The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Tuesday, February 23, 2010

3 Build Up : The Blues England vs The Blues Italy

Pertembungan dua kelab same kaler, manager lak bertukar tempat, dari England ke Italy, dari Italy ke England, leader league, falsafah yang hampir sama, dan keinginan yang serupa; ingin merebut Kejohanan Eropah yang dah lama x dikecapi..

Kat entri nie ak nak citer detail pertembungan dua team nie, walaupun baru last 16 je, bagi ak match nie penting dan special, bukan sebab ape, sebab ade Special One..Jose sememangnye manager yang ade Blue Connection..Sume kelab yang pernah dilatih ad intipati kaler biru; Porto, Chelsea dan Inter..Chelsea dah pernah bertembung dengan Ombak Biru dari Portugal di Group Stage, kali nie kita akan bertembung dengan Tsunami biru Itali lak..

Jom usha detail2 penting match nie:

First point aku..

Manager

Bagi ak kedua2 manager nie mempunyai karisma tersendiri dan masing2 tau ap yang diperlukan untuk menentang team lawan..Inter merupakan musuh tradisi bagi Carletto sepanjang rejim di Milan, bagi Jose lak, tak perlu diceritakan lagi, Chelsea merupakan bekas kelab yang pernah dilatihnya, dan yang paling penting skuad The Blues kini masih lagi kuat dengan aura Special One gara2 masih ad ramai bekas pemain di bawah jagaan dia kekal berbakti bersama Chelsea..Hanya Ivanovic, Anelka dan Zhirkov merupakan first team yang tiada special relationship bersama Jose..

Taktikal

Carletto walaupun di awal musim agak ketat dengan falsafah diamond, kini kita boleh lihat versatility yang ditonjolkan dalam mengubah formasi bergantung kepada opponent yang dihadapi; salah satu faktor yang membolehkan Carletto survive dari menjadi Next Scolari..4-3-3 dan 4-4-2 adalah pilihan utama kini dan bagus dalam memeningkan kepala manager lawan untuk mengatur barisan terbaik bagi menumbangkan The Mighty Blues..Taktikal yang lebih santai, fleksibel dan attacking dari Carletto..Masih lagi unbeaten dalam Big Match di England, ak harap akan membawa tuah ke Europe lak..Satu kelebihan Carletto, kalah mati CL adalah kepakarannya..2 kejuaraan Eropah di Milan, nak kate ap lagi??

Special One dah diketahui ramai, terutamanya Fan2 Chelsea, taktikal umpama skuad Italy, defensive minded, physical mode tapi efficient..Walaupun agak boring, corak permainan Jose yang membolehkan skuad di bawah rejim dia selalunya sukar membocorkan gol dan sukar ditewaskan..Dengan winning mentaliti yang ditonjolkan pada karakter Jose, dah tentu akan meresap ke jiwa player2 dia sekali, dan player2 Inter memang kuat dari segi pengalaman dan mentaliti, bukti menentang Milan, walaupun tinggal 9-10 orang, menentang 11 orang Milan dioarang masih leh menang 2-0.. So selagi wisel tak tamat sok, apa2 pon leh berlaku..Walaupun rekod piala2 berdozen2 lam kabinet Jose, trofi CL bersama Porto dah bersawang dan rekod dia kat Eropah kini makin kabur, menyebabkan ramai berkata menang ngan Porto dulu hanya nasib semata2..Satu kelemahan Jose berbanding Carletto, ade cann??

Okey skang usha lak bahagian formasi team masing2..

Goalkeeper

Cech perform di waktu yang tepat, save2 crucial lawan Wolves membuktikan dia dah hampir ke peak form..Tepisan yang lebih yakin dan takde lagi larian2 bodo ke depan dalam kotak, kegopohan yang sering membawa padah..Big Pete kini dah lebih tenang, dan enter the situation bila perlu je..Keep Cool Cech!!

Salah sorang keeper terbaik dan kian meningkat naik, Julio Cesar dah membenam nama Buffon sebagai keeper terdasat kat Lega Calcio, dan malam nanti mungkin dia akan menjadi punca jika Didi gagal menyumbat gol nanti..Cekap One on One, dan sememangnya pakar Penalti..Kes selamatkan penalti Pak Din Makan Nyo lawan Milan ritu masih ak ingat, tepisan Cesar memang yakin dan pantas..Walaupun haritu ak bace dia accident, tapi dengar kate tak teruk dan boleh main, sebab parut kecik je..Hmm cech bukan takat parut, retak terus rilek je men skang..Kalo nak lawan gaya paling stylo, mungkin Cech menang kot, topi punye psal..Yup, penentuan keeper terbaik antara dua liga..

Defender

Chelsea : 27 match, 22 bolos
Inter : 25 match, 20 bolos

Kedua2 defender team nie memang kental, barisan defend Chelsea diketuai oleh JT akan menentang defender Inter diketuai Lucio..Sama liat, likat dan melekat!! Mungkin sukar nak usha gol jika ad defend2 camnie..

JT dan Lucio sama2 hebat di udara, dan marking man yang mantap, dan partnership diorang Carvalho dan Samuel sama2 hebat menjadi pelengkap kubu..Set Piece amat perlu dijaga sebab kepala2 defender nie bukan je leh clear bola, tapi clear kat kotak penalti lawan pon leh gak, iaitu tandukan gol..

Side Back Chelsea agak goyah kini, ketiadaan Ash, dan mungkin Zhirkov agak merbahaya..posisi LB amat penting kerana jentolak terkenal dunia jenama Maicon menanti untuk merobek bahagian defend kiri The Blues..Ivanovic ak yakin akan selesa berlari keriangan di posisi kanan tambah2 Inter takde la mantap sangat LB diorang, hanya ad bebudak yang bersopan santon iaitu Davide Santon..walaupun rate wonderkid, bagi ak masih mentah dan Ivanovic leh merantai mamat nie..

Midfield

Chelsea dan Inter memang penuh dengan pemain2 bercorak fizikal di kawasan tengah umpama pemain ragbi All Black..Ak yakin banyak kekasaran ak berlaku, harap2 player2 Chelsea takkan wat kesilapan bodo dengan mengutip kad bebanyak dari poket referee..Ketiadaan Essien amat dirasai dan ak harap dia sempat beraksi Second Leg, sepakan padu die ngan bulldozer di kawasan tengah dah pasti leh memberikan perbezaan...Tanpa Essien, Ballack dan Mikel akan berpadu menentang Cambiasso dan Muntari dalam acara mengutip bola, Lampard lak bersama Malouda akan menyumbang kreativiti menyerang, bersaing dengan Sneijder dan Zanetti sebagai att mf..Posisi nie paling penting dan akan menentukan sape yang menguasai match dan possesion..

Striker

Didi, xyah ak ceritakan lagi, season nie memang die lepas dendam jarang main musim lepas, dan prestasi die memang tengah memuncak skang, 2 gol dalam last game dan 25 gol keseluruhan dalam sume match menceritakan kedahsyatan The King..Anelka, Kalou dan Sturridge sedia membantu sebagai supporting striker..

Inter masih tak nampak siapa establish striker diorang; Milito, Eto'0, Balotelli dan Pandev same handal tapi sume boleh dan ad ability untuk merobek gawang mana2 team..Pandev bagi ak paling berbahaya, di-rate-kan sebagai pembelian terbaik Jan oleh Jose, Pandev amat threthening melalui Free Kick dan larian2 mengelirukan..Eto'0 gak, jika dimasukkan, boleh jadi threat utama, dengan pengalaman di CL berlambak2, ak harap dia lupa camne nak jaringkan gol malam nie..

Super Sub

Sturridge mampu menjadi supersub sekiranya Anelka still tak perform di atas padang, Danny nie bagi aku memang perfect sebagai supporting striker kepada Didi, pantas, bertenaga dan bernafsu nak jaringkan gol..Boleh memberikan attacking boost di saat yang memerlukan..

Skuad Inter ad Balotelli, Super Mario nie memang antara nama2 youngsters berbakat dan walaupun masih muda, jangan pandang rendah sebab die nie leh tahan gak gempak..Muke dan rambut ala2 burung belatuk, harap2 die nie tak mampu mematuk Cech yang kebal dengan Topi Ajaib..

Oh ya, nie la rupe Super Mario yang menggerunkan..

X-Faktor

Kedua2 team nie memang kebal kat home season nie, jadi dah tentu akan akan berlaku pertembungan sengit di kedua2 leg..Di San Siro, Inter tak penah kalah lagi dan melanjutkan rentetan unbeaten home Jose yang berlansung hampir 130 game kini sepanjang berada di Porto, Chelsea dan Inter..Di London, Bridge memang kebal dan kita dah hampir setahun tak kalah kat home..Seson nie memang special, bukan takat tak kalah je, tapi Big 4 sume kalah di SB..Yup, Chelsea mungkin lebih advantage coz match kedua berlangsung di Lembah Maut Stamford Bridge..

Ak yakin Chelsea akan menang kerana x-faktor match nie ad pada Carletto, seperti yang ak kata, die Mastermind di Europe dan menentang Kelab Itali dah tentu hanya menyenangkan tugas Carletto yang dah masak dengan taktikal di tempat halaman..

Ramalan ak First leg : Inter (1) - Chelsea (1)
Second Leg : Chelsea (1) - Inter (0)

Fuhh, ak rase nie ulasan terpanjang aku kat blog nie..Nie hanya dari sudut perspekstif ak berbicara dan bermadah mengikut sesuka hati aku, kalo ad pandangan, komen2 le kat bawah ye..KTBFFH!!

3 comments:

KampungChelsea said...

rasenyer ramalan ko maybe betul...rasenyer draw je...nak menang malam ni memerlukan keajaiban...n kalau kita menang malam ni,ia memang sesuatu yg ajaib menang dgn inter di san siro...
kalau ko nak tahu last year inter lawan mankayu,resultnya seri 0-0 kat sansiro...kat pusingan kalah mati camni jgk

Raiden said...

ak rase seri sbb jose memang susah nak kalah kat home..lawan celsi lagi la dia mesti nak menang pyer..dpat seri 1-1 dah okey..kurang2 ad goal away

KampungChelsea said...

kalau kita dapat gol nanti,ia akan bagi advantage kat kite time lawan di stmfrd bridge nanti