The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Tuesday, December 22, 2009

0 Lets Sing!! Pt 1 : 10 men went to mow

0 Comments
Ak nak kenalkan segmen terbaru iaitu untuk memperkenalkan beberapa lagu2 atau chants yang sering berkumandang di Stamford Bridge dan di mana2 sahaja bahagian dunia selagi ada Blues Army di situ..satu lagu yang feymes di kalangan fan2 Chelsea - 10 men went to mow..camne nyanyi??


One man went to mow,
Went to mow a meadow,
(aside) Meadow!,
One man and his dog,
(aside) Spot!,
Went to mow a meadow,

Two men went to mow,
Went to mow a meadow,
(aside) Meadow!
Two men, one man and his dog,
(aside) Spot!
Went to mow a meadow,

repeat up to 9 then everyone stands up....
Ten men went to mow,
Went to mow a meadow,
(aside) Meadow!
Ten men, nine men, eight men, seven men, six men,
five men, four men, three men, two men, one man and his dog,
(aside) Spot!
Went to mow a meadow,

(arms extended: \0/)
Chelsea!
(clap x 3 above head: \0/)
Chelsea!

and repeat until you realise that everyone else has sat down because it's now half time

dah hafal?? jom usha camne diorang nyanyi kat London :



Kalo korang tak tau lagu nie mgkin korang akan dengar cam diorang buat bising je..Kalo dah tau ak yakin bile korang tgok match Chelsea Live kat TV konpem korang akan pasan diorang nyanyi lagu nie pye r..Lets Sing!!

Monday, December 21, 2009

0 Lupakan Ribery, Schweinsteiger mari!!

0 Comments
Chelsea dikhabarkan dah melupakan Ribery kerana sukar diperolehi tambahan lak bayaran yang diminta terlampau tinggi..Kini pengurusan dah beralih arah ke sorang lagi player Bayern iaitu si mamat rambut putih cam George Clooney, Bastian Schweinsteiger yang di rate kan sekitar £25m bulan Januari nanti..

Berita nak dapatkan Bastian nie bukan baru sebab pas Euro dulu memang ad berita Chelsea nak beli die tapi Scolari nak dapatkan Robinho so minat terhadap Bastian dilupakan..dengan umur dah hampir kemuncak, mgkin bukan pembelian yang terbaik tambah2 bagi aku £25m adalah harga yang mahal tengah2 krisis ekonomi skang..dengan formasi diamond digunakan Ancelotti ak agak sangsi dengan berita nie sebab die ni winger dah tentu agak pelik kat mane nak letak posisi die nie sebab bagi aku yang sesuai untuk formasi diamond adalah player trequatista cam Diego yang lebih bersifat overall dan playmaker..

Papepon Aguero dikatakan akan sedia diikat bulan depan dengan harga £32m..Mintak2 complete sebab pasnie kita taktau bile leh masuk transfer market balik kalau hukuman banned dijalankan semula..Sediakan payung sebelum hujan beb..

0 Fair Result

0 Comments
Keputusan yang sakasama kita peroleh semalam dan bagi yang menonton match nie ak pasti diorang akan stuju kerana kita boleh dikatakan bernasib baik berjaya membawa pulang 1 mata ke London setelah berhadapan dengan pasukan berani mati West Ham..Penalti dari lampard dan save yang cantek dari Cech di penghujung match menjadi penyelamat..

Match nie boleh dikatakan memang tensen dan macam match ragbi sebab banyak tackle dan selalu berenti permainan menyebabkan fan2 sakit ati tambah2 lak kita men kat tempat lawan so dah tentu le kena pressure terutamanya Lampard dan Joe Cole yang merupakan ex-player West Ham..Hanya beberapa seraangan berbahaya berjaya dilakukan dengan Didi dijaga ketat gler babeng semalam menyebabkan segala pergerakannya disekat..Home team berjaya mendahului selepas memperoleh penalti hasil berpunca dari asakan Ash..1-0 untuk West Ham dan menjadikan rekod kita lebih parah dengan 12 gol bolos dalam 6 match kini..

Second Half beberapa pertukaran dilakukan dengan Mikel dan Sturridge masuk kepadang dan membolehkan situasi kembali stabil..Babak yang sama berulang cuma kali ini giliran Chelsea memperoleh penalti selepas kekasaran ke atas Sturridge..Lampard menjaringkan hatrik dengan 3 penalti walaupun hanya satu yang diambil kira..Panas dan lawak gak ak tgok ref semalam suruh Frank ambik berulang2 kali sebab ada player gerak kat belakang kotak..kalo x gol penalti yang last tu memang ak mengamuk dah..

"I didn't need that," laughed Lampard, "especially as I missed one the other week. I wish I could have re-taken the Man City one."

Asakan bertalu2 dari tuan rumah yang terdesak mencari kemenangan untuk keluar dari relegation zone membuatkan player dan fan Chelsea sesak nafas..Kemasukan Zhirkov kurang membantu dan kita sememngnya bertuah sebab tandukan Franco di lewat permainan berjaya disambut kemas oleh Cech..Keputusan seri diperoleh tetapi lebih baik daripada takde point langsung kan??

Kekalahan setan dan Fool menunjukkan keputusan seri kita tidaklah seburuk yang disangka dengan kita dah mendahului Top Spot dengan 4 mata..Sengal ak xkisah sebab diorang akan drop point gak nanti..Apepon skuad akan memperoleh seminggu rehat pasnie sebelum 2 match kritikal menentang Birmingham dan Fulham dalam masa 3 hari..Persiapkan mental dan fizikal yang kuat ak harap Chelsea mampu memperoleh 6 mata penuh..KTBFFH!!

Match Highlight :

0 Nice To Meet You

0 Comments
Pertemuan yang tidak mengejutkan - sudah dijangka tapi sudah tentu amat menarik..Special One yang merupakan lagenda The Blues yang sukar dicari ganti akan menjadi penghalang Chelsea di pusingan kalah mati Champion League dengan perlawanan pertama akan berlangsung di Milan sebelum kembalinya Jose ke Stamford Bridge buat kali pertama pada 24 Feb nanti..Adakah masih ada sorakan ‘Jose Mourinho’ untuk Special One??

Walaupun sudah meninggalkan Chelsea hampir 2 tahun, aura Jose masih dirasai di Stamford Bridge kerana rekod yang menakjubkan dibawa oleh beliau kepada The Blues-Dua kejuaraan liga, satu FA Cup dan satu Carling Cup membuktikan kehebatan Jose yang mampu menyapu semua kejuaraan di England dalam 4 tahun kepimpinan beliau sebelum pergaduhan dengan Big Boss Roman..Hanya satu sahaja kejuaraan yang tidak mampu digapai oleh Jose iaitu Champions League dan kali ini walaupun lagenda ini banyak berbakti untuk kelab, para pemain The Blues akan memastikan impian beliau tidak akan tercapai..Di luar padang dia adalah orang yang akan kita ; fan dan player hormati selama2 nya tetapi di atas padang dia adalah lawan kita dan hanya sesiapa yang memakai logo Chelsea di baju mereka yang akan kita sokong..


Ramai manager telah datang silih berganti selepas pemergian Jose; Grant, Scolari dan Hiddink semuanya gagal menjadi pengganti tetap Jose yang masih terpahat kuat di hati peminat2 Chelsea..Siapakah yang mampu melupakan kata2 sinis dan kerek nya sewaktu memimpin Chelsea?? Pergaduhan mulut dengan Fergie dan Benitez adalah sesuatu yang memang menarik dan bagi aku kehadiran Jose ketika itulah yang menghangatkan suasana EPL sehingga menarik minat peminat2 bolasepak dunia menjadikan liga Inggeris sebagai liga paling popular dunia..Mungkin ada yang mengatakan dirinya bongkak tapi bagi aku dia bukanlah seumpama tin kosong yang hanya bercakap tanpa hasil..Jose membuktikan kata2 nya dengan trofi dan tidak ramai yang mampu berjaya sepertinya..


Namun Carletto merupakan pemimpin kita kini dan kita harus berdiri di belakangnya untuk dalam misi menumpaskan Inter kendalian Jose sekaligus mencerahkan peluang untuk meraih Piala Eropah buat kali pertama..Seakan sedar aura Jose masih kuat di kem The Blues, apatah lagi barisan skuad Chelsea masih lagi dipenuhi dengan barisan anak didik The Special One, Carletto hadir dengan falsafah baru iaiti formasi Diamond demi ingin menerapkan falsafah baru dalam pemikiran pemain Chelsea sekaligus melupakan taktikal dan pengaruh Jose dalam corak permainan diorang..Aura Jose masih ada, namun sudah berkurangan..Keengganan Didi, Lampard dan Carvalho ke Inter walaupun mendapat minat dari Special One membuktikan Jose bukanlah segala2 nya bagi diorang kerana Stmford Bridge adalah rumah mereka dulu, kini dan selama2nya!!


Pertemuan dengan Inter akan berlangsung Feb nanti, sesuatu yang melegakan kerana bintang2 hitam kita sudah pulang dari Afrika, tambahan pula Bosingwa juga mungkin akan kembali bermaksud kita akan berhadapan dengan mereka dengan kekuatan penuh!! Diharapkan kita mampu memenangi match ini dan membuktikan kepada Jose kita mampu berjaya tanpa beliau!! Keep The Blues Flag Flying High!!



Saturday, December 19, 2009

0 Teruskan konsistensi!!

0 Comments
Match menentang West Hampeh pasti menjanjikan persaingan sengit dan dengan legendary dan fav player ak Zola menjadi manager, satu penghormatan perlu diberikan kepada The Legendary 25 tetapi di atas padang, kawan adalah lawan dan rasa hormat perlu diketepikan dengan hanya kemenangan dicari..

Didi mgkin bakal kembali ke Upton Park untuk match penting nie-satu berita gembira untuk Kem The Blues..Alex pula bakal kembali berduet ngan Jt di bahagaian defence selepas aksi yang memuaskan lawan Porstmouse kelmarin yang pasti memberikan pressure dan masa untuk Carvalho pegi masjid muhasabah diri..Mgkin penggiliran pemain akan dilakukan di beberpa bahagaian dengan jadual perlawanan amat padat skang nie..3 hari 1 match beb mana tahan ak harap Carletto leh menyusun pemain2 yang ada bagi mengelakkan fatigue..

Lampard dan Joe Cole akan kembali ke tempat kelahiran diorang sebagai nbintang yang baru menyinar manakala Zola dan Steve Clarke kembali menemui tempat yang menaikkan nama diorang di arena bolasepak dunia..Walaupun penuh emosi, di atas padang sikapa professional perlu ditonjolkan dan hanya yang menang akan tersenyum di akhirnya..

Formasi :
-------Cech-------
Ivanovic-JT-Alex-Ash-
Mikel-Joe-Ballack-Lampard
---Didi-Anelka----

Prediction
West ham (1)-Chelsea(3)

Match Live Ahad 20 Dis kat ESPN pukul 11.55 mlm..Dont Miss!!

Friday, December 18, 2009

1 Sehati berdansa The Blues

1 Comments
Sekadar nak menghepikan diri di tengah2 kesibukan perlawanan liga yang akan muncul bertalu2 sempena Hari natal nie..korang pernah tgok player Chelsea shoot, cross, gol tapi pernah ke korang tgok diorang menari??

1,2,3..Go!!!



haha yang lawaknye Joe Cole pn tmpang sekaki gak..Footage nie amik lepas mng final FA 2007..diorang nie mmg leh masuk pertandingan menari r tapi tarian Didi mmg teruk nak mampus hua3..

0 Amukan Harimau Biru

0 Comments
Selaku rakyat Malaysia dan penyokong bola sepak tempatan, di sini ak nak selitkan sikit berita mengenai petang semalam yang merupakan detik terbaik untuk perkembangan bolasepak negara..Mungkin tidak ada kena mengena post ak nie ngan Chelsea, tetapi ak yakin ramai peminat still mempunyai sifat ingin tahu mengenai skuad negara walaupun dilanda pelbagai masalah selama ini..Apakah detik terbaik itu?? skuad bolasepak negara berjaya memenangi pingat emas Sukan Sea!!

Petang semalam dengan lepak2 kat umah ak ngan abang ak usha match nie kat TV, tidak terlampau mengharap tetapi tetap optimis dengan kemampuan negara yang dah maju sehingga berjaya mengalahkan gergasi Asia Tenggara dan pembekal tomyam, Thailand..Menentang Vietnam yang dikira pilihan utama, apatah lagi selepas skuad negara kalah 1-3 ngan diorang kat group stage, dah tentu kita dikira Underdog..Tapi apa yang memanaskan hati aku bile bace kat Metro pagi tu bile coach Vietnam selamba je memberi komen “ Senang je” sambil muke ala2 kerek bila ditanya oleh reporter mengenai final ini..

Match semalam memang bagi aku nampak peningkatan dalam corak permainan skuad negara yang berbaju biru mengingatkan ak kat Chelsea..kawalan bola semakin baik dan pertahanan yang mantap!! Dengan rata2 barisan muda menjadi pilihan kesebelasan skang, ak nampak masih ada sinar untuk perkembangan bolasepak yang suram..Vietnam mmg dsat first half tapi second half barisan harimau biru mengasak bertalu2 kubu lawan sehingga berjaya memperoleh gol kemenangan di lewat game iaitu minit 85 hasil gol Shahrul Idlan Talaha..hmm 2 la pasal keeper Vietnam 2 dah la injured kerek xnak kuar gak kan xpasal2 dah bocor..Wisel tamat, kemenanga tipis 1-0 diraih dan menamatkan penantian 20 taun!!

Aku pon sebenarnya malas nak amik tau pasal bolasepak negara yang kadang naik kadang turun sampai ak naik muak dengan drama di luar padang lebih dasyat mengalahkan team Brazil beribu kali lagi dasat dari Malaysia..tapi ak yakin walaupun ada yang sokong fool, sengal, team setan atau Chelsea, tapi bila ada match Malaysia macam nie secara x langsung memisahkan perseteruan kita dan membuktikan team negara tetap di hati..

Saksikan detik2 kemenangan Malaysia :



Pingat Emas sudah diraih,so pe lagi pasni?? Harapan aku mmg la nak tgok Msia msuk WC tapi fikir logic memang la susah gler beb, Thailand yang dasat pon x pernah masuk, tidak perlu terburu2 kerana nak jadi yang terbaik bukan boleh sekelip mata je, perlukan latihan dan pendedahan yang lebih baik di peringkat antarabangsa..Liga Super perlu lebih ampuh dan diperkuatkan pengurusannya tambah2 masalah kewangan perlu diatasi..Mgkin Piala Asia boleh ditarget, kalo dapat Piala Asia baru la ak leh kata kita ad kemungkinan layak g WC beb..Kalo Iraq yang tgah perang pon leh mng kenapa bukan Malaysia?? Jangan tersekat kat sini je dan senyap terus jadi cam dulu sepertimana selepas zaman Mokhtar Dahari..Perjalanan masih jauh dan ak ucapkan caiyok2 untuk skuad negara untuk kejayaan yang lebih hebat di masa hadapan..Malaysia Boleh!!



0 Sumpahan terhapus!!

0 Comments
Akhirnya The Blues berjaya menamatkan rentetan hambar 4 match berturut2 ngan kemenangan 2-1 keatas team tikus Porstmouse semlam dan walaupun sukar, ak pasti sume fan Chelsea lega sumpahan dah berakhir dan ak harap kecemerlangan nie leh diteruskan untuk match2 seterusnya!!

Dengan Didi direhatkan sebab injured, dah tentu beban gol akan diberikan kepada Anelka dan teammate yang lain..Alex kembali ke dalam skuad menggantikan Carvalho sebagai pengajaran kerana menampilkan aksi buruk dalam match2 sebelum nie..Hanya siapa yang terbaik akan masuk dalam skuad, kata Carletto..

Lampard dan Anelka menjadi wira Chelsea semalam walaupun bahagian pertahanan masih hancur dan rapuh cam biskut petak bile Penguin (Piquionne) gol semalam menjadikan 11 gol dalam 5 match dah bocor setakat nie..Penalti dari Lampard memang melegakan tak macam apa yang berlaku ketika menentang Man Shitty..Peciter Cech?? Takkan nak salahkan fan lak sebab boo sedangkan main teruk beb kalau ak ada kat situ mesti ak panas gak cume seb bek defend malam nie x teruk sangat macam sebelum nie lepaskan berdas2 gol kat gawang..

Kemenangan nie meletakkan Chelsea kembali mendahului 3 mata di atas, memulakan musim sibuk masa Krismas dengan baik dan diharapkan mampu disambung dengan kunjungan ke West Ham pasnie brtemu legendary Zola..Selepas ini setiap 3 hari mesti ad match liga harap Carletto dapat menyusun strategi terbaik untuk menggilirkan pemain2 yang ada sebaik boleh agar tidak kepenatan dan mengalami kecederaan..BLUES IS THE COLOUR, WINNING IS THE GAME!!!

Match Highlight :

Wednesday, December 16, 2009

0 Hidup dan mati

0 Comments
Match menentang Porstmouse mungkin akan menjadi detik terpenting dalam kempen liga Chelsea musim ini..mampukah The Blues bangkit dari prestasi hambar dalam 4 match terakhir??

Dengan bermain di hadapan penyokong sendiri, menurunkan barisan utama manakala pasukan lawan tidak berada di prestasi terbaik (tercorot liga)..apakah alasan lagi yang mahu dikatakan oleh Carletto jika kita tidak mampu mencapai kemenangan lagi malam ini??

Para pemain perlu membuktikan kita serius mahukan kejuaraan liga musim ini dan ak yakin jika kita menang malam ini ia akan menjadi detik kebangkitan kita untuk mencatat prestasi yang lebih konsisten selepas ini..Kekalahan team setan membuka ruang kita untuk menebus kesilapan dalam beberapa perlawanan terakhir dan ak yakin kekalahan setan turut akan menjadi pencetus semangat untuk para pemain mencatat kemenangan ke atas Porstmouse..

Essien still dalam kuarantin macam pesakit Influenza A dan x mampu diturukan justeru Ballack dan Mikel sekali lagi akan diberi peranan sebagai anchor di tengah..Deco mgkn masih injured dan akan digantikan dengan natural sub Joe Cole..Didi yang tengah panas membara dengan 4 gol dalam 4 match masih injury doubtful tetapi mgkin akan diturunkan memandangkan prestasi yang konsisten kini..Kalou sudah fit semula dan boleh digunakan sebagai backup Didi jika perlu..Bahagian defend mendapat berita gembira kerana Alex sudah kembali dan mgkin mampu memberi alternatif kepada Carletto untuk membaiki pertahanan yang longgar agar tidak akan dibocori gol lagi..Perubahan besar dalm formasi bagi ak tidak perlu sebab mentaliti pemain adalah benda penting yang perlu diubah!!

Muahahaha, makan budak!!!!!!!!!

Grant selaku bekas manager yang membawa kita ke final CL dulu pasti ingin membuktikan pengurusan Chelsea silap memecatnya..Jamie O’hara antara pemain yang perlu diberi perhatian oleh pertahanan Chelsea dengan larian lincah dan cross yang berbahaya..Piquionne dengan muke ala2 predator gilakan darah (rujuk gambo kat atas) juga tak dilupakan kerana mampu memberi ancaman pada kelemahan kita iaitu set-piece..So JT, beware!!

Formasi :

-----------Cech---------
Ivanovic-JT-Alex-Ash
Mikel-Ballack-Lamps-Joe
---------Didi-Nik----------

Result prediction : Chelsea (3) – Porstmouse (0)
Match DELAYED pkul 6 pagi Khamis ini..pas smayang subuh leh la tgok haha..Dont Miss!!

0 Defend cam syial!!

0 Comments

Defend mmg cam syial!!! 10 gol dalam 4 game..pe nak jadi ngan bebudak defender nie, makan gaji buta ke?? Tiada yang lain ak salahkan melainkan Petr Cech semata2 kerana menjaringkan gol cantik untuk gol pertama dan menjadi tunggul kayu untuk gol penyamaan ke -3 Evertongsampah..

Dengan skuad utama digunapakai selepas berehat menentang team Appolo, tiada sebab untuk fatigue atau masalah kecederaan..Hanya Essien, Kalou, Sturridge, Deco dan Bosingwa yang tercedera di mana rata2 bukanlah regular starter kecuali The Beast Essien yang bermalam di Wad London 3 minggu..Didi, Nik, Frank dan JT yang merupakan tulang belakang skuad tetap ada di dalam first team dan tidak ad sebab mengapa kita harus gersang lagi minggu nie..

Pemain The Blues masuk padang x guna kaki kanan, mgkin lupa diajar oleh Nik yang beragama Islam so rata2 pemain memulakan permainan dengan langkah kiri di mana Evertong gol awal dengan jaringan bodoh dari bahu Big Pete..1-0 untuk Si Tong..Hanya Didi yang ak puji dalam game ini..penuh kesungguhan dan naluri pemusnah untuk memberikan kemenangan untuk pasukan membolehkan Didi menjaringkan gol pertama The Blues untuk menyamakan kedudukan hasil hantaran Lampard..Nik rasa tercabar dengan partnernya lalu menjaringkan gol kedua..Tapi kebangangan defend akibat dihentak Blackburn dulu masih dirasa so Yakult menjaringkan gol penyamaan Si Tonggas selepas kekacauan di kotak penalty Chelsea seumpama adanya pengebom berani mati masuk padang..

Second Half meneruskan babak yang berulang, Didi sahaja yang berkobar2 mencari gol dan pada minit ke-58 The Blues sekali lagi mendahului dengan volley cantik dari Didi..Cech bergembira, para pemain yakin kegersangan diorang bakal ditamatkan malam nie..Tetapi set piece sekali lagi menjadi igauan seumpama di Villa Park, free kick ke dalam kotak tidak ditanduk kemas oleh defender, dan terkena kepala Saha untuk gol ke-3 Tonggas dengan Big Pete menjadi Small Pete kerana hanya melihat bola melalui kepala dan topi ragbinya..pasangan pensel 2B dimasukkan iaitu Beletti dan Borini namun tiada keajaiban mampu dilakukan..match berakhir dengan kehampaan 3-3 meneruskan kegersangan dalam 4 match berturut2..

Didi ak memang salute, dengan 18 gol dah disumbatkan musim ini, tue belum kira assist dan performance die selaku teamwork player, ak boleh katakan dia sememangnya pemain terbaik kita musim ini..seperti mengetahui kehilangannya ke Afrika nanti bakal dirasai rakan seperjuangan, Didi memberikan persembahan menakjubkan dalam match2 terakhir seolah2 hadiah perpisahan sebelum hilang sebulan bermula selepas menentang Fulham..Didi beraksi dengan sepenuh hati dan ak harap dia dapat sumbat lebih banyak gol untuk cover die mase x men bulan Jan nanti..KEEP IT UP DIDI!!

Bahagian pertahanan sememangnya masalah besar kita kini dengan set piece adalah salah satu punca utama..lepas lawan Villa ak tgok dah okey tapi skang dah jadi balik mgkin Carletto perlu bertindak semula?? Cech bagi aku perlu perbaiki lagi keyakinan dia menepis bola2 tinggi, adakah masih trauma atau rindukan kepala lutut Hunt?? GK sepatutnya menjadi makhluk yang paling berani dan tangkas di dalam kotak penalti seperti singa di dalam territory nya..atasi fobia, ak yakin Cech masih keeper terbaik dunia dan ak berharap dia akan membuktikan kata2 ak tepat!!

Wa salute sama lu Agbonlahor (walaupun nama ko x sedap haha)

Namun sebangang2 defender Chelsea, bangang lagi team Setan kerana dibakar hidup2 dengan api Neraka Jahanam di rumah buruk old kerepot oleh Villa hasil tandukan panas membakar Agbonlahor..haha padan muka Setan dan nie membolehkan Chelsea kembali mendahului dengan 3 mata di persada liga..nasib masih menyebelahi The Blues dan ak harapkan kita dapat menggunakan peluang ini sepenuhnya untuk kembali yakin dan mencatatkan prestasi yang lebih konsisten..Porstmouse menjadi lawan khamis nie dan bahang full speed sewaktu krismas sudah mula terasa..diharapkan kita mampu menang secepat mungkin seterusnya memulakan musim busy Boxing day dengan keyakinan tinggi!!

Match Highlight :