Peter Crouch menguatkan peluangnya merebut satu tempat utama ke Piala Dunia dengan dua gol ketika England menamatkan kempen kelayakan bola sepak mereka dengan kemenangan 3-0 ke atas Belarus, kelmarin.
David Beckham pula mengumpul penampilan antarabangsanya yang ke-115 sebagai pemain gantian babak kedua dan penjaga gol Manchester United, Ben Foster, turut mengukuhkan harapan mendapat peranan penting di Afrika Selatan apabila pasukan Fabio Capello itu melengkapkan sembilan kemenangan daripada 10 perlawanan Kumpulan 6.
Namun, jaringan Crouch, kedua-duanya dengan tolakan masuk jarak dekat tidak mengagumkan seperti rembatan Shaun Wright-Phillips selepas sejam permainan.
Apa pun, kehadiran penyerang Tottenham itu di tempat yang tepat memang tidak diragui lagi.
Dalam penampilan antarabangsa ke-35, dia kini mengumpul 18 gol walaupun Emile Heskey yang tidak berada di bangku simpanan, masih merupakan pelindung berkesan buat Wayne Rooney di mata Capello.
Kecederaan menyaksikan Rooney dan Steven Gerrard tidak dapat diturunkan dan kedudukan jaringan akhir itu memberikan sedikit sinar untuk barisan uji kaji England yang tidak pernah difikirkan secara positif pada permulaan perlawanan.
Wright-Phillips mencetuskan asakan awal dengan mengirim satu rembatan rendah yang tersasar beberapa inci dan kurang tiga minit kemudian, Crouch membuka jaringan.
Umpanan mempesonakan Gareth Barry menerusi sebelah kiri memberikan Gabriel Agbonlahar peluang mencipta nama dan bola rendah itu ditolak masuk oleh Crouch yang bertindak baik mengatasi pembayangnya, Sergei Sosnovsky.
Penyerang Tottenham itu bertindak kurang baik ketika menanduk sepakan sudut Frank Lampard yang tersasar pada minit ke-15 dan Agbonlahor mensia-siakan peluang dalam aksi antarabangsanya selepas membebaskan diri ke kanan.
Gagal melepasi pertahanan terakhir, penyerang Aston Villa itu tidak mampu menguji penjaga gol, Yury Zhevnov dari sudut yang sukar.
Glen Johnson kemudian menunjukkan kehandalan serangannya, berlari ke satu lontaran Aaron Lennon ke kotak dan mengatasi Sosnovsky walaupun rembatan dari arah menuju bendera sudut, kurang memikat.
Sehingga itu, Capello pasti berpuas hati dengan apa yang disaksikannya tetapi perasaan warga Itali itu berubah suram apabila babak pertama berkembang sedangkan rentak dan tahap tumpuan England merosot.
Johnson khususnya membenarkan Vitaly Kutuzov berada di depannya dalam kawasan penalti sebelum dengan cuainya melepaskan kawalan bola kerana terlalu ghairah membuat umpanan lintang.
Lawan yang lebih handal pasti lebih beruntung daripada kedua-dua kesilapan itu dan kerapuhan England di bahagian belakang terserlah apabila John Terry terpaksa menarik baju untuk menghalang Sergei Kornilenko daripada mengatasinya.
Foster tampak lebih pasti dalam mengambil rembatan lengkung Sergei Omelyanchuk sejurus selepas sejam manakala sepakan bebas Lampard ditolak melepasi palang dan kemasukan Beckham sebagai gantian, mendapat sorakan terbesar malam itu.
Impak serta-merta pemain berusia 34 tahun itu dalam penampilan ke-115 buat negaranya berbayar dengan reputasi di samping kemahiran teknikalnya.
Beckham mendapat sorakan penonton lagi dengan satu umpanan 40 ela ke dada Crouch tetapi penyerang itu gagal memanfaatkannya dari hujung kawasan yang mampu menghasilkan gol.

No comments:
Post a Comment