Villa - mimpi ngeri semua kelab musim depan??
Berita kemasukan Villa ke Barca sememangnya mengejutkan satu dunia semalam..Peghh walaupun aku memang berharap Chelsea mampu memenangi Piala Eropah musim depan, tetapi dengan pembelian mega nie, dah tentu keyakinan aku kini agak goyah..Apatah lagi Villa bukan sahaja satu2 nya rekrut Barca, dengar kata Fabregas juga akan menjadi perpindahan kedua Barca dalam masa beberapa hari lagi..Jika benar, sejujurnya aku mengatakan Barca akan menjadi skuad yang amat menggerunkan dan impian kita (dan juga team lain) untuk merangkul CL musim depan akan menjadi amat2 sukar, apatah lagi sekiranya kita tidak upgrade skuad kita..
Namun firstly aku nak kata keputusan Barca berbelanja besar (Villa - 50 m!!) menunjukkan tiada team yang boleh kekal mantap tanpa mengeluarkan duit, sekaligus menepis anggapan Barca nie memang hebat dengan homegrown player dan akademi player sahaja..Cett, setahu aku Etoo, Alves, Ibrahimovic dan Villa pon beli mahal, jadi tak payah la kecoh2 bila Chelsea dulu keluar duit sebab nak upgrade team..Aku dulu agak panas bila ada fan len kata Chelsea nie gila duit dan beli player sesuka hati, habis dah ada duit, guna la kan?? Takkan nak buat pekasam lak..Barca ke, Real ke, sume kelab sama je, duit nie amat penting kalo tak mesti Leeds kekal kat Premiership sampai sekarang..Kelab Sengal antara contoh tersengal sekali, duit dah ada hasil tiket stadium tak guna, kan gersang 6 musim kabinet bersawang takde trofi..Kalo Fabregas chow, memang aku gelak puas2..kalau dulu diorang antara kuat bising Chelsea beli player situ sini, sekarang diorang yang kecoh2 suruh Proff Wedges beli player banyak2 nak ganti kanak2 meriam yang men macam haram..
Okeh, cukup pasal isu nie, topik utama aku nak cakap, Chelsea nampaknya perlu meng'upgrade' team supaya kekal atau lebih superior berbanding team lain sekiranya kita mahukan trofi musim depan, terutamanya Piala Eropah..Yup, walaupun masih belum ada pembelian dan Ancelotti nampaknya agak berpuas hati dengan skuad kini, aku rasa masih belum cukup X factor dalam skuad yang membolehkan kita mengatasi Barca musim depan sekiranya tiada muka baru ditambah..
Seperti yang aku katakan, sekiranya kita mahukan CL, perlu ada X-Factor, Barca dulu dengan Messi/Ronaldinho, Milan dengan Kaka, Madrid dengan Zidane..Adakah Chelsea mempunyai pemain seperti ini?? Kita masih mencari walaupun Didi dan Lampard agak hebat, tetapi agak kurang aura mereka untuk membawa Chelsea menjadi Juara Eropah..Kita perlu membeli musim depan, aku tak berharap banyak, cukuplah dengan 1-2 muka baru yang mempunyai aura dan taraf yang tersendiri..
TRANSFER TARGET??
Nama2 seperti Torres dan Aguero antara nama2 yang bagi aku memang mempunyai level tersendiri dan mempunyai 'X-Factor' untuk addition kepada skuad kita musim depan..Disebabkan ekonomi yang agak kurengg, aku akan berpuas hati sekiranya salah satu player nie join The Blues..Jika diberi hak memilih, aku akan memilih Aguero..Mengapa?? Dari segi stats, memang Torres lebih hebat, namun rekod injury dia agak teruk..Sanggup ke bayar 50m untuk injury prone player?? Aguero lebih muda, tangkas dan lincah, di umur 22 dia dah dilabel antara striker utama Europe..Aku yakin harganya juga lebih murah dan akan lebih berbaloi, maybe dalam range 30-35m..
Selain Aguero, aku menyasarkan Hamsik yang merupakan midfielder akan menjadi superstar kedua kita, bagi menggantikan Ballack dan Deco yang hampir pasti akan keluar..Jika mahukan addition, Ozil, Gourcuff juga adalah pilihan yang bagus dibahagian midfield untuk digandingkan bersama Lampard dan Essien musim depan..Tak kenal Hamsik?? klik Sini
Dibahagian defender, aku rasa tak banyak perubahan boleh dilakukan kerana posisi ini agak mantopp..Namun sekiranya Carvalho yang sudah tua akan dijual, aku berharap pemain Serbia, Neven Subotic akan dibawa masuk..Masih di awal 20an, dia dah menjadi best defender di Bundesliga bersama Borussia Dortmund..JT akan mencapai umur 30 musim depan dan masalah injury dia juga agak merisaukan, jadi backup plan perlu ada..Alex, masih 27 dan bagi aku adalah First Choice Defender musim depan..Tak kenal Subotic gak?? Apela korang nie..Sekali lagi, klik sini
Nah, aku yakin kita tak perlu banyak perubahan, tetapi aku berharap 2-3 muka baru sudah memadai..Jika dapat Aguero sahaja pon mungkin aku sudah berpuas hati..Jangan lupa Chelsea jugak masih punya Youngster yang mampu menjadi superstar musim depan..
Top 3 player target aku :
1. Aguero (30m)
2. Hamsik (13m)
3. Subotic (10 m) Total = 53m
50m untuk 3 player?? Lagi berbaloi-baloi dari belanja 50m untuk Torres sekor je..
Team musim depan (Jangkaan) :
----------Cech--------
Ivanovic-JT-Alex-Ash
Hamsik-Essien-Lampard
--Aguero-Didi-Malouda
Adakah team ini mampu memecah tradisi dan merangkul Champions League buat pertama kali buat Chelsea?? Yup, sudah tentu dan aku yakin skuad ini mampu mengatasi Barca hatta diorang letak seberapa banyak Villa pon aku tak kisah..Apapun nie hanya tanggapan aku, mungkin berbeza dengan pemikiran Ancelotti..Harap King Carlo memikirkan perkara yang sama, I hope so!! KTBFFH!!!
No comments:
Post a Comment