The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Friday, March 26, 2010

2 Corat-Coret Wad Sakit

Dengar kata Hospital London nurse die kiut2..tak caya tanya pakcik nie..

Wad Sakit London musim ini memang sibuk dengan player Chelsea masuk dan keluar, sebijik busy macam kat Pudu..ada yang masuk kejap, ada yang tak pernah masuk langsung, tetapi ramai yang masuk tak keluar2 terus..ak taktau la apa yang best sangat kat Hospital London tu..

Nie badi rambut Robben la nie..

Sekadar nak update injury list, ya, nampaknya tak ada tanda2 nak berkurang, makin bertambah ada la..Sedangkan Ivanovic yang muda sihat walafiat pon boleh injured, inikan yang tua2 dalam kem..Masih lagi tak surut reservation untuk katil di sana, nampaknya dah tambah satu lagi tempahan untuk Carvalho, kini dikatakan injured sekurang-kurangya 4 minggu, paling celaka mungkin require surgery, jika dilakukan nampaknya tak nampak bayang Carvalho lagi season nie, mungkin juga season depan, kena jual..

Yess!! jaga la ko Gerrard!!

Sape tak kenal mamat Ghana nie, terkenal dengan pangilan The Bison (bukan M.Bison Street Fighter tu) dan merupakan pemain utama Chelsea yang amat dirindui..Sejak injured Disember, langsung tak nampak muka, target awal dia akan kembali sebelum match Inter, namun bengkak berulang menyebabkan 4 surgery tambahan dilakukan..Berita baik, update terbaru dia dah menjalani rawatan dan sedang dalam sesi pemulihan secara berendam di pool..mungkin takkan kembali dalam masa terdekat, tetapi harapan agar dia dapat bermain 2-3 game sebelum season tamat..ak target 3-4 minggu, paling best jika dia dapat sembuh sebelum lawan Liverpool di Anfield..Gerrard memang gerun dengan mamat nie..

Adeh, dah nak kuar ke?? banyak amoi kiut2 maa..

Berita baik lagi, pemain seangkatan dengan Terry, gila skandal, best left back Ash nampaknya akan menjadi harapan utama paling awal kembali, kini sudah mula training bersama physio, dalam masa 15 hari dia akan kembali berlari dan mungkin akan kembali secara fit dalam masa 2-3 minggu lagi..Walaupun Yuri beraksi agak baik, Ash mempunyai naluri menyerang yang lebih marvellous dari fellow Russian dan mampu memberi kekuatan kepada skuad yang kian mengecil..harap dia cepat sembuh..

Pemain2 muda kini perlu menjadi backup kepada pemain2 senior yang injured..Bruma bagi aku adalah backup terbaik kepada Alex dan Terry..Bruma adalah pemain versatile dan boleh cover posisi Ferreira..Jika diperlukan Sam Hutchinson boleh dipanggil untuk tambahan tenaga di bahagian defense..Van Aanholt sudah memberikan debut menarik menentang Posemut, jadi posisi kiri backup Yuri agak terjamin..Slight injury kepada Didi semalam agak merisaukan, harap Carletto lebih berhati2 kerana Didi adalah tunjang utama kepada title running..Kurang merisaukan kerana kita ada backup yang ramai di posisi serangan seperti Anelka dan Kalou..Namun Sturridge, Kakuta dan Borini boleh digunakan untuk alternative yang lebih pantas dan bertenaga..Harap tidak ada lagi injury teruk2 selepas ini..All Chelsea Player, Get Well Soon!!





2 comments:

eddie dewanaga said...

injury Cech sedikit sebanyak meruntuhkan moral masa kita nak jumpa Inter, dan beberapa games hari tu...

kalau Terry yg injured, abis...

Raiden said...

Essien paling sayang tak sempat main, lepas dia injured, terus kita merosot bulan Disember..kalau Essien main lawan Inter, konfem Sneijder, Cambiasso senyap..