The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Saturday, May 8, 2010

0 Gemuruh Saat Akhir??


Malam esok adalah match premiershirp terakhir kita, dan adalah penentu samada kita mampu menepati ramalan untuk merangkul trofi EPL atau tidak..Gemuruh?? Yup, dah tentu agak nervous walaupun pihak lawan kita nanti hanyalah Wigan yang berada di tangga ke-15 liga..Aku akui aku agak gemuruh, dan aku pasti ada sebilangan Fan Chelsea yang berperasaan sama, kerana walaupun pihak lawan dilabel cap ayam, Wigan dah menumpaskan kita 1-3 awal musim nie..

Aku yakin dengan keupayaan Chelsea yang baru sahaja menewaskan Liverpool, namun sepanjang musim nie kita sudah diajar untuk tidak memandang rendah mana2 pihak lawan, selagi belum pasti, konfem dan sah Chelsea mendapat 3 mata malam esok dan wajah Terry menjulang trofi, perasaan gemuruh akan kekal ada..Trofi EPL first dalam masa 4 tahun, beza satu mata di puncak, match terakhir penentu, pehh sape tak cuak??

Gemuruh macam mana pon, aku harap yang gemuruh biarlah hanya Fan The Blues sekitar dunia, bukannya pemain Chelsea yang akan beraksi di atas padang malam esok..Rata-rata pemain Chelsea sememangnya berumur, dan juga BERPENGALAMAN..aku yakin experience yang diperoleh bertahun-tahun oleh pemain senior seperti Lampard, Ballack, Didi mampu meredakan ketegangan dalam match nie..Harap dengan pengalaman yang ada, mentality skuad Chelsea tidak terganggu dan mampu beraksi hebat seperti biasa seterusnya menamatkan tugasan dengan cemerlang di Bridge!! We'll finish the job once at all tomorrow nite!! KTBFFH!!


No comments: