Tiada yang lagi menggembirakan dari berjaya mencapai kemenangan ke atas Liverpool di Anfield, apatah lagi 3 mata yang diperoleh semalam membolehkan Chelsea semakin hampir kepada kejuaraan Double buat kali pertama..
Yup, agak kecewa Manure menang tipis ke atas Sundal Land semalam, menyebabkan diorang kekal mengekori rapat 1 mata di belakang..Memang harapan tipis nak melihat Sundal Land buat kejutan, apatah lagi Steve Bruce merupakan anak murid Fergie, sape berani lawan tuk guru?? Tetapi fixture kini berbaki satu match lagi, masa sudah suntuk untuk Manure nak buat hal, apatah lagi match terakhir Chelsea akan menentang Wigan di tempat sendiri..Aku yakin takde masalah, sememangnya perfect time, kita akan menang 5-0 ke atas Wigan, mencapai 100 gol Premiership, dan Captain Marvel JT akan menjulang Trofi EPL di Stamford Bridge!!
Mengenai match semalam, Carletto kekal dengan winning team ketika menentang Stoke, cuma beza JT sahaja kembali ke skuad utama, manakala Ferreira digugurkan, meletakkan Ivanovic kembali sebagai Right Back..
Yup, mungkin Liverpool terpaksa bermain 120 minit menentang Atleti, tetapi First Half sememangnya Anfield memberikan kekuatan tambahan apabila diorang dilihat tak keletihan dan sekali sekala cuba menyerang kubu Chelsea..Aquilani antara yang membuatkan aku agak berpeluh, apabila long shot dari Italians nie hanya sedikit melepasi palang apabila Cech dilihat agak kelemasan..Match agak seimbang sehingga Gerrard melakukan back pass ke Reina yang dapat dibaca oleh Didi..Liverpool Slayer@Didi pantas mencuri hantaran Gerrard, memperdayakan Reina dan mudah menolak bola masuk ke dalam gawang..Fan Chelsea kuat bersorak, Fan Manure terdiam tanda pasrah..Fan Liverpool rilek je, "Gud Job Stevie G" kata mereka sambil menyambung "Jangan harap nak 19th Title"
Mungkin Chelsea agak bertuah dengan gol pertama tetapi baki minit seterusnya sememangnya tidak boleh dinafikan Chelsea adalah Best Team on the field..Kalou mendapat peluang keemasan di penghujung First Half apabila melepasi perangkap offside, cuma ditolak oleh Lucas dalam kotak..Penalti?? Referee mengatakan tidak, tetapi bagi aku Lucas adalah last defender dan menggangu Kalou dari belakang sememangnya foul, ada contact dan Total Penalty..Mungkin sebab nie Anfield, so makan hati je la..
Second Half, Chelsea semakin garang untuk mencari gol kedua seterusnya menamatkan match nie serta merta..Liverpool dilihat semakin lesu akibat kepenatan, jelas dapat dilihat apabila Aquilani, Benayoun dan Gerrard dah semput tak cukup nafas..Di minit 53 Chelsea berjaya mendapat apa yang dihajatkan, low cross dari Anelka dari sayap kanan berjaya mancari Super Frankie yang mudah menolak bola masuk melepasi celah kaki (5 ringgit??) Reina sekaligus meletakkan The Blues di kedudukan selesa 2-0..
Baki minit seterusnya adalah 'Hell in Cell' untuk Fan Liverpool, Chelsea menguasai di semua penjuru dan mungkin cuma faktor Reina dan nasib yang menyebabkan diorang tak tewas 4-0~5-0 semalam..Malouda melakukan volley yang cantek ke penjuru gawang cuma ditepis oleh Reina..Kalou juga beberapa kali cuba menggelecek di sayap kiri tetapi low cross tidak disambut oleh sesiapa..Anelka juga cuba mencari gol dengan shot2 di luar kotak namun Reina kekal menjaga gawang dengan rapi..Carletto kemudian mengeluarkan Kalou dan Anelka, manakala Zhirkov dan Joey dimasukkan di minit2 terakhir..Namun tak mengapa, wisel ditiupkan dan Chelsea berjaya meraih historical win di Anfield!!
Match Highlight :
Man Of The Match (MOTM) dalam match nie bagi aku adalah Kalou..dia bukan je memporak perandakan defender Liverpool tetapi membuka ruang untuk teammate lain menjaringkan gol..Sayang nama dia takde dalam score sheet semalam..Aku memang salute Kalou, dia boleh dikatakan antara muka yang semakin hebat di bawah jagaan Carletto selepas Malouda..Total Revolution!! Good Job Carletto..
3 mata yang diperoleh semalam sememangnya amat berharga dan membolehkan Chelsea kekal menerajui liga dengan 1 mata di atas Manure..Kini tinggal satu match, hanya Wigan yang menjadi penghalang minggu depan..Manure punye fixture aku tak peduli, selagi Chelsea kekal menang tiada apa yang boleh Setan2 nie lakukan..Match terakhir adalah di Bridge, antara faktor utama aku yakin kita akan mampu menamatkan tugasan dengan cemerlang sekaligus merangkul Trofi Premiership pertama dalam 4 tahun!! KTBFFH!!
Hail The Blues!!
Tenkiu Stevie G
Tenkiu Liverpool
Kiss It Fergie!!
Tenkiu Stevie G
Tenkiu Liverpool
Kiss It Fergie!!
No comments:
Post a Comment