaguh Kampung..Hebat dalam England je, bila keluar pergi Europe, Afrika, hampeh!!

Jambul-Bola-Nie!!


Robert Green sure tak suka bola nie ‘Kepala Otak Berjambul!!” katanye ..Jabulani, bola rasmi Piala Dunia sebijik macam Vuvuzela gak, kontroversi dan tak disukai ramai, bukannya macam F&N..Bagi GK, katanya susah nak agak gerakan bola Jabulani yang macam belon, melayang2, jadi sukar untuk ditangkap kemas..Bagi striker lak, katanya susah nak bajet sepak camane baru nak gol, sebab bile sepak je konfem melayang..
Ahh bagi aku nie sume alasan, dan siapa yang komen Jabulani tak best, maknanya diorang tak praktis habess..Cuba tanya Forlan, Honda, for sure diorang takkan merungut, cube la korang tengok sikit punyer gempak diorang gol Free Kick..jadi permsalahannya bukan pada bola, tapi player!! Bola baru, dah tentu la tak biasa, kalo nak mahir, berlatih la bebanyak, semuanya bergantung pada skill pemain tu sendiri..

Tingkatkan prestasi, tingkatkan kontroversi!!





Suasana dan persiapan Piala Dunia kali nie memang gempak, tengok la kat stadium punyer design, tabik spring kat Afrika yang sebelum nie diperlekehkan..Bila prestasi meningkat, tup tup kontroversi gak turut melekat..Aku tak salahkan pihak penganjur, tapi Referee yang buat keje atas padang..Bukan satu, bukan dua, tapi 3-4 kali gak ada kesilapan tahap DEWA yang referee buat atas padang yang membuatkan tahap prestij Piala Dunia kali nie agak tercalar..Hand Ball Suarez, Diving Torres, Goal Lampard, Terjah Versi De Jong, dan macam2 lagi lar..Agak2 kalau Cikgu Subkhiddin dapat peluang jadi Main Ref, mesti takde kes camnie jadi kan kan??

Nak salahkan Ref sepenuhnya pon mungkin tak patut, sebab diorang tetap manusia biasa, mesti ada kelemahan..Lagipun kalau takde kontroversi, agak2 memang tak ‘Bolasepak’ la namanya..Kurang2 ada gak benda kita nak maki, ketuk meja takpon gaduh dengan mamak kat kedai..Aku setuju bila Platini kata Technology sukar diterapkan dalam bolasepak, sebab akan hilang keaslian dan tradisi sukan nie..Apa yang kita boleh buat hanya naikkan level Referee taraf dunia nie agar lebih alert, sharp dan effective!! Agak2 korang tahan ke kalau game kena berhenti dalam 5 minit sebab nak usha video replay?? Bolasepak nie game yang cepat dan simple, kalau nak guna technology nanti jadi macam American Footbal, skema dan amat complicated..Atas sebab asli ini yang membuatkan bolasepak adalah kegilaan satu dunia, simple dan boleh main kat mana sahaja walaupun korang takde kepakaran techno..Letak je sebijik bola, Game is ON!!

Its Maradona..Again!!

He still got the touch!!

Sape kata Maradona dah bersara, sape?? Mungkin dah tak bermain bola, tapi aura Maradona tetap kuat, hatta ke Afrika sekalipun..Sebagai manager Argies, Maradona lebih feymes dari Messi dan mencipta fenomena tersendiri di tepi padang dengan aksi, gaya dan lagak tersendiri..Berbekalkan kot tak cukup saiz, tasbih di tangan dan jambang shade putih, memang dia nie menjadi tarikan Cameraman, tambah2 biler habis match, sebab die nie suka bagi kasih sayang ngan player die, siap peluk cium lagi, tak macam Domenech, huh!!

Young Germans

Muller..dah se-legend the bomber dah!!

Sape sangka tanpa Ballack, barisan skuad muda Germany boleh jadi masterpiece kat Afrika!! Amat muda, rata2 pemain germany adalah berumur 20an dan diorang boleh mengotak-katikkan pemain yang lebih tua..Youngsters seperti Ozil, Khedira, Muller semakin mendapat nama dalam dunia bolasepak dan aku yakin harga diorang akan naik mendadak lepas Piala Dunia nie..Bukan je muda, tapi yang lebih menarik bila diorang menjadi antara team bermain cantik sepanjang kejohanan..Angka 4 menjadi trademark skuad Germany, 4-0 lawan Australia, 4-1 lawan England, dan 4-0 lawan Argies!! Mencatat angka gol terbanyak dalam kejohanan, agak ‘shame’ diorang tak dapat layak ke Final akibat tewas tipis kepada musuh lama Spain..Bagi je la kat Spain, diorang tak pernah dapat paku lagi atas logo..Takpe Die Manshaaft, 4 tahun nanti, yang muda dah matang, Piala Dunia konfem milik kita!! Tak sabar nak ada 4 bintang plak!!

Matador the Conquerer

Spain bermula agak perlahan dalam Piala Dunia, lepas dikejutkan Swiss Guard dengan kekalahan 0-1..Tapi selepas tue diorang tak berpaling lagi, dan terus mencatat kemenangan demi kemenangan sehingga Final, walaupun hatta 1-0 je..Aku agak kurang berkenan dengan Spain, sebab diorang main mcam Barca (dah separuh Spain pon Barca), teramat ‘Conquer’ sampai 99.9% possesion sume diorang nak pegang, boring giler!! Tapi nak buat macam mana, tue stail diorang dan strategi camnie yang membuatkan Spain sukar dikalahkan..Jika tak dapat bola, camne pihak lawan nak gol, betul tak?? Itulah falsafah Spain. Selayaknya, Spain memang berhak menang Piala Dunia nie dengan aksi yang stabil dan konsisten sepanjang kejohanan walaupun aku lagi suka kalau Germany yang menang..nasib setiap pasukan berbeza dan mungkin dah tercatat tahun nie tahun Matador!!

Paul theKhurafat

Tempahan sotong goreng kian mendadak di Germany, Argentina dan Belanda

Hah, nie satu ajaran sesat yang baru tapi tak pernah kena tangkap dengan JAKIM mahupun JAIS..Paul the sotong dari Germany menjadi tukang karut dan ketua tukang tilik yang baru mengalahkan Notradamus selepas berjaya meramal keputusan 9 perlawanan Piala Dunia dengan tepat!! Antara yang menarik perhatian umum bila Paul menjangka tepat kemenangan Germany ke atas Argies dan seterusnya Spain menang ke atas Germany..Di Final sekali lagi Paul membuktikan kuasa psikik die dengan meramal tepat Spain menjadi juara mengalahkan Belanda, manakala Germany mendapat tempat ketiga mengalahkan Uruguay..Apa yang aku tak boleh blah bile ada fan Germany dan Argentina yang panas hati dengan Paul sampai nak jadikan sotong panggang coz memberikan bad luck kat team diorang sampai tersingkir..Paul menjadi keagungan para kaki judi yang menjadikan ramalan die dalam nak meletakkan bet namun malang gak buat kaki judi 4 tahun lagi, Paul nak bersara pasnie dan takkan meramalkan sebarang game dah, hatta match antara Selangor – Felda sekalipon..Pasukan Spain yang mendapat banyak tuah dari ramalan Paul dah membeli sotong nie dari Germany dan ditempatkan di museum Sepanyol sebagai tanda penghargaan..Ish2, Tahyul, Khurafat!!!

Apapun Piala Dunia dah habes, suasana pagi di Malaysia akan kembali aman, laki bini takde gaduh dah rebut remote TV, dan prestasi kerja di syarikat akan kembali effektif setiap masa..TAPI Jangan lupa, rehat sebulan je, untuk penggiler bola, EPL akan start sebulan lagi, countdown!!

Tuesday, July 13, 2010

0 Knock and Out, dalam 15 minit!!

0 Comments
'Float like a butterfly, sting like bee'


Muhammad Ali, hebat me-KnockOut pihak lawan, tumbukan die memang padu habes, sekali kena konfem gelap pandangan dan masa depan..

Sorang lagi,


Fernando Torres, hebat dalam me-KnockOut diri sendiri, hanya dalam 15 minit je, dah tumbang!!

Dengan nie secara rasminya aku mengatakan pemburuan £70million Roman untuk mendapatkan Torres hampir pasti berakhir..

Aku harap semua Fan El Tido (termasuk Roman) buka mata, kita tak perlukan Torres!!

Pekejadah membazir duit untuk sekor injury prone player, lebih baik :

£15 million, Beli Bruno Alves +

£30 million, Beli Aguero +

£23million, Beli Schwensteiger +

£2million, sedekah rumah anak yatim


Sesape yang dah sangap sangat nak tengok Chelsea beli Torres, lupekan hajat korang, dan sila tukar balik formasi dan lineup dalam PES, FIFA, dan Football Manager..

Sunday, July 11, 2010

2 Portuegese untuk Portuguese

2 Comments
Farewell Kiss??

Selain Deco yang diramal akan berhijrah ke Fluminese, sorang lagi warga Portugal, Carvalho dijangka akan menjadi pemain keenam akan meninggalkan Chelsea dalam satu langkah rombakan secara menyeluruh oleh The Blues. Carvalho yang sudah berumur 32 kembali mendapat perhatian kelab Inter yang memburu bek tengah kental kita sejak musim lepas. Jika dulu Inter hanya meletakkan minat, kini mereka hadir dengan minat + tawaran fee untuk mendapatkan Carvalho. Sejak ketiadaan Mourinho dan Scolari, jumlah bintang Portugal kita kian berkurangan dalam kem The Blues, dan kemungkinan hanya Ferreira yang akan kekal musim depan..

Jika Carvalho chow, kita hanya mempunyai JT dan Alex selaku First Choice Defender, walaupun Ivanovic juga boleh beraksi di posisi yang sama, aku anggap dia lebih sesuai beraksi sebagai Right Back. Ini meninggalkan kita kepada Bruma selaku second choice atau backup di tengah. Dengan JT kelihatan agak lesu dan semakin kerap injured dalam 1-2 musim baru2 nie, dah tentu kita perlu mencari pengganti yang berkaliber. Yup, Bruma sememangnya youngsters berbakat tetapi bagi aku dia perlu diberi masa untuk belajar, dan aku masih kurang yakin jika dia boleh perform dalam Big Match sekiranya JT atau Alex injured..

So,

Siapakah pengganti Carvalho yang ideal??



Bruno Alves ye, bukan Dani Alves

Bek tengah perlu digantikan dengan bek tengah, bintang Portugal perlu digantikan dengan bintang Portugal juga..Bruno Alves antara nama2 yang disebut2 untuk menggantikan Carvalho bagi memperkuatkan pertahanan Chelsea. Dengan tag £15 million, sudah tentu bukan harga yang murah untuk dikeluarkan namun bagi aku Bruno sememangnya sesuai dan layak untuk beraksi untuk pasukan gah seperti Chelsea. Di World Cup, kekentalan Bruno beraksi di posisi tengah bersama Carvalho memang kebal dengan rekod hanya bolos sekali dalam 4 match, iaitu gol Villa sewaktu Last 16, Group Stage- Triple Clean Sheet!! Itu belum dikira pencapaian dia sewaktu bersama keleb kini, Porto. Dengan 4 trophy kejuaraan liga Portugal, 3 Cup dan 2 Supercup, serta dinobatkan sebagai Portuguese Liga Player of the Year musim 2008–09, dah tentu sudah memadai untuk kita menilai reputasi hebat Bruno!!

Jika nak jual Carvalho, bagi aku sekarang waktu sesuai kerana dia masih ada value dan nilai untuk mendapatkan pulangan transfer fee. Dengan umur dan kisah injury yang kian meningkat, jelas Carvalho semakin merosot di Chelsea. Dengan duit yanng diperoleh, kita boleh membeli pemain lain yang jauh lebih muda. Sell Carvalho, Buy Bruno, aku yakin tiada penyesalan!!


Wednesday, July 7, 2010

0 Luahan Hati Joey

0 Comments
-I Just Need To be Loved-

Sekian lama memendam rasa, akhirnya Joey membuka bicara..Perpisahan dengan Chelsea sudah lama dikatakan, dan kata pemutus sudah diberikan bulan lepas, Joey dilepaskan secara percuma..Pemain kelahiran London, peminat setia Chelsea sejak kecil, nampaknya jodoh Joey tidak berpanjangan bersama kelab yang diminatinya..

Jom dengar luahan hati Joey..

"Mengapa aku chow?? Ahh, aku perlukan manager yang menyayangi aku, dan sudi meletakkan aku dalam setiap game. Macam omputih kata, 'I need to be Loved'..Sepanjang musim lepas, aku macam dianaktirikan, ada teammate aku yang masih diberikan peluang first team walaupun melakukan beberapa kesalahan dalam 1-2 game. Aku?? Hanya 20 minit aksi yang teruk, dan match seterusnya aku takkan starting. Enough is enough. Ulangan, I need to be Loved..

"Aku tengah pikirkan mana hala tuju aku pasnie. Dalam kelab baru, aku harap boleh main kat posisi center attacking, macam masa aku kecik2 dulu kat West Ham. Aku yakin prestasi aku masih gempak dan masih ada sinar cahaya di hujung terowong dalam karier aku.."

Semenjak berhadapan dengan injury yang berpanjangan, prestasi Joey kian merosot dan sedikit demi sedikit dia semakin dipinggirkan dari skuad utama..Kekurangan peluang beraksi menjadi punca utama Joey mahu beralih angin ke tempat lain..Arsenal, Mancee dan Spurs antara bakal destinasi terbaru Joey, selepas Manure menarik diri dari persaingan..

Persoalannya,


Adakah Joey benar ??

Adakah Chelsea dan Ancelotti bersalah dalam hal nie??


NONSENSE. Yup, memang aku nampak Ancelotti jarang menurunkan Joey musim lepas. Tapi, atas dasar apa?? Joey tidak bermain bagus dan prestasinya tak berkekalan. Adakah Ancelotti bersalah jika dia memilih pemain lain seperti Malouda dan Anelka yang bermain lebih hebat dan konsisten dari Joey?? Seorang manager sudah tentu akan memilih pemain yang terbaik dari kalangan skuad utama. Joey mahukan kasih sayang manager?? Damn. Bagi aku satu kesalahan jika manager nie ada pemain yang dia sayang dalam skuad. Bolasepak dinilai berdasarkan prestasi, bukannya favouratisme. Sebab itulah Domenech gagal di World Cup, gara2 menurunkan pemain yang dia suka, walaupun tak hebat. Pemain yang bagus, tak dipanggil, sebab tak ngam.

Aku dapat memahami ketidakpuashatian Joey. Dia tidak mendapat layanan seperti beberapa pemain lain, yang diberikan hak first eleven walaupun kantoi 1-2 game. Aku dapat meneka dia mengatakan kepada Anelka, dan mungkin juga Kalou. Mungkin Joey perlu sedar, walaupun kadangkala ada pemain nie tak bermain baik, diorang tetap berlari, mengejar, tackle untuk merampas bola. Semangat dan kesungguhan penting, menunjukkan betapa kuatnya desire ko untuk menang. Sejujurnya aku melihat Joey kurang dari segi aspek nie. Ada ketika kita dapat melihat Joey tidak berhempas pulas dalam satu2 match, hanya memberikan simple pass kepada teammate. Di manakah kesungguhan Joey sewaktu 2007 dahulu?? Favour dari manager hanya hadir jika ko beraksi bersungguh2 di atas padang, bukannya hadir bergolek.

Seperkara lagi, What the rush?? Joey perlu sedar yang dia baru sahaja sembuh dari injury yang teruk selama beberapa bulan. Ancelotti sebagai manager sudah tentu akan mengambil langkah precaution supaya kecedeaan sama tidak berulang kembali. Bagi kelab seperti Chelsea, kita ada 40-50 match kompetitif dalam satu musim. Sekiranya Joey bersabar, aku yakin dia akan mendapat bilangan match secukupnya musim depan.

Hmm, perkara yang lepas, biarlah lepas. Joey juga dah secara official meninggalkan Chelsea. Bagi aku ini adalah win-win situation. Joey mendapat kebebasan yang dimahukan, Chelsea dapat mengurangkan wages structure. Tiada siapa yang untung, juga rugi. Apapun alasan Joey meninggalkan Chelsea, biarlah ia menjadi pengajaran bermakna. Kemanapun halatuju dan destinasi Joey selepas nie, aku ucapkan Good Luck dan Terima Kasih atas 8 tahun sumbangannya bersama Mighty Blues. Aku akan kenang Backheel Goal di Old Trafford sampai bila2, yang dihasilkan Former Magician The Blues yang bernama Joe Cole.






Tuesday, July 6, 2010

0 Ready, Set, Go!!

0 Comments
WC, WC gak, tapi EPL jangan dilupakan..Dengan Piala Dunia hampir tamat, sedar tak sedar tinggal sebulan lebih sahaja lagi sebelum Musim 2010/11 bermula..

Apakah cerita di kem The Blues?? Di sebalik kempen di WC 2010 yang agak mengecewakan untuk barisan pemain Chelsea, fan patut beryukur kerana tiada sebarang further injury dialami oleh barisan skuad ke Afrika..Semalam beberapa pemain Chelsea telah kembali memanaskan badan dengan hadir ke pusat latihan di Cobham..Antara yang hadir adalah pemain yang tak beraksi bersama skuad negara masing2 seperti Cech, Mikel, Essien, dan juga pemain baru, Benayoun!!

Turut kelihatan adalah barisan pemain yang pulang dari pinjaman musim lepas dan juga youngsters Michael Mancienne, Jack Cork, Ryan Bertrand, Scott Sinclair and Franco Di Santo..Barisan yang beraksi dalam WC masih lagi diberikan cuti rehat dan berkemungkinan akan turut serta dalam masa seminggu lagi..Apa yang menarik perhatian aku adalah Essien, usha nampak macam dah kembali sihat, siap mampu jog dengan teammate lagi..Harap dia stay fit seoanjang musim baru nie..Segalanya nampak tenang dan bersemangat, sememangnya suasana permulaan musim yang bagus bagi Double Champion!! Ready, Set, Go!!

Lagi galleri gambar di Cobham Training Center :



0 Skill School

0 Comments
Haha nie video aku amik kat You Tube..Best gak layan bebudak akademi Chelsea fight skill..GO YOUNG BLUES!!



Monday, July 5, 2010

0 Ash mahu ke Spain??

0 Comments
Selepas Stoch, Cole dan Ballack, adakah kita bersedia dengan satu lagi pemergian player?? Berita terbaru Ashley Cole dikatakan mahu membina hidup baru dengan berpindah ke Sepanyol, dan seperti biasa, Real Madrid menjadi target utama. Ash boleh dikatakan agak tertekan dengan layanan media di England dan perpisahan dengan bekas bini, Cheryl menambah misery Ash di London..

Sergio Ramos dan Jose antara yang dah bersuara secara terbuka tentang kemungkinan mendapatkan Ash :


"Ashley Cole is a terrific player. For me, he is by far the best left-back in the world and, along with [Didier] Drogba, Chelsea's best player. I am sure Chelsea will do all they can to keep him but he had a difficult year in England. A change might be what he is looking for."




“I want three or four defensive players, because we will get better in attack,” Mourinho explained. Normally (my teams) play with four at the back, but with full-backs in the style of Ashley Cole and Maicon, we’re prepared to play with three as well."



Namun sekiranya benar Ash pergi, aku mungkin takkan berdendam kerana dia chow atas sebab peribadi, bukannya atas dasar mengejar gaji tinggi seperti ketika di Sengal..Lagipun kita masih mempunyai Zhirkov, dan Aanholt yang kian meningkat..Ash dah berumur 28, walaupun merupakan antara pemain terbaik kita musim lepas, kisah gosip dia luar padang telah mencalarkan reputasi Chelsea. Roman dilihat agak panas dengan beberapa BAD BOY dalam skuad, yang jelas seseorang perlu menjadi korban. Dengan Terry mempunyai lilitan lapten, Ash mungkin adalah mangsanya..Mungkin ini waktu terbaik untuk menjual Ash dan membersihkan nama The Blues..Sekiranya dapat menjual dengan reasonable price, aku akan dengan sukahati gembira Ash dijual..Harap BOD Chelsea lebih pandai menggunakan akal untuk mengaut sehabis transfer fee dari Real Madrid yang sememangnya terkenal dengan sikap pemurah menabur wang merata-rata..Dengan tag label 'World Best Left Back', aku yakin tak sukar untuk mendapatkan tawaran harga yang tinggi dari Les Merengues, £30m MINIMUM!! No Money, No Talk!!



Sunday, July 4, 2010

0 Pembelian Pertama!!

0 Comments
Lompat Parti

Walaupun mula2 nampak macam rumours yang murahan, tak disangka Ancelotti memilih Benayoun sebagai pembelian pertamanya sebagai Manager Chelsea..Dah sah dan official, Chelsea dah mengikat midfield Israel nie secara permanent dengan transfer fee sekitar £5m dan kontrak selama 3 tahun..Tapi, berbaloi ke??

Sejujurnya, aku tak merasakan Benayoun akan menjadi pengganti Joey secara direct..Bagi aku pembelian dia hanya seperti situasi seperti ketika kita membeli Beletti, hanya sebagai backup yang bagus sekiranya ada first team player yang injured atau not available..Menepis segala prejudis anti-Israel, aku rasa pembelian Benayoun tak teruk dan tak jugak gempak, kerana selama di Liverpool mamat nie boleh dikatakan pemain paling konsisten dalam skuad..Dari segi vison dan playmaking, mungkin dia lebih bagus dari Joey..Dengan tag semurah £5.5, aku tak rasa kita rugi dalam hal nie..Jangan Lupa, Youssi mampu bermain di mana2 posisi serangan samada wing, supporting striker ataupun midfield aku yakin versality dia akan menjadi aset berguna untuk team..Perlukah Carletto berpuas hati?? Sudah tentu. Ancelotti mahukan seorang pemain yang mampu menjadi backup kepada pemain utama dan tidak akan merungut sekiranya diputuskan untuk memanaskan bangku simpanan..Dalam hal nie, Joey bukanlah pemain itu kerana dia mahukan first team appearance dan bermain secara week in week out..Berlainan dengan Benayoun, dari kata-kata awal menunjukkan dia adalah team player :

'I am very excited to come to a club like Chelsea, it is a big club and I think it is a dream for every player. Hopefully we will be successful.'

Perkataan 'We' sahaja dah cukup untuk membuktikan dia tidak individualistik dan mahukan kejayaan berpasukan!!

Apapun dengan umur 30, aku harap nie bukan marquee signing yang dijanjikan Ancelotti..Aku lebih berharap pemain muda lebih diutamakan musim depan dan Benayoun dan pengalamannya akan mampu membantu Young Blues di tengah padang..Hopefully akan ada banyak lagi signing pasnie!!