Round Kedua dah memberikan banyak kejutan dan suasana WC semakin exciting..NAMUN aksi di Round 2 masih lagi hambar buat kem Chelsea..Antara yang paling hancuss adalah France apabila dikalahkan oleh Le Tigre Mexico dengan 2-0..Malouda dan Anelka sama-sama terlibat dalam match kedua dan mungkin diorang mampu mencipta rekod player Chelsea pertama tak layak ke second round dengan peluang yang tipis..Sekiranya Mexixo dan Uruguay seri dalam last match, konfem France out walaupun menang dengan South Africa..
Bagi aku bukan prestasi pemain jadi punca, tapi mentaliti..Takde persefahaman, kurang motivasi dan semangat merupakan faktor utama Les Blues layan Blues je la bila pulang ke Paris..Domenech memang tak cukup oksigen dalam kepala apabila menyenaraikan second star player macam Gignac, Govou dan Diaby dalam skuad..Henry dibangku simpanankan, bersama-sama dengan playmaker Gourcuff..Aku rasa Domenech lupa Zidane dah takde dalam skuad nak cipta keajaiban lagi..Masalah perpecahan dalaman gak jadi hebahan ramai, apabila ramai player utama tak sekepala dengan Domenench justeru menyebabkan suasana kem France tak harmoni macam laki bini tengah gaduh..Mungkin pemain Perancis nie kurang kasih sayang manager kot..Sebagai comparison, cuba usha hubungan Maradona dengan Player :
Oi England!! Peciter?? Satu lagi kem yang dipenuhi oleh pemain Chelsea sekali lagi mencatat keputusan seri, kali nie dengan pasukan murahan Algeria..Nak kata tak cukup star, berlambak aku rasa Lampard, Gerrard, Rooney..Seperti France, bagi aku mentaliti diorang tetap tak cukup kuat nak menjadi HIT dalam pentas terbesar seperti World Cup..Jelas aku usha muka Gerrard, Lampard dan Rooney resah dan gelisah sepanjang match macam ada orang tujukan pistol lak kat belakang kepala diorang suruh score..Media yang hype dan harapan tinggi fan sejak 1966 jadi punca kejatuhan Three Lion dari dulu sampai sekarang..Golden Team ke Gondol Team??
Satu-satunya Player Chelsea yang mampu bergembira adalah Ivanovic..Serbia mencipta kejutan dengan mengalahkan 10 man Germany 1-0 semalam..Adehh masih pedih di hati (aku sokong Germany) bila melihat Podolski tak gol sepakan penalti..Achh Tung!! Namun dari segi kualiti persembahan, aku rasa Germany dengan 10 man main bagus lagi dari 11 man England mahupun France..Walaupun ketinggalan dan kurang player, diorang leh kontrol lagi permainan sampai habis..Ivanovic cam bese memang kebal di posisi Right Back menjaga Podolski, satu-satunya aksi yang boleh dibanggakan dari player Chelsea setakat nie di Africa..
Selain result yang mengejut, apa yang menarik perhatian aku adalah biler usha starlet Serbia; Subotic ngan Krasic..Subotic memang kental menjaga kubu disebalik umur 22 setahun jagung, memang sedap kalau Chelsea dapat sebagai pengganti Carvalho yang dah tua..Sorang lagi yang kian mencipta nama adalah Milos Krasic, winger CSKA Moscow dan Serbia..Dengan iras2 Nedved dan rambut keemasan, Krasic memporak perandakan defend Germany dengan pace dan dribble yang fantastic..Jika Chelsea dapat mamat nie memang mahsyuk menggantikan Joey tapi tag harga dia tentu mahal beb, sebab MU, Juventus ngan Man city semua berebut2 nak beli yang akan mencetuskan perang-Bidding War?? Lebih baik tarik diri, sebab dah tentu Man City menang..
Sekarang nie hanya menunggu aksi Portugal-Korea dan Brazil - Ivory Coast..Harap2 player Chelsea mampu mencipta kejutan, dan dah tentu gol pertama yang dinanti!! Tumpuan wajib kat match antara The Elephant lawan Seleccao..Didi dijangka bermain full team selepas berehat seminggu dan dah bersedia untuk memusnahkan Kaka dan Co..May the best team win!!
Aksi pemanas badan Didi vs Kaka :
No comments:
Post a Comment