The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Thursday, June 30, 2011

0 AvB : Young and Dangerous

Bermulalah Era Baru The Blues..

Yupp, perancangan Villas Boas untuk mentransformasikan Chelsea nampaknya sudah bermula..Paul Clemence secara mengejut telah dipecat, Di Matteo telah dibawa masuk sebagai Assistant Manager, dan beberapa staff pilihan Villas Boas dari Portugal + Steve Holland, dahulunya Chelsea reserve team manager juga telah diberikan authority secara rasmi..

Welcome home, Robertooo!!

Berikut adalah nama coach dalam group 'Special Force' AvB :

Steve Holland - Assistant first team coach

Christophe Lollichon - Goalkeeping coach

Jose Maria Rocha - Fitness expert

Daniel Sousa - Head opposition scout.


Komen?? Muda, tapi penuh keyakinan. Itu yang aku nampak pada AvB. Melihat kepada langkah drastik memecat Paul Clement, salah seorang staff lama di akademi memang tak dijangka, langkah yang amat berisiko tetapi AvB melakukannya tanpa sangsi..Walaupun dilihat agak kejam, tindakan AvB telah memberikan impak dari segi psikologi kepada imejnya bahawa dia mempunyai kuasa di Chelsea sekaligus memberikan amaran kepada sesiapa yang cuba menyoalkan kedibilitinya dari awal..Bagi aku dia lebih menyerupai Pep Guardiola daripada Jose Mourinho. Tidak sombong, tidak menonjolkan diri tetapi tetap tegas dan menyuarakan pendapatnya tanpa rasa sangsi. Mampukah dia mengawal pemain Chelsea yang rata-rata sama umur dengannya?? Mudah-mudahan. Melihat kepada gaya AvB mengendalikan situasi di Chelsea, jelas walaupun masih muda dia mempunyai daya kempimpinan yang kuat untuk menarik keyakinan para pemain untuk mengikuti segala arahannya.

Gabungan Young & Dangerous

Mengambil Di Matteo, Legend Chelsea adalah sesuatu yang brilliant kerana seperti Wilkins dia amat dihormati oleh Frank dan JT, dua simbol kelab..Berbekalkan pengalaman menjadi manager di West Brom dan mengamalkan falsafah menyerang, sudah tentu dia adalah jenis assistant yang amat sesuai untuk membantu Villas Boas mengatur strategi.

Komen AvB :

"If you see the technical staff in front of me, and my appointment of Roberto, these are people who like the quality of the game and have a philosophy."


Masa depan Chelsea dilihat nampak cerah. AvB walaupun dikatakan mentah, tetapi dia mengawal situasi kem kita dengan penuh matang, bijak, cermat, pantas dan teratur. Tiada siapa yang dilihat berani mempersoalkan keputusan AvB kerana keyakinannya membolehkan kita merasakan dia melakukan perkara yang betul. Aku harap pemilihan pemain baru juga kali ini adalah berdasarkan permintaan AvB sendiri, bukannnya Board, Gourlay mahupun Roman. AVB tahu apa yang dia mahukan dan Roman perlu memberikan keyakinannya kepada manager muda ini. Manager sudah ada, Coaching staff sudah diketahui, international transfer akan bermula esok, 1 July. Apa lagi?? Time to shop!!





No comments: