The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Friday, June 17, 2011

0 Mengejar Luka??



Berita Chelsea melakukan bid £22m kepada si katik Croatian, Luka Modric sudah tersebar luas..Samada hanya cerita permainan agent untuk memulakan bidding war atau tidak masih belum dikenalpasti, namun ia tetap dianggap berita baik!! Melihat kepada usaha Board untuk mencari playmaker, bermakna mereka sudah nampak apakah masalah utama kita musim lepas: kreativiti dari bahagian midfield.

Luka Modric memang sesuai dengan peranan ini. Pantas, licik dan mempunyai hantaran yang tepat adalah abiliti yang fantastik untuk menjadi seorang playmaker bertaraf dunia. Daripada Drogba ke Torres, Chelsea kini dalam proses untuk beralih dari sebuah team yang hanya kuat dan fizikal kepada lebih teknikal, dan Modric adalah kunci utama untuk menjadikannya satu kejayaan.

£22m?? Melihat kepada pasaran semasa, sememangnya ia adalah harga yang ciput sekarang. Sedangkan Henderson pon berharga £20m, bermakna Modric akan dinilai lebih tinggi..Apatah lagi dengan kontraknya yang masih panjang iaitu sehingga 2016 bersama Spurs, tidak semudah itu untuk merampas si Frodo ini dari Redknapp dan Daniel Levvy. Jika Roman benar-benar serius, bid setinggi £25-30m adalah harga yang lebih rasional.

Harap ia akan menjadi kenyataan!!


p/s : Bagaiamana kalau kita terlepas Modric?? Aku cadangkan Canales/ Pedro Leon, lebih murah, lebih muda dan berbangsa Sepanyol, sudah tentu akan berganding bagus dengan Torres!!

No comments: