The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Tuesday, May 11, 2010

1 Buat Pertama Kali Dalam Sejarah...

Hasil Nukilan aku mengenai match terakhir Chelsea kelmarin..

Buat Pertama Kali Dalam Sejarah...kedai2 mamak kat tempat aku belajar favour kepada match Chelsea berbanding Manure..Siap dapat Skrin Besar lagi..

Buat Pertama Kali Dalam Sejarah...ade orang kena maki kaw2 sebab nak tukar channel Chelsea ke Manure..siapakah orang itu?? Yup, orang tu adalah Tokey kedai mamak tempat aku lepak yang merupakan Fan Manure..sape suruh gatal tangan??

Buat Pertama Kali Dalam Sejarah...penyokong Manure senyap tanpa suara..selalu menyalak tak ingat..Dah dapat piala Darling je, diam je la kot??

Buat Pertama Kali Dalam Sejarah...Aku dapat melihat Chelsea sumbat 8-0 dalam satu game..tak pernah terjadi lagi kot dalam sejarah hidup aku sebagai Fan Chelsea..Kejam, memang kejam..

Buat Pertama Kali Dalam Sejarah...aku tengok Lampard dengan Drogba gaduh nak amik penalti..rilek, kat training sepak la puas2..

Buat Pertama Kali Dalam Sejarah...Super Frankie dapat 27 Gol dalam satu musim, pecah rekod 21 Gol sebelum nie..Kenapa Super Frankie disisihkan oleh Ordinary Fletcher dalam PFA Team of the season masih menjadi misteri..

Buat Pertama Kali Dalam Sejarah...Drogba dapat 36 gol semusim walaupun dah semakin berumur, seperti Lampard memecahkan rekod peribadi 33 gol..Lebih layak dinobatkan sebagai PFA Player of The Year berbanding overrated Shrek Rooney..Didi menyapu dua gelaran dari Shrek, EPL dan Golden Boot..

Buat Pertama Kali Dalam Sejarah...Satu team berjaya menjaringkan 100 gol dalam satu musim EPL..Chelsea menjadi pemecah rekod sekali lagi, memintas rekod 97 Gol Manure tahun 1999 dengan overall 103 Gol dalam 38 Match..Ratio 2.71 gol setiap match..Juga rekod terbaik kelab..

Buat Pertama Kali Dalam Sejarah...Manager Itali berjaya memenangi kejuaraan EPL, Ranieri, Mancini gagal sebelum nie namun Don Carletto membuktikan kenapa dan mengapa dia digelar King Carlo..

Buat Pertama Kali Dalam Sejarah...ada band baru ditubuhkan buat performance tengah padang di saat match masih berjalan..Band nie bernama DNM..Drogba (Guitarist) 'n' Malouda (Drummer)..Terry dengar kata nak join venture jadi Vocalist..

dan..

Buat Pertama Kali Dalam Sejarah...Chelsea bakal mendapat Double dalam satu musim..Selepas EPL, target seterusnya FA Cup!!







1 comment:

esofagus said...

haha..rock giler malam tu..oh yeah