Wednesday, December 16, 2009
1 Layan Blues Jap : Kau yang bernama seri
Result minggu nie lagi...Seri
Leburlah rekod di Bridge
Tak bisa ku nikmati
Gersang kemenangan yang dinanti
Biarpun hanya Evertonggas
Biarpun didi gol berdas2
Sekali cech menggila
Sejuta bolos diterima
Sekalipun fan kecewa
Mentari terbit di Old Kerepot
Bintang di angkasa
Masih bernafas Chelsea akhirnya
Agbonlahor jadi messiah
Dimana janji mu Ancelotti
Kata xnak seri lagi
Realitinya tetap seri seri lagi
Tinggal Porstmouse jadi harapan
Satu-satunya sandaran
Jalan kejuaraan masih jalan yang terang
Seri… aku merayu
Jangan la result khamis nie...Seri..
Hakcipta : Tangan itam aka Handyblack
Saturday, December 12, 2009
0 Ayuh kembali bangkit!!
Evertong akan bertandang ke Bridge malam ini dan sudah tentu Chelsea yang kempunan dalam 3 match terakhir akan menggunakan peluang ini untuk menebus segala kehampaan dan meratah Evertong secukup2 nya selaku pembuka selera untuk kembali ke zon kemenangan..Cmon Chelsea!!Tanpa Essien yang cedera, bahagaian midfield kita tetap tidak goyah kerana adanya Lampard, Mikel dan Ballack yang akan mengemudi jentera di bahagian tengah..Kesemua pemain utama yang cedera ringan telah kembali kedalam skuad dan ak harapkan bahagian defend tidak akan melakukan sebarang kesilapan lagi selepas ini..
Melepaskan 7 gol dalam masa 7 hari dan menggunakan 3 keeper berbeza sememangnya sesuatu yang tidak boleh diterima kerana sebelum ini kita kelihatan amat kental di bahagian belakang..dengan Cech kembali menjaga gawang selepas terlepas 2 dari 3 match terakhir, ak harap dia akan melupakan kesilapan di Manchester dan kembali beraksi cemerlang..Bahagaian serangan tidak bermasalah kerana Didi tengah Hot Form dan Nik serta beberapa pemain lain seperti Lampard dan Joe Cole juga mampu manjaringkan gol..Bagi pasukan lawan, sudah tentu diorang nak revenge kekalahan di final FA Cup season lepas dan antara player yang berbahaya adalah Saha kerana mamat rambut perang nie tengah top form berbanding masa kat MU dan dengan defend kita still problem, Saha sudah tentu akan mencuri peluang sekiranya kita lalai..
Formasi malam ini :
-------Cech---------
Ivanovic-JT-Carvalho-Ash
Mikel-Lampard-Ballack-Joe
-------Didi-Nik--------
Result Prediction :
Chelsea (2) - Everton (1)
Chelsea akan main awal dan sekiranya menang, sudah tentu pressure kepada Team setan yang akan menentang Villa so ak harap diorang akan drop point..papehal pon yang oenting ak harap skuad Chelsea akan menumpukan kekuatan kita sendiri dan lupakan pasal team lain kerana kita sudah berada di atas..Sekiranya kita terus fokus, ak jamin Chelsea akan kembali meraih kemenangan seterusnya menjuarai liga musim ini..KEEP THE BLUES FLAG FLYING HIGH!!
Match LIVE 10.55 mlm ESPN..Dont Miss!!
Friday, December 11, 2009
0 Kakuta pilihan Ancelotti
Di sebalik pendedahan Mikel mengenai amukan besar-besaran Ancelotti ke atas para pemain berikutan aksi hambar menentang Apoel, hanya ada seorang sahaja player yang mendapat pujian dari manager Itali ini-wonderkid Kakuta..'Kakuta is the only one who I think tonight played well, he showed his talent and did fantastic passes for the second goal,' Ancelotti said. 'We have to look at him, stay calm and he will be the future of Chelsea.'
Hatta Didi dan Essien yang menjaringkan gol tidak mendapat reaksi dari Carletto menunjukkan betapa tinggi harapan manager Chelsea ini terhadap bintang baru Perancis nie..dalam match menentang Apoel, Kakuta memberikan debut pertamanya selaku starter dan bermain selama 73 minit sebelum ditukarkan dengan Borini..Dalam match ngan Apoel , Kakuta dapat menyerlahkan bakatnya dengan lebih bebas dan ternyata potensi Kakuta yang versatile membuktikan dia dapat beraksi di mana2 posisi serangan samada sayap ataupun striker..
'I've played right, left and behind the striker so it doesn't matter. That's fine because it's left and right, it's the same.'said Kakuta.
Berdasarkan poll yang aku wat, ramai mengakui Kakuta adalah pemain muda yang bakal meningkat naik musim ini, dengan 8 vote diraih mengalahkan Sturridge (1 vote) dan pemain muda lain, sememangnya Kakuta adalah pilihan Fan dan Manager..Thanks 4 the vote!!
Dengan potensi selaku bintang baru yang bakal menyinar, pengalaman yang bakal diterima oleh kakuta amat penting tetapi harap tidak ada terlalu banyak pressure diberikan terhadapnye kerana di masa muda emosi diorang still masih mentah dan harap boleh develop dengan sebaik yang mungkin..mampukah Carletto menjadikan Kakuta=Kaka?? Juz wait and see..
0 Suarez dalam radar
Chelsea dilaporkan berminat untuk mendapatkan Top Striker Ajax, Luis Suarez pada bulan Januari nanti..Dengan harga sekitar £15-£20 juta, sudah tentu die lebih murah dari Aguero, tapi berbaloi ke??Luis Suarez yang merupakan player Uruguay dan Kapten Ajax memang dah lame menjadi perhatian kelab2 besar lain termasuk la Chelsea dan Barca yang tumpang sebok gak..mgkin Man city akan muncul membida pulak nanti haha..Dengan 56 gol dalam 80 apearances untuk Ajax, ia merupakan pencapaian yang hebat tambahan pula die baru berumur 22 tahun..Jika mahu dibandingkan dengan Aguero, ak rase diorang same handal tetapi Suarez amat berbaloi untuk dibeli kerana harganya lebih murah berbanding harga Aguero yang boleh mencecah £5o juta dengan adanya Si Tamak Atletikus..Itu belum campur gaji die lagi yang kerek nak lagi tinggi dari JT dan Lampard..Jgan jadi cam Sheva dah r..
Setakat nie dah ada 3 orang pemain yang menjadi buruan Chelsea-Aguero, Suarez dan Jack Rodwell..Ketiga2 player nie masih muda dan ak dah nampak management Chelsea dah membuka mata untuk mencari bakat muda sebagai pelaburan jangka masa panjang..Ak sarankan Hamsik ataupun Di Maria jika inginkan lebih alternatif..Papepon Carletto dah kate die tak nak beli sesape, mgkin perang psikologi untuk menurunkan harga?? Semua keputusan di tangan Carletto dan harap die membuat pilihan yang tepat..
Thursday, December 10, 2009
0 Essien masuk wad
Official Chelsea dah mengumumkan berita buruk pagi nie, xcukup2 lagi dengan gersang 3 game tanpa kemenangan, kini awan gelap sekali lagi melanda kem The Blues dengan scan kecederaan essien memberitahu pemain Ghana nie bakal terlepas 3-4 minggu..Petikan dari official :
Essien is expected to be out for three to four weeks.
The Beast merupakan untouchables player di bahagian diamond dan pemain pilihan utama Carletto justeru kehilangan beliau pasti amat dirasai fan2 sume tambahan pulak die nie suke shot2 padu dan menjaringkan gol2 penting cam lawan Apoel haritu..kini Mikel dan Ballack perlu menggalas tugas selaku anchor di bahagian tengah..diharapkan Essien mampu pulih secepat mungkin sekurang2 nya musim Krismas kerana jadual ketika itu amat padat dan kita amat memerlukan pemain berkaliber sepertinya..perlukan Dr. Horse??
Wednesday, December 9, 2009
0 Great Game, Bad Result..
Permainan yang menarik, dengan tanpa tekanan untuk mencari kemenangan, corak menyerang yang ditampilkan oleh Carletto dan anak buahnya sememangnya menghiburkan tetapi ia juga memberi kesan buruk di mana kita bolos 2 gol-menamatkan rentetan 11 game tanpa bolos di home musim ini..Keputusan seri tidak memberi apa2 makna kerana kita dah top group, tetapi dengan tanpa kemenangan dalam 3 match terakhir, pe kata Carletto??'I think it is psychological. I see every day players train very well in all psychological situations. Tomorrow will be different.'
Ak setuju dengan Carletto, walaupun hanya match pelengkap jadual, para pemain perlu bermain dengan 100% kerana para pemain yang memakai jersi biru adalah pendukung maruah kelab, jika tidak mahu bermain bersungguh2, apa maknanya??
Dengan campuran pemain muda adan tua menjadi sandaran semalam, sudah tentu ada beberapa kecacatan di dalam persembahan disebabkan kurang persefahaman tatkala Carletto still ingin bereksperimen dan memupuk teamwork yang mantap antara pemain baru dan lama..Tapi xleh dinafikan walaupun memberikan kesebelasan berbeza, corak menyerang semalam memang dipuji dengan diamond kita dipenuhi pemain attacking seperti Joe dan Malouda di samping darah muda seperti Kakuta dan Borini di dalam skuad sudah tentu enjin masih panas mahukan gol..
Percaturan meletakkan Turnbull mungkin satu gamble dari Carletto kerana kita bolos seawal minit ke-6 tetapi Essien membalas dengan shot padu dari luar kotak dan Didi menyempurnakan comeback di babak pertama dengan gol kedua hasil assist dari Zhirkov..Essien injured yang memberikan khabar kurang baik, masih menantikan scan result dan Lampard dimasukkan di penghujung first half..
Second half The Blues menggandakan asakan dengan kombinasi Joe Cole dan Kakuta sememngnya berbahaya dengan larian pantas dan tricky pass yang hampir mencari gol ketiga..kakuta dikeluarkan dan Borini dimasukkan dan tak kurang hebatnya, young italian nie melepaskan volley dalam kotak yang sedikit tersasar dari gawang..Sekali lagi Borini hampir membantu mencari gol ke-3 dengan bicycle kicknya ditepis keeper sebelum Terry menjaringkan gol-malang ianya Offside..Great debut dari Borini!! Namun sepertimana ketika menentang Blackburn dan Atletikus, skrip yang sama berulang kembali, kental di depan, bocor di belakang..APOEL mendapat gol penyamaan minit-85 selepas error dari Mikel yang terlepas bola membolehkan Mirosavljevic one on one dengan Turnbull..mungkin terlupa nak minum Redbull, pemain Apoelmudah melepasi Cik Rose dan menjaringkan gol penyamaan..
Cukuplah dengan beberapa kali Chelsea bolos di minit terakhir dengan perlawanan menentang Barca season lepas adalah yang paling teruk sekali..Ak harapkan masalah ini dapat diatasi..Mahukan penyelesaian di bahagaian defend?? tanya Special One!! 7 bolos dalam 3 game terakhir adalah membimbangkan dan memberi gambaran defend kita masih belum ampuh seperti generasi 2003 di bawah Jose..namun begitu bahagaian serangan tidak membimbangkan dengan Didi sememngnya di prestasi terbaik, dan beberapa pemain seperti Essien juga mampu menjaringkan gol..Harap segala kelemahan mampu diperbaiki menentang Everton nanti..
Keputusan seri menamatkan perlawan peringkat kumpulan dan seterunya kita harus fokus ke peringkat kalah mati..Dengan tempat teratas menjadi taruhan, kita akan berhadapan dengan naib jura kumpulan lain, AC Milan dan Bayern antara lawan yang bakal dihadapi, sementara possibility bertemu Barca atau Inter masih lagi diragui, bergantung kepada result diorang malam nie..undian akan dijalankan 18 Disember, Jumaat depan..Tak kira siapa kita bakal hadapi, Chelsea tidak sesekali gentar!! KEEP THE BLUE FLAG FLYING HIGH!!
0 Baju Malang??
Chelsea memang telah menampilkan kehebatannya musim ini tetapi ia kadangkala agak terganggu dengan beberpa kekalahan yang mengejutkan dan tidak sepatutnya..Berdasarkan beberapa pendapat, ada sesuatu yang menggangu performance Chelsea-BAJUPrestasi cemerlang Chelsea selalunya direncatkan dengan kekalahan dan ia berlaku apabila kita tampil dengan memakai baju away yang kurang familiar, berbelang biru gelap dan stripe kuning, jauh berbeza dengan baju away biasa kita yang berwarna putih atau kuning..
Mungkin hanya kebetulan kerana kita akan memakai baju ini ketika bertandang ke tempat lawan-seautu yang masih menjadi masalah kita setakat ini..Perhatikan ketika bertemu Man Shitty, dengan baju away, segala2 nya tidak kena..
Benarkah kebetulan?? kerana ketika di Emirates, iaitu tempat lawan-dengan baju biru diraja kebanggaan Chelsea, kita mudah menumpaskan diorang 3-0..Jngan risau, Chelsea bukan sahaja kelab yang menghadapi masalah sama:
-Brazil juga terpengaruh dengan nasib malang nie, sewaktu WC 1950 diorang kalah ngan Uruguay dan still tak menang pape kejohanan besar..teka baju warna apa diorang pakai masa tu??-Putih!! Brazil menukar warna baju diorang ke warna Kuning Hijau dan terus mendominasi dunia bolasepak sehingga kini..
Warna sememngnya antara satu cabang Psikologi cam merah-berani, biru-tenang..Warna kesukaan seseorang adalah seseuatu yang leh jadi pencetus kemenangan kerana ia akan merangsang seseorang itu menjadi lebih yakin..So dalam citer nie mgkin Player Chelsea lebih bersemangat ketika memakai baju home biru diraja kerana lebih familiar dan melambangkan kekauatan Chelsea sejak dulu lagi..Tapi jangan salahkan baju, performance adalah benda paling penting, pe guna baju lawa main buruk..Tapi lawan Everton nanti pakai baju home, harap ada tuah di situ..hehe..Tuesday, December 8, 2009
0 No pressure!!
Malam ini dengan kembalinya Chelsea ke kampung halaman Stamford Bridge setelah berhadapan dengan dua tragedi di tempat lawan minggu lepas..APOEL akan menjadi pasukan yang perlu ditentang dan dengan Tempat Teratas Kumpulan telah digenggam sekuatnya, match malam ini akan menjadi medan untuk para pemain berehat seketika dari tekanan dalam match2 penting dan Carletto dapat menggunakan kepakarannya untuk mengeksperimen gabungan pemain2 muda dan pemain senior dalam pasukan..Masa untuk seluruh skuad The Blues untuk menghela nafas seketika dan mengumpul tenaga untuk kembali beraksi lebih baik!! Kemenangan ke atas APOEL akan menjadi permulaan!!“We have a record at home that we want to improve and also we have to have respect for the other teams because APOEL and Atletico Madrid are involved in the list, they can arrive in third place. We want to do the best."
Formasi malam ini :
---------Turnbull-------
Ferreira-Ivanovic-Carvalho-Zhirkov
Essien-Lampard-Mikel-Malouda
--------Kakuta-Anelka------
Result Prediction : Chelsea (1) - APOEL (0)
Monday, December 7, 2009
0 Cik Siti bikin kacau!!
Selepas melakukan persembahan memukau di Anugerah Skrin 2009, Cik Siti masih tak puas ati dan terus ke England bikin kecoh lak kat sane di Bandar Manchester dengan kehadirannya menggugat iman player2 Chelsea dan mengganggu kempen The Blues dalam misi menggapai kejuaraan Liga musim ini..Dalam match Sabtu lepas, Man City mengejutkan prestasi konsisten The Blues dengan kemenangan tipis 2-1 di laman diorang..dengan aku x sempat nak usha game nie sebab sibuk ada kenduri, nak usha curi2 pon Astro lak mane la ade kat kampong ak nie..So ak pon tau pasal kekalahan mengejut Chelsea nie pon mase tgok Info Sukan kat TV 1..So maafkan aku sekiranya ada beberapa kesilapan dalam maklumat aku sebab ak hanya mencoret berdasarkan highlight dan berita yang ak baca..
Di tengah2 kita meraikan rentetan cemerlang Chelsea dalam beberapa perlawanan terakhir terutamanya selepas membelasah Sengal 3-0 minggu lepas, dah tentu keyakinan tengah memuncak dan ramai pemerhati mengakui The Blues sukar dihentikan buat masa kini..Walaupun kita tewas kepada Blackburn lam Piala Murahan Carling Cup 3 hari lepas, bagi aku ia tak menarik perhatian ak untuk mengandaikan kita tidak bagus kerana menggunakan pemain2 pilihan kedua dalam match tersebut, tetapi selepas tewas kepada pasukan shit cam City dengan menggunakan team terkuat kita, ak terfikir, apa lagi yang tak kena??
Dengan hampir kesemua kesebelasan utama yang mempermainkan team budak Sekolah Sengal kembali kedalam pasukan, sudah tentu hanya kemenangan yang dicari bagi memperkukuhkan kedudukan di kemuncak liga..Chelsea bermula cemerlang dengan menjaringkan gol awal menerusi gol sendiri Si Poyo Adebayor dan segala2 nya tampak bakal berakhr seperti di Emirates..
Satu yang ak kesalkan adalah nasib yang tidak menyebelahi kita di penghujung permainan..Chelsea berjaya memperoleh penalti, dan dengan Pakar Penalti Lampard sudah kembali, gol penyamaan sudah pasti berada di dalam tangan..Tetapi Given membuktikan mengapa dia adalah antara Keeper paling konsisten dalam Premiership dengan menepis shot padu Frank yang menafikan Chelsea untuk pulang ke London dengan sekurang2 nya 1 mata..Adoii dah la Lampard Captain ak beb konpem markah die low gler GW nie..
Match Highlight :

Dengan kekalahan ini, Team Setan yang dah menang awal kembali merapatkan kedudukan dengan 2 mata di belakang kita, menghangatkan kembali persaingan EPL musim nie..Senario ini (bukan kumpulan lawak tu) mengingatkan kembali aku dengan kejadian menentang Wigan di mana kita tewas mengejut di tempat lawan walaupun baru je mencatat kemenangan bergaya 2-0 ke atas Fool sebelum itu..Sepertimana yang aku katakan sebelum ini, konsistensi adalah elemen utama yang perlu dalam pasukan kita jika inginkan kejuaraan musim ini..Diharapkan kita mampu memmberikan peningkatan menakjubkan seperti selepas menentang Wigan di mana kita menang 5 perlawanan liga berturut2 tanpa dibolosi..
Match Premiership seterusnya :
| Sat Dec 12 | Everton | H |
| Wed Dec 16 | Portsmouth | H |
| Sun Dec 20 | West Ham United | A |
| Sat Dec 26 | Birmingham City | A |
| Mon Dec 28 | Fulham | H |
| Sat Jan 9 | Hull City | A |
| Sat Jan 16 | Sunderland | H |
| Wed Jan 27 | Birmingham City | H |
| Sat Jan 30 | Burnley | A |



