The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Saturday, May 1, 2010

0 Masih berbisakah Padang Semut??

Padang Semut

Pertemuan dengan Liverpool malam esok memang mendebarkan, memang prestasi Chelsea tengah memuncak, dan Liverpool lak macam ayam baru kena sembelih dengan Atletico..Tapi aku tak mahu mendabik dada kata match ini mudah macam lawan Stoke..jikalau lawan kat Bridge, mungkin aku dengan angkuhnya akan predict Chelsea menang 10-0, tapi nie kat Padang Semut beb, home Liverpool..

Padang Semut memang agak menggerunkan buat pihak lawan, sepertimana hebatnya aura Stamford Bridge..Sesiapa yang bertandang ke sini dikatakan akan lemah semangat, lutut goyang, fikiran melayang, sesak nafas dan semput secara automatik..Mampu ke pejuang biru kita mengatasi simptom2 nie dan meraih kemenangan di Padang Semut?? Nie rekod kita sepanjang 5 match premiership yang lepas di Padang Semut :

2004/05 Chelsea won 1-0
2005/06 Chelsea won 4-1
2006/07 Liverpool won 2-0
2007/08 Drew 1-1
2008/09 Liverpool won 2-0

Walaupun secara keseluruhan rekod pertemuan 66 kali Chelsea dengan Liverpool di Padang Semut tidak membanggakan (hanya 8 Chelsea, 14 seri, 44 Liverpool), tapi rekod nie kebanyakannya sewaktu zaman Pak Kaduk 70-an dulu, ketika Fool masih bermaharajalela manakala Chelsea masih struggle..Melihat kepada 5 match lepas, terutamanya di bawah Roman, rekod kita agak bagus (2 Chelsea , 1 Seri, 2 Liverpool ) membuktikan Padang Semut masih boleh ditawan..Jangan lupa, dalam CL season lepas kita berjaya meraih kemenangan 3-1 di sini, so anything is possible..

Season lepas aku tak boleh katakan kekalahan 2-0 menunjukkan Chelsea lemah di Padang Semut kerana ketika itu kita di bawah rejim Score-Lari, zaman gelap yang membuatkan kita sewaktu itu memang lemah lawan team Big 4 nie..Kini kita di bawah Carletto, manager yang memberikan Double kepada veteran Wenger dan Fergie..Carletto memang hebat dalam Big Match, cuma season nie dengan Jose je dia kantoi sebab dia Special One, so exceptional..Carletto bukannya asing kepada Farah Benitez, kekalahan Final CL 2007 masih jelas di ingatan sebagai Revenge of The Year..Dah tentu Carletto sekali lagi bernafsu nak mengancurkan Benitez dan Goateenya yang memang tak stylo...

Aku harap kita mampu melakukan ulangan 4-1 ketika di bawah Jose, rekod jaringan tertinggi pernah kita lakukan di Padang Semut..Dengan ketiadaan Torres, dan mentaliti pemain Liverpool yang masih dihantui bayangan kembar Torres, Diego Forlan, bagi aku takde lagi peluang sebaik nie..Jikalau kanak2 meriam leh menang kat sini, kenapa tidak team matang Mighty Blues?? Emirates, Old Kerepot dah hancur dibadai ombak biru, kini giliran Padang Semut!! KTBFFH!!




No comments: