The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Monday, May 31, 2010

0 Bena-Zionis-youn??

WTF..Aku tak pasti lagi berita nie boleh percaya atau tidak, walaupun nampak macam transfer rumours murahan dari mula, tetiba jadi macam siries lak..

Chelsea dilaporkan berminat gila dengan pemain Liverpool, Youssi Benayoun dengan dikatakan dah bid £4 m minggu lepas tetapi di-reject oleh Libepul..Minggu nie dengan Joey masih dikatakan akan keluar dan berpindah, Si Israel nie dikatakan akan menjadi pengganti Joey musim depan dan Chelsea akan membida tawaran setinggi £6 m dalam masa terdekat..

"Ancelotti wants me for next season and now everything depends on Liverpool. Chelsea will have to pay some £6m, but I believe that, in the end, I'll be moving there."Benayoun said.


Secara jujurnya aku memang bangkang giler subjek perpindahan nie..First Reason, of course la, sebab die nie Israel, walaupun bukan tentera Zionis yang perang kat Palestin, aku tetap rase tak best kalo die masuk The Blues..Salah satu reason mengapa dan kenapa aku rasa tak selesa dulu biler ada Ben Haim dan Grant kat Chelsea..Kedua, okey mungkin ada mengatakan Football adalah Global, so kita ketepikan sentimen prejudis, aku tetap rasa tak rasional ambik Benayoun yang berumur 30 taun berbanding mengekalkan Joey yang baru umur 28 taun..Tambahan lak dengan 6 + 5 Rule yang akan dikuatkuasakan tak lama lagi, aku rasa mengekalkan Englishmen seperti Joey adalah sesuatu yang ideal berbanding membeli pemain luar..Reason ketiga, aku tak nampak apa yang special pada Benayoun nie berbanding Joey, cuma dribble la aku nampak kelebihan dia tapi finishing dan cross sume bagi aku biasa je, Joey pon boleh buat..Skuad Chelsea pun bagi aku dah banyak pemain macam Benayoun nie, Kalou, Malouda, Sturridge malahan Stoch mungkin pilihan yang lebih bagus..Reason ke-4, masih ingat lagi bagaimana kunjungan Chelsea ke Malaysia nyaris2 ditangguhkan gara-gara Grant?? Yup, selaku negara Islam memang Malaysia tak benarkan mana2 warga Israel jejak kaki ke tanah melayu sebagai tanda sokongan kepada Palestin..Nasib baik waktu tu Scolari ambil alih saat akhir..Jadi kepada Fan The Blues di Malaysia, kalau berhasrat nak usha team kesayangan kita mai sini lagi, sama2 la kita boikot Benayoun nie..Punya la banyak 195 negara kat dunia nie, kenapa Israel??

Aku harap nie hanya omong kosong dan gebang2 je orang Perak kate..Carletto, aku tak pasti apa dalam pemikiran die sebab masih tak jelas intuisi dia dalam transfer market nie..Nak kata beli Torres ke Aguero, tak nampak rumours yang kuat dan boleh dipercayai..Carletto lak hanya berdiam diri, senyap, mungkin sedang mengatur gerak secara sembunyi?? Sama2 kita nanti..


Dengar kata Benayoun suke roti nie




No comments: