The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Sunday, December 25, 2011

2 Januari Top Transfer List

2 Comments

Ketika sambutan Krismas sedang diraikan, Chelsea nampaknya masih menanti hadiah dari Pakcik Santa yang belum kunjung tiba. Kejutan yang ditunggu?? Sudah tentu pemain baru!!

Berita Alex dan Anelka menghantar transfer request bukan sesuatu yang baru namun implikasinya amat jelas. Bahagian pertahanan adalah yang paling bermasalah selepas Alex bakal berpindah manakala Luiz dan Iva mengalami kecederaan sekaligus meletakkan JT sebagai satu-satunya Centre Back yang available. Anelka pula nampaknya tak menunggu masa yang lama untuk mencari lubang baru, dan lubang itu nampaknya di China apabila mengesahkan perpindahan dua tahun ke Shanghai Shenhua pada Januari. Bukan itu sahaja, Piala Afrika yang akan berlangsung pada Januari juga menyebabkan pengecilan skuad ekoran ketiadaan Mikel, Drogba dan Kalou yang akan mewakili negara masing-masing.

Jadi pembelian atau opsyen yang lebih murah, iaitu pinjaman pemain adalah sesuatu yang hampir pasti akan berlaku. Ini turut diakui oleh AVB."We will have to respond quickly in the market", jelas beliau.

Siapakah target utama Chelsea musim sejuk ini?? Berikut rangkuman pemain yang bakal dijual dan dibeli pada bulan Januari.

OUT

Nicolas Anelka
Deal : Agreed
Transfer to : Shanghai Shenhua

Semakin dipinggirkan oleh AVB hasil kecemerlangan Sturridge yang berjaya merebut kesebelasan utama, tiada pilihan lagi buat Nico untuk membawa diri. Dan ini adalah perpindahan ke -10 sepanjang kariernya setakat ini.

Jersi kelab ke sepuluh buat Abdul Salam Bilal

Alex
Deal : No offer yet

Possible transfer : Arsenal, Juventus

Seperti Anelka, juga telah menghantar transfer request dan diterima dengan baik oleh AVB dan kelab. Masih belum mendapat sebarang tawaran namun hampir pasti akan dijual ekoran keengganan AVB untuk menurunkan kembali pemain yang tidak komited kepada kelab.

Florent Malouda
Deal : No offer yet

Possible transfer : Anzhi Manchakala

Menurut laporan kelab kaya Russia ini bersedia menawarkan gaji setinggi 150,000 seminggu kepada Flo sebagai umpanan. Semakin diketepikan oleh AVB dengan prestasi hebat Mata, mungkin ini adalah masa yang sesuai untuk Flo mengangkat kaki.

Salomon Kalou
Deal : No offer yet

Possible transfer : Anzhi Manchakala, Locomotiv Moscow

Turut diumpan dengan gaji 120,000 seminggu oleh Anzhi, Kalou bakal mengikut jejak Malouda sekiranya kedua-dua pemain ini setuju berpindah ke Russia. Kelab Locomotiv Moscow juga menaruh minat kepada Kalou yang hanya kerap menjadi super subs sepanjang berada di Chelsea.

Fernando Torres
Deal : No offer yet

Possible transfer : Malaga, Milan

Flop?? Tak tahu bagaimana mahu menggambarkan situasi Nando di Chelsea yang kejap turun kejap naik. Kini diketepikan oleh Didi sebagai starting centre forward, tak mengejutkan jika Torres mahu kembali ke Sepanyol atau ke Itali untuk mengambil nafas baru dalam kariernya yang semakin suram.

IN

Gary Cahill
Deal : No offer yet

Possible transfer : Chelsea, Spurs

Perpindahan yang hampir pasti akan terjadi. Malah Owen Coyle juga mengesahkan Chelsea adalah antara kelab yang berminat mendapatkan Cahill. AVB pula berkata Centre Back adalah Top Priority untuk dibeli sebagai pengganti Alex. Dengan harga 7m, sudah tentu ianya amat berbaloi apabila memandangkan suatu ketika harga Cahill pernah melonjak kepada 20m dahulu.

Gandingan JT-Cahill bukan sesuatu yang baru.

Milos Krasic
Deal : No offer yet

Possible transfer : Chelsea, Man U

Antara pemain star yang menjadi lebihan di Juve, Krasic kini sedang mencari kelab baru. Berkemungkinan diambil sebagai pinjaman, Krasic bakal menggantikan Anelka yang berpindah sebagai right winger sekaligus membolehkan Sturridge bermain sebagai Centre Forward. Namun kelab Setan Merah turut mengintai peluang mendapatkan Krasic. Jika dia Chelsea kita ada Iva untuk memujuk Krasic, Manure pula ada Vidic. Siapa cepat dia yang dapat!!

Jack Rodwell
Deal : No offer yet

Possible transfer : Chelsea, Man U

Dianggap sebagai pengganti kepada Lampard, Rodwell memang bintang yang sedang menyinar. AVB sudah menafikan tawaran sebanyak 20m untuk Jack The Ripper, tetapi ia nampaknya takkan menghalang media untuk terus membuat sebarang spekulasi.

Luka Modric
Deal : No offer yet

Possible transfer : Chelsea, Man U

Saga yang tak berkesudahan. Luka sememangnya amat perfect sebagai pelengkap buat Chelsea, namun Levvy takkan membiarkan ia berlaku dalam masa terdekat. Harapan yang bakal hanya menjadi harapan bulan Januari ini.

Higuain
Deal : No offer yet

Possible transfer : Chelsea, Juventus

Jika Torres dijual, bermakna Higuain sudah tentu akan menjadi target utama oleh AVB. El Pipita yang mempunyai finishing menakjubkan memang dikehendaki di Chelsea apatah lagi selepas dia jarang mendapat tempat di Madrid. Jika terpaksa, mungkin AVB boleh menggunakan hubungan isimewa dia sebagai anak murid Jose untuk mendapat persetujuan Special One melepaskan Higuain.


Saturday, December 10, 2011

0 Amaran Mata

0 Comments
Mata dan Silva, rakan karib di Los Che

Selepas membenam bekas kelab Valencia tanpa belas kasihan Rabu lalu, nampaknya Mata sudah bersedia pula untuk menumpaskan rakan sejawatnya di Los Che dahulu iaitu David Silva.

Juan Mata yang sempat bermain bersama David Silva selama 3 tahun di Valencia merupakan rakan karib serta pernah membentuk gabungan di sayap kiri dan kanan yang memang merbahaya ketika itu terutama sekali dengan adanya David Villa sebagai penyudah ketika itu. Selepas perpindahan Villa ke Barca, seorang demi seorang beralih haluan dengan Silva ke Manchester City dan seterusnya Mata ke Chelsea setahun kemudian.

"He's my friend. He's doing very well, playing for Man City and I will change my shirt with him.

"This season has been very, very good for him because he's showing his level but I'm just thinking of winning.

"Man City are having a great Premier League.

"There are so many weeks until the Premier League finishes. We will keep going every week to win and to be closest to the leader."




Namun itu kisah lama. Di kelab baru Mata kini adalah pemain utama The Blues yang memang menyerlah. Tujuh assist dan tiga gol setakat ini menunjukkan betapa pentingnya Mata kepada Chelsea musim ini. David Silva juga tidak kurang hebatnya. Dengan lapan assist dan empat gol, jelas rakan karib ini umpama sedang mencabar satu sama lain. Di laman web dan buah mulut fan juga kerap membandingkan siapakah yang lebih hebat; Mata ataupun Silva. Ini memang tak dapat dipisahkan. Berasal dari kelab yang sama, mempunyai ketinggian yang sama (5 ft 7 in), serta berkongsi flair, kepantasan serta gaya permainan yanbg hampir serupa menjadikan kedua pemain ini memang sukar ditentukan siapakah yang terbaik.

Hujung minggu ini akan menentukan segalanya. Chelsea menentang Manchester City. Buat pertama kali Mata akan bertemu Silva dalam jersi yang berlainan. Ini bukan lagi persoalan mengenai friendship, ia mengenai maruah. Siapakah yang lebih hebat?? Mata atau Silva?? Kita nantikan hujung minggu ini.


Thursday, December 8, 2011

0 Watch out for this kiddo!!

0 Comments


Bagus jugak English budak nie. Muet dapat berapa?? Tak ramai Brazillian kat Chelsea masuk terus boleh speaking. Ramires dengan Luiz masuk dulu pon sepatah haram pon tak tahu. Yang tahu lari laju je budak Ramires nie, yang Luiz pulak main rambut. Dengan speaking lancar macam air, dah tentu ia akan membantu Piazon meningkat dengan pantas di England. Harap Piazon yang baru berumur 17 tahun boleh menjadi star in the making kat Chelsea sepertimana Sturridge sekarang. Dan pastinya makin ramai la aweks2 Malaysia nie akan sokong Chelsea lepas nie. Hahaha~


0 Pesanan Penaja

0 Comments
Okeh lari topik sekejap :)

0 Dilema Josh

0 Comments
Josh : Boss, saya boleh main banyak kan musim nie??
AVB : Boleh boleh..jangan risau kiddo (senyum kambing)


Melihatkan potensi budak muda nie, memang malang kerana dah hampir separuh musim belum ada lagi impak yang kuat dari Josh McEachran setakat ini untuk menembusi skuad utama. Aku memang minat Josh sebagai playmaker kerana jika dia mampu develop dengan pantas, kita tak perlu lagi membeli Modric. Memang rasa rugi kerana dah hampir 6 bulan bakat Josh yang gemerlap semakin suram. Tambahan pula dengan adanya Oriol Romeue yang lebih menjadi pilihan AVB buat masa ini, peluang bermain agak terbatas untuk Josh. Adakah kita perlu menghantar Josh secara pinjaman bermula Januari sehingga akhir musim seperti yang dilakukan kepada Sturridge musim lepas??

Berikan pendapat ada dan cadangkan kelab apa yang sesuai untuk develop Josh??

Wednesday, December 7, 2011

0 Kotoran degil hilang

0 Comments

Tahniah Chelsea sebab layak ke last 16 Champions League. Untuk siapa yang tak tahu, sila bukak livescore yea.

AVB sebelum nie memang, memang degil. Walaupun lepas lawan Arsenal tempohari dia tetap kekalkan falsafah attacking menggila dia sehingga kita tewas lagi di tangan Liverpool, di liga mahupun Carling. Aku tak salahkan dia jika nak main offensive, tapi perlu berpada selagi bahagian pertahanan kita kekal ampuh. Selepas tewas di tangan Arsenal tempohari, aku dah katakan 3 cadangan jika kita nak improve. Masukkan Iva. Masukkkan Luiz. Hentikan penggunaan taktikal high line defensive.

Bermula dengan match lawan Newcastle minggu lepas, AVB dilihat dah tak degil seperti sebelumnya. Yupp, kotoran degil dah hilang. Iva main Right Back, Luiz sebagai Centre Back, dan yang paling penting sekali adalah kita dah tak bermain taktikal high line defensive. Back 4 kita lebih turun ke bawah dan hasilnya kita dapat clean sheet. Gol pulak 3, memang mahsyuk. Malam tadi menentang Valencia juga perkara yang sama berjaya dilakukan. Bahagian pertahanan kita dilihat lebih mantap sehingga Los Che hanya mempunyai satu shot on target sepanjang 90 minit permainan. Kesudahannya?? Kita menang lagi 3-0.

Mana2 team terkuat Eropah asasnya adalah pertahanan yang mantap. Mengabaikan aspek ini umpama suicide. AVB mungkin mahukan kita bermain seperti Barca, namun perlu diingat kita belum mempunyai midfielder yang mampu mengekalkan posssesion sebanyak >70% setiap match. Kita hanya mempunyai lambakan box on box midfielder seperti Lampard, Meireless, Romeue dan Essien. Satu-satunya playmaker kita hanyalah budak setahun jagung Josh Mceachren. Tanpa kekuatan possesion, bermain high line defensive amat merbahaya kerana kita bakal diserang counter secara mengejut.Mungkin jika adanya Modric ia akan menjadi situasi berbeza. Buat masa ini, aku harapkan AVB kekalkan taktikal kini yang lebih stabil. Defence bermain lebih deep, namun bahagian midfield dan attack kekalkan flow footbal seperti biasa. Dengan adanya Mata dan Sturridge, kita tak perlu risau mengenai kreativiti dan gol di bahagian hadapan.

Chelsea kini dalam proses membentuk skuad yang mantap. AVB juga mengatakan bulan Disember ini adalah waktu yang penting untuk melihat bagaimana kita akan perform musim ini. Sudah layak ke last 16, sekarang fokus kepada EPL pula. Kak Siti menanti untuk dibedal hujung minggu. Adakah tempoh kritikal kita sudah berakhir?? Tidak selagi kita tak kalahkan pendahulu liga yang kononnya unbeatable. We can do it. Cmon Chels, KTBFFH!!