The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Saturday, August 28, 2010

0 Give 'em Stroke!!

0 Comments

2 game, 12 gol - bagi aku dah cukup untuk menakutkan mana2 pihak lawan berhadapan dengan The Mighty Blues..Apatah lagi kita akan beraksi di stadium maut Stamford Bridge, sudah pasti laungan Blues Is the Colour akan menggetarkan hati setiap pelawat yang hadir..Give 'em Stroke!!

Skuad malam nie boleh dikatakan hampir lengkap - hanya bosingwa yang injured manakala pemain lain semuanya available..Bagi aku tiada perubahan akan dilakukan daripada skuad minggu lepas, kecuali Ramires yang dikatakan akan membuat debut malam nie, berkemungkinan dari bangku simpanan..Mikel akan bermain first team sebelum Carletto dijangka akan menurunkan The Blues Kenyan di separuh masa kedua, terutamanya jika kita sudah mendahului dengan big margin score..

Skuad malam nie :

Cech
Ivanovic-JT-Alex-Ash
Lamps-Mikel-Essien
Anelka-Didi-Malouda

Result jaringan?? Chelsea (Lebih 3 gol) - Stroke (0)

Match LIVE Channel 812 10.00 malam 28 Ogos

KEEP THE BLUES FLAG FLYING HIGH!!

0 Jual Beli Tamat!!

0 Comments

"The transfer window is closed for us already."

Selepas mengharungi 3 bulan yang penuh dengan cerita player keluar masuk, akhirnya Carlo Ancelotti mengesahkan Chelsea sudah menutup buku cek untuk perpindahan summer nie..Dengan 12 gol dalam 2 match pembukaaan EPL menunjukkan Carletto sudah berpuas hati dengan skuad yang ada dan barisan inilah yang akan membawa cabaran The Blues bagi musim 2001/11 sekurang - kurangnya sehingga Januari..

Berita mengatakan Chelsea akan membuat 2 lagi pembelian terakhir seperti Neymar dan Begovic nampaknya tidak akan berlaku dan kemungkinan kita akan menunggu 5 bulan lagi sebelum membuat pembelian baru..

Rangkuman Akhir Musim Perpindahan :

Pembelian masuk :

Benayoun (Liverpool)
Ramires (Benfica)
Tomáš Kalas (SK Sigma Olomouc)
Matej Delac (Inter Zaprešić)

Pemain Keluar :

Ricardo Carvalho (Real Madrid)
Deco (Fluminense FC)
Miroslav Stoch (Fenerbahce)
Joe Cole (Free)
Michael Ballack (Free)
Scott Sinclair (Swansea City)
Seth Ofori-Twumasi (Peterborough United)
Juliano Beletti (Free)

On Loan (bermula musim 2010/11) :

Nemanja Matić (at Vitesse)
Matej Delac (at Vitesse)
Michael Mancienne (at Wolverhampton Wanderers)
Rhys Taylor (at Crewe Alexandra)
Ryan Bertrand (at Nottingham Forest)
Ben Gordon (at Kilmarnock)
Tomáš Kalas (at SK Sigma Olomouc)
Slobodan Rajković (at Vitesse)
Jack Cork (at Burnley)
Danny Philliskirk (at Oxford United)

Skuad Akhir musim 2010/11 :

1 Petr Cech
2 Branislav Ivanovic
3 Ashley Cole
5 Michael Essien
7 Ramires
8 Frank Lampard
10 Yossi Benayoun
11 Didier Drogba
12 Mikel
15 Florent Malouda
17 Jose Bosingwa
18 Yury Zhirkov
19 Paulo Ferreira
21 Salomon Kalou
22 Ross Turnbull
23 Daniel Sturridge
26 John Terry
33 Alex
38 Patrick van Aanholt
39 Nicolas Anelka
40 Henrique Hilario
43 Jeffrey Bruma
44 Gael Kakuta
45 Fabio Borini

Yup, inilah barisan yang akan menjadi penentu samada kita mampu meraih kejuaraan target utama musim nie - Champions League..Daripada pemain yang dibeli, Ramires boleh dikatakan pembelian terbesar musim nie dengan tag 18m Euro dan aku yakin dia akan menjadi addition terbaik untuk menguatkan kekuatan midfielder kita..

Review setiap posisi :

GK : Bermasalah atau tidak?? Dengan adanya Cech sememangnya Chelsea sukar dibolosi dan kita dilihat mantapo di posisi ini tapi pengganti Big pete agak merisaukan..Hilariouss dan Tunggul dibolosi 10++ gol sepanjang Pre - Season membuatkan Carletto berpeluh dan cuba membeli Begovic..Apapun jika kedua2 backup keeper kita kembali ke prestasi asal musim lepas, posisi nie kekal mantap!! Point (7/10)

Defend : Adakah hanya aku sorang yang melihat Chelsea lemah di posisi nie?? Carvalho Out, Bosingwa msih injured membuatkan defensive kita agak kurang dari segi depth..Yup, memang kita clean sheet dalam 2 match awal tetapi itu disebabkan kita kembali mendapat Alex..Selain Alex dan Terry, kita tidak mempunyai backup yang berkaliber seperti musim lepas..Ivanovic kurang meyakinkan sebagai CB, Bruma masih muda, Mancienne sudah di - loankan Wolves..Kita dapat lihat bagaimana tanpa Terry atau Alex sewaktu Pre - Season dan Comunity Shield membuatkan kita tewas dan dibolosi sebegitu banyak..CB baru yang mantap seperti David Luiz atau Bruno Alves diperlukan dan harap Carletto sedar mengenai perkara nie!! Point (6/10)

Midfield : Posisi paling mantap ketika ini..Selain Essien dan Lampard yang kekal menjadi enjin Chelsea, Mikel dan Ramires nampaknya akan bersaing untuk merebut tempat sebagai anchor midfielder..Jangan dilupakan Malouda dan Benayoun juga boleh beraksi sebagai Attacking MF jadi boleh dikatakan kawasan tengah kita memang tak perlu dirisaukan..Persaingan yang sihat bakal dilihat di sini dan aku harap ia akan menaikkan semangat pemain untuk beraksi push to the limit!! Point (9/10)

Attacking : Satu lagi posisi yang kekal mantap seperti penghujung musim lepas..Adakah kita memerlukan Neymar?? Tidak, sekurang -kurangnya buat masa ini dengan pilihan serangan kita begitu padat..Didi kelihatan semakin muda, Anelka kekal konsisten, Kalou semakin meningkat, Sturridge juga menjanjikan ketajaman..Malouda pemain terbaik di sayap kiri manakala Benayoun juga boleh beraksi sebagai penyerang..12 gol dalam 2 game, mahsyuk!! Point (9/10)

Satu lagi musim bakal diharungi, dan walaupun Carletto dah mengumumkan Chelsea sudah menutup tirai perpindahan, aku masih mengharapkan satu lagi pembelian dilakukan terutamanya Centre Back..Apapun skuad masa kini dah agak mantap, harap kita dapat sapu semua trofi musim nie!! KTBFFH!!






Monday, August 23, 2010

0 Juadah Lazat Pembuka Selera

0 Comments
Amaran :Dugaan untuk sesiapa yang berpuasa

Bagi sesape warga Penang atau pernah lepak2 kat sana, aku yakin korang kenal punyer Hammerbay, tempat makan Seafood paling mantopp..Yup, makan makanan laut kat sini memang sedap mahsyuk meleleh habess, sambil bersaksikan keindahan Pulau Jerjak dan Jambatan Pulau Pinang di waktu malam..Ikan bakar bermacam jenis, udang, ketam dan pelbagai jenis juadah korang leh cari kat sini..Tapi yang aku nak tekankan kat sini adalah juadah pembuka selera di Hammerbay yang memang special iaitu Sotong Masak Tepung yang akan dihidangkan sebelum makanan tempahan korang sampai..Sotong dia, pegh, lembut, enak terutamanya bila dicicah dengan sos dia yang masam-masam manis (arggh batal pose aku)..Seriously, korang kena pergi Hammerbay..

Ape kaitan dengan Chelsea?? Kalau nak diibaratkan aku mengganggap kemenangan 12 gol dalam 2 game adalah pembuka selera yang memang mahsyuk untuk Fan Chelsea..Sedap, lazat dan tangkap leleh habess sampai sanggup usha highlight berulang2 kali sebijik macam rasa ketagih aku kat Sotong Masak Tepung tadi sementara menunggu juadah yang berat2..Giler ke apa, baru 2 game musim BPL start, Goal difference kita dah 12, menunjukkan Chelsea sememangnya Dominant Force dalam England ketika ini..Aku yakin pihak lawan Chelsea selepas nie akan terketar2 menunggu kehadiran Mighty Blues yang akan cuba merobek diorang sehabis mungkin seperti West Penyapu dan Wigan Atletikus..

Jika ada sesiapa yang masih tak puas hati dengan corak permainan Chelsea, aku sarankan korang cucuk mata ngan garpu..Its beautiful!! Aku tak tahu sejak bila tetapi Carletto walaupun berbangsa Itali mempunyai sense permainan cantik yang lagi menarik..One touch, backheel, through pass, adalah makanan ruji pemain Chelsea ketika ini di atas padang sampai Lampard pon skang aku tengok dah pandai buat Cross Gunting..

Okeh berbalik kepada match kelmarin, Chelsea bermain di DW Stadium , tempat yang menyaksikan kita tewas mengejut 1-2 di tangan tuan rumah musim lepas..Namun situasi kini sudah berubah dengan pengalaman setahun di EPL sudah tentu Don tahu akan ancaman kelab bawahan yang boleh menghukum sediapa jika lalai..Carletto sudah lebih bersedia kali nie dan akanj revenge apa yang berlaku musimn lepas...

Harapan tinggal harapan, Ramires tidak bermain dan mungkin debut dia akan ditangguhkan sehingga match bertemu Stoke, mungkin Carletto ingin memastikan Blues Kenyan benar- benar bersedia sebelum diturunkan..Mikel sekali lagi menjadi anchorman dan barisan yang sama ketika menentang West Penyapu cuma berbeza dengan kehadiran Ivanovic yang baru sembuh dari kecederaan..


First Half, aku boleh katakan Chelsea agak kaget dan kaku kerana bermain di tempat lawan yang sememangnya satu masalah besar kita musim lepas..Wigan mendominasi 30 minit awal dengan beberapa cubaan berbahaya namun kekentalan bek diketuai Capten Marvel JT memastikan Defend Chelsea kekal mantap dan teguh..Chelsea tidak risau walaupun ditekan sehabisnya dan hasil kesabaran,di mint ke 33, Malouda sekali lagi meneruskan goal scoring habit die dengan gol pertama Chelsea hasil bola muntah dari rembatan Lampard..Separuh masa : 1-0


Second Half adalah cerita berbeza..Seperti musim lepas, sekali sahaja Chelsea score, akibatnya amat padah selepas itu untuk pihak lawan kerana The Blues akan menyumbat gol sebanyak yang boleh selahgi wisel penamat tak ditiupkan oleh pengadil..Hanya dalam 6 minit Chelsea sudah menjadikan scoreline 3-0 hasil jaringan Double Pak Nik Anelka..Kalou dan Benayoun yang dimasukkan sebagai subs pulak tak mengecewakan..Si Ceplos menjaringkan dua gol hasil hantaran Didi manakala Benayoun akhirnya mendapat gol debut yang menggembirakan untuk penutup majlis yang sempurna di DW Stadium..Result akhir : 6-0!!


Pemain yang amat aku puji adalah Didi, walaupun tak score tetapi dia memberikan 3 assist yang sememangnya menjadi punca kemenangan besar Chelsea kelmarin..Bukan sahaja hebat menjaringkan gol, Didi berupaya mengawal permainan dan ini yang menjadikan aku salute dia sebagai complete striker yang lebih hebat dari Rooney mahupun Torres..Makin tua makin berisi, harap dia kekal konsisten camnie sampai habis musim!!


Yup, kita mengekalkan rekod 100% musim nie dengan 2 win, 12 gol, 0 bolos namun seperti kata Carletto, kita perlu berpijak kembali ke bumi nyata..West Penyapu dan Wigan Atletikus adalah kelab murahan yang sememangnya layak dibelasah..Masih ada banyak ruang untuk peningkatan dan musim ini masih panjang..Kelab2 yang lebih berkaliber sedia menanti untuk menumpaskan The Champion, dan kita perlu kekal berhati-hati dan tak terlampau angkuh..Apapun aku yakin skuad kali nie lebih mantopp dari musim lepas so kepada pihak lawan sekalian, beware of the Champion!!



Saturday, August 21, 2010

0 Ganyang Wigan Atletikus!!

0 Comments
Selepas kemenangan besar 6-0 minggu lepas, dah tentu semua Fan Chelsea mengharapkan prestasi yang konsisten di awal musim..Wigan mungkin antara kelab belasahan yang paling teruk dikenanakan oleh Chelsea musim lepas apabila kita meroti-canaikan diorang 8 bijik gol tanpa balas di SB..TAPI, itu kisah di home game, jangan lupe awal musim lepas kita sebnarnya tewas 1-3 di tempat lawan, iaitu tempat yang sama skuad Chelsea akan beraksi malam nie..
Tidak mahu terlampau yakin, tapi aku masih pasti Chelsea akan tetap menang malam nie..Selepas pengalaman setahun di BPL, Carletto akan lebih bersedia dengan ancaman kelab bawahan dan sudah yakin dia akan mengatur strategi supaya pisang tak berbuah dua kali..

Apa yang mengujakan aku untuk malam nie adalah kelibat Ramires yang dikatakan akan diturunkan sebagai debiut malam nie..Mikel mungkin yang akan memberikan laluan kepada Blues Kenyan..Cannot wait!!

Formasi malam nie :

Cech
Ivanovic Terry Alex Ash
Essien Lamps Ramires
Anelka Didi Malouda

Prediction : Wigan (0) - Chelsea (3)

Match 12.15 PG Ahad Channel 817 LIVE

KEEP THE BLUES FLAG FLYING HIGH!!

p/s : Simpati kepada Sam Hutchinson yang retire di umur 21 akibat masalah lutut..Aku masih ingat cross cantik dia ketika menentang Stoke musim lepas yang memberikan gol ala Cruyff buat Lampard..Another loss from Chelsea Academy..

Thursday, August 19, 2010

1 The Blues Kenyan

1 Comments
Masih lagi dalam episod teruja dengan kemasukan pemain baru, Ramires, aku yakin pasti ramai Blues Fan menanti - nantikan aksi pemain tengah Brazil yang muka macam Obama nie ketika menentang Wigan nanti..Sebelum tue, jom usha 10 info mengenai Ramires!!
  • Dikategorikan sebagai box to box midfielder, Ramires diberi gelaran 'Blues Kenyan' oleh peminat di Cruzeiro merujuk kepada warna jersi kelab serta keupayaan larian dan rupa paras Ramires.
  • Dilahirkan di Rio pada Mac 1987, Ramires memulakan kariernya sebagai Left Back dan mendapat kategori Pro ketika mewakili kelab Divisyen Ketiga Brazil, Joinville pada 2005.
  • Bermula di Joinville, Ramires berpindah ke Cruzeiro pada 2007 sebelum melebarkan kariernya ke Benfica May tahun lepas - hari yang sama dia dipanggil oleh skuad Brazil.
  • Menyertai Chelsea pada 13 August 2010 dengan transfer fee sekitar £18.3m dan kontrak 4 tahun, bermaksud The Blues adalah kelab ke-4 Ramires dalam kariernya.
  • Ramires akan memakai Jersi No. 7 di Chelsea yang dipakai sebelumnya oleh Sheva. Harap2 badi malang yang sama tak melekat kat Ramires.

  • Ramires memulakan karier bersama Brazil apabila dipanggil untuk menggantikan Robinho untuk skuad U -23 ketika Olympic 2008 di Beijing. Ramires beraksi sebanyak 4 kali dan memperoleh Bronze medal.
  • The Blues Kenyan mendapat debut skuad utama Brazil pada May 2009 untuk kelayakan FIFA WC 2010 dan juga terlibat kejayaan Selecao menjuarai dalam FIFA Confederation Cup 2009.
  • Ramires turut dipanggil dalam skuad Brazil WC 2010 di Afrika. Walaupun jarang bermain dengan Melo lebih diutamakan, Ramires tetap mendapat satu assist ketika menentang Chile apabila membuaat larian melepasi 3 defender sebelum memberikan hantaran cantik untuk Robinho menjaringkan gol ketiga Brazil.


  • Di suku akhir WC 2010, Ramires terlepas match menentang Belanda akibat penggantungan kad kuning kedua dan menyaksikan pesaingnya Felipe Melo menjaringkan gols sendiri dan dibuang padang yang menyebabkan Brazil terkeluar dari saingan.
  • Mendapat pujian dari Kaka, dengan dilabelkan sebagai best young midfielder:

    “For me there is no doubt that Chelsea have signed the very best young central midfield player in the world.

    “Now he is at Chelsea I think he will become the best midfield player in the world within two years and will be placed in the same bracket as Claude Makelele, Roy Keane and Patrick Vieira.


Welcome to Bridge, Ramires!!





Tuesday, August 17, 2010

0 Didi naik level

0 Comments

Sekali lagi, Didi memecahkan rekod demi rekod..Dengan 134 gol dari 261 games, Didi sudah melepasi rekod jaringan legendary Jimmy Greaves dengan 132 gol (169 games) sekaligus menjadikan The King penjaring keenam terbanyak sepanjang zaman untuk kelab..

Apapun Didi masih lagi tewas di tangan Lampard yang mempunyai 158 gol setakat nie, pretty weird thing, huh??

Senarai Top Scorer All Time Chelsea:

Bobby Tambling 202
Kerry Dixon 193
Frank Lampard 158
Roy Bentley 150
Peter Osgood 150
Didier Drogba 134
Jimmy Greaves 132
George Mills 125
George Hilsdon 108



Monday, August 16, 2010

0 Anoouncement : Liga Fantasy TBA (NEW!!)

0 Comments
Maaf di atas sedikit kesulitan dan terima kasih gak kat Zulfadli Bachok coz inform kat aku..Mungkin ada sedikit kesilapan tak disengajakan kat liga fantasy yang aku buat kelmarin..Setup yang dibuat menyebabkan bilangan peserta terhad dan kita ikut head to head league yang bagi aku kurang best..Aku akan cuba buat liga baru mengikut kiraan mata classic league..Password baru boleh didapati di bawah, diharapkan yang dah join boleh mendaftar semula, markah tetap bermula dari GW 1..sorry for any convenience..

Senarai team setakat ini :

AJ Team
Kelip2 Kusangka Api
Vuvuzela FC
Pemetik Api
TeMpOYak MaLi

Nama : Liga The Blues Army
Password baru : 1693077-335491

Jika masih ada sebarang kesulitan, sila beritahu dengan kadar segera :)


0 Gila - Gila Chelsea

0 Comments

Ini yang menyebabkan aku meminati Chelsea - its unpredictable!! Baru je minggu lepas kita Fan Chelsea di haru - birukan oleh result The Blues yang agak kelat untuk ditelan - kalah 4 match berturut2 termasuk kepada team setan lahanat..Masalah defence, ketiadaan 4 midfield berpengalaman yang dilepaskan dikatakan menjadi punca Chelsea kurang menyengat..Kedengaran mulut- mulut busuk dari Fan Sengal, Setan dan Tasik Hati yang mengatakan The Blues sudah menurun prestasi dan tak mampu mengulangi prestasi bombastik musim lepas..

Match pembukaan : Chelsea 6 - West Brom

Hanya satu match, pengkritik tetap senyap membisu!!

Kemenangan besar kelmarin memberikan seribu satu makna kepada fan Chelsea dan pasukan lawan - The Blues tetap rakus mengganas seperti musim lepas!! Jika nak dibandingkan dengan musim terdahulu, aku dengan angkuhnya akan mengatakan scoreline nie agak rendah jumlah golnya..7 gol dan 8 gol adalah jumlah gol tertinggi musim lepas dan aku yakin dengan permulaan yang memberangsangkan, Chelsea akan mengulangi, tidak, mungkin prestasi yang lebih bagus kali nie!!

Didi, Malouda dan Lampard nampaknya sudah kembali kepada prestasi asal - pantas, tepat dan setajam pisau!! Tanpa ketiga2 tonggak utama nie aku rasa memang sukar Chelsea ingin mendapatkan gol..Musim lepas kita dapat melihat betapa 70% gol Chelsea disumbangkan oleh trio ini dan kali nie aku mengharapkan perkara yang sama berlaku!! Didi antara yang paling ketara, selepas sembuh sepenuhnya dari surgery bulan lepas, The King nampaknya semaikn hebat dan padu dari musim lepas..Jika musim terdahulu dia boleh mendapat Top Scorer walaupun bermain dalam keadaan injury, serta terlepas sebulan akibat Piala Afrika, aku yakin dengan kepulangan 100% fit, serta tiada Piala Afrika mengganggu, Didi akan lebih mengganas musim nie!!

Mesej di awal musim amat penting - dengan 6 gol tanpa balas kita dah memberikan mesej padu kepada rival - Chelsea Will Win It Again!! Mungkin dalam Pre - Season kita agak kurengg, tapi sesudah mendapat keserasian seperti musim lepas, tiada siapa dapat menghalang amukan ombak biru!!! Aku masih menanti - nantikan kehadiran Ramires, yang sudah tentu akan menambah kekuatan midfield yang dah sedia mantapp..Yup, this is our season!!





Saturday, August 14, 2010

2 Musim 2010/11 bermula!!

2 Comments

Tak sabar, teruja, excited??

Musim baru EPL akan bermula dan kini tugas Chelsea amat mudah -pertahankan kejuaraan!! Malam nie kita akan berdepan West Brom dann tidak ada apa yang diharapkan selain kemenangan..Dengan tewas dalam Perisai Komuniti minggu lepas, dah tentu aku agak panas apatah lagi sebelum tu kita dah tewas 4 match dalam Pre - Season..Aku tak dapat nak ulas panjang2 sebab agak bz tapi dengar kata Cech dan Alex akan kembali untuk menguatkan Defence yang agak celaka sekarang nie..Mudah- mudahan betul dan aku harap Chelsa dapat bermula dengan kemenangan bergaya!! Aku target 3-0!!


Live Astro 12.30 am Ahad

0 Fantasy Liga The Blues Army!!

0 Comments

Musim EPL akan bermula malam nie, dan buat pencinta Fantasy Premier League dan The Blues Army, kat sini aku nak ajak korang sume join Liga The Blues Army..Nie kali pertama aku anjurkan liga untuk blog nie jadi aku harap2 sambutan yang gempak giler dari korang..You got what it takes to become Great manager??

Cara nak join: Enter Fantasy Premier League> Fantasy Menu > League > Join a private league > Enter Password - 1693077-315729 >DONE!!