The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Wednesday, January 13, 2010

0 Lagi Lagi Sergio

0 Comments
Ok2 ak pasti ad yang dah muak dengan rumours mengenai transfer Aguero..Tapi sori kali nie bukan mengenai Aguero, tapi pemain mude dan prospek terhangat di Europe iaitu Sergio Canales..

Masih berumur 18 tahun, Canales yang merupakan pemain midfield muda U-19 Sepanyol dan antara produk akademi Racing Santander yang sedang meningkat naik dan haritu kembali menarik perhatian scout di seluruh dunia dengan dua gol menentang Sevilla menjadikan 4 gol dijaringkan dalam 3 match terakhir oleh Canales..


The Blues yang sedang mengamalkan polisi membeli pemain2 muda kini dikhabarkan ingin memancing Canales hujung musim nie..Namun bukan Chelsea sahaja yang memerhati, Madrid, Barca, Man City dan Arsenal turut meninjau2 sebarang kemungkinan untuk merebut bintang muda nie..Dengan kotrak die abes hujung musim nie dah pasti semua agen akan berebut ingin mendapatkan signature diwe jika tak dah pasti akan disambar orang..

Kekal di Sepayol mungkin destinasi favourable menurut bapak die yang juga agen Canales iaitu Angel Canales terutama Madrid yang ada hubungan baik dengan Racing selepas pembelian Garay dulu..Tapi 2 sume tak mustahil jika kita mencuba tapi walaupun ak Blues Fan, ak xpasti kedatangan die ke Chelsea adalah keputusan yang bagus memandangkan rekod kita dalam menguruskan pemain muda..Risau bakat yang ad dibazirkan begitu sahaja..Mungkin jika dapat kita akan loan die wat semenatara waktu ke kelab lain coz ak x yakin Canales akan mampu menembusi first team Chelsea buat masa kini yang dipenuhi star2 cam Joe Cole, Essien dan Lampard..Kakuta dan Sturridge pon masih2 terkial2 nak dapat tempat di Chelsea apatah lagi adnya Di Santo dan Stoch di luar sana masih lagi mencuba2 sekiranya ad harapan untuk kekal di Bridge..


Polisi pemain muda perlu diteruskan hanya jika pihak pengurusan betul2 yakin dengan bakat pemain muda yang kita ad jika tidak apa perlu beli jika hanya akan dijual 2-3 tahun selepas sign kontrak?? Tom Taiwo adalah mangsa terbaru selepas akhirnya berpindah ke Carlisle United bulan lalu walaupun baru dibeli dari Leeds tahun 2007..Pemain muda nie paling malang x seperti kakuta kerana xpernah beraksi langsung untuk first team..Sekadar dibeli untuk memenuhkan padang lam Reserve Team dan Youth Cup..2 belum lagi cerita pemain2 muda lain seperti Lassana Diara dan Ben Sahar yang berangkat kaki ke Sepanyol dan akhirnya mampu menjadi bintang di sana membuktikan sekiranya diberi peluang mereka bakal menjadi pemain yang hebat..

Mungkin Carletto adalah revolusi permulaan dalam mengembangkan bakat2 muda yang jarang dilakukan sebelum nie dan kepercayaan die terhadap Sturridge dibalas dua gol dalam match menentang Watford dan mngkin pemain2 muda seperti Boruini dan Kakuta bakal mengikut jejak Sturridge..Jika Kakuta berjaya menempah nama, mgkin Canales bakal mengekori di belakang..

Tuesday, January 12, 2010

0 Ang-Bergolak

0 Comments
Negara Angola terus bergolak dengan incident serangan tembakan rambang umpama Rambo naik hantu ke atas bas yang membawa skuad bolasepak Togo untuk Kejohanan Piala Afrika (CAN) Jumaat lepas..Mungkin agak lambat untuk menceritakan peristiwa nie namun ak bangkit untuk mengarang kerana ape yang berlaku kat sana perlu ambil iktibar oleh sume orang ..Kat Malaysia pon skang macam2 jadi..rumah ibadat pon leh kena api..Papepon bile sume benda dikatkan dengan politik camnie le jadinye..huru hara dan no peace!!

Seperti meratapi kejadian di Angola, lagu Pergi yang menang AJL kelmarin mmg sesuai dan tepat pada masanya untuk mengingati mangsa kejadian nie dan diharapkan tiada lagi berita2 malang yang akan berlaku lagi selepas ini..Ini serba sedikit mencalarkan imej benua Afrika dan satu amaran kepada jiran terdekat Afrika Selatan selaku host World Cup 2010 agar memberikan jaminan keselamatan yang lebih dipercayai..

Target Man?? harap tidak..

Jika ada antara kelab yang risau mengenai insiden ini, dah tentu Chelsea adalah antara kelab yang paling cuak..Nie bukan main perang2 pistol air atau tuju kasut, perang saudara di Angola dah lama berlarutan dan sebarang ancaman (sekali lagi) oleh puak pemisah dah tentu akan mengambil nyawa yang tidak berdosa..Dengan 4 orang pemain terlibat-Didi, Essien, Kalou dan Mikel dah tentu kita berharap agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini kepada African Warrior kita..Man Shitty leh la tarik nafas lega coz Adebayor xkena hujanan peluru dan skang dah balik sebab Togo dah tarik diri fobia pye pasal..

Walaupun marabahaya Pop Shuvit, kejohanan perlu diteruskan dan pemain2 kita still stay kat sana sebab takde sekor pon warga Togo..Didi adalah yang pertama menyuarakan kata2 :
"We are ready, but the events of Friday have left us shattered. I have spoken with Adebayor and it was a difficult situation for them," the Chelsea star told The London Evening Standard.

"We have to show solidarity with them, though, and support the decision they have taken. We are all sad to see them leave the biggest competition for African players, but that is life."

Keputusan Didi n Co untuk beraksi harus dihormati dan semoga kejohanan nie dapat berjalan lancar dan takde lagi insiden pertumpahan darah berlaku lagi..Perang Saudara in
i harus dihentikan secepat mungkin dan dah pasti nie sume berpunca dari kegilaan manusia sehingga terlupa sifat perikemanusiaan dalam diri..Minta dijauhkan politik dari bolasepak..FIGHT TERRORISM!!

Bolasepak - Lambang Perpaduan, Bukan Peperangan

Monday, January 11, 2010

0 Lets Sing!! Pt. 2 : Blue Is The Colour

0 Comments


Sekali lagi al nak memperkenalkan anthem kedua yang sinonim dengan Chelsea dan merupakan antara sorakan dan chant faveret ak sebagai fan The Blues-Blue is The Color!!

Sepetimana tajuk lagunya, lagu nie menceritakan banyak simbol yang berkaitan dengan lambang The Blues, dan warna biru adalah yang paling sinonim dengan identiti Chelsea..Di release kan pada 1972 oleh Penny Farthing Records dan terus menjadi antara chant paling popular yang sering kedengaran di kalangan The Blues Army( gelaran penyokong Chelsea)..

Blue is the colour, football is the game
We're all together and winning is our aim
So cheer us on through the sun and rain
Cos Chelsea, Chelsea is our name.

Here at the Bridge, whether rain or fine
We can shine all the time
Home or away, come and see us play
You're welcome any day

Blue is the colour, football is the game
We're all together and winning is our aim
So cheer us on through the sun and rain
Cos Chelsea, Chelsea is our name

Come to the Shed and we'll welcome you
Wear your blue and see us through
Sing loud and clear until the game is done
Sing Chelsea everyone

Blue is the colour, football is the game
We're all together and winning is our aim
So cheer us on through the sun and rain
Cos Chelsea, Chelsea is our name.

Blue is the colour, football is the game
We're all together and winning is our aim
So cheer us on through the sun and rain
Cos Chelsea, Chelsea is our name.



p/s : ak suke line nie 'coz Chelsea, Chelsea is our name'..proud to be Chelsea fan!!

Sunday, January 10, 2010

1 DIDIsember!!

1 Comments
Harimau mati meninggalkan belang, Didi pergi anugerah datang..pemergian Didi ke Afrika tetap meninggalkan kesan dan persembahan hebat die sepanjang separuh musim nie tidak dipandang sebelah mata je..baru je mendapat anugerah PFA Fans' Premier League Player of the Month for December minggu lepas, satu lagi anugerah mari dan lebih besar iaitu Didi dinobatkan selaku BBC African Footballer of the Year for 2009!!

Menewaskan pesaing2 lain seperti Michael Essien, Samuel Eto'o, Yaya Touré dan Tresor Mputu Mabi, Didi memperoleh undian tertinggi dengan pemenang dikira berdasarkan vote dari fan melalui website BBC..

Korang tgok muke Essien " Hah, ak xmenang ke?? Hampeh tol Didi"

Menjaringkan free kick yang cantik ketika menentang Sengal, dua gol menentang Evertong dan gol penyamaan ketika menentang Fulham cukup untuk menaikkan nama Didi sebagai antara penyerang terhebat dunia dan 2 belum kira performance die sepanjang separuh musim nie yang bermain dengan teamwork dan dua assist menentang Fool menunjukkan Didi bukanlah penyerang semata tetapi juga banyak membantu teammate lain mencari gol..Hebat di udara, rembatan yang kencang, finishing yang precise serta hebat dalam mengambil sepakan free kick membuktikan Didi sememangnya complete player..

Masih lagi beraksi dengan Ivory dan haritu die sempat sumbat sebijik msa friendly..pehh xhenti2 nak sumbat gol Didi nie..Semoga kepulangannya nanti tanpa kecederaan dan mampu memberikan impak yang lebih hebat!! Congrats Didi!!


Saturday, January 9, 2010

0 Snowy Snowy No Game Sorry

0 Comments
Bukan hujan, bukan tsunami juga bukan banjir kilat tetapi sesuatu yang takde kat Malaysia iaitu musim salji, kalo ad pon kat Mines Wonderland haha..ad ke orang men bola kat situ?? Dukacita dimaklumkan match malam nie menentang Hullahup akan ditangguhkan kerana ribut salji yang melanda UK ketika ini..Tren Eurostar pon dah bape kali terkandas seb bek player Chelsea nek bas kalo tak konpem sangkut pye..

Keciwa frust ak nak tgok gandingan Anelka dan Strridge menembak bertubi2 gawang team Hullahup City malam nie..Nie kali ke-3 ad match postpone selepas Sengal ngan Setan pye match pon tangguh gak Rabu lepas..Harap2 ribut salji nie x bertiup ke negara lain supaya dapat le ak tgok match La Liga malam nie sebagai ganti..

Postpone nie bukan sesuatu yang buruk gak sekurang2 nya kita kurang satu game tanpa pemain Afrika cuma agak pressure sebab kalo Setan men minggu nie dan diorang menang kita mungkin dipintas di tempat teratas..Harap keajaiban Leeds berulang..Penagguhan match x tahu bila akan ditetapkan tarikh perlawanan yang baru..Banyak sikit masa untuk pemain berehat cuma harap x berkarat le lama sangat x beraksi di ats padang..Match Seterusnya Sunderland 16 Jan nie peh lama gak gap..Semoga sume Fan diminta bersabar untuk aksi The Blues seterusnya..Layan Liga M pon boleh la dah nak stat pon skang nie bermula dengan Piala Sumbangsih malam nie haha..KTBFFH!!

Wednesday, January 6, 2010

1 Media punya pasal, Malouda dapat nama

1 Comments
Media massa - biasalah diorang nie mmg suka putar belit fakta xkira la berita 9 sept, terrorist, artis, kengkadang footballer pon leh kena gak!! Nk kasi berita dan paper masing2 laris barangkali 2 pasal diorang tukar cerite..xtukar banyak, cume pusing sikit je dah cukup untuk mengubah keseluruhan isi artikel so pastu leh la diorang letak tajuk yang panass2..

Nak dipendekkan citer, Pak Uda @ Malouda kali nie jadi bahan utama (mungkin nak kasi prank untuk tahun baru kot huhu) Berdasarkan laporan dari sokkabar Perancis, L'Equipe yang temubual Pak Uda kalo dah buat sesi luahan perasaan ngan diorang tentang persaan tak puas hati die dengan Ancelotti, Lampard dan nak tukar kelab..

Berita yang keluar(2 Jan) :

1) Dengan Ancelotti, Malouda mempersoalkan taktikal Carletto yang x sesuai dengan corak permainan die :

"Carlo Ancelotti's tactical system is physically very demanding. Recently we showed less intensity, the game was less fluid but that system allows us to be in our current position. All the players support it.

"Before the match against Birmingham [City], I talked to the coach," revealed the 29-year-old. "I told him about my frustration. I believe I have succeeded in my start to the season, but during the key matches against Arsenal or Manchester United I was on the bench.


2) Dengan Lampard lak, die xpuas ati dengan legend nie sebab tempat Left midfielder dah dicuri Frank yang die anggap lebih dipilih sebab pengaruh dan status Frank kepada Fans dan Kelab :

"My competition with [Frank] Lampard as left midfielder? It is his best position. He played like that in the England team, and we are in a World Cup year. At a certain point, the status has to be in relationship with the performances.

3) Jadi tanpa banyak soal, Malouda dikatakan merajuk ingin membawa diri umpama dak remaja skang yang ingin lari dari rumah :

"The frustration is above all for the big games. I'm ready to look elsewhere. Finding another club is not a problem. But the club has closed the door to any departure, whether it be in January or in June. The coach is counting on me."

Peh habis je kuar citer nie konpem la Big Man Carletto naik hangin satu badan sebab cakap sorok2 kat belakang die, jauh lak 2 interview sampai kat Perancis..nape xcakap kat England je senang?? Munkin CArletto tak paham cakap Perancis kot..die cakap English pon pelat macam Marlon Brando aka Don Vito Corleone dalam filem The Godfather cakap huhu..

"Pe salah patik??" kata Laksamana Hang Uda

Malouda yang cuak separuh mati ngan interview nie pon gelabah jap sambil lap peluh die cakap kat press : "Nothing that you could read came out of my mouth," So, pe sebenarnya yang terjadi??

"I spoke about my frustrations about not appearing in the big games because of the World Cup. It is a World Cup year and I have ambitions with the French team and want to start the big games, but that's it."

3 Jan-Pertemuan dijalankan serta merta sebelum match ngan Watford haritu antara Malouda-Lampard-Carletto dan selepas perbincangan berapi dilakukan isu nie dikire selesai dan hasilnya kedua2 player nie bermain bagus di atas padang dengan kedua2nya menjaringkan gol dalam acara membelasah bertubi2 Waksemput 5-0!!

Situasi selesai dan Pak Uda ternyata gembira salah faham nie dah berakhir"It was not easy to have to do that on the day of the game, but we're big players and the situation is very clear with everybody. I just gave an interview in France which was really badly translated and that's it. The situation is clear and there are no problems here between me and the manager and me and Lamps. That's the way we have to sort out the problems."

Pekata Big boss Carletto?? Selaku manager ak harap die akan lebih tegas kepada player yang berani wat statement camnie sebab boleh mencetuskan pergaduhan die bilik persalinan..

“I explained my position, he explained his and for me it was finished,”

Line and clear statement Carletto dan ak harap takde player yang akan wat hal lagi sebab skang nie kita lam busy period dengan ketiadaan pemain2 Afrika..ape2 masalah dalaman kelab dah pasti akan merugikan kelab kita sendiri..

Media mungkin ad agenda tersendiri tapi 2 sume bergantung gak ngan player agar tak terjebak dengan taktik reporter yang cuba mencungkil kata2 panasss dari mulut pemain yang dah pasti akan mengundang masalah..Moga Malouda dan player2 lain terutama yang muda lebih carefull pasnie semasa membuat interview..SESUNGGUHNYA LIDAH ITU LEBIH TAJAM DARI MATA PEDANG!



Monday, January 4, 2010

0 5 Star-Ridge!!

0 Comments
Beautiful.Marvellous.No Mercy. 3 perkataan nie menggambarkan kemenangan bermakna Chelsea semalam ke atas Watford dengan mengayamkan diorang 5-0 dan memulakan tahun 2010 dengan upacara yang gemilang di Stamford Bridge..

Seolah-olah mendapat seruan dari blog The Blues Army, Carletto melakukan sesuatu perubahan malam semalam dengan formasi 4-3-3/4-5-1 semalam menjadi tauruhan dengan Sturridge menjadi lone striker di barisan hadapan dengan Joe Cole dan Malouda beraksi di bahagian sayap..Zhirkov, Beletti dan Lampard mengisi posisi 3 di bahagaian midfield..Guess what?? Kita mampu menampilkan aksi menyerang yang hebat walaupun tanpa Essien dan Didi..

Tak payah ak nak citekan banyak2 sebab match nie mmg didominasi sepenuhnya oleh Chelsea..2 gol dari Strurridge, 1 gol dari Lampard dan Malouda serta satu own goal cukup untuk membenam harapan team Waksemput nak wat kejutan..kemasukan Kakuta, Matic dan Borini di hujung game hanya sekadar penyeri majlis..

Sturridge dah pasti menjadi tumpuan..menjaringkan gol pertama die untuk Chelsea dan gol kedua adalah bonus untuk pemain muda nie yang sentiasa sabar untuk menanti peluang untuk menembusi kesebelasan utama The Blues..Tanpa Didi dan Kalou, peluang untuk beraksi nampak cerah dan Sturridge memang menggunakan peluang yang diberi sebaik mgkin..Setelah menampilkan beberapa aksi yang menarik dalam 2-3 match lepas, bagi aku 2 gol malam nie sememangnya berhak dimiliki oleh Sturridge..

Zhirkov menampilkan aksi yang tak kurang hebat dengan setup untuk gol ke 3 dan ke 5 dan ak nampak die sendiri lebih selesa beraksi di posisi midfield..Malouda yang kecoh kata nak blah masih boleh tersenyum dengan gol 3 dan aksi die nampak ok mgkin kerana kita main sayap malam tadi iaitu posisi yang disukai oleh Malouda..

MU dulu ad Beckham, Leeds lak ad Beckford

Papepon pe yang lebih menggembirakan aku adalah kemenangan 1-0 team divisyen ke-3 Leeds ke atas team Setan yang hangus dibakar di laman sendiri sekaligus menendang MU keluar dari FA Cup..Mu nie layak masuk divisyen keempat je haha..huh kurang satu parasit..

Kemenangan nie xleh nak dibanggakan sangat sebab Watford nie team liga Coca cola (Div2) je jadi jangan ingat team kita dah hebat sebab pasnie kita akan beraksi semula di EPL yang lebih kompetitif..Mase 2 barulah ujian sebenar bermula..Papepon mentaliti pemain ak pasti akan meningkat dengan kemenangan besar nie dan ak harap diorang leh maintain dengan winning mentality..FA Cup seterusnya kita akan bertemu Preston North End pada 23/24 Jan nie..Next game EPL Hull City akan menjadi lawan dan kepulangan Anelka amat dinanti kasi jentera serangan kita lebih umpphhh!! KTBFFH!!

Match Highlight :


Sunday, January 3, 2010

0 Match Pembukaan 2010!!

0 Comments

Malam nie Chelsea akan memulakan tahun baru 2010 dengan perlawanan menentang Watford bagi Piala FA pusingan ke berape ntah di Stamford Bridge..Yang penting sume Fan dah pasti mahukan kemenangan bagi membuka tahun 2010 dengan permulaan yang hebat!!

Lupakan apa yang berlaku tahun lepas kerana skuad The Blues kini kena perlu memandang ke hadapan dan mengharungi cabaran2 yang mendatang dengan semangat dan azam yang baru!! Nie merupakan kali pertama kita akan beraksi tanpa African Warrior dan mampukah kita menghadapinya??

Berita baik Anelka dikhabarkan sudah pulih dari kecederaan dan mgkin beraksi malam nie..Jika tidak Borini dan Sturridge akan bergandingan bersama..Bosingwa dan Deco masih bercuti di Wad Sakit Bridge..Selaku Juara Piala FA tahun lepas, dah tentu piala nie perlu dipertahankan dan ak yakin Carletto akan menurunkan barisan terbaiknya malam nie..

Formasi malam nie :

-----------Cech-----------

Ivanovic-JT-Alex-Zhirkov

Lampard-Ballack-Belletti-Malouda

-----Anelka-Sturridge---

Result Prediction : Chelsea (2) – Watford (0)

Hanya kemenangan dicari malam nie coz keputusan seri akan membawa match nie ke second match di tempat lawan 12 Jan nie dan dah tentu dengan barisan skuad yang berkurangan skang, dah tentu kita tidak mahukan penambahan fixture yang tak diperlukan..KTBFFH!!


0 4-3-3 : Opsyen atau kemestian??

0 Comments
Indiana 'Carletto' Jones mencari diamond

Bukan ingin menidakkan falsafah Carletto yang tampil dengan formasi diamond, cuma ingin melihat sejauh mana formasi Carletto dapat bertahan, atau adakah kita akan perlukan falsafah baru menggunakan formasi lama??

4-3-3 merupakan formasi yang telah lama digunapakai oleh Chelsea dengan Jose menjadi titik mula falsafah ini yang terus digunapakai oleh ‘successor’ beliau seperti Grant, Scolari dan Hiddink..Menggunakan formasi nie, ak yakin ramai yang mengatahui menggunakan lone striker dan winger sebagai jentera serangan,

Kedatangan Carleto merubah falsafah ini dan ia sememangnya jauh berbeza dengan formasi diamond tidak menggunakan winger tetapi full back yang lebih memainkan peranan melakukan larian2 di bahagaian sayap..pemain midfield perlu lebih mengawal bola dan banyak passing perlu dilakukan untuk memulakan serangan.Satu sahaja yang ak lihat yang akan menjamin keberkesanan serangan formasi diamond ini iaitu GREAT STRIKER PARTNERSHIP..kedua2 penyerang yang berduet dihadapan memang kena ad chemistry kalo x memang susah gler nak dapat gol..

Didi dan Anelka bagi aku telah memulakan revolusi musim nie dengan menjadi striker partnership yang paling lethal kat EPL dan apabila kedua2 striker nie ada di atas padang, jarang sekali kita ketandusan gol..Setakat nie secara gandingan dioarang berdua dah kutip 27 gol untuk Chelsea..Tapi apa yang terjadi tanpa Anelka?? Lihat apa yang berlaku ketika menentang West Ham dan Birmingham..Gandingan Didi-Kalou dan Didi- STurridge tidak mengahasilkan satu gol pon kerana kurang keserasian..Jadi tanpa Didi di bulan Januari, siapakah gandingan terbaik?? Mungkinkah Anelka-Sturidge atau Anelka-Borini atau Sturridge-Borini?? Mungkin lawan Watford nie kita boleh lihat samada ada antara gandingan baru nie bakal menyerlah atau tidak..

Tetapi semenjak match ngan Fulham, sudah lihat ad perubahan kepada kedegilan falsafah Carletto yang dilhat tidak mahu terus terikat dengan formasi Diamond yang diciptanya sendiri.. Falsafah asalnya adalah Diamond namun opsyen keduanya adalah 4-3-3..

"I think that in some matches, we can change the system," the Italian tactician is quoted to have said by the Ealing Gazette. "We play with the diamond every match, but I think also we can use the wing.

"In some matches, where there is a lot of space in midfield, we can use the wing sometimes. We have [Florent] Malouda who can do that, and also [Daniel] Sturridge who can play there."

Di bulan Januari, Striker kita berkurangan namun kita mempunyai lambakan winger yang bagus di dalam skuad..Joe Cole, Malouda, Sturridge, Kakuta dan Zhirkov dan ak harap Carletto dapat mempergunakan dioarang nie untuk exploit kekurangan striker kita dan cara terbaik adalah menggunakan formasi 4-3-3..

Apa yang paling best guna formasi 4-3-3 adalh general kita sudah pasti akan menyerlah..Di bawah rejim manager yang menggunakan formasi nie dulu, Lampard tak pernah mengecewakan dan 20 gol setiap musim adalah buktinya..Tetapi sejak di bawah rejim Carletto, Lampard telah menjadi ordinary player dengan tidak banyak ruang untuk dia beraksi dan mempamerkan killing shoot nya..Mungkin masih belum serasi, yelah dekat 5-6 tahun guna formasi yang same, sekali tahun nie ubah mesti kaco punye..Tapi ak jamin jika formasi lama digunakan, dah tentu kita dapat melihat Lampard yang asal kerana 4-3-3 memberikan lebih kebebasan kepada Lampard untuk bergerak di bahagaian tengah..

Jadi 4-3-3 sememangnya formasi yang best sebab ad winger, ak pasti ramai yang setuju tapi perlukah ia jadi permanent atau opsyen semata2?? Dengan adanya Carletto, ak rase diamond still akan jadi pilihan utama dan ak yakin gak formasi diamond adalah formasi yang bagus cume perlu bersabar untuk melihat hasilnya kerana di Milan formasi ini betul2 menjadi..Mungkin di bulan Jan nie 4-3-3 perlu lebih kerap digunakan sebab kita kekurangan striker tetapi selepas itu Diamond akan kembali menjadi keutamaan.Menggunakan formasi Diamond kita dah menewaskan Big 3 jadi ak yakin tidak perlu diubah formasi kerana formasi hanyalah strategi, yang menjayakannya adalah player, jadi ak harap pemain2 The Blues dapat adapt secepat mungkin..KTBFFH!!

Saturday, January 2, 2010

0 Pak Man kasi hadiah Tahun Baru

0 Comments
Ak bukanlah menyokong Chelsea kerana kekayaan mahupun kekuatan kewangan Roman yang memulakan revolusi tahun 2003..Andai kata Pak Man aka Roman berambus pun ak xkisah sebab Chelsea tetap Chelsea, kelab yang akan ak sanjung sampai bila2..mase zaman Zola Chelsea takde duit pon tapi ak sokong gak..Main bagus gak sampai layak CL..Tapi sekiranya ad yang ingin membantu kelab kesayangan anda, perlukah anda menolak??

Kedatangan Roman dulu memang menaikkan nama Chelsea di mata dunia dengan perubahan sekelip mata dilakukan seperti Akademi Fantasia yang melahirkan bintang2 baru dengan pantas..Walaupun melaburkan berjuta2 ringgit dan memberikan trofi berganda2 ke cabinet Chelsea, masih ad yang prasangka dengan niat Roman..Yelah biase la businessman,takkan beli camtu je mesti nak kaut untung gak kan..Tapi Roman menegaskan dia hanyalah fan The Blues seperti kita yang akan menangis bila kalah dan menjerit kegembiraan apabila meraih kemenangan..

Sejauh mana kebenarannya?? Berita terkini adalah yang paling menggemparkan kerana Roman dilaporkan telah menukar hampir separuh hutang kelab kepada ekuiti atau asset yang akan ditanggung sepenuhnya oleh Roman jadi nie bermakna Chelsea kini BEBAS HUTANG!! Hutang sebanyak £340m dah dilangsaikan dan setakat nie Roman leh kata dah keluarkan £700 juta untuk segala urusan yang melibatkan kelab Chelsea..peh banyak siot!!


Info rasmi (nie ak amik kat Official Chelsea)

- Group turnover was down from £213.1m to £206.4m
- Turnover was generally flat. The small year-on-year reduction reflects the front-loaded nature of certain sponsorship revenues
- Loss for the financial year reduced from £65.7m to £44.4m
- Remainder of shareholder debt of £340m was capitalised
- Net capital expenditure reduced from £85.1m to £4.2m following the completion of major capital projects such as the training centre at Cobham
- Cash outflow reduced from £107.4m to £16.9m

Bagi sape yang kurengg faham, debt nie selalunya datang sebab yuran perpindahan player2 yang dibeli sebab nak beli player x semestinya diorang bayar cash, diorang akan guna urusan bank dan selalunya pihak kelab akan berhutang ngan bank untuk membeli player dan membayar kepada bank secara perlahan2 mengikut kemampuan, selalunya amik dari keuntungan kelab setiapa tahun cam jualan tiket, baju dsb..

Dan Hutang nie lah antara masalah yang paling bahaya bagi sesebuah kelab, masih ingat kelab Leeds?? Kelab nie dulu memang gah kat EPL dan pernah feymes dengan beli star2 cam Kewell, Viduka dan Alan Smith tapi sampai satu masa x larat dah nak bayar hutang terpaksa la jual satu2 player nak cover debt punye pasal sampai last sekali relegate dan kini terperosok kat liga Coca Cola je..Kalo korang rase Madrid tu kaye dapat beli Ronaldo sampai harga pecah rekod £80 juta, sebenarnya korang silap sebab diorang nie berhutang ngan bank je, skang nie dah hutang hampir £400 juta xke giler namanya..2 pasal libepul, Valencia mengah musim nie x mampu nak beli player sebab hutang punye pasal, kalo gatal nak beli player lagi mahu bangkrap lak nanti..dan sekiranya xde asas kewangan yang mantap, tak mustahil Chelsea mgkin akan jadi camnie gak..Roman tau pasal nie so dengan free debt skang, takde apa yang nak dirisaukan..

Tapi apa yang ak nak katakan kat sini, Roman telah mengeluarkan sejumlah wang yang besar semata2 untuk kestabilan dan kemajuan kelab Chelsea, adakah kita patut meragui lagi niat Roman?? Sedangkan kita kat sini pon x penah menyumbang untuk kelab, ak beli baju jersi Chelsea pon kat Big Field aka Padang Besar huhu..sekadar nak menyumbang masa dan idea untuk blog leh la..Jadi ak yakin tindakan terbaru Roman nie menunjukkan die memang prihatin dengan kelab dan tahu apa yang terbaik untuk mengekalkan kestabilan kelab kini dan masa hadapan..Tenkiu Pak Man!!

Cume ak harap khabar2 angin tentang nak jual nama Stamford Bridge, stadium keramat Chelsea xkan menjadi kenyataan kerana Bridge merupakan lambing kemahsyuran dan sejarah kelab dan ak xnak nama nie dibuang begitu je semata2 kerana inginkan keuntungan..Kalo jual mmg ak sumpah Pak man jadi Pacman haha..Tengoklah nama stadium Arsenal, Emirates Stadium- xde ciri2 kelab langsung bukan nak kutuk cume nak hina je macam xde identity langsung..Stamford Bridge adalah identity Chelsea sepertimana Anfield memperkenalkan Liverpool, San Siro untuk Milan dan Bernabue untuk Madrid..Harap dikekalkan!!