The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Thursday, June 3, 2010

0 Goodbye??

Bayangan terakhir Magician 10??

Yup, nampaknya Blues Fan perlu bersedia untuk menerima hakikat yang Joey sudah hampir pasti akan meninggalkan Chelsea..Aku agak optimistik sebelum nie Joey akan stay namun selepas beberapa rumours dari pelbagai source, nampaknya dah jelas Magician 10 kita akan chow secara free musim nie..

Berita dari Mirror mengatakan Ass-Sengal adalah calon utama kepada destinasi Joey selepas nie..Beberapa hari lalu Redknapp dah mengesahkan ada pihak yang dah melakukan deal bersama Joey sebelum nie, cuma masih misteri, siapa?? (Rujuk post lama, klik sini ) Aku mengandaikan Manure berdasarkan minat Fergie, tetapi ternyata aku silap..Joey dan bininya Carly Zucker baru je dapat anak pertama dan diorang akan stay di London..Redknapp dah berkata Spurs tak terlibat, West Ham gak dah menarik diri, justeru siapa lagi kalau bukan Sekolah Sengal?? Joey dikatakan akan mengikat kontrak 3 tahun bersama rival London nie dengan gaji setinggi £110,000..

Wedges nampaknya terdesak nak beli player bagi meyakinkan kapten diorang Fabregas stay, dan dengan rule 6+5, nampakya diorang terpaksa mencari ramai Englishmen..Aku tak kisah Joey chow, tapi kalau boleh bukanlah ke team rival..Selepas Gudjohnsen yang berpaling tadah ke Spurs, kini kita mungkin melihat Joey menyarung jersi rivals London, Sengal..Tapi bagi aku ada gak kebaikan kepada perpindahan Joey :

1 - Keputusan BOD untuk kekal tegas dengan Joey berkenaan wages demand yang tinggi akan memberikan petanda kepada pemain yang lain agar tidak cuba bermain tarik tali..Tidak seperti case JT dan Lampard, aku rasa sekiranya permintaan Joey diberikan, tak mustahil pemain lain seperti Kalou, Malouda juga akan cuba melakukan perkara yang sama..

2 - Memberikan peluang kepada pemain lain..Jangan risau jika Joey chow, sebab berdasarkan musim lepas, kita mampu bermain mantap tanpa Joey..Magician 10 kini bukannya seperti dulu, kepantasan dia sudah berkurangan dan finishing dia agak mengecewakan..Kalou, Malouda semakin meningkat dan menjadi regular starter..Jadi aku yakin perpindahan keluar Joey tak memberikan kesan kepada prestasi kelab..Selain tu, tanpa Joey, kini kita boleh memberikan pemain muda Stoch dan Kakuta peluang yang lebih besar musim depan..

3 - Kurang injury prone player..Yup, Joey mempunyai rekod injury yang agak 'gempak'..Jika dia stay, tak mustahil dia akan injured lagi, dan kita akan membayar gaji setinggi 120,000 setiap minggu kepada player yang tak memerah keringat di padang..Bagi aku lagi bagus duit nie digunakan untuk membeli pemain lain..

4 - Cari Englishmen!! Ketiadaan Joey akan memberikan ruang kosong dalam skuad Chelsea..Dengan rule 6+5, nampaknya ini akan memaksa Ancelotti untuk mencari pemain tempatan bagi menggantikan Joey..Hanya satu dalam pemikiran aku, James Milner!! Masih muda (24), dan mampu beraksi di pelbagai posisi; midfield mahupun wing, bagi aku Milner akan menjadi addition yang fantastic kepada Chelsea..

Walau-apapun, aku mengucapkan selamat jalan untuk Joey dan terima kasih untuk jasa dia sepanjang 6 tahun bersama Chelsea..Aku akan tetap ingat musim 2007 sebagai musim terbaik Joey dan aksi die ketika tu memang gila gempak..Masih dan tetap akan menjadi antara faveret player aku di Chelsea..Cuma aku agak kecewa Joey memilih gaji tinggi berbanding stay bersama The Blues..Sekiranya dia sah ke Sengal, aku harap dia tak kecewa perlu bermain dengan 'adik-adik' di sana berbanding pengalaman bermain bola dengan pemain dewasa seperti Didi dan Lampard..Serta dia mungkin akan kecewa dan lupa cara nak mengucup piala selepas nie..Mungkin jugak dia mampu meneruskan tradisi kegemilangan Sengal, injury prone !! With or without Joey, Keep The Blues Flag Flying High!!


Barisan kanak-kanak yang akan menemani Joey di North London, sssengal!!





No comments: