The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Monday, May 10, 2010

0 Post Match : Chelsea cium trofi, Manure cium bau

Aku pasti ramai Fan Chelsea yang masih lagi sengih2 hepi dengan kejayaan The Blues mendominasi England dan merangkul trofi EPL..Tapi ada jugak yang masih sengih2 kecewa macam kerang busuk, yang sudah tentunya Fan Manure yang hanya mampu mencium bau trofi je malam semalam, nak pegang?? Jangan harap, cuba la season depan kalau berani..Malam semalam Chelsea berjaya membenam Wigan athle-kena-titik dengan 8 gol tanpa balas, sekaligus melayakkan The Blues untuk dinobatkan sebagai EPL Champion!!

Okeh mengenai post match, start je game semalam, aku akui agak nervous, match terakhir semalam adalah penentu dan Wigan mungkin akan buat kejutan, walaupun dalam hati aku kuat mengatakan kita mampu meraih kemenangan mudah..Lineiup dan formasi malam semalam memang sama seperti ketika menentang Liverpool minggu lepas, yup, tak mengejutkan kerana nie adalah best lineup kita kini..

Tapi nampaknya kerisauan aku hanya sementara, Anelka yang dah pernah memenangi EPL bersama Sengal menunujukkan betapa experience memberikan perbezaan..tandukan lambung dari Ballack, disambut oleh Malouda yang mendadakan bola kepada rakan se-Perancis nya, Anelka yang mudah melakukan volley pantas menembusi gawang Wigan seawal minit ke-6!! Suasana di Bridge, dan juga di kedai makan gegak gempita!!

Gol Pertama sememangnya agak melegakan buat semua Fan, walaupun ia tak membuatkan kita mendominasi game dalam 20 minit seterusnya kerana terlampau berhati-hati..Tetapi kat Bridge, sah2 la tuah kat merata2..Lampard dijatuhkan oleh Caldwell, yang seterusnya dapat kad merah free dari referee..agak melucukan dan kengkadang panas gak hati aku, bila melihat aksi Didi yang mahu mengambil sepakan penalti dari Frankie, our first penalty taker..Yup, aku faham dia nak potong Rooney dari segi jaringan dan mahukan Golden Boot, tapi jangan la jadi selfish, kemenangan berpasukan lebih penting..Carletto dah menegaskan sebelum nie, sekiranya ada penalti, Lampard akan menjadi First Taker, Didi akan menjadi Second Choice..

Frankie mudah menjaringkan gol kedua Chelsea, dah tentu, nie Lampard bukan?? Dan kelihatan Lampard cuba menenangkan Didi yang masih tarik muka ketat tak dapat amik penalti tadi..dan kedengaran gak sedikit boo dari Fan Chelsea, dah tentu diorang backup Lampard, tapi bagi aku not necessary, match terakhir pon ada gaduh2 ke?? Dengan 2-0, nampaknya ramai tak kesah pon Didi nak merajuk ke, yang penting Chelsea dah semakin hampir menjadi juara..First Half tamat dengan result 2-0..

Fan The Blues (termasuk aku) semua dah tarik muka kerek, tanda2 nak juara la kononnya..dak2 Manure hanya mampu tersenyum macam tak nak senyum je, walaupun Manure pon ikut gak gol sebijik-dua ngan Stoke..Ahh, Stoke?? dengan Chelsea pon bocor 7 gol, tak heran la korang leh menang..

Di blik persalinan, Carletto dah membasuh minda player Chelsea dengan kata2 "alang2 dah 2-0, apa kata kita score 7-0 lagi, tak ke gempak??" Didi pon membalas " Boss, takkan 7 lagi, bosan le kitorang nak tambah satu lagi, kasi lapan, lagipun saya nak jadi Top Scorer, boleh kan??" Carletto mengangkat kening famousnya, " Emm bagus gak, kita wat special sket, ok Lampard, pasnie kalo dapat penalti ko kasi la Didi, kemaruk sangat aku tengok, okey, second half, kita score 6!! Go, Boys!!"

Second Half bermula, mengikut arahan Carletto, serangan Chelsea semakin menyengat dan menekan Wigan yang tempang dengan 10 orang.. Kalou memulakan pesta jaringan dengan one-two chantek bersama Lampard di dalam kotak penalti, disudahi dengan tolakan mudah ke dalam gawang Wigan..3-0, staff EPL nampaknya dah mula pergi kedai runcit cari reben biru..Belum cukup lagi, sasaran 8 gol belum dicapai, kali nie Ivanovic menjadi provider, cross melencong kedalam kotak disambut dengan penuh kesyukuran oleh Anelka.."Taste it" katanya sebelum melepaskan volley padu melepasi keeper Wigan..4-0!! Sorakan dah kuat ditelinga aku, membe aku punyer pasal, jerit tak hengat..Dah sah lagi nyata, Chelsea akan menjadi EPL Champion!! Reben biru dah diikat ke trofi..

Ancelotti melakukan dua pertukaran dengan kemenangan dah hampir pasti, Joey dan Belletti masuk menggantikan Kalou dan Ivanovic..Mungkin direhatkan untuk FA Cup minggu depan lak..Jika Didi merajuk sebelum nie, nampaknya Lampard tahu apa yang perlu dilakukan untuk pujuk mamat Ivorians nie..Overhead Kick dari Didi ditepis oleh Pollitt, namun Lampard segera mengambil bola muntah dan cross semula ke dalam kotak, yang kemudian ditanduk dengan kencang oleh Didi!! Gol kelima nie memang special, Didi menjadi Top Scorer dengan 27 gol, dan Chelsea berjaya memecah rekod EPL dengan 100 Gol!!

Masih belum berakhir, 5 minit kemudian, Ashley Cole dijatuhkan dalam kotak dan kali kedua Chelsea mendapat penalti..Lampard mengingati pesan Ancelotti sewaktu rehat Half-Time, jadi bagi je la pada Didi..Yup, Didi tak menghampakan, perfect penalti bagi aku, terkena tiang dan masuk, aku rase keeper terhebat dunia Buffon mahupun Casillas pon tak boleh save..Ak bayangkan jika Didi bukannya Terry yang ambil penalti masa Final CL 2008 dulu..

Chelsea kemudian kembali mengasak, target belum dicapai, kali nie Joey menjadi punca, shot yang ditampan Pollit singgah ke kaki Didi dan masuk ke dalam gawang..Hatrik untuk Didi dan Rooney yang dah kuar game akibat injury, sekaligus mengesahkan Golden Boot sudah sah milik Ivorians!! Congrats Didi!! Hatrik disambut dengan alunan gitar dan dentuman drum dari Didi dan Malouda..Magnificent Seven sudah dicapai, perlukah satu gol lagi??

Yup, sebagai melengkapkan parti yang cukup havoc di Bridge, takkan nak gol 7 je?? Setakat nie dah 3 kali dapat 7 Gol, jadi untuk Fan Chelsea, Magnificent 7 dah 'biasa', kita mahukan Gr-eight Match!! Joey walaupun dicemuh dan dikatakan nak kuar dan berbagai2 rumours, aku respek pada semangat dia yang tak kenal penat dan bermain bersungguh2 dalam match semalam walaupun kemenangan dah confirm..Kesungguhan Joey merebut bola di dalam kotak dari defender Wigan wajib dipuji, yang kemudiannya berjaya dirampas, dan cross kepada Ashley untuk volley berapi ke gawang Wigan untuk gol ke-8 Chelsea, sekaligus melengkapkan Simply Gr-Eight Match!!

Saat yang dinanti sudah tiba, wisel ditiupkan, dan seluruh Stamford Bridge dihujani sorakan dari segenap sudut!! Seluruh pemain, staff berlari masuk ke padang meraikan kejuaraan EPL pertama kita dalam 4 tahun!! Ak terkedu, nie boleh dikatakan saat paling indah buat aku dan sume Fan Chelsea yang dah menunggu Trofi EPL dalam masa 4 tahun penantian, terutamanya selepas pemergian Jose..

Match Highlight :


Chelsea v Wigan Athletic

Trey | MySpace Video


Aku harap kita takkan menunggu lama lagi untuk merangkul trofi EPL yang kelima dalam History Chelsea..Walaupun agak jauh dari MU mahupun Liverpool yang leading dengan 18 kali EPL, aku sanggup tunggu 14 tahun, 20 tahun atau sampai bila2 untuk melihat kita mampu mengejar mereka..Chelsea is our past, present and future!! KTBFFH!!

Dengan nie aku mengumumkan celebration EPL akan diadakan selama seminggu tanpa henti dan aku akan penuhkan blog nie dengan coverage tentang kejayaan kita menjadi EPL CHAMPION!!










No comments: