The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Sunday, July 11, 2010

2 Portuegese untuk Portuguese

Farewell Kiss??

Selain Deco yang diramal akan berhijrah ke Fluminese, sorang lagi warga Portugal, Carvalho dijangka akan menjadi pemain keenam akan meninggalkan Chelsea dalam satu langkah rombakan secara menyeluruh oleh The Blues. Carvalho yang sudah berumur 32 kembali mendapat perhatian kelab Inter yang memburu bek tengah kental kita sejak musim lepas. Jika dulu Inter hanya meletakkan minat, kini mereka hadir dengan minat + tawaran fee untuk mendapatkan Carvalho. Sejak ketiadaan Mourinho dan Scolari, jumlah bintang Portugal kita kian berkurangan dalam kem The Blues, dan kemungkinan hanya Ferreira yang akan kekal musim depan..

Jika Carvalho chow, kita hanya mempunyai JT dan Alex selaku First Choice Defender, walaupun Ivanovic juga boleh beraksi di posisi yang sama, aku anggap dia lebih sesuai beraksi sebagai Right Back. Ini meninggalkan kita kepada Bruma selaku second choice atau backup di tengah. Dengan JT kelihatan agak lesu dan semakin kerap injured dalam 1-2 musim baru2 nie, dah tentu kita perlu mencari pengganti yang berkaliber. Yup, Bruma sememangnya youngsters berbakat tetapi bagi aku dia perlu diberi masa untuk belajar, dan aku masih kurang yakin jika dia boleh perform dalam Big Match sekiranya JT atau Alex injured..

So,

Siapakah pengganti Carvalho yang ideal??



Bruno Alves ye, bukan Dani Alves

Bek tengah perlu digantikan dengan bek tengah, bintang Portugal perlu digantikan dengan bintang Portugal juga..Bruno Alves antara nama2 yang disebut2 untuk menggantikan Carvalho bagi memperkuatkan pertahanan Chelsea. Dengan tag £15 million, sudah tentu bukan harga yang murah untuk dikeluarkan namun bagi aku Bruno sememangnya sesuai dan layak untuk beraksi untuk pasukan gah seperti Chelsea. Di World Cup, kekentalan Bruno beraksi di posisi tengah bersama Carvalho memang kebal dengan rekod hanya bolos sekali dalam 4 match, iaitu gol Villa sewaktu Last 16, Group Stage- Triple Clean Sheet!! Itu belum dikira pencapaian dia sewaktu bersama keleb kini, Porto. Dengan 4 trophy kejuaraan liga Portugal, 3 Cup dan 2 Supercup, serta dinobatkan sebagai Portuguese Liga Player of the Year musim 2008–09, dah tentu sudah memadai untuk kita menilai reputasi hebat Bruno!!

Jika nak jual Carvalho, bagi aku sekarang waktu sesuai kerana dia masih ada value dan nilai untuk mendapatkan pulangan transfer fee. Dengan umur dan kisah injury yang kian meningkat, jelas Carvalho semakin merosot di Chelsea. Dengan duit yanng diperoleh, kita boleh membeli pemain lain yang jauh lebih muda. Sell Carvalho, Buy Bruno, aku yakin tiada penyesalan!!


2 comments:

eddie dewanaga said...

Bruno Alves memang fit utk ganti Carvalho...

Raiden said...

kalo x dapat bruno,ak rase subotic pon smart gak..