The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Sunday, May 2, 2010

0 Fan Liverpool serba salah..

Liverpool kini memang dalam keadaan haru-biru, selepas out dari Europa Cup, kini mereka perlu berdepan Mighty Chelsea..Tapi masih ada satu lagi perkara yang menghantui pemikiran Libepudlians, menang atau seri ke atas Chelsea akan memberikan favour kepada Manure untuk merangkul EPL title sekaligus memintas rekod 18 title Liverpool yang dipertahankan sejak sekian lama..Kalah pulak dah tentu akan menambah luka kepada season ternuruk diorang musim nie..Ditelan mati bapak, diluah mati mak..

Semua paper mengatakan mengenai konspirasi Liverpool akan bermain sambil lewa supaya Chelsea menang dan Manure gagal menambah koleksi title mereka..Bagi aku sememangnya unacceptable, pemain Liverpool adalah Footballer professional yang dibayar untuk bermain dan mendapatkan kemenangan bagi team mereka, justeru bagi aku takde keraguan mengenai kredibiliti mereka di atas padang..Super Frankie juga mengakui perkara nie :

"There is no chance 11 Liverpool players will go out and consider United winning the title on what happens in that game. They will go out to win. They will want to be professional,"


Yup, pemain Liverpool sememangnya professional, sudah tentu mereka mahukan kemenangan, TETAPI, fan Liverpool adalah berlainan, mereka bukannya pro dan tak perlu berselindung dengan rivalry yang amat kuat terhadap Manure..Kebanyakan laman web, blog yang aku layari, kebanyakannya agak kritikal dan tak mengharapkan team mereka menang Ahad nie..Terkejut?? Yup, aku agak terkejut, ada juga yang meramalkan Chelsea menang 2-1 dan ada juga yang mahukan reserve team bermain..Dengan Top 4 amat sukar digapai, kemenangan ke atas Chelsea tidak memberi erti selain membantu Manure menggapai title ke-19..Bagi hardcore Fan Liverpool, this is unacceptable..

Antara site yang aku jumpa :
Vital Liverpool
Liverpool Banter
Times Online

Sorakan dari Hardcore Fan Liverpool adalah sumber kekuatan Anfield sejak sekian lama, tetapi apa akan berlaku sekiranya ada sekumpulan Libepudlians yang tidak menyokong team mereka 100% malam nanti?? Sudah tentu akan memberikan perbezaan kerana penonton mampu memberikan effect dari segi mentaliti para pemain..Mungkin agak sinis, tetapi Fan Chelsea sume harap tidak terkejut sekiranya ada kamera yang akan fokus kepada Fan Liverpool yang tersenyum sekiranya Chelsea menang nanti..

Walauapapun, aku sebenarnya tak kisah apa yang difikirkan oleh Fan dan Player Liverpool..Jika diorang mengalah, Chelsea akan belasah diorang secukupnya dan terima 3 mata yang diberi sepenuh hati...Jika diorang berdegil dan melawan, Chelsea tetap akan belasah diorang dan merampas 3 mata secara paksa..We will just do our Job and keep the title!! KTBFFH!!

Sketsa Ahad malam : Fan Chelsea cucuk jarum, Fan Liverpool jual mahal
(Setan menghasut di tengah)

-Sekadar gambar hiasan-


No comments: