The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Thursday, June 30, 2011

0 AvB : Young and Dangerous

0 Comments
Bermulalah Era Baru The Blues..

Yupp, perancangan Villas Boas untuk mentransformasikan Chelsea nampaknya sudah bermula..Paul Clemence secara mengejut telah dipecat, Di Matteo telah dibawa masuk sebagai Assistant Manager, dan beberapa staff pilihan Villas Boas dari Portugal + Steve Holland, dahulunya Chelsea reserve team manager juga telah diberikan authority secara rasmi..

Welcome home, Robertooo!!

Berikut adalah nama coach dalam group 'Special Force' AvB :

Steve Holland - Assistant first team coach

Christophe Lollichon - Goalkeeping coach

Jose Maria Rocha - Fitness expert

Daniel Sousa - Head opposition scout.


Komen?? Muda, tapi penuh keyakinan. Itu yang aku nampak pada AvB. Melihat kepada langkah drastik memecat Paul Clement, salah seorang staff lama di akademi memang tak dijangka, langkah yang amat berisiko tetapi AvB melakukannya tanpa sangsi..Walaupun dilihat agak kejam, tindakan AvB telah memberikan impak dari segi psikologi kepada imejnya bahawa dia mempunyai kuasa di Chelsea sekaligus memberikan amaran kepada sesiapa yang cuba menyoalkan kedibilitinya dari awal..Bagi aku dia lebih menyerupai Pep Guardiola daripada Jose Mourinho. Tidak sombong, tidak menonjolkan diri tetapi tetap tegas dan menyuarakan pendapatnya tanpa rasa sangsi. Mampukah dia mengawal pemain Chelsea yang rata-rata sama umur dengannya?? Mudah-mudahan. Melihat kepada gaya AvB mengendalikan situasi di Chelsea, jelas walaupun masih muda dia mempunyai daya kempimpinan yang kuat untuk menarik keyakinan para pemain untuk mengikuti segala arahannya.

Gabungan Young & Dangerous

Mengambil Di Matteo, Legend Chelsea adalah sesuatu yang brilliant kerana seperti Wilkins dia amat dihormati oleh Frank dan JT, dua simbol kelab..Berbekalkan pengalaman menjadi manager di West Brom dan mengamalkan falsafah menyerang, sudah tentu dia adalah jenis assistant yang amat sesuai untuk membantu Villas Boas mengatur strategi.

Komen AvB :

"If you see the technical staff in front of me, and my appointment of Roberto, these are people who like the quality of the game and have a philosophy."


Masa depan Chelsea dilihat nampak cerah. AvB walaupun dikatakan mentah, tetapi dia mengawal situasi kem kita dengan penuh matang, bijak, cermat, pantas dan teratur. Tiada siapa yang dilihat berani mempersoalkan keputusan AvB kerana keyakinannya membolehkan kita merasakan dia melakukan perkara yang betul. Aku harap pemilihan pemain baru juga kali ini adalah berdasarkan permintaan AvB sendiri, bukannnya Board, Gourlay mahupun Roman. AVB tahu apa yang dia mahukan dan Roman perlu memberikan keyakinannya kepada manager muda ini. Manager sudah ada, Coaching staff sudah diketahui, international transfer akan bermula esok, 1 July. Apa lagi?? Time to shop!!





Friday, June 24, 2011

0 Ramalan Yang Tak Mengena

0 Comments
Berita siapakah manager Chelsea sudah diketahui dengan meluas. Tapi bagaimanakah ramalan korang sebelum ini?? Sejak dua bulan lepas aku telah membuat poll mengenai 'Siapakah Manager Chelsea musim 2011-2012' berikutan spekulasi Carlo akan dipecat dan keputusannya agak jauh dari jangkaan ramai!

Result Poll :

Louis Van Gaal
2 (3%)
Marco Van Basten
8 (12%)
Jose Mourinho
14 (21%)
Frank Rijkaard
0 (0%)
Andre Villas Boas
9 (13%)
Carlo Ancelotti stay!!
32 (49%)

Berdasarkan poll, hampir separuh (49%) memberikan ramalan Carlo akan stay untuk musim hadapan..Tak mengejutkan kerana ketika itu Chelsea berjaya memanjat carta dari kelima ke tangga kedua dalam rentetan kemenangan yang menakjubkan..Walaupun gagal memintas United dan trophyless, ramai menganggap kita perlukan stability dan Carlo layak stay..Namun apakah keputusan akhir Roman?? Paham-paham jelah..

"Tenkiu buat sape yang mengundi, tapi sayang gua kena chow gak.."

5 lagi adalah calon luar yang dijangka akan mengambil alih tampuk hangat di Bridge..Berdasarkan undian Jose (21%)macam biasa menjadi calon paling popular untuk kembali ke Chelsea, diikuti rapat oleh AVB (13%), Van Basten (12%). dan Van Gaal (3%).Rijkaard adalah paling malang, mungkin kerana kurang hensem menyebabkan dia gagal mendapat sebarang undian (0%)..

"Sampai hati korang...."

Siapakah pemenang terakhir?? Hanya 13% ciput mencadangkan AvB tapi ternyata ianya tepat walaupun keseluruhan keputusan Andre hanya dianggap pilihan ketiga..Berkemungkinan ramai (termasuk le aku) menganggap AvB masih terlampau awal untuk hadir ke Bridge selepas hanya satu musim kompetitif di Liga Portugal yang tak berapa tinggi kredibilitinya..Namun usia dan pengalaman dijangka takkan menjadi masalah sekiranya ia hadir dengan attitude yang betul..Villas Boas mungkin hanya pilihan ketiga, tapi dia adalah The Chosen One!!

"Gua menang beb, terharu siott walaupun ramai tak undi.. "


P/s : Akhir kata, terima kasih untuk undian korang..Jumpa lagi untuk next poll..Harap terus memberikan sokongan!! :)


Wednesday, June 22, 2011

0 Siapakah pilihan korang??

0 Comments
The 'Incredible' Hulk

Seperti Jose yang membawa Carvalho dan Ferreira suatu masa dahulu dari Porto dan membentuk skuad impian, kini AVB juga dijangka akan melakukan perkara yang sama..Falcao, Hulk dan Moutinho adalah tunjang utama Dragons musim lepas apabila memenangi Portuguese Primeira Liga, Portuguese Supercup, Portuguese Cup dan UEFA Europa League..Striker prolifik, winger bertubuh kental ataupun playmaker?? Siapakah yang perlu dibawa oleh Boas ke Bridge??

Joao Moutinho

Falcao


Berikan vote korang pada poll di sebelah------>


0 Sudah rasmi, Manager Baru Chelsea - Andres Villas Boas!!

0 Comments
Stamford Bridge, i'm flying home!!



Sumber mutakhir dari Chelsea official website :



"Chelsea Football Club is delighted to announce that Andre Villas-Boas will be the club's new manager."

"He has signed a three-year contract and will start work immediately."



Welcome to the Bridge!!


Walaupun kita sudah membayar pay-out clause semalam, masih ada kerisauan sekiranya ada gangguan dari kelab lain seperti Inter..Namun kini kita boleh menarik nafas lega sedalam-dalamnya, Chelsea sudah mendapat seorang manager muda yang berkaliber - AvB!!

Yupp, penantian penuh drama dengan kisah rumours mengarut Redknapp, Van Basten, (termasuk Hughes!) termasuklah kisah tarik tali antara Hiddink, Chelsea dan Turkey kini sudah berakhir..Sudah tentu semua masih berdebar menanti apakah perubahan yang akan dilakukan selepas ini oleh Boas..Adakah ia akan menjadi satu kejayaan, atau satu lagi kesilapan Roman yang cuba dilupakan??


Manager baru sudah dapat, sekarang kita menanti siapakah 3 player yang dijanjikan oleh Gourlay!! Summer yang sibuk, KTBFFH!!

P/s : Tak nak bawak Falcao, Hulk dengan Moutinho sekali ke??


0 Hanya menanti masa

0 Comments

Tuesday, June 21, 2011

0 Boas new Boss??

0 Comments

Nampaknya kita semua kena bersedia untuk pengumuman penting dalam tempoh 24 jam dari sekarang..Berita panas Andres Villas Boas meletakkan jawatan dari Porto adalah sesuatu yang mengejutkan dan sumber kuat mengatakan ia adalah 99% hampir pasti Bridge adalah destinasi seterusnya..

Roman dilaporkan bersedia membayar wang pampasan £13m untuk melepaskan Boas dari kontrak bersama The Dragons sekaligus membawa Special One versi 2.0 ke Bridge..Walaupun Hiddink dicanangkan sebagai first team choice, tetapi dengan Turki masih berpeluang layak ke Euro 2012 dan Hiddink juga agak berumur untuk menjadi manager kelab, Boas kini menjadi target utama..Sumber lain juga mengatakan jika Turki tewas dalam kelayakan Euro bulan September nanti maka Hiddink akan mengundur diri dan berlepas ke Chelsea untuk menjadi Director Of Football sekalgus membentuk gandingan mantap bersama Boas buat musim depan..

Teruja?? Sudah tentu!! Masih berumur 33, Boas bakal menjadi manager termuda selepas Gullit dan sudah tentu akan memberikan sesuatu kelainan..Sudah menempatkan diri sebagai antara bakal manager terhebat masa hadapan dengan memenangi Liga Portugal secara unbeaten dan Piala Europa dalam musim pertama bersama Porto, sudah tentu cabaran Premiership adalah sesuatu yang lebih besar buat Boas..Persoalannya, mampukah Boas menangani isu di kelab sebesar Chelsea?? Mampukah dia survive tidak seperti manager yang sebelumnya??

Ini persoalan berat yang akan dihadapi oleh Boas di Chelsea :

1. Player Power : Sudah seberapa banyak manager Chelsea yang tunduk akur dan akhirnya ditendang keluar kerana sukar menangani ego segelintir pemain senior..Apatah lagi masih berumur 33, Boas sudah tentu dianggap hanya setahun jagung untuk mengawal pemain senior..Mampukah dia beraksi tegas dan mengeluarkan pemain kuda tua kita apabila mereka tidak beraksi bagus ataupun ianya akan berakhir seperti Ancelotti??

2. Board Pressure : Chelsea bukannya seperti Porto yang tiada pressure kuat dari pemilik untuk mendapatkan trofi setiap tahun..Di Bridge, sekiranya performance tak memuaskan dan kegagalan mendapatkan trofi bermakna mencari lubang kubur sendiri..Ancelotti, Jose, Scolari, Grant, Ranieri adalah sekian nama yang akhirnya menjadi mangsa apabila tidak mencapai sasaran yang dimahukan..Mampukah Boas kekal beraksi hebat di bawah tekanan??

3. Young Player : Board kita mahukan manager menggunakan pemain muda di samping pada masa yang sama mendapatkan result yang konsisten..Nampak senang tapi ia tak semudah yang disangka..Ancelotti cuba melakukan apa yang dimahukan oleh Board pada awal musim lepas dengan menggunakan beberapa youngsters tetapi apabila beberapa keputusan kurang memuaskan menjerat diri, akhirnya Carlo terpaksa untuk kembali bergantung kepada pemain senior..Dapatkah Boas membentuk satu formula supaya pemain senior dan muda berganding bersama dan pada masa yang sama mengekalkan rekod kemenangan??

4. Impian Eropah : Hampir 8 tahun sejak Roman mengambil alih, sehingga kini kita masih belum mendapat trofi idaman semua kelab di Eropah ini..Sehingga kini juga Chelsea telah bertukar-tukar manager sebanyak 7 kali..Mesej Roman adalah amat jelas, dapatkan Piala Eropah, maka anda akan stay lama di Bridge..Gagal, get lost..Setakat ini masih tiada yang berjaya..Adakah Boas mampu memecahkan badi ini?? Adakah dia stabiliti terakhir yang kita cari selama ini??


Sekiraya Boas mampu menangani 4 isu ini, maka dia layak digelar manager terhebat untuk mengemudi kelab seperti Chelsea..Jika tidak, maka besar kemungkinan dia hanya layak dikenang sebagai satu lagi hasil gagal yang dicari Roman..So, Boas, welcome to Chelsea, dan harap tiada lagi ucapan Good Bye!! KTBFFH!!



Sunday, June 19, 2011

0 Amaran Levy

0 Comments
Bila aku marah aku bukak spek, kata ko..

Baru sejam dua komen panas Modric, nampaknya pihak Spuds dah rasa tak tentu arah..Tak mahu mengaku kalah, dengan pantasnya Levy segera memberikan amaran penuh amarah kepada Chelsea..

"I wish to make it absolutely clear, as I have said previously, that none of our key players will be sold this summer. We are building a team for the future to consistently play at the highest level and retaining quality players is crucial to that.

"In respect of Luka Modric, we are not prepared to sell, at any price, to Chelsea Football Club or any other club. We made our stance on this issue abundantly clear in writing to Chelsea. They chose to ignore it and then subsequently made the offer public.''

"For the avoidance of any doubt, let me reiterate that we shall not enter into any negotiations whatsoever, with any club, regarding Luka. We now consider this matter closed.''

Matter closed?? Adakah Roman akan berundur dari mendapatkan Modric?? Hah, jangan cuba tertipu. Aku yakin Levy begitu bijak untuk memberikan statement sebegini semata-mata untuk menaikkan harga Modric di pasaran. Dengan 5 tahun kontrak bersama Luka, kelebihan memang berpihak kepada Levy dan Spurs. Namun komen tak disangka Modric memberikan sedikit harapan buat Chelsea untuk mendesak transfer. Jika Roman betul-betul bersungguh menunjukkan minat, aku yakin kita akan mendapatkan Modric. Sekarang terpulanglah kepada Board Chelsea untuk membalas semula. Go get him, Roman!! KTBFFH!!

Saturday, June 18, 2011

0 Tepuk Sebelah Tangan Takkan Berbunyi

0 Comments
Luka secara rahsia menyukai jersi biru

Nah!! Slap on your face, Levvy (juga Redknapp) !! Memang tak dijangka, memang tak diduga, Modric dalam diam juga menaruh harapan untuk menukar warna jersi putih ayam katik ke biru diraja..Kita dengar apa yang dikata Luka..

“I want to leave Tottenham as friends. I have enjoyed my time there, but now it is right for me to look at another club.

“I have an arrangement with the chairman. When I signed my new contract, he said that, if another club came to sign me, they would consider the offer.’

“Chelsea are a big club with an ambitious owner. They have great players and they have ambitions to fight for the title and win the Champions League.

“I want to stay in London. I am very happy here and so are my family. I like the city.’

“I don’t want to have an argument with Tottenham,”

“The supporters have been very good to me and I have enjoyed my time playing for the club, but it is for football that players leave clubs and move. It has happened to Tottenham before. It is normal for a player to dream about playing for a bigger club.

“If somebody comes to the club and the offer is good for me and acceptable to them, then I want to leave.

“It has to be good for my ambition. It has to be a club who are winning titles and playing in the Champions League.

“This is not about money, it is about ambition. When I came to England, I was dreaming about winning titles. That is still the same.

“Tottenham are a big club, with good players and a good manager, but I want to fight for the championship. Spurs will always have a place in my heart. My experiences in the Champions League have left me with the desire for more.”

“I need to talk with the chairman. I won’t ask for a transfer, no. That would be disrespectful. I hope they can reach an agreement that is satisfactory for everyone. I am on holiday, but I need to speak and to see if I can find a solution to this.”


Nampaknya Chelsea tidak bertepuk sebelah tangan. Komen panas Modric umpama proposal tak official bahawa dia mahu meninggalkan Lorong Hati Putih. Seumpama kisah Torres, sudah tentu kita perlu menunggu apakah reaksi pihak Spurs. Jika pemain sudah tiada keinginan untuk stay, Spurs hanya ada satu option sahaja : iaitu jual dengan harga setinggi yang boleh. Jangan ingat ia begitu mudah, Levvy takkan melepaskan pemainnya dengan murah, lihatlah betapa liatnya kisah Berbatov ke Manure dulu. Roman perlu step up dalam hal ini dan Gourlay perlu melakukan rundingan dengan cermat untuk mendapatkan harga muktamad. Aku rasa £30m sudah memadai. Cmon Roman, KTBFFH!!

"Ohh mampuih kawe gimano nie"

Friday, June 17, 2011

0 Mengejar Luka??

0 Comments


Berita Chelsea melakukan bid £22m kepada si katik Croatian, Luka Modric sudah tersebar luas..Samada hanya cerita permainan agent untuk memulakan bidding war atau tidak masih belum dikenalpasti, namun ia tetap dianggap berita baik!! Melihat kepada usaha Board untuk mencari playmaker, bermakna mereka sudah nampak apakah masalah utama kita musim lepas: kreativiti dari bahagian midfield.

Luka Modric memang sesuai dengan peranan ini. Pantas, licik dan mempunyai hantaran yang tepat adalah abiliti yang fantastik untuk menjadi seorang playmaker bertaraf dunia. Daripada Drogba ke Torres, Chelsea kini dalam proses untuk beralih dari sebuah team yang hanya kuat dan fizikal kepada lebih teknikal, dan Modric adalah kunci utama untuk menjadikannya satu kejayaan.

£22m?? Melihat kepada pasaran semasa, sememangnya ia adalah harga yang ciput sekarang. Sedangkan Henderson pon berharga £20m, bermakna Modric akan dinilai lebih tinggi..Apatah lagi dengan kontraknya yang masih panjang iaitu sehingga 2016 bersama Spurs, tidak semudah itu untuk merampas si Frodo ini dari Redknapp dan Daniel Levvy. Jika Roman benar-benar serius, bid setinggi £25-30m adalah harga yang lebih rasional.

Harap ia akan menjadi kenyataan!!


p/s : Bagaiamana kalau kita terlepas Modric?? Aku cadangkan Canales/ Pedro Leon, lebih murah, lebih muda dan berbangsa Sepanyol, sudah tentu akan berganding bagus dengan Torres!!