Perjalanan Chelsea ke Final FA Cup bukanlah sesuatu yang mengejutkan, tambahan pula kita dah memenangi piala tertua nie musim lepas..Jom imbas kembali bagaimana kita berjaya mara ke Wembley..
ROAD TO WEMBLEY :
Watford 5-0
Chelsea memulakan kempen FA Cup dengan amat bergaya dan cool habis..muka baru dan pemain muda berbakat, Sturridge membuka akaun gol bersama Chelsea dengan 2 gol, 1 gol dari Malouda dan Lampard, serta Own Gol dah cukup untuk membenam What-the-F di Bridge..
Preston 0- Chelsea 2
Sturridge sekali lagi memukau, kali nie menjaringkan gol kedua Chelsea selepas Anelka melakukan jaringan pembukaan di hadapan penonton Preston yang dah boleh agak diorang takkan pergi ke Wembley..
Chelsea 4 - Cardiff 1
Perlawanan menentang Cardiff adalah mudah walaupun suasana di luar padang amat sukar..Kes Skandal JT sedang hangat dihebohkan dan menerjah majalah Mangga dan URTV setiap hari..Marion Caounter pon sebok wat kisah di MyEG Extra Time, bersama2 Fazura..citer JT memang hot, tapi tak se-hot Marion kot, fuhh..Untuk meredakan keadaan, JT ketika nie diberi rehat dan dihantar ke Dubai untuk memujuk bininya yang lari dipukau Pak Arab..
Sepanas macam mane pon, Chelsea tetap berkuasa di Bridge..Sturridge sekali lagi mengganas dengan 1 gol, menyamai rekod Peter Osgood yang berjaya menjaringkan gol dalam 3 match berturut2..Didi, Kalou dan Ballack penambah duka Cardiff..Chopra menjaringkan 1 gol, satu-satunya gol yang berjaya membolosi gawang Chelsea sepanjang kempen FA Cup musim nie sehingga ke Final..
Oh ya, yang best nya dalam round nie bila Sengal, Manure dan Fool pulak tewas kepada lawan masing2, haha menyebabkan kita menjadi favourite sebagai juara..
Chelsea 2 - Stoke 0
Ketika nie kes JT masih hangat, dan Terry kembali kedalam skuad setelah terlepas match Cardiff..Lupakan Delap, Lampard menjaringkan gol permulaan selepas bergelut selama 35 minit berdepan team yang compact seperti Stoke..Lupakan Delap lagi, JT menjaringkan gol kedua Chelsea dengan tandukan berapi..Yup, sudah cukup untuk membakar press dan penonton Stoke yang tak pernah berhenti 'Boo' kepada JT..Celebration JT amat bermakna untuk diingati..
Chelsea 3 - Villa 0 ( Semi-Final Wembley)
Okeh, mungkin result akhir agak melampau, tetapi semi final di Wembley nie boleh dikatakan agak seimbang..Villa mengasak kita dengan hebat sepanjang First Half, namun Gol dari Didi di minit ke 69 dan gol lewat dari Lampard dan Malouda sudah cukup untuk memastikan Chelsea kekal hebat di Wembley baru..CHELSEA TO FINAL!!
Hajat aku nak bertemu Gudjohnsen dan Spurs tak kesampaian apabila diorang risau jika diayamkan oleh Mighty Chelsea di Wembley nanti..Posemut mengambil kesempatan dengan mengalahkan Spurs..Grant berkata " kitorang dah relegate, kalau kena belasah kat Final nanti normal la"
Chelsea - Posemut (Finale)
???
Rekod Chelsea di FA Cup sama hebat dan mantopp seperti di Premiership..sebanyak 17 gol dihasilkan dan hanya bolos 1 gol dalam 5 match Road To Wembley..Penjaring terbanyak kita di FA Cup adalah Sturridge (4), diikuti dengan Lampard (3), Didi dan Malouda (2)....Dalam 2 Final terakhir, kita dah berjaya mengalahkan Manure dan Everton di Wembley Baru, justeru aku yakin tuah Wembley sekali lagi akan kuat melekat kepada Chelsea..Hanya Arsenal (2002) dan Manure (1999) yang pernah mencapai Double buat kali terakhir..We will make history, again!!
From Chelsea to Wembley, we'll keep the blues flag flying high!!
No comments:
Post a Comment