The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Monday, December 13, 2010

1 Semangat Biruku Tetap Membara

1 Comments

SPURS 1-CHELSEA 1

Chelsea seri lagi??
Chelsea turun ke tangga ke-4??
Chelsea tak menang 7 game berturut-turut??

-APADAHAL-

Semangat biru aku masih membara, berapi sepanas Terry Captain Marvel yang terus berjuang menanduk dan melakukan tackle ganas untuk menaikkan semangat pasukan, sehangat Super Frankie yang berusaha melakukan segala-galanya walaupun baru sembuh dari Hamstring, juga sepadu sepakan Drogba (The Rock-Bah!!) yang hampir mematahkan tangan Gomes The Spiderman..

Lupakan Sepakan penalti Didi, juga lupakan Result dan Standing kita kini..Aku amat kagum dan bangga dengan semangat berapi Chelsea di Second Half..Its Like Chelsea that I always Know all these years!! Jika kita kekalkan semangat seperti ini sehingga akhir musim, bukannya Manure dan Sengal je boleh hancur kena pijak lepas nie, stadium lawan pon boleh roboh beb!!

Yeah memang result tidak seperti diharapkan, tapi APADAHAL, aku yakin semangat BIRU MEMBARA kita sudah kembali!! Aku dapat merasakan player kembali bersemangat, kepulangan Lampard seperti mengembalikan Roh The Blues yang aku kenal dulu..Segalanya kembali lengkap, teratur dan sempurna!! Juz wait n see, Our lovely Chelsea is Back!!

MY STATEMENT

Chelsea akan menang baki 21 match EPL
Chelsea retain EPL Trophy bulan May 2011 - yet again.
JT pegang trofi berarak sekitar SB - again!!
Didi Top Scorer League - Carroll jangan harap
King Carlo kekal bertakhta
Manure second Runner
Fuckerson bersara secara terhormat
Arsengal Wenger trophyless (Carling Cup kira piala ke??)
Cis Frust Fabregas masuk Barca next summer
Liverpool relegate masuk Coca Cola Championship
Torres, Gerrard join Blackpool - another Pool in England
Hotdogson bersara - jadi pundit ESPN bersama Abbas Saad

KTBFFH!!



Sunday, December 12, 2010

Preview : Its Do, or Die!!


Match malam nie dah tentu antara match terpenting kita dalam musim nie..Pembukaan kepada 3 Game Maut - Spurs, Manure dan Arsenal merupakan cabaran terbesar buat para pemain The Blues dari segi mentaliti dan fizikal..Jika dapat menang 3 Big Game nie, dah tentu kita akan kembali favorite..Tapi jika kalah, pressure akan menggunung, motivasi akan lebur dan aku merasakan peluang kita untuk mengekalkan trofi EPL akan menipis, sedahsyat itu!! Mahu tak mahu, kita perlu menang- Its Do, or Die!!


Sudah tentu kita akan menantikan keajaiban malam nie di White Hart Lane, selepas gersang 6 game tanpa kemenangan di EPL..Prestasi Spurs agak gempak skang, walaupun seri 3-3 dengan Twente, diorang dapat menamatkan group dengan Top Spot dan sebagai kelab ciput di Europe dah tentu ia pencapaian yang boleh kira gempak dengan menolak 'Juara' Inter ke Second Spot..Tambahan pulak di Lorong Hati Putih, kita tewas 2-0 beb musim lepas jadi boleh dikatakan ia tak semudah yang disangka..Bale dan Lennon antara yang akan menyentap jiwa raga kita malam nie, harap Bosingwa dan Ashley Cole akan bersedia sepenuhnya..Its gonna be tough match!!

Mengenai persedian skuad, malangnya Frankie hampir pasti takkan beraksi malam nie..adakah harapan terlampau tinggi?? Yeah memang musthail Lampard boleh sembuh dengan sebegitu segera, malahan selepas terlepas 2 bulan bermain secara regular, dah tentu kita takkan boleh meletakkan Frankie untuk terus masuk sebagai Starting 11 terutamanya dalam match sebesar Derby London malam nie..Aku hanya berharap Lampard akan bersedia untuk lawan Setan minggu depan..Untuk malam nie, aku harap Carlo masukkan pemain Next Future Super Frankie, Josh McEachran!!

Can he make the difference??

Dengan Ramires main macam celaka, aku harap Carlo membuka mata dan masukkan Josh sebagai starting 11 malam nie..Korang usha match Marseille?? Budak 17 tahun nie main memang bagus, dan diletakkan di posisi Pirlo, menunjukkan Carletto sememangnya memberikan harapan tinggi untuk kita melihat World Best Playmaker dalam pembikinan..Passing yang accurate, tenang, dan mampu mengekalkan posesion adalah antara ciri-ciri Playmaker Sejati - dan Josh ada kesemuanya!! Tanpa Lampard, jelas kita kurang kreativiti di bahagaian tengah, dan aku yakin Josh adalah jawapannya!!

Pemain lain, Anelka dan Ash akan kembali beraksi selepas direhatkan Rabu lepas..Alex kemungkinan akan terus sidelines selepas kecederaan lutut sekaligus gandingan Iva-JT akan terus dipertaruhkan..Bosingwa dan Ash akan cuba merantai lipas kudung Lennon dan Bale..Mikel dan Essien dah tentu akan menjadi guardian di kawasan tengah, dan aku harap Little Kid Josh akan diberi peluang menyusup sebagai playmaker kita malam nie..Trio Malouda, Didi dan Anelka akan diberi peluang sekali lagi untuk menamatkan badi gol diorang..Jika mahukan alternatif, Sturridde dan Kalou boleh dimasukkan sebagai subs untuk mengubah corak dan dimensi permainan..Aku tak pasti kenapa dan mengapa amat susah tengok trio nie gol sekarang, terutamanya Open Play dan aku harapkan badi nie akan tamat di Lorong Hati Putih!!

Skuad malam nie :

Cech
Bosingwa-Ivanovic-JT-Ash
Mikel-Josh-Essien
Anelka-Didi-Malouda

Result Prediction : Spuds (1) - Chelsea (2)

Match LIVE Astro 817 11.00 Malam 12 Disember 2010

Yeah memang sukar aku nak bajet result malam nie kerana Spuds sekarang bukan calang - calang team yang boleh kita ayamkan macam zaman dulu-dulu..Apa yang penting kita perlu hapuskan kelemahan utama kita sekarang iaitu Bolos Gol Awal..Aku mahukan defence kita kembali kental macam awal musim dan jika kita dapat kekalkan clean sheet aku yakin kita boleh menang malam nie..Mungkin agak sengit dan bakal dibezakan dengan 1 gol sahaja beb..Cmon The Blues, Prove Everyone Wrong!! KTBFFH!!


0 The Secret Weapon

0 Comments
Prestasi Chelsea sekarang memang macam haram..

Could this guy make the difference??


Thursday, December 9, 2010

0 Bengang

0 Comments

Tak mungkin ku percaya
Kata-kata yang penuh dusta
Hanyalah bibir berkata
Yang memilukan
Menambah bengang rasa hampa
Kerunsingan diriku terasa




Wednesday, December 8, 2010

0 Preview : Full Throttle!!

0 Comments
Tak pernah aku tengok Carletto se-desperado nie, menunjukkan situasi kita memang amat teruk dari jangkaan..Yeah, Carletto dah menjanjikan Barisan Terkuat akan diturunkan malam nie, walaupun match malam nie diklasifikasikan sebagai Friendly match sahaja selepas kita dah konfem menjadi Group Leader F..Masalahnya, perlukah kita membahayakan pemain utama selepas kita akan berhadapan Spurs, Manure dan Sengal secara berturut-turut selepas nie??

Mungkin momentum adalah benda yang dicari oleh Carletto ketika nie..Yup, 3 match liga selepas nie memang penting dan mungkin menentukan pencapaian akhir musim nanti..Momentum awal amat penting dan selepas gagal mendapatkan kemenangan menentang Everbontot kelmarin, kemenangan menentang Marseille amat crucial sebagai persiapan terbaik menentang Spurs..Sekiranya kita gagal bermain baik dan tewas malam nie, dah tentu akan menambahkan pressure kepada pemain dan manager menjelang match di White Hart Lane..Seriously, kita perlu menang malam nie!!!

Mengenai persiapan skuad, Carletto bersedia untuk menurunkan barisan terbaik kita setakat nie, dan pemain muda kemungkinan hanya akan masuk sebagai subs..Dari kesebelasan menentang Everbontot, hanya Ash dan Anelka yang injured akan direhatkan, manakala Mikel mungkin juga sidelines selepas hanya 1 booking akan menyebabkan dia terlepas pusingan kalah mati nanti..Van Aanholt dijangka mengisi posisi Left Back manakala Ramires akan bergandingan bersama Malouda dan Essien di bahagian tengah..Didi hampir pasti dah tak sabar nak berhadapan bekas kelab lamanya di Perancis, dan aku harap kenangan prestasi hebatnya di Stade Velodrome akan mengembalikan kehebatan Didi yang gersang Open Play Goal sejak awal Oktober lagi..

Bagi Marseille, diorang dah layak sebagai Second Spot Group F,disebabkan Chelsea dan konfem Leader Group, boleh dikatakan takde makna lagi game malam nie cuma sekadar pelengkap fixture..Tidak pasti bagaimana perjalanan match malam nie cuma mungkin diorang akan bermain sambil lewa dan jangan harapkan sangat match yang sengit la malam nie..

Skuad malam nie:

Cech
Bosingwa-JT-Ivanovic-Aanholt
Ramires-Essien-Malouda
Kalou-Didi-Sturridge

Result Prediction : Marseille (1) - Chelsea (3)

Match LIVE Astro 813 3.40 pagi Khamis

Sepertimana Carletto, aku juga mengharapkan kita menang malam nie untuk menutup mulut para pengkritik buat seketika..Namun no pressure, jika kita dapat bermain bagus dan menunjukkan corak permainan bolasepak yang gempak, itu dah cukup bagi aku - Menang adalah Bonus..Just Play our Football!! KTBFFH!!


Monday, December 6, 2010

0 Cuak sangat!!

0 Comments


Carlo akhirnya membuka mulut dan menyifatkan match kelmarin sebagai petunjuk mentaliti yang salah dari para pemain..Kita terlalu cuak dengan pihak lawan!!


'The first half was good, very good football, good pressure, good spirit but the second half was different,' Ancelotti complained.

'We lost our idea to play football, played long balls and were a bit scared. I didn't like this. We can lose the game but we don't have to lose our play.

'I saw the players in focus and concentrated with good tactical discipline but the second half was totally different. We were afraid and not able to play our football,' he continued. 'Didier [Drogba] was alone in front and we needed to play better from the back. Everyone knows our football, and second half it was wrong.'

'Now there is no reason to smile. We have to stay in focus, we have to be serious and if you want to change quickly, I think we have to work hard.'




Sunday, December 5, 2010

0 Post Match : Kita Perlukan Perubahan Drastik!!

0 Comments
-Sekadar Gambar Hiasan-



Hatiku Gundah Gulana,

Mengenang The Blues diriku tenat,
Makin diingat makin merana,
Bilakah akan semuanya tamat??


BULAN YANG MEMENATKAN - takde ungkapan yang lagi bagus buat Fan The Blues sekalian selain November adalah mimpi ngeri buat kita semua..Jika bulan lepas kita boleh mendabik dada dengan berada top spot liga bersama jarak 5 mata di atas , yeah ia sememangnya kedudukan yang amat selesa malah hampir 4 bulan kita merajai takhta tanpa ditandingi sesiapa pon..Namun hanya sebulan segalanya sudah berubah, kecederaan pemain utama, pemergian Wilkins, rumours manager dipecat dan berbagai-bagai crap stories lagi menyebabkan menyebabkan kita mencatat rekod perjalanan liga yang teruk dengan hanya 1 kemenangan dalam 5 match terakhir..Chelsea kini terhumban ke tangga ketiga, 2 mata di belakang budak-budak Sengal di tempat teratas..

Match malam semalam adalah satu lagi episod duka lara croft dalam musim liga kita kerana hanya mencatat keputusan seri 1-1 menentang Everbontot..Walaupun tak bolos awal seperti sebelum nie, kali nie kita ada penyakit baru pulak bolos last minute..Walaupun kita menyambut kepulangan Essien dan JT dari suspension dan injury, nampaknya kepulangan diorang tetap tak boleh menghentikan badi celaka malang kita buat masa nie!!

Persediaan skuad semalam boleh dikatakan Carletto mengambil langkah selamat dengan menggunakan formasi lama 4-3-3 malah kurang perubahan dari segi pemilihan pemain dilakukan walaupun result kita kini kurang menyerlah..Yeah, Carletto mengambil langkah pure & simple dan berharap agar skuad lama yang dahulunya boleh belasah Wigan 8-0 mampu membuahkan hasil!!

First Half, boleh dikatakan agak seimbang walaupun Chelsea lebih banyak mendapat peluang terbaik menjaringkan gol..Antara highlight dah tentu volley JT yang terkena palang namun kita gagal menerjah gawang sehinggalah 5 minit terakhir separuh masa..Anelka dijatuhkan dalam kotak penalti dan Didi dengan mudah melaksanakan tugas yang diberi..1-0!! Fan Chelsea tersenyum lebar..


Second Half, aku mengharapkan aksi yang lebih konkrit boleh dilakukan dan jika lebih baik second goal perlu dicari untuk memastikan 3 mata milik kita..Tapi kadangkala apa yang diharap itulah yang tak menjadi..Everbontot memang bersemangat giler babeng untuk mencari gol penyamaan dan Chelsea dilihat 'lemas' dalam asakan bertubi pihak lawan..Aku pon tak tahu apa masalahnya tetapi mifield kita tak hidup langsung!! Passing yang tak accurate, possesion yang menghilang, teamwork yang teruk!! Para pemain kita hilang punca di atas padang malah aku tengok Drogba macam nak dribble sengsorang seolah-olah dia sepantas Messi!! Kenapa tidak bermain lebih terkawal, kekalkan possesion dan menyerang secara cermat?? Everbontot memang menyerang dengan corak passing yang kemas, serta urgency yang mengancam membuatkan aku tak senang duduk..Beberapa kali Cech terpaksa menyelamatkan keadaan malah kita bernasib baik kerana tandukan Rodwell hanya terkena tiang walaupun Pete dah tewas..Namun untuk 5 minit terakhir, kita tak begitu bernasib baik kali nie, Coleman yang berlari-lari membawa bola berjaya melepasi 3 defender kita kita sebelum cross bola le dalam kotak penalti..Cahill menanduk bola kearah Beckford yang tidak dikawal dan apa yang terjadi seterusnya memang FUCKING SHIT!! Result 1-1 lagi, hanya satu mata berjaya dicari, kita tertolak ke tempat ketiga!!




Aku pon tak pasti apakah yang masih kurang kepada skuad Chelsea ketika ini?? Nak kata takde pemain hebat, boleh dikatakan hampir semua pemain utama kita Didi, Essien, Malouda, JT bermain penuh 90 minit semalam..Adakah kita perlu menunggu complete skuad baru boleh bermain elok?? Jujur aku kata, jika Lampard dah kembali pon, aku masih ragu jika kita boleh surivive keadaaan sekarang..Frankie takkan boleh menyelamtkan kita secara berseorangan jika teammate dia main macam haram..Bagi aku pemain bukan masalah, tapi mentaliti..Aku tak pasti kenapa kita seteruk nie dan dimanakah semangat Ombak Biru Ganas suatu masa dahulu?? Mungkin juga kehilangan Wilkins menyentap semangat pemain kita tetapi aku harap diorang perlu keep going on dan mencari semangat yang hilang dulu!!

Seriously, kita perlukan perubahan DRASTIK..Bukan pertukaran manager or staff, cuma Carletto perlu buat beberapa perubahan kepada taktikal dan pemilihan pemain :

1) Rehatkan pemain senior yang MALAS!! - Pemain lama macam Didi, Kalou hampir kesemua diorang main macam celaka tapi still Carletto consider diorang dalam first team..Aku boleh tahan kalau gersang 1-2 game tapi nie dah 5 game beb takde perubahan dari segi performance!! Carlo perlu lebih berani buat perubahan, show them you're the boss!! Sebab pemain senior macam Didi mungkin anggap diri diorang untouchable jadi main pon macam taik je skang..We need Young, Fire Blood!!

2) Masukkan PEMAIN MUDA - Apa?? Menampah maut?? Beli pemain baru lagi bagus?? Diingatkan kita belum dalam musim perpindahan, lagipun nak harapkan pemain senior lagi adalah sesuatu yang tak logik sebab diorang main teruk giler skang nie..Please masukkan Super Sturridge, juga Kakuta dan McEachran sebab bagi aku diorang ada semangat darah muda yang nak menang berbanding pemain senior kita yang dah tua kerepot dan tak bernafsu kuda..Bukan aku kata diorang dah tak bagus cuma kadangkala diorang dah naik lemak, jadi bagi je rest dan cuba pemain muda kita pulak dalam match seterusnya!!

3) Selesaikan masalah LUAR PADANG - Kes Wilkins keluar mengejut masih lagi isu dalam kem, malah aku rasa dia akan ambil masa nak reda..Malah Carlo juga still dalam proses menyesuaikan diri dengan assistant baru Emenalo dan Paul Clement..Aku tak pasti siapa yang lantik assistant baru nie naik tapi yang aku pasti Carlo masih lagi sedih membe baik dia Wilkins dibuang begitu je, malah pemilihan staff juga bukan dalam tangan dia beb..Dah tentu struktur organisasi agak bercelaru kini dan nie semua sebab Roman sebab masuk campur dalam management..Aku harap situasi di kem akan aman macam dulu balik, resolve the environment, baru pemain boleh training dengan fokus!!

Adakah korang rasa badi celaka nie akan reda secepat mungkin?? Jangan terlampau berharap, kerana ia bakal jadi lebih teruk dari sebelumnya..Check the fixture!!

12 Dec vs Tottenham (Away)
19 Dec vs Manchester United (Home)
27 Dec vs Arsenal (Away)

Yeah, memang macam haram fixture kita pasnie, dan jika kita kantoi dalam 3 match nie aku boleh kata Bye - Bye kepada Trofi EPL..Tapi jika kita boleh menang 3 game nie dan retain 9 Full Points, dah tentu ia akan menterbalikkan situasi dan kita akan berada di atas semula..Bukan senang dan aku harap seluruh skuad Chelsea kembali bersatu sebagai satu team!!CMon The Blues!! KTBFFH!!












2 Mini Post Match : Gersang Lagi..

2 Comments

Bertubi - tubi malang menimpa kelab kesayangan kita Chelsea ketika nie, sampai aku pon taktau la nak marah ataupun tak..Result seri malam tadi 1-1 menentang Everbontot sememangnya membuatkan luka berdarah kita bertambah parah, separah yang boleh dan kita kini gersang kemenangan buat kali keempat berturut-turut di EPL..

Kalau main cantik, result teruk aku tetap boleh terima..Tapi macamana bila main macam taik, result pulak haram?? Bagi sesiapa yang menonton, dah tentu korang setuju boleh dikatakan kita layak kalah je semalam..Jika bukan kerana gol penalti Anelka, dah tentu kita takde mata hatta 1 mata pon..Everbontot memang konker game walaupun kita bermain di laman sendiri dan aku tengok kita main sebijik macam Madrid masa lawan Barca - Hancur, Berterabur!!

Dengan hanya satu mata malam nie, bermaksud kita dah menjunam ke tangga ketiga kerana Sengal menang dengan Fulham 2-1..Hmm celake tak pernah pulak aku bayangkan kita akan di bawah team kanak - kanak nie tapi aku harap kita takkan terlalu lama di posisi nie..Esok aku akan buat laporan lebih terperinci, Full Post Match, hmm memang sakit hati sekarang nie, terutamanya bila terbayang gol Beckford last minute..Tapi memang camnie la kalau bagi sesape yang Fanatik, Die Hard Fan..Jika Chelsea menang dah tentu akan terasa hepi menggila berhari - hari..Kalau kalah pulak rasanya macam makan ubat beb, pahit dan kelat!! Kalah ke, menang ke, seri ke, aku tetap sokong Chelsea dan bagi sesape yang mengaku Fan The Blues, nie lah masanya untuk menguji kesetiaan korang!! Over Land and Sea, We are Chelsea FC!!


Saturday, December 4, 2010

0 Preview : JT, Bison come to save the day!!

0 Comments
Dengan prestasi result kini yang macam cibai, midfield yang lunyai, defend yang barai, manager plak hampir 'Bye - Bye', membuatkan aku memang mengharapkan kepulangan Essien, juga Cappy JT..Bukan kebetulan kerana kedua-dua player nie memang tulang belakang Chelsea selama nie (selain Cech, Lampard, Drogba) dan kita mendapatkan result teruk dalam 5 match terakhir bermula dari suspension Essien dan kecederaan JT bulan lepas..

Malam nie dah tentu aku mengharapkan Chelsea yang BARU - kepulangan JT dan Essien malam nie selepas sebulan menyepi adalah sinar harapan buat kita yang masih dalam kegelapan ketika ini..Yeah aku tak sangka kita akan seteruk ini tanpa Essien dan JT, kerana musim lepas walaupun berada di situasi yang sama, kita masih boleh cope dengan keadaan injury player utama yang teruk, KENAPA?? Jawapannya Ballack dan Carvalho..Hmm tanpa dua pemain berpengalaman nie memang skuad kita agak mengecil sekarang dan pemain muda yang aku harapkan boleh cover pemain senior tak beraksi sehabis baik seperti yang aku harapkan..Ramires antara yang menyakitkan hati aku kerana dengan tag 17m, dia seolah - olah pemnbelian murahan yang tak memberikan impak langsung untuk menggantikan kelibat Essien..Dengan fizikal yang agak kecil, jelas Ramires perlukan lebih 'buildup' di Gym berdekatan jika nak survive di EPL..Seriously, aku rindukan Ballack!!

Mengenai perpindahan Januari, seriously kita berlu MEMBELI..Carletto sedar akan situasi nie dan dia pon dah berikan hint sedikit untuk membeli pemain baru, terutamanya Defender serta plan loan out Bruma..

'We have to look just for the injuries. We have long injuries, Alex, Terry, and we can decide to do something in January but this month it is important to know the position of John Terry and Alex, and maybe in January we can move,'

'It could be a possibility but what I said before about the centre-backs, we have to wait and control the situation of John Terry and Alex, so maybe in January, Bruma can go to play on loan', he said.


Bagi aku cadangan yang bagus, sebab Bruma masih tak cukup sedia nak main Top Flight football ketika nie..Dan jika kita dapat beli seorang CB baru ( dengar kata Gary Cahill) dah tentu Bruma takkan mendapat peluang beraksi langung musim nie jadi pinjamkan dia buat setengah musim ke mana mana kelab adalah langkah terbaik supaya dia dapat banyak pengalaman..

Okeh mengenai match malam nie, sepertimana yang aku katakan JT dan Essien is Back!! Jadi aku harap takde lagi gawang yang bocor, serta midfield yang lembik - aku mahukan Chelsea yang KUAT, GAGAH dan PERKASA seperti dahulu!! Berita baik lagi kita takde further injury malahan Lampard juga dikatakan dah bersedia untuk bermain minggu depan - harap harap takde kekacauan lagi la..Dengan kepulangan Essien aku yakin Carlo akan tukar formasi kita kepada 4-3-3 dan dah tentu aku harapkan aksi yang umphhh malam nie!!

Skuad malam nie :

Cech
Ivanovic-JT-Alex-Ash
Essien-Mikel-Ramires
Anelka-Didi-Malouda

Result Prediction : Chelsea (1)-Everton (0)

Match LIVE 11.00 malam Channel 812


KEEP THE BLUES FLAG FLYING HIGH!!




Thursday, December 2, 2010

2 Macam Gampang!!

2 Comments


Menceritakan perbezaan budaya antara dua negara serumpun..


Indonesia


Gampang bermaksud Senang, Mudah, Kacang giler

Contoh Ayat : "Indonesia menang 5-1 semalam lawan Malaysia, gampang bangat!!"




Malaysia


Gampang bermaksud Celaka, Haram Jadah, Fucking Shit dan apa yang setaraf dengannya..

Contoh Ayat : " Malaysia kena tibai dengan Indon 5-1 beb semalam, macam gampang!!"