Gaya JT mengunyah daging rimau, liat gler!!
Hari nie memang mengantuk gler, sebab utama ak xtido semalam, tapi kecewa dengan permainan sambil lewa The Blues dan daging harimau yang memang liat nak kena siat semalam...Match semalam berakhir dengan keputusan seri 1-1 di KC Stadium, menyebabkan kita hanya mampu menjarakkan satu mata dengan rivals di bawah, ish3 rugi2..Kini kita hanya leading 2 mata depan Setan dan 6 mata depan Sengal..
Mengenai match nie, Carletto kembali menggunakan formasi kesayangan die Diamond dengan kembalinye 'Duet Emas' Didi dan Anelka di bahagian hadapan..Kembar Cole JC dan AC direhatkan untuk seketika..
Keseluruhan match ak leh kate serangan kita agak hambar, mungkin formasi diamond tidak berkesan kerana adanya tempat meletak bas Rapid, General dan Sri Maju di dalam kotak penalti ak pon xpasti..Mungkin bukan salah formasi, mungkin badi match away masih kuat melekat kat Chelsea walaupun kita x pakai lak baju syial belang2..yang ak tgok Hull je pakai baju belang2..Adakah badi ini yang kuat di awal musim dulu sudah kembali??
Bolos awal memang sudah dijangka dengan defend kita diasak kuat, selepas Molococco (betul ke ejaan nie??) menanduk masuk corner Hull melepasi, semestinya, Si Gelabah Cech..Satu je berita baik malam nie, Didi kembali dalam nafsu menjaringkan gol!! dan kalo korang pasan, free kick nie lebih kurang ngan gol lawan Arsenal November lalu..Mgkin Didi dah bagi hint untuk Fan Sengal??
Tapi Second Half Si Rimau memang liat nak mampus dengan serangan bertubi2 dari Didi n Co diselamatkan oleh Keeper Hullahup, Myhill..kemasukan Sturridge, Joe Cole dan Ash sedikit menyuntik tenaga baru kepada barisan serangan dengan cross2 dari JC hampir2 memberikan peluang jaringan gol kemenangan untuk Chelsea cuma nasib je xde..Rembatan padu Sturridge pon nyaris menerjah gawang..Nasib2..
Kecewa memang kecewa tapi kita still kat atas walaupun tipis, lupakan yang lepas dan kita harus pandang ke hadapan..Match menentang Arsenal nanti kemenangan adalah WAJIBULGHUNAH!! Sebarang kesilapan sure akan digunakan sepenuhnya oleh Setan untuk memintas kita..Keep The Faith, Keep The Blues Flag Flying High!!
Bagi sesape yang tido atau tertido, nie highlight (kalo nak tgok le, seri je beb tapi gol Didi memang smart) :
2 comments:
tak sabar menanti ahad...
tak sabar melihat meriam bengkok digigit singa
Post a Comment