The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Friday, July 15, 2011

2 Sixth Candidate!!

2 Comments
Tumporr!!

Berita Essien dah terlantar 6 bulan dah disahkan..Walaupun masih ada sebulan setengah lagi untuk permulaan EPL, proses rehab dan fitness bermakna kita hanya bakal mendapat Essien yang benar-benar cergas 100% secepatnya Jan/Feb tahun hadapan..

Memang malang buat Essien, tetapi kita perlu memikirkan kekuatan team ketika ini..Pengganti di bahagian tengah nampaknya sudah hampir pasti adalah posisi yang perlu dicari ganti..Di sini 6 candidate yang dijangka menggantikan Essien :

Modric

Paling mahal dan paling sukar nak dibeli. Luka memang midfield berkaliber. Walaupun tidak tegap seperti Essien, titik graviti yang rendah umpama Messi menyebabkan dia sukar dijatuhkan malah mampu memegang possesion dengan bagus. Bid 27m Chelsea tempohari telah ditolak mentah oleh Spurs dan dijangka harga maksimum adalah 30m. Namun dengan Luka sudah mengikuti Pre-Season bersama Spurs, harapan kini agak tipis.

Moutinho

Salah seorang tonggak penting Villas Boas di Porto. Kreativiti dan stamina yang tinggi membolehkan dia dianggap pengganti Essien yang lebih dinamik. Namun selepas mencuri AvB, sudah tentu sukar Porto untuk melepaskan seorang lagi star player diorang.

Meireless

Terkejut?? Meireless memang star Libepul musim lepas tetapi melihatkan pembelian Kenny summer ini yang dipenuhi Midfield seperti Adam, Henderson, Downing, serta kembalinya Gerrard bermakna tiada tempat buat pemain portugal ini. Dijangka murah dan loan setahun adalah langkah terbaik bagi mendapatkan Raul Meireless.

Lassana Diara

Semakin terpinggir di Real selepas pembelian Nuri Sahin. Bekas pemain Chelsea nie boleh dikatakan pemain yang bagus dan meningkat selepas meninggalkan Bridge dan berkelana ke Posemut, Sengal dan Madrid. Mempunyai bakat namun tidak mendapat peluang, Lassana Diara mungkin berminat ke Bridge semula dengan ketiadaan Essien. Nampaknya The Chosen One kena kompromi dengan Special One la dulu.

Scott Parker

Salah seorang bekas pemain Chelsea yang dikaitkan kepulangan ke Bridge. Selepas kecederaan Essien sasaran awal kita adalah Parker dengan pinjaman setahun. Tetapi dengan interest yang kuat dari Arsenal dan Man City bermakna Chelsea mungkin terpaksa mengambil langkah drastik iaitu permanent tranfser. Hero di West Ham seperti Lampard tetapi umur yang menghampiri 30an adalah amat merisaukan. Malah rekod kecederaan dia jugak seakan Essien. Dijangka harga sekitar 8-9m, sedangkan kita menjual Parker dahulu ke West Ham pada 6m je. Tak berbaloi!!

Wilson Palacios

Dengan adanya Sandro, Palacios semakin kurang waktu bermain. Walaupun bukanlah nama besar, tetapi badannya cukup besar untuk menandingi Esssien. Boleh menambahkan kekuatan fizikal di bahagian midfield, Palacios dijangka tak memakan banyak belanja dan mampu menjadi backup yang bagus. Rasanya Levy takkan bising kali nie.

So, pilihan di tangan AvB..Lagi cantek kalau kita dapat beli seorang pemain sebelum Asian Tour. KTBFFH!!

P/s : Siapa pemain yang korang rasa perlu dibeli menggantikan Esssien??




Monday, July 11, 2011

0 Di mana janjimu, Lie-Vy??

0 Comments
Modric nampaknya makin terdesak untuk merealisasikan perpindahan ke Chelsea summer ini..Minggu lepas Levy dan Redknapp mengeluarkan kenyataan bahawa Modric 'gembira' di Spurs dan tidak akan dijual sama sekali dengan apa harga sekalipun..

Atau dengan erti kata lain, ini adalah bahasa isyarat dari Reknapp untuk Modric :

STFU

Namun lain pulak ceritanya di Croatia, Modric yang masih bercuti di negara asalnya dilaporkan telah membuat kenyataan berbeza dalam Sportske Novosti, newspaper di sana..

"I haven't thought about it at all because [not letting me go] would definitely not be good for anyone. I have already told the chairman that last summer he said we would find a mutually satisfactory agreement if a club like Chelsea came in.

"I hope that eventually he will understand the situation and that we will reach an agreement and go our separate ways in an appropriate manner."


Modric mendesak transfer?? Yeahh!!

Tambahan pula, Luka mengingatkan Levvy mengenai perjanjian secara gentleman bahawa dia dibenarkan keluar jika ada bid dari kelab yang lebih besar..

"I reminded the chairman of our gentleman's agreement when we were in Dubrovnik last summer and I agreed a contract extension with Tottenham. Then I had an open chat with Levy – that if a bigger club came in with a concrete offer, we would consider it and agree the best solution for all concerned.

Namun, apa yang berlaku selepas Chelsea bid Modric £22m bulan lepas??

"Now Levy doesn't want to talk to me and said there is no possibility that I can leave Spurs."

"He threatened me – he said if I didn't accept the club's stance, they would make me sit on the bench or in the stands."


Dimana janjimu. Lie-Vy??

Luka di hati siapa yang tahu?? Luka Modric ketika ini sememangnya marah dan kecewa dengan sikap Levvy, jika Spurs tetap dengan pendirian mereka, aku harap Luka akan menghantar transfer request secepat mungkin..Jelas lagi nyata, Luka mahukan Chelsea dan kedatangan AvB semakin menarik minat si kecil Croatian ini untuk bekerja di bawah The Chosen One..

"There is no doubt that Chelsea want me – they sent a concrete offer to Tottenham. I know that the new Chelsea boss, Villas Boas said he wants me in his team. Of course I am flattered by this interest in me, it's a club that all players dream of joining, fighting for every competition available.

"It wasn't a snap decision, I talked a long time with my family and people whose opinions I respect. I thought about it, weighed it all up, and finally decided this was the best option."


Modric sudah melakukan sedaya upaya untuk berpindah ke Chelsea, dan sudah pasti ia adalah sesuatu yang hebat untuk mendapatkan pemain seperti ini..Cuma masalahnya adalah harga yang bakal ditawarkan, jika Modric menghantar transfer request ia akan memudahkan keadaan..Tetapi jika tidak sudah tentu ia akan mengheret masa perbincangan ke masa yang panjang kerana Levvy memang bijak untuk mendesak pihak lawan memberikan harga tertinggi umpama kes Berbatov..

Bagi aku Spurs memang tak rasional jika sanggup mengekalkan Modric untuk diletakkan di bangku simpanan musim hadapan dan membayar gaji buta bulan-bulan?? Chelsea hadir dengan cara yang sah, malah kita memberikan bid dengan pengetahuan pihak Spurs justeru kita tidak boleh dipersalahkan..Bagi aku £27-30m max, take it or leave it!!

Joao Moutinho - alternatif buat Modric

Chelsea tidak begitu terdesak mendapatkan Modric, jika Spurs masih berkeras bermakna kita masih ada alternatif lain iaitu Moutinho yang lebih murah dari Luka..Malah Moutinho lebih mengenali AvB dan faham bagaimana corak permainannya di Porto..Mungkin Modric berasa terdesak dengan link Moutinho ke Chelsea justeru dia mendesak tranfser, siapa tahu?? Luka mahukan Champions League dan mahu kekal di London kerana familinya gembira di sini justeru Chelsea adalah pilihan terbaik..

Saga ini sudah pasti akan berterusan lama, harap kita menang dengan mendapatkan Luka pada harga berpatutan..Lets hope so..Cant wait to see you in blue shirt, Modric!! KTBFFH!!

Saturday, July 9, 2011

0 Respek la sikit!!

0 Comments

Banyak betul la website dan news yang kutuk Emenalo semalam jadi Technical Director Chelsea..Ape korang tak tahu ke, dia dulu pernah main untuk Real Madrid?? Antara kelab besar jugak tu beb!!

Respek la sikit!!!


0 Knock, Knock - Who's There??

0 Comments
Sekadar Gambar Hiasan

Knock, knock?? Lutut Essien yang kena knock-out blow..Musim baru belum bermula tapi nasib malang dah menimpa The Bison..Kereta kebal Ghana nie yang dulunya kental tapi kini dah umpama kereta 10 tahun tak servis, injured memanjang..

Masih tak pasti berapa lama dia akan tersadai tetapi melihat rekod terdahulu kebiasaannya 2-3 bulan minimum jugaklah..Hmm sekurang-kurangnya nasib baik EPL start bulan 8 jadi masih ada masa untuk pulih..Cuma first impression sudah tentu amat kritikal di mata Villas Boas melihat keadaan Essien sebagai injury prone..Tanpa Pre-Season, kedudukan Essien bakal terjejas dan berkemungkinan akan ada alternatif baru di bahagian midfield perlu dicari?? Moutinho adalah nama yang disebut sejak sekian lama, Essien tidak diyakini cergas 100% musim hadapan bermakna AvB mungkin sudah perlu mencari backup yang berkaliber..

Buat masa ini, harap Essien cepat pulih dan kembali bertenaga seperti dahulu..AvB sudah mengatakan pemain akan dinilai berdasarkan prestasi bukannya nama jadi ia adalah amaran awal buat Essien bahawa tempatnya tidak terjamin musim hadapan jika kerap bermain di wad sakit..Harap cepat sembuh, Essien!! KTBFFH!!

Thursday, July 7, 2011

2 Menunggu jawapan AvB!!

2 Comments



Villas Boas kini dalam proses meneliti prestasi pemain yang kita sedia ada..Kelmarin hampir keseluruhan skuad utama Chelsea sudah menghadirkan diri ke Cobham untuk Pre-Season kecuali mereka yang terlibat untuk Copa America dan kejohanan lain..

Agak pantas?? Yupp, sudah tentu ada pemain yang merasakan suasana di Chelsea memang mengejutkan, tak sampai sebulan mereka kini berada di bawah pengawasan manager baru selepas Ancelotti..Buat pemain lama seperti JT, Lampard mungkin sudah biasa dengan keadaan ini tetapi pemain baru dan youngsters nampaknya perlu menyesuaikan diri dengan cepat..



Banyak persoalan akan bermain difikiran AvB - siapa pemain yang perlu kekal, siapa yang patut dikeluarkan?? Juga bahagian manakah adalah kelemahan Chelsea yang boleh diperbaiki, serta apakah langkah yang perlu diambil?? Membeli pemain baru, atau gunakan youngsters atau motivasi sahaja sudah memadai untuk mengeluarkan yang terbaik dari para pemain sedia ada??

Buat masa ini, AvB sudah tentu akan mengambil masa untuk meneliti keseuruhan aspek skuad sedia ada, kemudian barulah memulakan langkah di musim perpindahan..Agak boring kerana Chelsea sahaja yang belum membeli pemain?? Dah tentu, tapi AvB tidak mahu membuat langkah terburu-buru, berikan dia masa untuk membuat perancangan teliti sebelum merencana pelan musim hadapan adalah langkah terbaik..Kita tunggu apa kata AvB dalam masa terdekat!! KTBFFH!!


0 Come and get me!!

0 Comments
Cepatlah Roman, beli aku!!!!!!!

Radamel Falcao, striker paling hangat di pasaran sekarang nampaknya adalah target utama kita musim panas ini..Seperti Modric, striker Colombia nie sudah meluahkan niat hati sebenar bahawa dia mahukan perpindahan ke EPL!!

'The Spanish league is good, but I prefer the Premier League as there is a better atmosphere on the field.'

'There is a club that I dream to play for. They are foreign but I do not want to say who it is now,' Falcao said.


EPL, kelab idaman?? Hint yang amat kuat. Aku harap ia adalah Chelsea. Dengan adanya Villas Boas di Bridge, sudah tentu Falcao mahukan reunion bersama coach yang menjadikannya hot property di Eropah musim lepas. Seperti Modric, kita kini sudah ada satu lagi player yang bersungguh mahu menyarung jersi biru diraja Chelsea. Cuma keputusan kini adalah di tangan Roman dan Villas Boas untuk mengatur langkah pantas. Jangan tunggu lama-lama, nanti disambar orang..


Thursday, June 30, 2011

0 AvB : Young and Dangerous

0 Comments
Bermulalah Era Baru The Blues..

Yupp, perancangan Villas Boas untuk mentransformasikan Chelsea nampaknya sudah bermula..Paul Clemence secara mengejut telah dipecat, Di Matteo telah dibawa masuk sebagai Assistant Manager, dan beberapa staff pilihan Villas Boas dari Portugal + Steve Holland, dahulunya Chelsea reserve team manager juga telah diberikan authority secara rasmi..

Welcome home, Robertooo!!

Berikut adalah nama coach dalam group 'Special Force' AvB :

Steve Holland - Assistant first team coach

Christophe Lollichon - Goalkeeping coach

Jose Maria Rocha - Fitness expert

Daniel Sousa - Head opposition scout.


Komen?? Muda, tapi penuh keyakinan. Itu yang aku nampak pada AvB. Melihat kepada langkah drastik memecat Paul Clement, salah seorang staff lama di akademi memang tak dijangka, langkah yang amat berisiko tetapi AvB melakukannya tanpa sangsi..Walaupun dilihat agak kejam, tindakan AvB telah memberikan impak dari segi psikologi kepada imejnya bahawa dia mempunyai kuasa di Chelsea sekaligus memberikan amaran kepada sesiapa yang cuba menyoalkan kedibilitinya dari awal..Bagi aku dia lebih menyerupai Pep Guardiola daripada Jose Mourinho. Tidak sombong, tidak menonjolkan diri tetapi tetap tegas dan menyuarakan pendapatnya tanpa rasa sangsi. Mampukah dia mengawal pemain Chelsea yang rata-rata sama umur dengannya?? Mudah-mudahan. Melihat kepada gaya AvB mengendalikan situasi di Chelsea, jelas walaupun masih muda dia mempunyai daya kempimpinan yang kuat untuk menarik keyakinan para pemain untuk mengikuti segala arahannya.

Gabungan Young & Dangerous

Mengambil Di Matteo, Legend Chelsea adalah sesuatu yang brilliant kerana seperti Wilkins dia amat dihormati oleh Frank dan JT, dua simbol kelab..Berbekalkan pengalaman menjadi manager di West Brom dan mengamalkan falsafah menyerang, sudah tentu dia adalah jenis assistant yang amat sesuai untuk membantu Villas Boas mengatur strategi.

Komen AvB :

"If you see the technical staff in front of me, and my appointment of Roberto, these are people who like the quality of the game and have a philosophy."


Masa depan Chelsea dilihat nampak cerah. AvB walaupun dikatakan mentah, tetapi dia mengawal situasi kem kita dengan penuh matang, bijak, cermat, pantas dan teratur. Tiada siapa yang dilihat berani mempersoalkan keputusan AvB kerana keyakinannya membolehkan kita merasakan dia melakukan perkara yang betul. Aku harap pemilihan pemain baru juga kali ini adalah berdasarkan permintaan AvB sendiri, bukannnya Board, Gourlay mahupun Roman. AVB tahu apa yang dia mahukan dan Roman perlu memberikan keyakinannya kepada manager muda ini. Manager sudah ada, Coaching staff sudah diketahui, international transfer akan bermula esok, 1 July. Apa lagi?? Time to shop!!





Friday, June 24, 2011

0 Ramalan Yang Tak Mengena

0 Comments
Berita siapakah manager Chelsea sudah diketahui dengan meluas. Tapi bagaimanakah ramalan korang sebelum ini?? Sejak dua bulan lepas aku telah membuat poll mengenai 'Siapakah Manager Chelsea musim 2011-2012' berikutan spekulasi Carlo akan dipecat dan keputusannya agak jauh dari jangkaan ramai!

Result Poll :

Louis Van Gaal
2 (3%)
Marco Van Basten
8 (12%)
Jose Mourinho
14 (21%)
Frank Rijkaard
0 (0%)
Andre Villas Boas
9 (13%)
Carlo Ancelotti stay!!
32 (49%)

Berdasarkan poll, hampir separuh (49%) memberikan ramalan Carlo akan stay untuk musim hadapan..Tak mengejutkan kerana ketika itu Chelsea berjaya memanjat carta dari kelima ke tangga kedua dalam rentetan kemenangan yang menakjubkan..Walaupun gagal memintas United dan trophyless, ramai menganggap kita perlukan stability dan Carlo layak stay..Namun apakah keputusan akhir Roman?? Paham-paham jelah..

"Tenkiu buat sape yang mengundi, tapi sayang gua kena chow gak.."

5 lagi adalah calon luar yang dijangka akan mengambil alih tampuk hangat di Bridge..Berdasarkan undian Jose (21%)macam biasa menjadi calon paling popular untuk kembali ke Chelsea, diikuti rapat oleh AVB (13%), Van Basten (12%). dan Van Gaal (3%).Rijkaard adalah paling malang, mungkin kerana kurang hensem menyebabkan dia gagal mendapat sebarang undian (0%)..

"Sampai hati korang...."

Siapakah pemenang terakhir?? Hanya 13% ciput mencadangkan AvB tapi ternyata ianya tepat walaupun keseluruhan keputusan Andre hanya dianggap pilihan ketiga..Berkemungkinan ramai (termasuk le aku) menganggap AvB masih terlampau awal untuk hadir ke Bridge selepas hanya satu musim kompetitif di Liga Portugal yang tak berapa tinggi kredibilitinya..Namun usia dan pengalaman dijangka takkan menjadi masalah sekiranya ia hadir dengan attitude yang betul..Villas Boas mungkin hanya pilihan ketiga, tapi dia adalah The Chosen One!!

"Gua menang beb, terharu siott walaupun ramai tak undi.. "


P/s : Akhir kata, terima kasih untuk undian korang..Jumpa lagi untuk next poll..Harap terus memberikan sokongan!! :)


Wednesday, June 22, 2011

0 Siapakah pilihan korang??

0 Comments
The 'Incredible' Hulk

Seperti Jose yang membawa Carvalho dan Ferreira suatu masa dahulu dari Porto dan membentuk skuad impian, kini AVB juga dijangka akan melakukan perkara yang sama..Falcao, Hulk dan Moutinho adalah tunjang utama Dragons musim lepas apabila memenangi Portuguese Primeira Liga, Portuguese Supercup, Portuguese Cup dan UEFA Europa League..Striker prolifik, winger bertubuh kental ataupun playmaker?? Siapakah yang perlu dibawa oleh Boas ke Bridge??

Joao Moutinho

Falcao


Berikan vote korang pada poll di sebelah------>