The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Tuesday, March 16, 2010

0 Match Preview CL : Do or Die

Malam ini merupakan match penentuan samada Chelsea mampu mara ke quaterfinal CL atau tidak..Kunjungan Inter ke Bridge adalah kali pertama dalam sejarah pertemuan kedua2 kelab nie..Hanya keputusan 1-0 diperlukan untuk kita mara seterusnya meneruskan impian untuk merangkul Piala Eropah..

Dengan rekod scoring kita yang marvellous season nie, tidak pernah gagal menjaringkan gol dalam setiap match, kecuali ketika menentang Birmingham, itupun match away, ak yakin kita mampu mendapatkan gol yang diidamkan..Berdasarkan rekod, di Fortress Bridge, Chelsea tidak pernah berhenti menyumbat gol sejak April 2009, samada di Premiership mahupun Kejohanan Eropah..Masalahnya, mampukah Chelsea bertahan??

Faktor utama penentu match nie bagi aku bukannya bahagian serangan, tetapi di bahagian defence..Keupayaan Terry merantai Milito dan Etoo akan dicabar malam nie, dan ak harap prestasi yang stabil Cappi selepas insiden2 skandal lalu mampu membolehkan kita melihat kehebatan sebenar Terry sebagai Best Defender of Europe season lepas..satu lagi Probs, keeper muda Turnbull diharapkan tidak menjadi Tunggul sepertimana yang dilakukan ketika berdepan volley Parker tempohari..Namun Si Bull juga melakukan beberapa save crucial di penghujung match, membuktikan dia tidak takut berdepan cabaran pihak lawan secara one on one..Mungkin Bulldozer akan mencipta sesuatu yang ajaib malam nie, ak yakin!!

Prestasi yang menyerlah di waktu yang tepat, Malouda dan Didi akan menjadi sumber inspirasi The Blues di bahagian serangan, 3 gol dari kedua2 pemain ini dalam match terakhir, dan beberapa aksi memukau menunjukkan barisan defence Inter turut akan berdepan banyak masalah malam nie..Cross2 dari Malouda adalah senjata utama Chelsea untuk merobohkan kubu Inter yang dikawal rapi oleh Lucio, Samuel, Zanetti dan Maicon..Harap kemunculan semula Zhirkov mampu membantu Malouda melepasi kawalan Maicon untuk melancarkan roket2 cross dari sayap kiri..

Mengenai update pemain, tiada further injury dikhabarkan selepas match menentang West Ham, bermakna skuad utama tidak akan berbeza malam ini..Hanya berita baik Carvalho dikatakan sudah pulih dari kecederaan, tetapi Alex yang mantap beberapa match terakhir, bagi ak tempat sebagai partner JT sudah permanent untuk Alex malam ini..Hilario dan Cech dah konfem2 takkan mampu pulih, bermakna Si Bull dah pasti menjadi penjaga gawang, manakala keeper reserve, Rhys Taylor akan menjadi backup untuk sebarang kemungkinan..

Strategi untuk malam nie bagi aku tidak banyak perubahan akan dilakukan, formasi 4-3-3 kekal menjadi taruhan dan setakat ini formasi ini tidak pernah gagal menyumbat gol..Attacking di bahagaian sayap akan kerap dilakukan, manakala Lampard dan Ballack akan mengadun orkestra di bahagian tengah..Mikel akan diberi tugasan mengawal Sneijder suruh dia duk diam2..Anelka sekali lagi mungkin akan menjadi pilihan dek kerana kelebihannya mampu memegang possesion, tetapi untuk menewaskan Zanetti masih menjadi persoalan..Mungkin Joe Cole atau Kalou boleh dimasukkan sebagai substitute jika mahukan lebih serangan dari sayap kanan..

Formasi malam nie:

--------Bulldozer-------
Ivanovic-JT-Alex-Zhirkov
--Lamps-Mikel-Ballack--
---Anelka-Didi-Malouda---

Result Prediction : Chelsea (3) - Inter (1)

Meminjam semangat match terdahulu, Chelsea juga pernah ketinggalan 1-2 first leg di Nou Camp sewaktu menentang Barcelona sewaktu musim 2004/05..Di Bridge, Chelsea menampilkan aksi yang gila2 dengan 3 gol dalam 20 minit match bermula, Ronaldinho menjaringkan 2 gol untuk merapatkan jurang, namun tandukan maut Captain Marvel Terry memberikan kemenangan mutlak kepada Chelsea dengan agregat 5-4..Harap keajaiban yang sama berulang, mungkin beberapa pemain sudah berbeza, namun semangat The Blues tetap sama dan membara!! Tundukkan Inter dan Jose!! KTBFFH!!

Malam nie ramai2 turun gerai, pakai baju Chelsea, sorak kuat2!!

Match LIVE 3.40 pg (pagi Rabu) ESPN


Aksi Bro Terry meng'ayam'kan Belacanlona






No comments: