The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Wednesday, June 15, 2011

0 Akhirnya....Gourlay bersuara!!

Pecat cepat, nak cari pengganti pulak lambat..Hmm selepas berminggu-minggu fan Chelsea menunggu siapakah manager baru kita musim depan, sampai sekarang masih melopong menanti jawapan..Ketika kelab lain dah mula sibuk melakukan urusan jual beli pemain (Manure dan Fool dah beli dah), hanya Chelsea yang masih terkial-kial sebab masalah pencarian manager kita masih belum selesai..

Namun semalam adalah berita baik untuk Fan The Blues yang masih menanti dengan penuh sabar..Selepas berminggu Board Chelsea berdiam diri, akhirnya Chief executive officer, Ron Gourlay memberikan jawapan yang mahu didengar oleh peminat..


"Hopefully in the next week or two, we`ll be in a position to announce our coach."

"There may also be the introduction of two or three players. We`ve identified key players we`d like to bring in."

"As far as the manager is concerned, the process is going well but now is not the time to comment on who the next manager is going to be."

"I don`t think its right to comment at this stage. I don`t want to create any speculation, we`ll make an announcement when we`re ready and we`ll see the new coach when we arrive next month."


Boleh percaya ke?? Nasib baik Gourlay tak pernah mengeluarkan kenyataan mengarut, merujuk kepada kes Carlo yang dikatakan status jawatannya akan dibincangkan selepas season tamat dan ia ternyata benar..Nampaknya kita bakal mengetahui keputusannya dalam masa 2-3 minggu lagi, berkemungkinan awal Julai..Spekulasi??

Ini pendapat aku dari apa yang diperkatakan Gourlay :

1. Kita sudah mendapat manager baru, cuma ianya masih dalam proses di belakang tabir dan belum boleh disebarkan secara rasmi..Dalam kes ini, siapa lagi kalau bukan Hiddink?? Dia masih terikat dengan Turki buat masa ini; selagi compensation belum diselesaikan maka kedua pihak belum boleh membuat kenyataan rasmi tetapi aku yakin kesemuanya akan selesai dalam masa terdekat dan kita bakal meraikan kepulangan Gusmidas ke Bridge!

2. Dua tiga pemain baru akan dibawa masuk - dan ia mungkin akan memakan belanja besar!! Mungkin kerana itu Chelsea ketika ini dalam proses menjual youngsters yang kurang perform untuk mendapat sebanyak mungkin dana bagi musim perpindahan kali iniAdakah - Neymar, Lukaku dan Modric??


Harap Gourlay tak mungkir janji!

KTBFFH!!

No comments: