Sunday, June 5, 2011
0 Torres score lagi!!
Tuesday, August 31, 2010
0 Frankie dan JT terlepas EURO Qualification

“Penyakit itu berulang,” kata Ancelotti. “Dia menjalani pembedahan 10 tahun lalu dan minggu ini keadaan menjadi semakin teruk. Malah dia turut tidak selesa bermain jadi saya fikir minggu ini adalah peluang terbaik untuknya menjalani satu lagi pembedahan.
“Saya rasa kita boleh melakukannya pada Selasa atau Rabu tetapi dia tidak dapat beraksi untuk skuad kebangsaan kerana tidak dapat beraksi selama satu atau dua minggu,” katanya.
Jika dibandingkan 1-2 minggu bagi aku taklah terlampau lama dan kita tak perlu risau..Tambahan pulak Malouda, Essien, Benyaoun dan juga Ramires mampu menggantikan tempat Lampard dan kesemua mereka berada di prestasi tertinggi ketika ini jadi ia bukanlah satu masalah besar untuk Chelsea untuk terus beraksi mantap dan meneruskan 4 match kemenangan berturut2 menentang West Hampeh 2 minggu lagi..Harap cepat sembuh Frankie!!
Thursday, June 24, 2010
0 1 In, 2 Out!!
Update Last Match Group Stage Part 1 :
FRANCE
Terlebih dulu, kita sembang pasal berita buruk dulu, apa lagi kalau bukan team paling kontroversi iaitu France..Nampaknya Malouda akan mengikuti jejak langkah Anelka yang pulang awal setelah tumpas 1-2 kepada tuan rumah South Africa..Namun sekurang-kurangnya Malouda perlu bangga sebab berjaya memberikan gol inspirasi kepada skuad France untuk terus berjuang..Semangat Malouda memang aku respek abess, tak seperti teammate dia yang bermain secara longlai, Flo menampilkan aksi 'Napoleon' yang tak pernah berputus asa dan boleh dikatakan dia antara pemain terbaik France sepanjang kempen WC nie..
Siriesli, bukan salah player, tapi manager DOGmenech adalah punca utama France pulang awal..Pemilihan pemain satu hal, tapi mentaliti dan semangat kerjasama yang hancur dari satu skuad Perancis menjadi punca kehancuran Les Blues kali nie..Selepas Anelka dihantar pulang kerana melawan DOGmenench, Evra juga digugurkan dari skuad utama dalam match terakhir atas sebab yang tidak pasti..Aku yakin Evra juga dah termasuk golongan rebellion..Yang jelas, paling kritikal biler lilitan kapten dalam match terakhir jatuh ke tangan Alou Diarra (??)..DOGmenench memang dah hilang akal, hubungan dengan player memang keruh abes dan aku tak terkejut biler ada player yang 'tikam belakang'..Adakah player bersalah?? Bagi aku diorang hanya sayangkan France dari hancur di tangan Domenech..Laurent Blanc kemungkinan akan menjadi Manager baru dalam beberapa hari lagi, harap Les Blues yang sebenar akan kembali!! Oh ya, tak salah aku katakan Ireland mungkin lebih layak berada di WC..
SERBIA
Selain France, terbaru Ivanovic nampaknya akan mengikuti Flo dan Nik menaiki kapal terbang pulang selepas dikejutkan oleh team Kangaroo dengan kekalahan 1-2..Selepas menundukkan 10 Man Bomber Germany, Serbia boleh kata ada peluang besar ke pusingan kalah mati tapi prestasi tak konsisten menyebabkan diorang tumpas..Nasib malang berterusan bila Ivanovic nyaris menjaringkan gol di separuh masa pertama tetapi diselamatkan oleh Schwarzer..Tetapi thumbs down jug pada si Kangaroo sebab diorang tetap tak layak ke last 16 berdasarkan perbezaaan GD dengan Ghana..Jadi untuk kumpulan D, Ghana dan Germany akan menjadi wakil utama..Haha cayalah Germany, juga Ozil!!
ENGLAND
Okeh cukup dengan berita malang, kali nie kita bercerita mengenai team yang layak, 3 Singa!! England seperti France boleh dikatakan agak bermasalah dan dibelenggu kisah skuad yang tidak harmoni dengan 2 result draw yang menghampakan..Tapi apadahal, setakat Slovenia konfem boleh makan, dan keputusan 1-0 dah cukup untuk menyaksikan Terry, Lampard dan Ashley Cole menjadi 3 pemain The Blues pertama layak ke Knockout Stage di WC 2010..Jaringan Defoe sewaktu first half cukup melegakan buat penyokong 3 Lions sekaligus menempah pertemuan klasik antara dua musuh utama England dan Germany di Last 16!! Ozil Vs Lampard, mahsyuk bebb!!
PORTUGAL @ IVORY??
Selepas England layak, manakala France dan Serbia tewas, kini hanya terdapat 2 negara yang menjadi tumpuan utama, Portugal dan Ivory Coast..Pasti sengit sebab Brazil dah melayakkan diri bermakna hanya satu spot tinggal untuk dikejar..Kita akan melihat samada Bintang Gelap; Didi dan Kalou ataupun Star berumur; Deco, Ferreira dan Carvalho yang akan layak bersama-sama Brazil nanti..Aku berpendapat Portugal akan layak ke knockout Stage, dan Didi dan Kalou berkemungkinan akan pulang awal..Keputusan 7-0 Portugal minggu lepas menyebabkan GD mereka lebih superior dari Ivory, menyebabkan diorang ada sedikit advantage sekiranya mata terikat antara kedua negara nanti..Bagi pendapat aku, Brazil akan bermain malas-malas sebab tiket layak dah digapai dan berkemungkinan pemain simpanan akan diturunkan lawan Portugal nanti..Dijangka match Brazil-Portugal berakhir dengan seri menyebabkan diorang berdua layak, Ivory lak mungkin takde masalah nak belasah Korea Utara 8-0 sebagai farewell game..Aku harap Didi gol bebanyak, balik awal, operate lutut die, next season boleh start dengan 100% Fit!!
Carvelho : Weh Didi, nanti balik London kirim salam kat Malouda ngan Anelka, k??Didi : Cess, kerek giler lu..
Saturday, June 19, 2010
0 From Paris With Lose
Round Kedua dah memberikan banyak kejutan dan suasana WC semakin exciting..NAMUN aksi di Round 2 masih lagi hambar buat kem Chelsea..Antara yang paling hancuss adalah France apabila dikalahkan oleh Le Tigre Mexico dengan 2-0..Malouda dan Anelka sama-sama terlibat dalam match kedua dan mungkin diorang mampu mencipta rekod player Chelsea pertama tak layak ke second round dengan peluang yang tipis..Sekiranya Mexixo dan Uruguay seri dalam last match, konfem France out walaupun menang dengan South Africa..
Bagi aku bukan prestasi pemain jadi punca, tapi mentaliti..Takde persefahaman, kurang motivasi dan semangat merupakan faktor utama Les Blues layan Blues je la bila pulang ke Paris..Domenech memang tak cukup oksigen dalam kepala apabila menyenaraikan second star player macam Gignac, Govou dan Diaby dalam skuad..Henry dibangku simpanankan, bersama-sama dengan playmaker Gourcuff..Aku rasa Domenech lupa Zidane dah takde dalam skuad nak cipta keajaiban lagi..Masalah perpecahan dalaman gak jadi hebahan ramai, apabila ramai player utama tak sekepala dengan Domenench justeru menyebabkan suasana kem France tak harmoni macam laki bini tengah gaduh..Mungkin pemain Perancis nie kurang kasih sayang manager kot..Sebagai comparison, cuba usha hubungan Maradona dengan Player :
Oi England!! Peciter?? Satu lagi kem yang dipenuhi oleh pemain Chelsea sekali lagi mencatat keputusan seri, kali nie dengan pasukan murahan Algeria..Nak kata tak cukup star, berlambak aku rasa Lampard, Gerrard, Rooney..Seperti France, bagi aku mentaliti diorang tetap tak cukup kuat nak menjadi HIT dalam pentas terbesar seperti World Cup..Jelas aku usha muka Gerrard, Lampard dan Rooney resah dan gelisah sepanjang match macam ada orang tujukan pistol lak kat belakang kepala diorang suruh score..Media yang hype dan harapan tinggi fan sejak 1966 jadi punca kejatuhan Three Lion dari dulu sampai sekarang..Golden Team ke Gondol Team??
Satu-satunya Player Chelsea yang mampu bergembira adalah Ivanovic..Serbia mencipta kejutan dengan mengalahkan 10 man Germany 1-0 semalam..Adehh masih pedih di hati (aku sokong Germany) bila melihat Podolski tak gol sepakan penalti..Achh Tung!! Namun dari segi kualiti persembahan, aku rasa Germany dengan 10 man main bagus lagi dari 11 man England mahupun France..Walaupun ketinggalan dan kurang player, diorang leh kontrol lagi permainan sampai habis..Ivanovic cam bese memang kebal di posisi Right Back menjaga Podolski, satu-satunya aksi yang boleh dibanggakan dari player Chelsea setakat nie di Africa..
Selain result yang mengejut, apa yang menarik perhatian aku adalah biler usha starlet Serbia; Subotic ngan Krasic..Subotic memang kental menjaga kubu disebalik umur 22 setahun jagung, memang sedap kalau Chelsea dapat sebagai pengganti Carvalho yang dah tua..Sorang lagi yang kian mencipta nama adalah Milos Krasic, winger CSKA Moscow dan Serbia..Dengan iras2 Nedved dan rambut keemasan, Krasic memporak perandakan defend Germany dengan pace dan dribble yang fantastic..Jika Chelsea dapat mamat nie memang mahsyuk menggantikan Joey tapi tag harga dia tentu mahal beb, sebab MU, Juventus ngan Man city semua berebut2 nak beli yang akan mencetuskan perang-Bidding War?? Lebih baik tarik diri, sebab dah tentu Man City menang..
Sekarang nie hanya menunggu aksi Portugal-Korea dan Brazil - Ivory Coast..Harap2 player Chelsea mampu mencipta kejutan, dan dah tentu gol pertama yang dinanti!! Tumpuan wajib kat match antara The Elephant lawan Seleccao..Didi dijangka bermain full team selepas berehat seminggu dan dah bersedia untuk memusnahkan Kaka dan Co..May the best team win!!
Aksi pemanas badan Didi vs Kaka :
Monday, June 14, 2010
0 Langkah Kiri
Keputusan match pertama sememangnya menghampakan buat kem The Blues..England dan France hanya seri, manakala yang terbaru, Serbia yang melibatkan Ivanovic tewas kepada Ghana..Tambah hambar bila masih tiada gol dijaringkan oleh pemain Chelsea setakat nie..Lampard beraksi sederhana lawan USA, begitu juga dengan Anelka yang masih tak tajam di depan gawang..Defence pon lebih kurang hawau; JT, Ashley Cole dan Ivanovic sume tak dapat clean sheet..
Tapi bagi aku apa yang lebih pelik adalah exclusion oleh Malouda dari skuad utama menentang Uruguay..Dikategorikan sebagai established winger musim nie, Malouda boleh dikatakan muka wajib dalam skuad France untuk berganding dengan Ribery di sayap kiri dan kanan..Winger Chelsea nie dikatakan bergaduh dengan Cry Baby Cry Gallas sewaktu training yang menyebabkan dia direhatkan..Emm, France skang memang dikatakan agak bermasalah, dengan suasana dalam kem yang agak tegang..Dikatakan terdapat 2 puak dalam skuad France, satu menyokong Henry sebagai Lone Striker, satu lagi mahukan Govou dalam first team..Mungkin Zidane perlu dipanggil semula untuk menanduk dada sekor2 player yang wat hal..
Kesimpulannya pemain Chelsea kebanyakannya beraksi di bawah par setakat nie, mungkin 'enjin' tak panas lagi kot..Messi pon aku tengok men macam haram, finishing takde, bile kat Barca bukan main tajam..Harap2 second round nanti ada peningkatan dari player The Blues!!
Oh ya, team faveret aku Germany nak main kejap lagi, walaupun Ballack dah takde, aku sokong gak Deustchland!! Setakat kangaroo, buat goreng masak cili padi pon sedap nie..
Saturday, June 12, 2010
0 Wake Up, its Bafana Bafana!!
Okeh lupakan sebentar mengenai transfer window yang agak mengecewakan..Mari santaikan minda, World Cup sudah bermula!!
Piala Dunia yang dinanti-nantikan dah membuka tirai dan aku pasti ramai yang dah tak sabar nak 'demam' selama sebulan..Walaupun kita semua menyokong Chelsea, tapi tak semestinya sokong England..Aku yakin setiap orang ada selera berlainan, so gudlak untuk team pilihan korang..Yang pastinya, aku sokong Germany!!
Match pembukaan dah berlangsung malam tadi dengan Host 'Bafana-bafana' Afrika Selatan mencatat keputusan seri bersama Mexico..Match yang sengit dan menghiburkan, sememangnya pembukaan yang hebat untuk kejohanan terbesar dunia!!
Untuk edisi WC 2010 nie, okeh mungkin blog nie adalah untuk news Chelsea, tapi memandangkan Piala Dunia sudah bermula, aku rasa transfer rumours akan berkurang kerana semua pemain busy dengan tugasan di Afrika..Walaubagaimanapun aku tak mungkin nak buat report full mengenai WC kerana aku rasa dah banyak blog yang lebih padat mengenai kejohanan nie (antaranya Kampung Piala Dunia dan Sokernet)..Jadi untuk mengisi kekosongan nie, aku mungkin akan update WC terutamanya mengenai pemain The Blues yang beraksi di Piala Dunia selama sebulan..Jika ada transfer rumours, aku akan cuba selitkan di sini..
Senarai rasmi pemain The Blues di WC 2010 (11 Pemain) :
England
-Ashley Cole
-Frank Lampard
-John Terry
Perancis
-Florent Malouda
-Nicolas Anelka
Ivory Coast
-Didier Drogba
-Solomon Kalou
Serbia
-Branislav Ivanovic
Portugal
-Deco
-Ricardo Carvalho
-Paulo Ferreira
Yup, mungkin selama nie kita hanya melihat pemain The Blues adalah teammate tetapi kini kita mungkin akan melihat mereka berentap sesama sendiri!! Antaranya Carvalho yang akan cuba merantai Didi dalam Group Stage nanti..Demam Piala Dunia dah bermula!!
Monday, June 7, 2010
0 World Cup kurang ummph??
Piala Dunia memang terkenal dengan kejutan, aksi dan debaran yang berbeza..Berbanding kejohanan di Jerman, apa prospek kali nie?? Sejujurnya, kejohanan kali nie memang nampak agak sengit dengan beberapa negara nampak lebih bersedia seperti England, Brazil dan juga Spain..Nie belum dikira dengan Argentina dan Germany yang dikira boleh mencipta kejutan bila2 masa sahaja..
Kurang umpphh?? hah, nie yang agak perit untuk dicerita..Memang best bila fikir beberapa nama negara terkemuka akan bertemu sesama sendiri bermula 11 Jun nie, tapi tanpa nama pemain2 yang best yang akan terlibat, dah tentu hilang seri Piala Dunia kali nie..Seumpama korang makan Maggie tak letak perencah, tawar, kosong, payau, konfem tak sedap bukan?? Berita kecederaan berlambak kepada beberapa pemain utama menjelang World Cup agak membuatkan aku tawar hati nak usha kempen kali nie..Tambahan pulak, beberapa pemain yang boleh kira 'Wajib' tak dipanggil jugak menjadikan suasana kali nie agak hambar..
Jom usha superstar yang akan dirindui di Afrika :
Injured (konfem miss)
-Beckham
-Ferdinand
-Essien
-Ballack
-Mikel
-Bosingwa
Doubtful Injury
-Robben
-Drogba
-Pirlo
-Camoranesi
-Julio Cesar
Tak Dipanggil
-Ronaldinho
-Pato
-Cassano
-Giuseppe Rossi
-Samir Nasri
-Javier Zanetti
-Cambiasso
Tak Lepas Qualification
-Petr Cech
-Luka Modric
-Yuri Zhirkov
-Arshavin
-Ivica Olic
-Robbie Keane
-Igor Akinfeev
Kalau nak diikutkan, ramai lagi tapi nie je yang aku ingat..Satu lagi yang aku tak puas hati adalah kebangangan sesetengah Manager yang letakkan first team player dalam match friendly walaupun WC dah dekat..Didi, Robben antara contoh apabila cedera teruk dalam friendly match minggu lepas sehingga merisikokan peluang diorang beraksi..Cuma satu je yang aku agak kelakar, jikalau dikumpulkan pemain yang tak beraksi, aku rasa boleh buat satu team dan menang World Cup!!
Tak caya?? Usha nie :
---------------Cech----------------
---Bosingwa-Ferdinand-Zhirkov---
-Beckham-Essien-Pirlo-Ronaldinho-
-------Robben-Drogba-Pato---------
Sure bergegar dunia beb!!
Monday, May 31, 2010
0 Kamikaze!!
Apa yang buruk pasal Kamikaze nie, ko bunuh musuh ko, same2 dengan ko sekali terkorban (Kalo Islam konfem masuk neraka jahanam dah nie)..jadi nak dipendekkan citer, dalam match semalam, boleh dikatakan taktik Kamikaze si Jepang nie memang menjadi, cuma diorang yang terkorban banyak daripada pihak musuh, huahua..Jepang skor 3-Satu Gol, Dua Own Gol..Pekejadah diorang pikir aku tak pasti, dah leading pastu bunuh diri sendiri, dari Kamikaze jadi Harakiri..
Okeh tapi tu sume tak mustahak sangat, berbanding apa yang penting?? Kerjasama!! Opss, bukan..yang penting England menang, dan yang lebih menggembirakan bila Joey dapat memberikan assist kepada gol pertama England, sekaligus mencerahkan peluang dia untuk naik kapal terbang ke Zoo Afrika nanti, berbanding Walcott yang hanya kuat berlari tanpa otak..Yang agak malang apabila Lampard sekali lagi terlepas penalti kali kedua berturut2..Selepas miss dalam Final FA Cup, kali nie Lampard sekali lagi malang bila Kawashima menyelamatkan penalti shot Super Frankie..Aku harap nie hanya sindrom awal dan Lampard akan lebih fokus selepas nie dalam kejohanan sebenar..
Emm, dari layan Kamikaze 'Luar-Biasa' Nippon Hait baik aku dengar lagu ' Tawa dalam tangisan' dari Kamikaze...Friendly dah tamat, dan barisan lengkap 23 skuad England akan diumumkan tak lama lagi oleh Capello..Aku harap yang tertawa adalah Joey, dan yang menangis adalah Walcott..Tawa dalam tangisan, Layann!!!
Monday, May 24, 2010
0 Rest Blues Day
Mengenai merehatkan pemain Chelsea adalah berita baik, terutamanya JT yang agak perlu diberi perhatian rapi..Berita kecederaan dia minggu lepas agak merisaukan walaupun scan akhir menunjukkan tiada keretakan, namun langkah berjaga-jaga perlu diambil..Aku harap Joey akan melengkapkan skuad England sekaligus meletakkan 4 nama The Blues yang akan bertolak ke Afrika dalam 3 minggu lagi..Joey masih mempunyai magic dan aku yakin dia mampu memberikan perbezaan terutamanya sebagai super sub di WC nanti..Capello, open your eyes!!
Monday, May 17, 2010
1 Fuhrer Ballack terlepas penerbangan..
Aku bersimpati kepada Ballack yang sudah pasti tidak akan beraksi di Afrika bulan depan..Hasil terjahan keras Boateng sewaktu match menentang Posemut menyebabkan Ballack tercedera teruk dan dikeluarkan dari match..Scan terbaru dia dikatakan hanya akan sembuh dalam masa minimum 8 minggu, sekaligus secara rasminya kapten Germany nie takkan menaiki kapal terbang ke Afrika..
Berdasarkan umur yang kian meningkat, Ballack sudah tentu dah terlepas peluang terakhir untuk beraksi di WC..Seperti Beckham, besar kemungkinan kita tak akan dapat melihat lagi muka diorang dalam edisi WC dalam masa 4 tahun lagi..Harap kemenangan Double Chelsea akan menjadi penawar kepada kekecewaan Ballack..Get well soon!!
p/s : Boateng nie pemain Ghana kelahiran Germany, dan dua negara nie ditempatkan dalam Group D..Boateng menyingkirkan Ballack, adakah satu provokasi awal untuk melemahkan pihak lawan??
Wednesday, May 12, 2010
2 Joey dapat seru!!

Selain Joey, 3 lagi pemain utama Chelsea; JT, Lampard dan Ashley Cole turut dipanggil ke dalam skuad..Namun skuad nie belum final dan Joey masih berkemungkinan tidak dibawa ke Afrika..Hanya 23 pemain diperlukan untuk setiap skuad negara, dan sekiranya Joey mahukan tiket penerbangan percuma, dia masih perlu beraksi lebih mantap selepas nie, terutamanya dalam Final Fa Cup nanti..
Top 30 Squad England :
GOALKEEPERS:
Joe Hart (Manchester City), David James (Portsmouth), Robert Green (West Ham)
DEFENDERS:
Leighton Baines (Everton), Jamie Carragher (Liverpool), Ashley Cole (Chelsea), Michael Dawson (Tottenham), Rio Ferdinand (Manchester United), Glen Johnson (Liverpool), Ledley King (Tottenham), John Terry (Chelsea), Matthew Upson (West Ham), Stephen Warnock (Aston Villa)
MIDFIELDERS:
Gareth Barry (Manchester City), Michael Carrick (Manchester United), Joe Cole (Chelsea), Steven Gerrard (Liverpool), Tom Huddlestone (Tottenham), Adam Johnson (Manchester City), Frank Lampard (Chelsea), Aaron Lennon (Tottenham), James Milner (Aston Villa), Scott Parker (West Ham), Theo Walcott (Arsenal), Shaun Wright-Phillips (Manchester City)
FORWARDS:
Darren Bent (Sunderland), Peter Crouch (Tottenham), Jermain Defoe (Tottenham), Emile Heskey (Aston Villa), Wayne Rooney (Manchester United)
Emm mengenai kontrak Joey, dikatakan akan dibincang selepas semua match habis, iaitu selepas Final FA lawan Posemut nanti..Selain Joey, Ballack dan Anelka pon akan turut serta berunding..Bagi aku Ballack hampir pasti perlu dilepaskan atas faktor umur, Anelka mungkin stay..Joey, mungkin perlu tengok kepada wages dia, aku nak die stay tapi kalo masih demand tinggi, mungkin perlu dilepaskan..Apapun kita masih ada satu match, selagi semua masih sah player Chelsea, sokonglah diorang habis-habisan!!
Friday, December 4, 2009
0 Menjelang Undian Kumpulan WC 2010
Suke nampak, Mandela?? macam South Afrika dah menang Piala Dunia lak haha..Pegang le lelame nanti dah abes tournament tak merase la ko..
Nie kesemua pot undian :
Pot 1 (seeded teams) : Argentina, Brazil, England, France, Germany, Italy, South Africa, Spain
Pot 2 (rest of UEFA) : Denmark, Greece, Netherlands, Portugal, Serbia, Slovakia, Slovenia, Switzerland
Pot 3 (AFC + OFC + CONCACAF) : Australia, Honduras, Japan, Korea DPR, Korea Republic, Mexico, New Zealand, USA
Pot 4 (CAF + rest of CONMEBOL) : Algeria, Cameroon, Chile, Côte d'Ivoire, Ghana, Nigeria, Paraguay, Uruguay
Possible Draw :
Group A: South Africa, Serbia, USA, Uruguay
Group B: Argentina, Slovakia, Australia, Ghana
Group C: England, Portugal, Mexico, Paraguay
Group D: Brazil, Netherlands, Honduras, Cameroon
Group E: France, Greece, Korea Republic, Nigeria
Group F: Italy, Denmark, Japan, Chile
Group G: Spain, Slovenia, New Zealand, Algeria
Group H: Germany, Switzerland, Korea DPR, Côte d'Ivoire
Saturday, November 21, 2009
0 Hitam dan putih
Dunia Bolasepak memang dipenuhi dengan pelbagai kisah dan cerita dan ada yang gembira dan ada yang kecewa..Match playoff untuk ke World Cup 2010 yang sudah berakhir khamis lalu memang dipenuhi dengan babak2 cemas, detik2 kemenangan dan wajah2 kegagalan...serta x lupe gak mesti disertakan dengan KONTROVERSI..Malang buat Zhirkov, selepas kembali cergas dan pulih dari kecederaan, player baru Chelsea nie menerima khabar buruk lagi dengan kegagalan skuad Russia mara ke Pusingan Akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan Jun nie selepas tewas di tangan Slovenia..Arghh kecewa gak aku sebab ak minat gak kat Russia nie pas Euro huhu..Ronaldinho Russia nie main untuk kedua2 leg dan ak memang salute dengan gaya permainan Zhirkov; dribbling yang pantas dan crossing yang cantek memang buat ak x sabar nak tengok mamat nie main untuk Chelsea nanti...Dalam match nie, Zhirkov memang antara tunjang serangan skuad Russia dengan bermain di posisi Midfield selaku Wing kiri dan die nie memang banyak memberi masalah kat defender Slovenia..Tapi mengharapkan Zhirkov sekor je mmg x gune sebab player Russia len mmg men cam hampeh, lagipun Slovenia men leh tahan r tambah2 Dedic yang sumbat winning gol 2 dasat gak ak tgok..Tambah derita lagi wat Zhirkov bile die kena kad merah kat ujung2 game sebab dapat second yellow card..Skang nie Zhirkov leh la join Big Pete tgok World Cup kat Stadium Astro je la pasnie....

Kecuali Zhirkov, player2 the Blues len kembali ke London dengan kegembiraan selepas sume dapat tiket free g Afrika cuti nanti...Antara yang layak Deco dan Ferreira hasil kemenangan aggregat 2-0 Portugal ke atas Bosnia...Bosingwa la ak rase paling hepi sebab die injured so rilek je tgok kat tepi padang..player len cam nak mati men bagi team layak die senang2 je tgok Portugal msuk WC huhu..Die nie mgkin sembuh bulan 3 so sempat la nak main untuk Piala Dunia nanti..Tak dilupakan gak Mikel yang berjaya membawa skuad The Eagles ke WC di laman sendiri nanti..Congratts!!
Pe cite Nik ngan Pak Uda?? Diorang nie akhirnya berjaya gak menegekalkan maruah Perancis selaku Big Nations yang berjaya ke kejohanan besar mengelak nasib yang menimpa England mase EURO dulu dengan kemenagan tipis 2-1 ke atas Ireland...Tapi betul ke diorang layak menang??Match nie memang kontroversi sebab gol kemenangan Perancis hadir dari hantaran Handball Henry..Perancis menang First leg 1-0 tapi game kedua Ireland menyamakan kedudukan hasil gol Keane..Game nie masuk ET dan Henry melakukan magic macam selalu die wat dengan menahan hantaran bola dari Malouda menggunekan tangan tanpa dilihat ref yang membolehkan Si Nangis Gallas menjaringkan gol kemenangan..
Kedua2 team nie memang boleh aku katakan seimbang dari segi kekuatan dan dua2 team nie mmg layak masuk World Cup tapi cara Perancis nie menang memang memalukan dan selaku Kuasa Besar, perlu ke diorang guna taktik kotor nie lawan team sederhana cam Ireland?? Henry mengakui bola 2 mmg kena tangan die tapi die kate nie sume salah pengadil sebab xnampak ap yang die wat..WTF??..walaupun ak xminat sengal xpon belacanlona, ak respek Henry selaku antara Great Footballer pernah ak tgok, tapi insiden baru nie wat ak x sangke player cam Henry sanggup handball semata2 nak team die menang..Taktik kotor nie mengingatkan ak dengan double handball oleh team Belacanlona mase lwan Chelsea season lepas..2 kali bola kena tangan depan ref dalam kotak penalti dan xde penalti dikenakan..Mungkin Ref salah tapi sapa si celaka sebenar belakang propaganda sume nie??
Michael Platini sekali lagi ak leh persoalkan kredibiliti die dengan Perancis kali ini mendapat favour yang same dari ref spertimana belacan dulu..Jangan dilupakan Platini nie Perancis so dah tentu die xnak tengok negara die out dari WC..walaupun die nie berkuasa kat UEFA je tapi die nie kamcing ngan Sepp Blater so macam2 leh berlaku..FIFA kate nak investigate kes nie dan tak tau le ak leh caye ke x...Rematch telah diminta oleh Ireland tapi ak yakin xkan ad ulangan pye dan bagi aku mgkin dah sampai mase Teknologi Video digunakan utuk membantu pengadil..Kalo x pun mgkin leh letak satu lagi linesman kat gawang untuk membantu referee..Papepon persetankan citer2 xbest nie, yang penting tahniah kat player2 the Blues yang dah layak dan harap korang leh tumpukan performace korang 100% kat Chelsea skang nie hehe..Tingkatkan PRESTASI, kurangkan KONTROVERSI..
Monday, November 16, 2009
Saturday, November 14, 2009
0 Talian Hayat Terakhir
Malam nie playoff World cup 2010 akan dimulakan dan bagi player2 yang terlibat, ini merupakan peluang terahir diorang untuk layak ke pusingan akhir Piala Dunia di Afrika Julai tahun depan..Player2 The Blues seperti Anelka, Deco dan Zhirkov antara yang terlibat dan dah pasti diorang akan bermain giler babas mase play off supaya tak diketawakan oleh temmate masing2 nanti yang dah layak lebih awal haha..jangan injured sudaa...Match nie akan dijalankan dua kali; hujung minggu nie dan Rabu depan..
Antara yang menarik Portugal vs Bosnia..Ferreira dan Deco akan akan berdepan Dzeko, tanpa si bapuk Ronaldo boleh ke diorang menang?? Bosingwa akan diketepikan sebab kecederaan dan akan berfungsi sebagai penyorak je la dalam playoff nie..Anelka dan Malouda lak akan mewakili Perancis berdepan Ireland dengan Given keeper MoneyCity akan menjadi penghalang di gawang..kalo Perancis xlayak mmg malu la sebab diorang nie kire kuasa besar dalam Bolasepak..Mikel yang baru keluar dari Wad Sakit Bridge akan berdepan dengan Kenya mewakili negara die Nigeria atau The Eagles..Bekas player Chelsea Sheva lak akan bertemu Juara Euro 2004, Greece..
Match len Russia akan menentang Slovenia..Apa yang penting??...Zhirkov is Back!! Nie antara berita terbaik ak dengar lepas banyak berita2 player injured sebelum nie..harap2 die leh maintain fitness pasnie dan bebas dari kecederaan....ak harap 3 team besar nie; Russia, Perancis ngan Portugal layak r baru best sket WC nanti hehe..yang len 50-50..May The Best Team Win!!Match friendly ad gak dan match Brazil vs England mesti jadi tumpuan tapi wat Fan Chelsea dan England mesti kecewa sket sebab ramai player The Blues x men lam game nie sebab injured..Lampard, Terry, Ashley Cole sume cedera dan akan direhatkan lam game nie..Tapi yang paling xbest game nie xde live, delay je nak bagi laluan untuk match playoff..So depend kat korang le nak tgok mane satu..Match International nie ak xgemor sangat le so ape yang mamak 2 tayang ak tgok je la hua3..Nie Jadual perlawanan..Have a Nice Weekend!!
Playoff 1st Leg
14 Nov 2355 Russia vs Slovenia (Live)
15 Nov 0155 Greece vs Ukraine (Live)
15 Nov 0355 Republic of Ireland vs France (Live)
15 Nov 0425 Portugal vs Bosnia-Herzegovina (Live) ( on Channel 816 )
15 Nov 0955 Costa Rica vs Uruguay (Live)
Playoff 2nd Leg
19 Nov 0340 Bosnia-Herzegovina vs Portugal (Live)
19 Nov 0340 Slovenia vs Russia (Live) ( on Channel 816 )
19 Nov 0555 Uruguay vs Costa Rica (Live)
19 Nov 0800 Ukraine vs Greece (Delayed)
19 Nov 0950 France vs Republic of Ireland (Delayed)
International Friendly
15 Nov 0600 Brazil vs England (Delayed)
15 Nov 2030 Spain vs Argentina (Delayed)
15 Nov 2210 Italy vs Netherlands (Delayed)
19 Nov 2000 Germany vs Ivory Coast (Delayed)
20 Nov 0000 Austria vs Spain (Delayed)
20 Nov 0150 Italy vs Sweden (Delayed)
20 Nov 0340 Netherlands vs Paraguay (Delayed)
Tuesday, October 20, 2009
0 Undian Playoff WC 2010
Keputusan Play-off untuk WC 2010 Zon Eropah telah dikeluarkan secara rasmi selepas satu Perhimpunan Rasmi di Zurich semalam. Undian ini telah dilakukan di hadapan Jurulatih Antarabangsa yang terlibat (ataupun x layak lagi hehe..)Carlos Queiroz (Portugal), Matjaz Kek (Slovenia), Miroslav Blazevic (Bosnia Herzegovina) dan Alexei Mikhailichenko (Ukraine).Nie keputusan undian :
| Home (Nov 14) | Away |
| Bosnia-Herzegovina | |
| France | |
| Ukraine | |
| Slovenia |
Undian nie dilakukan berdasarkan ranking Fifa terkini iaitu France (ranking no 9), Portugal (10), Russia (12) and Greece (16) diletakkan dalam Pot 1, manakala Pot 2 terdiri daripada Ukraine (22), Republic of Ireland (34), Bosnia Herzegovina (42) and Slovenia (49).
Antara yang menjadi tumpuan ak rase mestilah game France ngan Portugal sebab dua2 nie kire Gergasi bolasepak r kalo xlayak malu siot..game yang best Ireland vs France bleh usha Keane lawan Anelka..Portugal vs Bosnia best gak Deco lawan Dzeko..haha nama pon lebey kurang je..Player The Blues yang terlibat dalam Play-off nie Anelka, Malouda, Bosingwa, Deco, Ferreira dan Carvalho..ALL THE BEST!!
Saturday, October 17, 2009
0 Portugal playoff, Cech terlepas kapal terbang..
WC qualify match terahir mmg memberikan kekecewaan wat fan Petr Cech (termasuk r aku) sebab die xkan beraksi kat Afrika nanti..Republik Czech xlayak pas seri 0-0 je jadi slovenia akan masuk play off diiringi Slovakia..tapi Rep Czech mmg ada xkuat da macam dulu so xbleh nak kate cech nie xdasat..lagipun die dapat clean sheet semalam membawa makna satu kebangkitan dan good news harap boleh diteruskan oleh cech sekembalinya die kat skuad utama lawan villa nanti..hmm pe leh wat skang nie terpaksa la big pete tgok WC kat depan TV je sambil makan popcorn..Walaupun cech xlayak, kali nie die tewas kat junior die Stoch yang qualify dulu (die Slovakia)..haha ironic??tapi die nie bkan men pun sbab stoch nie men utk U-21..cme berita baik die score 1 lawan Cyprus..harap2 die terpilih tok team WC nanti..
Antara yang masih ad sisa2 harapan utk layak adalah angkatan the blues dari Portugal dan Perancis..diorg mng besar tp cme dapat playoff je..so kena tggu sebulan lagi baru tau camne nasib deco, Anelka n co..Mikel pon kena tggu gak sebab bulan depan baru ad last match qualify diorg..tah xpaham aku nape team Afrika nie lain lak fixture diorg..xpe r tuan rumah la katakan sukati diorg la nak lawan ble katanye haha..
Apa lagi result lain? mesti la ad result kecederaan gak yang menyusul lepas match antaraBosan nie..hmm nie yang ak xbape suke..antara mangsa yang terkena adalah Ballack dan who is the crook?? rupe2nye zhirkov yang tackle cet ad ke cederakan teammate club ko..da lah senior lak 2..injured ni jadi mase Germany-Russia ritu pastu melarat le sampai seminggu..hmm bese la match qualify nie kan penting so membe pon xkenal da ...pasnie ko kena belanja r ballack 2 zhirkov..Kecederaan Balllack nie x serius tapi die mgkin terlepas lawan ASSton Gila nanti..player len nampaknye berjaya melepaskan diri dari tackle berbahaye dan pulang ke kem Stamford Bridge dengan selamat..Welcome Back to EPL!!
Friday, October 16, 2009
0 England 3 - Belarus 0
David Beckham pula mengumpul penampilan antarabangsanya yang ke-115 sebagai pemain gantian babak kedua dan penjaga gol Manchester United, Ben Foster, turut mengukuhkan harapan mendapat peranan penting di Afrika Selatan apabila pasukan Fabio Capello itu melengkapkan sembilan kemenangan daripada 10 perlawanan Kumpulan 6.
Namun, jaringan Crouch, kedua-duanya dengan tolakan masuk jarak dekat tidak mengagumkan seperti rembatan Shaun Wright-Phillips selepas sejam permainan.
Apa pun, kehadiran penyerang Tottenham itu di tempat yang tepat memang tidak diragui lagi.
Dalam penampilan antarabangsa ke-35, dia kini mengumpul 18 gol walaupun Emile Heskey yang tidak berada di bangku simpanan, masih merupakan pelindung berkesan buat Wayne Rooney di mata Capello.
Kecederaan menyaksikan Rooney dan Steven Gerrard tidak dapat diturunkan dan kedudukan jaringan akhir itu memberikan sedikit sinar untuk barisan uji kaji England yang tidak pernah difikirkan secara positif pada permulaan perlawanan.
Wright-Phillips mencetuskan asakan awal dengan mengirim satu rembatan rendah yang tersasar beberapa inci dan kurang tiga minit kemudian, Crouch membuka jaringan.
Umpanan mempesonakan Gareth Barry menerusi sebelah kiri memberikan Gabriel Agbonlahar peluang mencipta nama dan bola rendah itu ditolak masuk oleh Crouch yang bertindak baik mengatasi pembayangnya, Sergei Sosnovsky.
Penyerang Tottenham itu bertindak kurang baik ketika menanduk sepakan sudut Frank Lampard yang tersasar pada minit ke-15 dan Agbonlahor mensia-siakan peluang dalam aksi antarabangsanya selepas membebaskan diri ke kanan.
Gagal melepasi pertahanan terakhir, penyerang Aston Villa itu tidak mampu menguji penjaga gol, Yury Zhevnov dari sudut yang sukar.
Glen Johnson kemudian menunjukkan kehandalan serangannya, berlari ke satu lontaran Aaron Lennon ke kotak dan mengatasi Sosnovsky walaupun rembatan dari arah menuju bendera sudut, kurang memikat.
Sehingga itu, Capello pasti berpuas hati dengan apa yang disaksikannya tetapi perasaan warga Itali itu berubah suram apabila babak pertama berkembang sedangkan rentak dan tahap tumpuan England merosot.
Johnson khususnya membenarkan Vitaly Kutuzov berada di depannya dalam kawasan penalti sebelum dengan cuainya melepaskan kawalan bola kerana terlalu ghairah membuat umpanan lintang.
Lawan yang lebih handal pasti lebih beruntung daripada kedua-dua kesilapan itu dan kerapuhan England di bahagian belakang terserlah apabila John Terry terpaksa menarik baju untuk menghalang Sergei Kornilenko daripada mengatasinya.
Foster tampak lebih pasti dalam mengambil rembatan lengkung Sergei Omelyanchuk sejurus selepas sejam manakala sepakan bebas Lampard ditolak melepasi palang dan kemasukan Beckham sebagai gantian, mendapat sorakan terbesar malam itu.
Impak serta-merta pemain berusia 34 tahun itu dalam penampilan ke-115 buat negaranya berbayar dengan reputasi di samping kemahiran teknikalnya.
Beckham mendapat sorakan penonton lagi dengan satu umpanan 40 ela ke dada Crouch tetapi penyerang itu gagal memanfaatkannya dari hujung kawasan yang mampu menghasilkan gol.
Monday, October 12, 2009
0 4 berjaya lepasi Zon Maut!!
Empat lagi player Chelsea berjaya mendapat tiket penerbangan Air Asia ke Afrika bulan Jun nanti!!...diorang akan menyertai teammate England dan Ghana yang dah layak lebih awal..Michael Ballack yang mengetuai barisan skuad Jerman antara yang dapat tiket free setelah berjaya menewaskan Russia 1-0 hasil jaringan Klose..Kesian kat zhirkov tapi xpe diorg still ad playoff..Defender kental Ivanovic turut layak dengan kemenangan 5-0 Serbia ke atas Romania..sape lagi 2?? The Rock dan Kalou turut berjaya melepasi segala halangan dengan keputusan seri 1-1 menentang Malawi..yang paling best mestila sebab The Rock dapat score satu lam game nie..hmm merase le diorg men WC kat benua sendiri taun nie haha..Dalam kegembiraan ad gak teammate diorg yang masih berpeluh menunggu nasib diorg samada lepas ke x nak masuk sempadan afrika nanti xpun xsempat kena baham dulu ngan menatang liar kat sane..Walaupun menang 5-0, Perancis skang nie dapat tempat playoff lepas Serbia dah konpem tempat diorg..wpun x layak lagi tapi ad berita baik sebab anelka dan Malouda masing2 dapat menjaringkan gol sekaligus meneruskan kehebatan lepas lawan libepul ..Selain diorang, Zhirkov ,Petr Cech, Mikel dan barisan player dari Portugal (deco, carvalho, Bosingwa ngan Ferreira) masih lagi menantikan game terakhir rabu nie utk menentukan samada diorng men ke x bulan Jun nanti takpun tgok World Cup kat rumah je la..
England lak terkulai layu di tangan Ukraine lepas rekod kemenangan diorg lebur dek kekalahan 1-0..walaupun meletakkan first team, kehilangan Keeper Muka Hijau (Robert Green) di awal permainan mmg memberikan kesan besar ke atas keseluruhan permainan di mana Ukraine Berjaya mendominasi perlawanan ..Terry lampard ngan cole beraksi full 90 min tapi xmampu membendung kekalahan pertama diorang dalam qualifying campaign nie..England dah layak jadi xde ape nak dirisaukan..Sheva semalam hampa nak membuktikan die masih berbisa lepas penalti die xmasuk kena palang luar..hmm ak rase badi die ngan England x abes lagi kot ..papepun Rabu nie ad satu lagi Qualifying round..harap2 sume player Chelsea yang ade harapan lagi tu dapat la layak g WC dan yang paling penting NO INJURY sebelum match lawan villa nanti r..ALL THE BEST TO CHELSEA PLAYER!!
Saturday, October 10, 2009
0 AntaraBosan

Antara yang menarik perhatian mesti lah argentina sbb diorg xlayak lagi..tempat playoff pn xtentu lagi..Argentina nie ak minat gak dulu dengan player cam Crespo ngan Batistuta..diorg akan bertemu Peru dan kalo kalah ak rase konpem2 legend diorg Maradona 2 akan dipecat..Selain 2 Portugal pn antara team yang mgkin tersigkir...WC tanpa messi dan Ronaldo?? mmg xbest la nanti mcm mase EURO dulu England takde kempunan ak nak tgok Lampard ngan Terry beraksi..papepun may The Best Team Win..
hmm xtau le nak tulis pe lagi..match international nie mmg xmemberangsangkan langsung..Bagi sesape yang nak tgok England men, ad live kat Astro Supersport kul 12 tgah mlm nnti..utk fan Argentina lak, live die lambat sket pkul 5 pagi..kalo korang larat korang tgok le huhu..k la papepon have a great weekend tok korang..











