The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Tuesday, March 23, 2010

2 Carletto : Saviour or Destroyer??

Ancelotti kini di ambang bahaya..media2 macam biasa sudah mengeluarkan senarai calon manager Chelsea season depan, rutin setiap tahun, kata Reuters London..Roman sekali lagi dilaporkan tak puas hati la, mengamuk sana-sini, tipikal dari media England yang sememangnya musuh utama kita season nie, bukannya ManU, Arsenal ataupun Libepul, tapi MEDIA..Peristiwa skandal Terry adalah senjata utama yang melemahkan moral pemain The Blues manakala setiap kali ada result kurengg sket diterima oleh Chelsea, mesti ada tajuk2 paper yang negatif..

Okey berbalik kepada tajuk utama post nie..Savior?? Destroyer?? Bagi aku masih awal untuk menjawab persoalan nie, ini adalah musim pertama dia, tetapi kesilapan taktikal dalam dua match terakhir dah tentu menimbulkan persoalan mengenai kredibiliti 2x Pemenang Eropah nie..Post nie bukanlah untuk menghukum Ancelotti, tetapi hanya sekadar untuk memberikan pendapat mengenai strategi yang mampu menaikkan prestasi Chelsea kini..

Formasi diamond dan 4-3-3 banyak kali menjadi perdebatan ramai, mana yang bagus?? mana yang effective?? Kedua2 formasi ini adlah formasi utama Carletto season nie, namun kedua2nya menunujukkan ad kelemahan dan kelebihan yang tersendiri..Okey kita mengimbas kembali di awal musim, kedatangan Ancelotti turut membwa falsafah yang tersendiri, formasi diamond yang jarang2 digunakan di EPL diketengahkan, masih ada yang meragui mampukah ia menjadi?? Tetapi dengan beberapa siri kemenangan yang meyakinkan menunujukkan taktikal Carletto berjaya..tetapi apakah yang menjadikan ramuan ini begitu hebat dilaksanakan?? Semuanya kerana adanya mamat nie..

Michael "The Beast" Essien sememangnya menjadi pemain idaman setiap manager..Kehilangan Essien menyebabkan Scolari dibuang, kemunculan semula Essien jugalah yang menyebabkan Hiddink disanjung umpama Raja di Bridge..Kerana Essien jugalah yang menjadikan formasi Diamond Ancelotti amat mantapp dan jitu..Tapi malang The Beast cedera teruk di bulan Disember, dan sekiranya bagi sesiapa yang mengikuti perjalanan kita musim nie, sejak dari saat itu prestasi formasi Diamond kita menurun teruk, corak permainan kita mudah diramal, dibaca dan disekat oleh pihak lawan..

Jika diperhatikan sedalam-dalamnya, sememangnya formasi Diamond ini tidak sesuai dengan kebanyakan pemain The Blues yang masih lagi dipengaruhi dengan taktikal Special One..Aku tidak terkejut kerana mereka masih lagi bekas skuad yang diasaskan oleh Jose..Mikel bukannya perancang sekreatif Pirlo, Lampard tidak sepantas Kaka, Anelka tidak selicik Seedorf...Hanya Essien pemain yang sesuai di dalam formasi Diamond, dia sekental Gattuso dan setajam Rui Costa..

Okey imbasan kembali di Bulan Disember, mahu tidak mahu, tanpa pemain2 yang sesuai dengan falsafahnya, Carletto terpaksa menggunakan pemain yang ada, dan satu taktikal yang sesuai perlu dibina untuk mendapatkan result..Bermula dari kemenangan ke atas Fulham 2-1, pertukaran dari diamond ke 4-3-3 yang menggunakan Winger menjadi pemangkin kepada kebangkitan Chelsea dalam match ini..Carletto sedar ini satu2nya formasi yang compatible untuk pemain2 The Blues..

Joe Cole dan Malouda lebih selesa beraksi sebagai winger, Lampard kembali menjaringkan gol demi gol selepas diletakkan di posisi asalnya Attacking Midfielder, bukannya Left Midfield yang memberikan kemarau gol di awal musim..Di Bulan Januari, walaupun Didi tiada, formasi 4-3-3 amat berhasil dengan kemenangan 7-2 menentang Sunderland menjadi bukti..Malouda di sayap kiri, Joe Cole di sayap kanan, Anelka di tengah..Lampard menjadi perencana tengah di backup oleh Ballack dan Belletti..

Sehingga ke saat ini, walaupun ad beberapa result mix bagus+ teruk dari formasi ini, ini adalah pendapat aku, formasi 4-3-3 adalah taktikal terbaik yang mampu kita gunakan dengan pemain2 yang ada, selagi tiada Essien, ak tidak yakin formasi Diamond perlu digunakan..Tetapi apa yang penting adalah meletakkan pemain yang tepat di posisi yang betul bagi membolehkan formasi 4-3-3 dilaksanakan dengan marvellous..

Mengimbas ke match terakhir menentang Blackburn, Carletto meletakkan Kalou di sayap kiri, Anelka di sayap kanan, Malouda diletakkan di posisi attacking midfield bersama Lampard dan Mikel..Analisis keseluruhan match, kesemua pemain ini bermain TERUK!! Possesion hilang entah kemana, Malouda bukannya perancang, dia pemain sayap, Carletto perlu ingat itu, Lampard bukannya pemain tengah bertahan, dia tidak mempunyai abiliti superb untuk tackle pemain2 di tengah seperti Mikel, tetapi vision dia sebagai playmaker perlu digunakan untuk beraksi di posisi lebih atas..Sekiranya mahukan kejuaraan liga musim ini, pembaikpulihan perlu dilakukan sekarang!! Ini perkara yang perlu dilakukan Carletto :

-REHATkan Anelka..Masih jelas dia tidak sesuai sebagai pemain sayap..dan prestasi dia yang semakin hambar dalam setiap game membuatkan aku tertanya2 mengapa dia masih starting setiap match?? Assist lawan Blackburn hanya satu sumbangan kecil di sebalik prestasi teruk dia sepanjang match.. Anelka bukannya semakin muda, ak lagi sanggup melihat Sturridge atau Joey diturunkan selepas ini..

-LETAKkan Malouda di sayap kiri..Cross2 mantap ketika menentang West Ham masih jelas dalam fikiran aku menunjukkan dia mempunyai kaki kiri yang perfect..Kalou adalah striker, jelas dia tidak mahir untuk melakukan hantaran2 berbisa untuk Didi..Prestasi kalou yang macam sabut, tenggelam timbul turut menjadi faktor dia juga patut direhatkan..

-MASUKkan Joey..ak agak tertanya2 apakah yang dimaksudkan oleh Carletto dengan kata2 "Joe Cole will stay at Chelsea next year, I am 100 per cent clear." adakah untuk menyedapkan hati2 Fan The Blues semata-mata atau ini hanyalah gurauan ala2 Itali dari Carletto..Ini kerana walaupun bersungguh2 kata nak simpan Joey, jika tidak diturunkan, what's the points?? Janji ditepati berdasarkan aksi, bukannya kata2 dari mulut semata2..Ak yakin Joey masih ada bakat dan potensi dan dia akan deliver sekiranya dia diberikan posisi sayap kanan kembali..Open Your Eyes Ancelotti!!

-GUNAkan Deco atau Ballack..Ak yakin ramai yang akan mempersoalkan aku mengenai Ballack, tetapi bagi aku tiada pengganti lagi baik kepada ketiadaan Essien berbanding Ballack, hatta Mikel bagi aku tidak layak..Mungkin dia sudah tua, lembab, tetapi kehadirannya memberikan kestabilan di dalam skuad, lihatlah bagaimana kapten Germany ini mendiamkan Sneijder sewaktu first half menentang Inter..keluarkan Ballack, kita kelihatan rapuh di tengah, sepertimana yang disaksikan ketika menentang Blackburn..Sekarang nie Ballack injured, mungkin kepulangan Deco adalah berita baik kerana dia adalah playmaker yang lebih bagus berbanding Ballack..Samaada Ballack atau Deco perlu membantu Lampard dan Mikel..

-BERFIKIR PANTAS, Carlo!!..aku memang panas hati biler tgok manager yang boleh rilek2 apabila jelas ada sesuatu yang tidak kena pada team..Menentang Blackburn adalah bukti Carletto tidak energetic, atau terlalu berfifkiran positif?? Tidak meletakkan backup di midfield sewaktu kita diasak hebat sehingga kita dibolosi menunjukkan Carletto amat slow membuat keputusan..Mungkin corak permainan di Itali yang lembab menyebabkan Ancelotti menjadi begini..Corak permainan di EPL memang pantas, harap Carletto boleh adapt untuk berfikir lebih laju..dah dekat 8 bulan kat England, takkan tak boleh adapt lagi??


Jadi, Saviour or Destroyer?? Ak rase masih awal untuk judge Carletto, dia perlu diberi lebih masa untuk membina skuad miliknya sendiri..Hanya Zhirkov pembelian utama Carletto, season nie walaupun bagi aku kehadiran Yuri disebabkan nasihat Hiddink..Musim ini season pertama Carletto, dan aku sebagai Fan The Blues tidak akan menghukum Carletto jika dia gagal..tapi ini jugalah kata2 aku ketika ambang pemecatan Scolari, harap Roman lebih rasional, berikan 2-3 musim di bawah jagaan Ancelotti aku yakin dia mampu mengubah barisan kini menjadi skuad yang marvellous..Ak bukannya meminati MU, tetapi benda yang bagus perlu dicontohi, Fergie tidak memenangi sebarang piala dalam 3 season terawal, dan liga hanya dimenangi selepas 6 musim menjadi manager, dan kisah seterusnya korang sendiri tahu kan..Roman perlu bersabar, berikan ruang kepada manager untuk bernafas dan develop player mengikut cara mereka, ak yakin trofi akan hadir..

Season depan ak yakin taktikal Diamond akan kembali digunakan, selepas Carletto mendapat pemain2 yang sesuai, dan kita akan melihat bagaimana skuad kita menggegar musim depan..Tetapi ini semua hanya kata2 kosong, musim perpindahan belum hadir, dan kita masih ad banyak match2 yang perlu dilalui..Buat masa kini, support kita adalah kepada sesiapa yang masih menyarung jersi biru diraja, bukannya pemain yang bakal masuk..Tamatkan season dengan Double, kemudian baru fikir pasal transfer window..Ak yakin kita masih ad peluang...Menang dengan Postmouth, Villa dan Big Match di Old Trafford menentang MU, we are back on top!! KTBFFH!!




2 comments:

esofagus said...

4-3-3 kerap digunakan time lpz african nation cup..macam ko ade mention, time tu, malouda main regular..time tu malouda meltop kaw2..

so sampai sekarang, ancelotti kne gune 4-3-3 sebab nak taruk malouda kat left winger..

anelka..oh yeah, aku setuju ngan ko..bagi la die rehat 1-2game..biar die rase terancam cikit, baru die slalu skor goal..

anelka bukannyer tak bagus, tp ntoh.die budget tpt die secured kot..

diamond formation paling bagus kalo ade sorang forward laju utk dipartner kan dengan drogba..senang nak counter attack..

pasal ancelotti, give him chance..kita jangan lupe track record die lawan other big four season ni..masih suci dan murni..macam minyak masak

Raiden said...

yup bagi aku ancelotti nie setaraf dengan Hiddink..cume skrg takde Essien jadi nampak sangat result yang ketara..

Hiddink bertuah kerana dapat Essien yang sembuh betul2 waktu die ambik alih, masih fit, gempak dan mengancam macam beli kereta yang baru..scolari lain citer, tak pernah menang pon dengan big team, hampess..

mengenai diamond tu aku setuju, Drogba dan Anelka amat similar, dia perlukan partnership yang laju dan lincah macam Pato, Aguero..

Jangan lupa Joe Cole, walaupun ciput je die men season nie, ak rasa dia masih ad bakat..Bulan Jan dia main gempak dengan Malouda kat sayap, cuma biler Didi balik, Anelka lak curi tempat die..ak harap die dapt main banyak baki season nie..