The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Sunday, May 2, 2010

0 Preview : The Blues vs The Reds

Sudah tiba masa yang ditunggu, aku pasti ramai Fan Chelsea yang berdebar menantikan match menentang Liverpool di Anfield malam nie..Hanya kemenangan yang ditagih malam nie untuk meraih kejuaraan EPL, result selain itu tidak harus ada dalam pemikiran..Sekiranya Chelsea berjaya mendapatkan 3 mata, aku yakin kita sudah hampir pasti akan dinobatkan sebagai EPL Champion..It's Do-or-Die mission, kemenangan adalah Wajib!!

Dah banyak spekulasi dan buildup diutarakan sempena match nie, tetapi hanya result di atas padang yang akan dikira..Aku harap pemain Chelsea kekal fokus dengan tugasan di atas padang dan lupakan perkara mengenai konspirasi yang dihebohkan sebelum nie..Dengan bermain lebih awal dari Manure, aku harap mampu mengurangkan pressure ke atas pemain kita sekaligus membolehkan mereka bermain dengan baik malam nanti..

Update pemain, Mikel dikatakan hampir pulih tetapi kemungkinan takkan beraksi malam nie akibat fitness dan dijangka akan kembali kedalam skuad utama menentang Wigan minggu depan..Cappi JT akan kembali ke dalam skuad setelah tamat suspension sekaligus melengkapkan benteng pertahanan kita..Pemain lain seperti Essien, Bosingwa dan Carvalho kekal di Wad Sakit..

Pemain utama Liverpool bagi aku bukan Gerrard, tetapi GK mereka iaitu Pepe Reina..2nd keeper Spain ni boleh dikatakan nadi bahagian pertahanan Liverpool sepanjang musim nie..Malam nie kita akan melihat bagaimana player The Blues akan cuba menembusi gawang yang dijaga dengan rapi oleh Reina..aku harap Malouda, Didi, Lampard, Anelka dan Kalou sudah siap sedia mengasah ketajaman mereka untuk membocorkan gawang Liverpool..

Formasi 4-3-3 malam nie aku rasa akan hampir sama dengan skuad ketika menentang Stoke, cuma JT sahaja yang akan kembali berganding bersama Alex dan Ivanovic kembali ke posisi asal Right Back..Posisi midifield dan striker bagi aku tidak perlu ada perubahan, why should change the 7 goal winning team?? Deco aku tak pasti, tetapi berkemungkinan Malouda akan kekal sebagai Attacking Midfield..Hero Hatrik Kalou bagi aku layak diberikan hak starting lineup, Joey pula mungkin akan diletakkan di bangku simpanan..

Formasi malam nie :

---------Cech----------
Ivanovic-JT-Alex-Ash
Lamps-Ballack-Malouda
---Anelka-Didi-Kalou---

Skuad Liverpool agak kepenatan selepas bermain 120 minit, aku harap kita gunakan peluang ini untuk menekan Liverpool dari awal minit pertama dengan attacking yang bertali arus..Sekiranya Chelsea mampu mendapat gol awal, aku yakin minit2 seterusnya akan menjadi mudah..Be agressive!! Aku mahukan kita beraksi sepenuh hati dan garang seperti ketika menentang Manure di Old kerepot, bukannya takut2 seperti ketika menentang Spurs..Tinggal 3 match sahaja lagi untuk merangkul Double , aku harap para pemain memberikan 200%!!

Result Prediction : Liverpool (0) - Chelsea (2)

Fuuhh, memang berdebar menanti match malam nie, sampai sukar aku nak prepare untuk test pagi esok, huhu..Harap tiada lagi kejutan dan pemain Chelsea mampu membawa pulang 3 mata ke London..All the best!!! Bagi semua Fan The Blues, aku menyeru malam nie kita prepare pakai baju biru diraja Chelsea, pergi gerai, sorak kuat2!! KTBFFH!!


MATCH ESPN LIVE 8.30 MLM


No comments: