The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Thursday, July 7, 2011

2 Menunggu jawapan AvB!!




Villas Boas kini dalam proses meneliti prestasi pemain yang kita sedia ada..Kelmarin hampir keseluruhan skuad utama Chelsea sudah menghadirkan diri ke Cobham untuk Pre-Season kecuali mereka yang terlibat untuk Copa America dan kejohanan lain..

Agak pantas?? Yupp, sudah tentu ada pemain yang merasakan suasana di Chelsea memang mengejutkan, tak sampai sebulan mereka kini berada di bawah pengawasan manager baru selepas Ancelotti..Buat pemain lama seperti JT, Lampard mungkin sudah biasa dengan keadaan ini tetapi pemain baru dan youngsters nampaknya perlu menyesuaikan diri dengan cepat..



Banyak persoalan akan bermain difikiran AvB - siapa pemain yang perlu kekal, siapa yang patut dikeluarkan?? Juga bahagian manakah adalah kelemahan Chelsea yang boleh diperbaiki, serta apakah langkah yang perlu diambil?? Membeli pemain baru, atau gunakan youngsters atau motivasi sahaja sudah memadai untuk mengeluarkan yang terbaik dari para pemain sedia ada??

Buat masa ini, AvB sudah tentu akan mengambil masa untuk meneliti keseuruhan aspek skuad sedia ada, kemudian barulah memulakan langkah di musim perpindahan..Agak boring kerana Chelsea sahaja yang belum membeli pemain?? Dah tentu, tapi AvB tidak mahu membuat langkah terburu-buru, berikan dia masa untuk membuat perancangan teliti sebelum merencana pelan musim hadapan adalah langkah terbaik..Kita tunggu apa kata AvB dalam masa terdekat!! KTBFFH!!


2 comments:

galileo said...

tak sabar langkah seterusnya oleh AVB...hehe

Raiden said...

tak sabar tunggu kehadiran moutinho dan falcao!!