The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Monday, March 15, 2010

1 Special Tribute for Special One

Siapakah Special One??

Ak harap korang x salah faham dengan mamat2 kat bwah nie :

Chef 'One'

Obi 'One' Kenobi

Ak rasa tak perlulah lagi memperkenalkan siapa Special One, tambah2 lagi kepada Blues Fan sekalian, ak pasti semua sudah mengenali José Mário dos Santos Félix Mourinho yang lebih dikenali sebagai Special One atau Yang Teristimewa nyanyian Adibah Noor..Seorang bekas manager Chelsea yang berjaya membawa The Blues meraih trofi EPL, menamatkan penantian 50 tahun, dan sekali lagi merangkul piala yang sama buat kali kedua berturut2..Selain merupakan trophy winner, Jose juga merupakan Motivator, Translator dan Friend kepada semua yang pernah bekerjasama dengannya..Karisma yang ditonjolkan Jose amat sukar dicari ganti, buktinya pengaruh aura Legend ini masih dirasai di London..

Special One yang sebenar

Jika nak menceritakan kisah2 legenda Jose di Chelsea, aku rasa sampai esok pon takkan habis, cukuplah sekiranya ak meletakkan rekod marvellous Jose yang meletakkan dirinya berstatus Legendary di Bridge..

* FA Premier League (2): 2004–05, 2005–06

* FA Cup (1): 2006–07

* League Cup (2): 2004–05, 2006–07

* FA Community Shield (1): 2005

Special Tribute ini dibuat sempena kedatangan emosional Special One ke Stamford Bridge malam esok bagi aksi pertemuan Second Leg antara Chelsea dan Inter..Buat pertama kali Jose akan kembali ke Home Bridge sebagai pihak lawan kepada The Blues..Adakah masih ada chants 'Jose Mourinho' untuk Special One malam esok??

Walaupun Jose di pihak yang lain, ak yakin Chelsea akan memenangi pertemuan malam esok seterusnya membenam ex-manager kita sebagai tanda The Blues has move on, dan menamatkan pengaruh luar biasa Jose yang kerap menghantui suasana di kem Chelsea sepanjang 3 tahun pemergian Special One..Walauapapun yang terjadi, ak yakin Jose masih menyayangi Chelsea dan Special One akan kekal menjadi legend di hati Fan2 The Blues dan Record Book Chelsea FC..


Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi baik dikenang jua

WELCOME HOME JOSE!!



(Bagi sesiapa nak bagi tribute untuk Special One, hantar komen kat bawah, ak dah mesej suruh Jose usha2 blog nie malam tadi)

1 comment:

eddie dewanaga said...

owner man city yg arab tu penah offer dia ni something dulu sebelum mancini pop out dari kepala diorang...

tapi dengar cerita, offer tu ditolak inter biarpun gajinya jutaan pounds.