The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Monday, June 14, 2010

0 Langkah Kiri

0 Comments

Seri, seri, Kalah..Adehh boleh kata kempen pemain Chelsea di World Cup seperti musim transfer gak, penuh ranjau dan duri..Setakat nie daripada 11 pemain Chelsea, 3 negara yang melibatkan 6 pemain The Blues telah berlangsung match pembukaan diorang..

Keputusan match pertama sememangnya menghampakan buat kem The Blues..England dan France hanya seri, manakala yang terbaru, Serbia yang melibatkan Ivanovic tewas kepada Ghana..Tambah hambar bila masih tiada gol dijaringkan oleh pemain Chelsea setakat nie..Lampard beraksi sederhana lawan USA, begitu juga dengan Anelka yang masih tak tajam di depan gawang..Defence pon lebih kurang hawau; JT, Ashley Cole dan Ivanovic sume tak dapat clean sheet..

Seri, seri..makan seri muka lagi layan..

Tapi bagi aku apa yang lebih pelik adalah exclusion oleh Malouda dari skuad utama menentang Uruguay..Dikategorikan sebagai established winger musim nie, Malouda boleh dikatakan muka wajib dalam skuad France untuk berganding dengan Ribery di sayap kiri dan kanan..Winger Chelsea nie dikatakan bergaduh dengan Cry Baby Cry Gallas sewaktu training yang menyebabkan dia direhatkan..Emm, France skang memang dikatakan agak bermasalah, dengan suasana dalam kem yang agak tegang..Dikatakan terdapat 2 puak dalam skuad France, satu menyokong Henry sebagai Lone Striker, satu lagi mahukan Govou dalam first team..Mungkin Zidane perlu dipanggil semula untuk menanduk dada sekor2 player yang wat hal..

Kesimpulannya pemain Chelsea kebanyakannya beraksi di bawah par setakat nie, mungkin 'enjin' tak panas lagi kot..Messi pon aku tengok men macam haram, finishing takde, bile kat Barca bukan main tajam..Harap2 second round nanti ada peningkatan dari player The Blues!!

Oh ya, team faveret aku Germany nak main kejap lagi, walaupun Ballack dah takde, aku sokong gak Deustchland!! Setakat kangaroo, buat goreng masak cili padi pon sedap nie..

Latihan Skuad Germany sempena match malam nie..100% effective!!




Sunday, June 13, 2010

0 Jom Layan Fantasy World Cup!!

0 Comments
Selain kehangatan WC di kaca TV, aku nak ajak korang join Fantasy World Cup kasi meriah suasana kat sini..Lagipun boleh kasi rapat hubungan antara Fan Blog nie, betul x?? Aku pasti ramai dah kematu sebab liga dah tamat dan Fantasy Premier League berehat kejap..Berbanding kelab, nak uji managerial skill di pentas international?? Jom usha sape lagi power!!

Caranya senang je, korang masuk website ESPN World Fantasy (klik sini)> Daftar & Join The Game > Dah join? Pastu enter My League dekat Dashboard team korang> Cari Liga 'THE BLUES ARMY'> Enter Password - 98227> DONE!!

Rule, How to Play korang leh baca sendiri le kat laman web nie..Dare to Fight??


Saturday, June 12, 2010

0 Wake Up, its Bafana Bafana!!

0 Comments
Vuvuzela dibunyikan, tanda demam WC 2010 bermula!!

Okeh lupakan sebentar mengenai transfer window yang agak mengecewakan..Mari santaikan minda, World Cup sudah bermula!!

Piala Dunia yang dinanti-nantikan dah membuka tirai dan aku pasti ramai yang dah tak sabar nak 'demam' selama sebulan..Walaupun kita semua menyokong Chelsea, tapi tak semestinya sokong England..Aku yakin setiap orang ada selera berlainan, so gudlak untuk team pilihan korang..Yang pastinya, aku sokong Germany!!

Match pembukaan dah berlangsung malam tadi dengan Host 'Bafana-bafana' Afrika Selatan mencatat keputusan seri bersama Mexico..Match yang sengit dan menghiburkan, sememangnya pembukaan yang hebat untuk kejohanan terbesar dunia!!

Untuk edisi WC 2010 nie, okeh mungkin blog nie adalah untuk news Chelsea, tapi memandangkan Piala Dunia sudah bermula, aku rasa transfer rumours akan berkurang kerana semua pemain busy dengan tugasan di Afrika..Walaubagaimanapun aku tak mungkin nak buat report full mengenai WC kerana aku rasa dah banyak blog yang lebih padat mengenai kejohanan nie (antaranya Kampung Piala Dunia dan Sokernet)..Jadi untuk mengisi kekosongan nie, aku mungkin akan update WC terutamanya mengenai pemain The Blues yang beraksi di Piala Dunia selama sebulan..Jika ada transfer rumours, aku akan cuba selitkan di sini..

Senarai rasmi pemain The Blues di WC 2010 (11 Pemain) :

England
-Ashley Cole
-Frank Lampard
-John Terry

Perancis
-Florent Malouda
-Nicolas Anelka

Ivory Coast
-Didier Drogba
-Solomon Kalou

Serbia
-Branislav Ivanovic

Portugal
-Deco
-Ricardo Carvalho
-Paulo Ferreira

Yup, mungkin selama nie kita hanya melihat pemain The Blues adalah teammate tetapi kini kita mungkin akan melihat mereka berentap sesama sendiri!! Antaranya Carvalho yang akan cuba merantai Didi dalam Group Stage nanti..Demam Piala Dunia dah bermula!!



Friday, June 11, 2010

0 BOD dah hilang akal??

0 Comments
Buang Joey?? No hal, kita masih ada Malouda, Kalou dan Stoch..

Baru je tadi aku rilek2 bukak internet, usha newsnow konon2 nak cari berita baru, mana la tau ada transfer masuk winger baru ganti Joey..Milner dan Schwensteiger disebut2 kini, wahlaweh!! Berita baik, hepi sekejap, scroll bawah skit, cari lagi nama baru..Tetiba usha sebaris ayat "Stoch leaves Blues for Fenerbahce"..What?? Gurauan mesra ke apa?? Nak kata April Fool, dah lepas rasanya..Tanpa buang masa, mahukan kepastian aku bukak link, masuk Vital Chelsea, kat situ dah berlambak komen mengamuk, dan ada link ke website Fenerbahce..

Dengan penuh tanda risau, aku menekan butang 'klik'

keluarlah..

Dari official Fenerbahce

Maknanya SAH, Stoch akan menjadi pemain keempat yang meninggalkan Chelsea dalam masa dua hari!!

Ferreira, Deco aku boleh terima tapi...Buang Stoch?? Giler ke apa!!

Kehilangan Joey dah cukup memeritkan, tapi aku boleh bersabar kerana harapan aku ada pada Stoch sebagai future wonderkid..24 jam selepas tu, Stoch jugak dicampak ke Turkey, WTF??..Keputusan BOD agak mengelirukan, kerana tak nampak hala tuju..Buang Joey, Ballack dan Bellletti kerana dah berumur, aku boleh nampak polisi pemain muda diutamakan, tapi Stoch baru berumur 20 tahun dan merupakan pemain akademi paling menyerlah musim lepas, apa kes??

Hanya dua kemungkinan dalam pemikiran aku:

-Stoch sendiri demand nak blah untuk first team experience, atau
-BOD Chelsea buta tak nampak bakat Stoch

Faktor satu aku boleh terima, tapi jika nak jual, kenapa sekarang dan hanya 2.5m?? Stoch bermain WC dan mempunyai baki kontrak setahun dengan Chelsea..Jika nak jual dengan harga tinggi, bagi aku masa terbaik lepas WC kerana sewaktu tu for sure harga Stoch akan menaik mendadak..Faktor kedua tak perlu disebut, jika nie ceritanya, memang jujur aku kata BOD kita memang takde managerial sense..Lepaskan pemain berpengalaman dan wonderkid sekaligus?? Yup, memang bijaksana~

Hati masih panas, membara, aku harap ada berita lanjut esok mengenai sebab-musabab perpindahan Stoch..

Aku nak bakar Cobham!!






Thursday, June 10, 2010

0 Official : Ballack, Beletti and Joey, OUT!!

0 Comments
Sudah dijangka, sudah diramal, sudah rasmi - Ballack, Belletti dan Joey adalah antara mangsa pertama Chelsea dalam musim perpindahan bila diorang akan dilepaskan secara percuma..Aku tak pasti samada ada antara kita yang mungkin kecewa, atau gembira dengan keputusan nie??

Fuhrer Ballack


Semenjak hadir, Ballack boleh dikatakan antara yang paling rajin dan memang menampilkan ciri2 seorang kapten di atas padang tanpa armband..Kapten Germany nie gak mungkin boleh mengajar Gerrard bagaimana cara2 untuk berganding dengan Lampard di kawasan tengah..Hanya 2-3 bulan je, its become perfect combination!! Tapi masalah injury, dan mungkin juga Ballack tak mahu menurunkan wages dia dari £100,000 ke sekitar £60, 000 yang ditawarkan Chelsea menjadi faktor utama..

Berita lanjut

Magician 10


Joe oh joe..Kes kontrak die mungkin yang paling complicated dan paling panjang tempoh perbincangan berbanding Lampard dan Terry sebelum nie..Yup, ada antara kita yang berpeluh menunggu keputusan dari BOD berkenaan masa depan Joey, dan mungkin ada yang tak kisah..Berbanding dua Legend Frankie dan JT, aku sejujurnya tak amik pusing pasal Joey apatah lagi bila dia menampilkan muka sebenar yang gilakan duit..Chelsea dikatakan dah menawarkan kontrak setinggi £100,000 kepada Joey, kenaikan sebanyak £20,000 dari gaji asal-tetapi tetap ditolak mentah oleh Joey..Adakah nie dikatakan Fan Chelsea dari kecil?? Jika Joey benar2 True Blues, aku rasa dia akan terima gaji lama £80,000 untuk kekal bersama kelab pujaan dia..Apa yang dia mahukan?? Gaji setinggi JT dan Lampard?? Yup, aku rasa Joey terlampau memandang tinggi diri dia, dia bukan kapten, juga tak menjaringkan 20++ gol setiap musim, serta kerap injury..Surely, tiada siapa yang lagi besar berbanding kelab..Jika Joey tak mahu, silalah berambus..

Berita lanjut

Tuah CL dan Belletti


Mungkin ada sesiapa yang ingat Belletti adalah penjaring gol kemenangan yang membawa Barca kejuaraan CL tahun 2006?? Aku rasa ramai tak tahu, Belleti hadir di Chelsea adalah untuk memberikan tuah yang sama kepada Chelsea untuk merangkul Piala Eropah..Tapi Roman lupa, kebetulan dan nasib mungkin hadir sekali seumur hidup, seperti bagaimana JT tergelincir sewaktu mengambil penalti, dan bagaimana sepakan Didi dan Lampard terkena tiang dua kali di Final 2007..Belletti bukannya azimat, dan juga bukan penyelamat..Hanya beberapa memori cinta luka ditambat Belleti di sini, antaranya gol super torpedo menentang Wigan dan Spurs..Selain itu, takde impak utama dari Belletti yang hadir hanya sebagai backup injury, walaupun sekurang-kurangya dia lagi bagus dari Mineiro...Tetapi Belleti perlu chow, kebodohan memberikan penalti kepada Mancee dan Posemut musim lepas antara tanda-tanda azimat Barca nie sudah uzur..The time is right, goodbye Belletti..

Berita lanjut

Good Choice?? Bad Choice??

Melepaskan 3 pemain sekaligus adalah sesuatu keputusan besar dari BOD, apatah lagi bila ada nama besar seperti Joey dan Ballack dalam senarai..Aku mengharapkan Ballack dan Joey stay, tapi melihat kepada demand wages yang tinggi, serta umur yang kian lanjut, yup tidak berbaloi dan pengorbanan perlu dilakukan..Dengan melepaskan Joey, Ballack dan Belletti kini Chelsea dapat berjimat hampir £3m setiap tahun dalam pembayaran gaji kepada para pemain..

Aku tak rasa kehilangan 3 pemain nie akan memberikan impak besar kepada kem The Blues..Musim lepas kita dapat lihat walaupun trio nie tak bermain hampir separuh musim, Chelsea tetap gah dan mampu memenangi Double..Mungkin pengalaman mereka akan mampu menjadi aset utama, tapi apa adahal, kita masih punya Didi dan Lampard selaku senior player..Jangan lupa, Malouda dan Kalou semakin mantap di wing, Mikel juga kian meningkat..Mungkin nie jugak berita baik untuk pemain muda musim depan, Stoch berpotensi menjadi pengganti Joey dan Matic juga mampu menjadi pengganti Ballack..

Agak sedih melihat ada pemain meninggalkan Chelsea, tapi business is business..Hidup perlu diteruskan dan aku yakin setiap yang pergi akan ada penggantinya..Au Revoir!!



Monday, June 7, 2010

0 World Cup kurang ummph??

0 Comments
Bahang Piala Dunia memang dah kian terasa, tinggal 4 hari lagi akan bermula kejohanan terhebat nie..Tapi adakah WC kali nie akan jadi the best of the best??

Piala Dunia memang terkenal dengan kejutan, aksi dan debaran yang berbeza..Berbanding kejohanan di Jerman, apa prospek kali nie?? Sejujurnya, kejohanan kali nie memang nampak agak sengit dengan beberapa negara nampak lebih bersedia seperti England, Brazil dan juga Spain..Nie belum dikira dengan Argentina dan Germany yang dikira boleh mencipta kejutan bila2 masa sahaja..

Kurang umpphh?? hah, nie yang agak perit untuk dicerita..Memang best bila fikir beberapa nama negara terkemuka akan bertemu sesama sendiri bermula 11 Jun nie, tapi tanpa nama pemain2 yang best yang akan terlibat, dah tentu hilang seri Piala Dunia kali nie..Seumpama korang makan Maggie tak letak perencah, tawar, kosong, payau, konfem tak sedap bukan?? Berita kecederaan berlambak kepada beberapa pemain utama menjelang World Cup agak membuatkan aku tawar hati nak usha kempen kali nie..Tambahan pulak, beberapa pemain yang boleh kira 'Wajib' tak dipanggil jugak menjadikan suasana kali nie agak hambar..

Maggie takde perencah, sedap ke??



Jom usha superstar yang akan dirindui di Afrika :

Injured (konfem miss)
-Beckham
-Ferdinand
-Essien
-Ballack
-Mikel
-Bosingwa

Doubtful Injury
-Robben
-Drogba
-Pirlo
-Camoranesi
-Julio Cesar

Tak Dipanggil
-Ronaldinho
-Pato
-Cassano
-Giuseppe Rossi
-Samir Nasri
-Javier Zanetti
-Cambiasso

Tak Lepas Qualification
-Petr Cech
-Luka Modric
-Yuri Zhirkov
-Arshavin
-Ivica Olic
-Robbie Keane
-Igor Akinfeev

Kalau nak diikutkan, ramai lagi tapi nie je yang aku ingat..Satu lagi yang aku tak puas hati adalah kebangangan sesetengah Manager yang letakkan first team player dalam match friendly walaupun WC dah dekat..Didi, Robben antara contoh apabila cedera teruk dalam friendly match minggu lepas sehingga merisikokan peluang diorang beraksi..Cuma satu je yang aku agak kelakar, jikalau dikumpulkan pemain yang tak beraksi, aku rasa boleh buat satu team dan menang World Cup!!

Tak caya?? Usha nie :

---------------Cech----------------
---Bosingwa-Ferdinand-Zhirkov---
-Beckham-Essien-Pirlo-Ronaldinho-
-------Robben-Drogba-Pato---------

Sure bergegar dunia beb!!




p/s : ada sesape miss Amri Yahyah tak??







Sunday, June 6, 2010

0 Berita dari Afrika

0 Comments
Adoii, masa nie la tangan nak patah lak, terlepas WC le aku camnie..

Aku pun tak main World Cup, tapi pedulik hapa, aku dapat kontrak baru, wuhuu!!

Thursday, June 3, 2010

0 Goodbye??

0 Comments
Bayangan terakhir Magician 10??

Yup, nampaknya Blues Fan perlu bersedia untuk menerima hakikat yang Joey sudah hampir pasti akan meninggalkan Chelsea..Aku agak optimistik sebelum nie Joey akan stay namun selepas beberapa rumours dari pelbagai source, nampaknya dah jelas Magician 10 kita akan chow secara free musim nie..

Berita dari Mirror mengatakan Ass-Sengal adalah calon utama kepada destinasi Joey selepas nie..Beberapa hari lalu Redknapp dah mengesahkan ada pihak yang dah melakukan deal bersama Joey sebelum nie, cuma masih misteri, siapa?? (Rujuk post lama, klik sini ) Aku mengandaikan Manure berdasarkan minat Fergie, tetapi ternyata aku silap..Joey dan bininya Carly Zucker baru je dapat anak pertama dan diorang akan stay di London..Redknapp dah berkata Spurs tak terlibat, West Ham gak dah menarik diri, justeru siapa lagi kalau bukan Sekolah Sengal?? Joey dikatakan akan mengikat kontrak 3 tahun bersama rival London nie dengan gaji setinggi £110,000..

Wedges nampaknya terdesak nak beli player bagi meyakinkan kapten diorang Fabregas stay, dan dengan rule 6+5, nampakya diorang terpaksa mencari ramai Englishmen..Aku tak kisah Joey chow, tapi kalau boleh bukanlah ke team rival..Selepas Gudjohnsen yang berpaling tadah ke Spurs, kini kita mungkin melihat Joey menyarung jersi rivals London, Sengal..Tapi bagi aku ada gak kebaikan kepada perpindahan Joey :

1 - Keputusan BOD untuk kekal tegas dengan Joey berkenaan wages demand yang tinggi akan memberikan petanda kepada pemain yang lain agar tidak cuba bermain tarik tali..Tidak seperti case JT dan Lampard, aku rasa sekiranya permintaan Joey diberikan, tak mustahil pemain lain seperti Kalou, Malouda juga akan cuba melakukan perkara yang sama..

2 - Memberikan peluang kepada pemain lain..Jangan risau jika Joey chow, sebab berdasarkan musim lepas, kita mampu bermain mantap tanpa Joey..Magician 10 kini bukannya seperti dulu, kepantasan dia sudah berkurangan dan finishing dia agak mengecewakan..Kalou, Malouda semakin meningkat dan menjadi regular starter..Jadi aku yakin perpindahan keluar Joey tak memberikan kesan kepada prestasi kelab..Selain tu, tanpa Joey, kini kita boleh memberikan pemain muda Stoch dan Kakuta peluang yang lebih besar musim depan..

3 - Kurang injury prone player..Yup, Joey mempunyai rekod injury yang agak 'gempak'..Jika dia stay, tak mustahil dia akan injured lagi, dan kita akan membayar gaji setinggi 120,000 setiap minggu kepada player yang tak memerah keringat di padang..Bagi aku lagi bagus duit nie digunakan untuk membeli pemain lain..

4 - Cari Englishmen!! Ketiadaan Joey akan memberikan ruang kosong dalam skuad Chelsea..Dengan rule 6+5, nampaknya ini akan memaksa Ancelotti untuk mencari pemain tempatan bagi menggantikan Joey..Hanya satu dalam pemikiran aku, James Milner!! Masih muda (24), dan mampu beraksi di pelbagai posisi; midfield mahupun wing, bagi aku Milner akan menjadi addition yang fantastic kepada Chelsea..

Walau-apapun, aku mengucapkan selamat jalan untuk Joey dan terima kasih untuk jasa dia sepanjang 6 tahun bersama Chelsea..Aku akan tetap ingat musim 2007 sebagai musim terbaik Joey dan aksi die ketika tu memang gila gempak..Masih dan tetap akan menjadi antara faveret player aku di Chelsea..Cuma aku agak kecewa Joey memilih gaji tinggi berbanding stay bersama The Blues..Sekiranya dia sah ke Sengal, aku harap dia tak kecewa perlu bermain dengan 'adik-adik' di sana berbanding pengalaman bermain bola dengan pemain dewasa seperti Didi dan Lampard..Serta dia mungkin akan kecewa dan lupa cara nak mengucup piala selepas nie..Mungkin jugak dia mampu meneruskan tradisi kegemilangan Sengal, injury prone !! With or without Joey, Keep The Blues Flag Flying High!!


Barisan kanak-kanak yang akan menemani Joey di North London, sssengal!!





0 dumanlı hava!!

0 Comments
güle güle ??

Nampaknya awal musim perpindahan kali nie masih agak perit untuk Blues Fan sume..Dah la rumours player masuk sikit, yang ada pon macam pelik je, Benayoun, Srna..Tambah memedihkan bila rumours player kuar lagi banyak dari yang masuk..Macam mendung berasap je kem Chelsea skang, peciter nie?? Selepas Ash, Essien dan Lampard cuba dipancing oleh Boss 'lama' Special One, Joey dengar citer hampir pasti keluar secara free, kini giliran wonderkid kita pulak iaitu Stoch!!

Kelab dari ayam Turkey, Galak-tikus-saray nampaknya cuba mencucuk jarum kepada Holland Champion, Stoch yang boleh bermain sebagai winger dengan transfer fee £2.5m..Selepas memenangi liga Eredivisie bersama Twente musim lepas dan terpilih dalam skuad Slovakia ke Afrika Selatan, nama Stoch skang mencanak2 naik macam harga minyak sehingga mendapat tinjauan scout kelab2 seluruh dunia..Ada hati gak Ridjkaard ngan kelab Turki nie tetibe mencelah..

Dengan skuad Chelsea nampaknya agak padat dan sudah cukup kental, aku tak menyalahkan Stoch kerana dah pasti dia akan cuba mencari alternatif lain kerana sememangnya nampak agak sukar untuk menembusi skuad utama musim depan..Selepas dapat bermain hampir setiap match bersama Twente, aku yakin Stoch mahukan peningkatan berterusan seperti di Belanda dan duduk di bangku simpanan bukanlah sesuatu yang ideal..

Tapi bagi aku apa yang penting adalah keputusan Carletto dan management Chelsea sendiri..Di awal musim kita dijanjikan dengan kata2 youngsters akan menjadi tunjang kelab pada masa akan datang..Sekiranya begitu, mengapa perlu menjual produk muda kita terutamanya pemain seperti Stoch?? Ternyata dalam tempoh loan dah terbukti Stoch mampu menyerlah jika diberikan peluang dan aku yakin dia akan menjadi aset terbaik kita dalam 2-3 tahun nanti..Dengan Joey hampir keluar dan Malouda, Anelka bukannya semakin muda, kita perlukan winger berbakat seperti Slovakian nie..Jika diberi peluang, Stoch mampu menjadi sehebat mereka, mungkin lebih baik sekiranya digilap dengan betul..Please, keep Stoch!! £2.5m je pon, ciput la wehh!! Aku rasa bayar sewa padang kat London sebulan pon tak lepas..Sturridge yang tak menang apa2 pon £3m!!

Stoch main belah kiri, Ribery belah kanan, perggh Dünya varmış !!!!


Wednesday, June 2, 2010

0 Fantastic 4 ke Afrika!!

0 Comments
Tahniah aku ucapkan kat Joey kerana berjaya melengkapkan 23-man skuad England!! Capello dah mengeluarkan senarai pemain yang terpilih ke Afrika dan tak terkejut kerana Joey turut tersenarai sekaligus mengenepikan cabaran Walcott dan Adam Johnson budak hingusan yang tersingkir dan hanya perlu menonoton Zakuma dan kawan2 menimbang bola Jabulani di kaca tv..Selain Joey, 3 pemain The Blues yang dah konfem turut tersenarai..

Fantastic 4 Chelsea dalam skuad England :

-Joe Cole
-Frank Lampard
-Ashley Cole
-John Terry

Yup, sememangnya berita baik Joey akhirnya berjaya mendapat tempat ke Afrika namun masih ada berita buruk..Bapak angkat Joey di West Ham, Redknapp dah mengeluarkan statement yang mengatakan Joey dah melakukan deal dengan pihak lain, dan yang pastinya ia bukan Chelsea mahupun Tottenham!?

"It looks to me someone's going to make a great free transfer, if he doesn't stay at Chelsea," Redknapp said. "I genuinely don't know who that is. I don't think it's going to be Tottenham. I've got a feeling, I may be wrong, that he's already agreed a deal with someone, and it's not Tottenham."


Sekiranya bukan Tottenham mahupun Chelsea, who?? Dalam benak pemikiran aku, hanya satu kelab je -Manure..Yup, Fergushit memang peminat Joey sejak sekian lama dari West Ham lagi, dan dah tentu dia akan cuba mendapatkan satu lagi 'Owen' secara free transfer..

Fergushit

Namun selagi belum confirm, walau sekelumit chance aku masih menaruh harapan Joey akan kekal di Bridge atas beberapa faktor..Sebab pertama, sanggup ke Manure memberikan gaji setinggi £120,000 ke dalam kocek Joey setiap minggu?? Sebagai kelab yang mempunyai hutang sebanyak £716.5m, dan Manure tengah menaikkan gaji Shrek sebagai Top Earner dengan gaji £150,000, aku agak sangsi dengan kemampuan ekonomi Manure..Selain Manure, Mancee mungkin satu-satunya kelab yang mampu membayar demand Joey dengan backup Pak Arab dan duit minyaknya, tetapi tanpa prospek Eropah musim depan, tak mungkin Joey mahu turun level beraksi di low-class Europa berbanding Champions League..Kesudahannya?? Aku yakin Joey akan stay!!

Dengan pemilihan Joey kedalam skuad England, aku harap mampu membuka mata BOD Chelsea untuk mengekalkan dia dalam skuad musim depan berbanding membeli celaka Israel Benayoun..Bukan mudah untuk terpilih ke Afrika, tambah2 lak berdepan Capello yang strict, justeru aku harap bakat Joey akan dipandang tinggi selepas nie..Selepas impian ke Afrika sudah tercapai, aku yakin Joey akan menumpukan kepada perbincangan masa depannya sekarang..Dah tentu dia tak mahu terganggu dengan rumours transfer sepanjang sibuk menendang Jabulani di Afrika jadi aku yakin kita akan tahu keputusannya sebelum World Cup berlangsung, dalam masa seminggu lagi..Dalam masa nie, aku harap ada berita baik!!