The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Wednesday, October 21, 2009

0 Menanti Kunjungan Atletikus ke Bridge

Setelah lama berehat akhirnya Champions League kembali menceriakan pagi2 peminat bolasepak dan sape2 yang kaki tido lambat..Setelah kejutan semalam 2 team fool ngan belacan kalah (tergelak ak tgok livescore pagi nie haha..) adakah malam nie akan ad kejutan lagi??

Pagi besok Chelsea akan bertemu Atletikus Madrid di Stamford Bridge dan cese dah tentu ingin meraih kemenangan untuk meneruskan rekod 3 kemenangan berturut2 dalam group stage CL nie..Jikalau menang The Blues hanya perlu mencari 2 mata sahaja lagi dalam pusingan kedua untuk layak ke pusingan kalah mati..Ak harap xde kejutan la game nie cm fool ngan belacan 2..

Setelah tumpas di tangan villa hujung minggu lepas, skuad The Blues pasti ingin menggunakan peluang nie untuk menebus kehampaan tersebut dengan membelasah Atletikus..dah la lame cese xbelasah team lain skang nie..ak yakin sume fan Cese hanya mahukan kemenangan dalam game nie selepas kecewa di villa park..peluang banyak dicipta penyudah yang tidak mengena menjadi punca kekalahan haritu dan harap2 kelebihan bermain di kubu kebal Stamford brdge nie akan memberikan suasana yang berbeza..Setakat nie Chelsea xpenah kalah lagi dekat Bridge dalm semua competition..

Atletikus kini yang digelar pasukan belasahan di Spain memang berada di prestasi terburuk diorang dan skang nie tgah terperosok di tangga -15 liga..match last diorang pn kena belasah 3-0 apedaa..tapi jangan disangka diorang nie tak power, dengan adanya simao, aguero dan forlan, bagi aku si tikus nie tetap mampu memberikan ancaman dan dengan melihat nasib yang menimpa team2 kuat semalam aku harap barisan skuad The Blues jangan over konfiden sebab dalam CL macam2 leh berlaku..bak kate Astro macam2 ada..

Jika Didi hebat di EPL dengan minima 1 gol setiap game, Nik (Anelka) pulak hebat di CL dengan 2 gol dalam 2 game setakat nie..gol die nie mmg penting sebab memblehkan cese menang dalam 2 game sebelum nie..Dengan Didi still dirantai oleh UEFA untuk satu match lagi, Nik akan menerajui serangan The Blues dan dengan bantuan Kalou selaku partnership di bahagian hadapan ak yakin die mampu untuk menjaringkan gol lagi malam nie..

Mengenai skuad Chelsea, Kapten Jerman Michael Ballack dah kembali dari kecederaan menentang Russia minggu lepas dan mgkin boleh beraksi malam nie..Boxing War walaupun dah habis tempoh tahanan reman ngan UEFA die tetap tak habis lagi appointment dengan doktor di Hospital London..Boxing mengalami kecederaan lutut menentang villa dan akan direhatkan untuk game sabtu nie..Alex masih lagi xfit walaupun semalam dah main 45 minit ngan team reserve Chelsea..xlama lagi okay r..yang len perfect score!!

Carleto ak pasti akan menggunakan formula yang same seperti game CL yang lepas, kalou partner ngan Nik dan ballack, lampard, deco ngan essien akan mendominasi midfield..ivanovic akan menggantikan boxing..cech walaupun tengah hampeh masih lagi akan diberikan kepercayaan untuk menjaga gawang..ak harap Joe Cole akan diberikan banyak mase untuk beraksi di 2nd half nanti..

Formation :

Cech
ivanovic-JT-Carvalho-Ash
Essien
Deco-Ballack
Lampard
Nik -Kalou

Match LIVE kat ASTRO Supersport pkul 2.45 pagi sok..ak predict Chelsea menang 2-0..
KEEP THE BLUES FLAG FLYING HIGH!!

No comments: