The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Monday, October 5, 2009

2 The Rock memang RocK!!

Takde perkataan lain yang boleh menggambarkan perasaan ak semalam selain PUAS!!....mmg xsesia la ak keluar ngan membe ak g kedai mamak smbil pkai baju cese..hahaha sian rumate ak sebab die libepul, balik muke monyok je tapi Victory is Victory!!....The Blues berjaya menumbangkan meja pool berkarat dengan kemenangan 2-0 hasil jaringan Anelka dan Malouda dan kedua2 gol tersebut di assist oleh Guess Who??Mestilah striker gempak kite The Rock..haha drogba nie mmg xngam btul ngan libepul ble jmpe je msti die akan perform dan menjadi duri dalam daging tok team fool 2..mmg sesuai la kalau ak gelar The Rock sebagai 'Liverpool Slayer'..


Mengenai Match semalam fool dilihat bermula agak garang nak test keeper Hilario tapi lama kelamaan player cese da menunjukkan penguasaan di bahagian midfield dan berjaya menyeimbangkan permainan dan mengasak team pool..First half keseluruhannya agak seimbang kerana xbanyak serangan berbahaya dilakukan kecuali sepakan free kick Si Muka Tua Riera berjaya ditepis keluar oleh Hilario..

second Half Celsi sememangnya mendominasi bahagian midfield, Jerat Cina dan Penoreh mmg dirantai habis oleh essian dan John Terry..Macam ak cakap lam post sblm nie, kalo ad ballack konpem kite konker midfield dan ternyata midfield fool 2 xleh lawan player cam deco-lampard-ballack kat tengah dengan rilek je passing bola sesama sendiri mcm men petang2 lak..Ballack mmg memberikan perbezaan pada Celsi berbanding masa lawan wigan dulu..


hampir satu jam match berlangsung Anelka berjaya membuka jaringan hasil umpanan cantik dari The Rock..satu finishing yang cantik dan ini menunjukkan Anelka dan The Rock sememangnya antara gandingan terbaik di dunia kini..Kemasukan si Israel Benayoun selepas itu smmagnya mnyebkkan fan celsi lelah jap sbab die nie mmg bahaya dgan byak cross dilakukan nak cari kepala tores tapi xjumpe kepala Captain JT yang banyak datang clear bola..haha ak boleh kate 99% cross fool xberkesan lansung lawan team Celsi semalam..Terry mmg Kebal dan sesuai digelar Great Wall Of London!!


Tengah pool leka nak serang, tup tup celsi gol lagi sebijik kali nie sekali lagi dari The Rock yng berjaya melepasi Kerengga dan assist tok Malouda yang siap sedia dah depan gol..Reina mmg xleh watpe pasrah je la kena titik dua mlm 2..Jerat cube nak cari satu gol tapi tembakan peluru die mudah je ditepis slumber doc oleh Hilario..kan ak da cakap die nie pawer haha..match tamat dan The Blues mng 2-0!!


Keseluruhannya Ancelotti da berjaya melepasi test pertama menentang Big 4 lam liga..nie dah membuktikan die mmg pakar taktikal yng hebat untuk celsi dan Big Phil adalah Big Flop semata2..banyak lagi match selepas nie harap leh mantain form sbb yang penting adalah konsistensi jika kita nak mng liga..Lampard mmg xmenyerlah semalam tapi xkesah la bagi aku mgkin ini adalah taktikal dari Ancelotti supaya player cam essien ngan ballack leh naik atas..ingat, Bolasepak adalah permainan berpasukan dan bukan individu jadi pengorbanan Lampard adalah untuk kebaikan teamwork Chelsea!!

Selepas nie ad international break so Chelsea akan berada diatas carta liga sekurang2 nye tok 2 minggu nie..papepun setakat nie post match ak..Keep The Bluest Flag Flying High!!

2 comments:

KampungChelsea said...

keep the blues flying high,hehe...kalau liverpool you always walk alone by the hell!!! haha

Raiden said...

hahaha YNWA- You Never Win Again