Di dalam Dunia Bolasepak, ada 2 jenis kapten yang boleh dikenalpasti untuk mengemudi satu-satu pasukan :
1) Natural Leader
2) Lead by Example
Kapten 1, Natural Leader adalah pemain dan kapten yang mempunyai bakat semulajadi untuk menjadi seorang pemimpin dalam pasukan, contohnya Cannavaro, Keane, Maldini..Mereka ini mempunyai identiti bengis, pemarah, kuat mengherdik dan tidak gentar dengan pihak lawan yang cuba menjatuhkan pasukannya..
Kapten 2, Lead by Example adalah seorang kapten yang tidak mempunyai ciri-ciri semulajadi seorang pemimpin, kebanyakan mereka adalah pendiam dan jarang menunjukkan emosi mereka..Namun seperti Zidane, Beckham, kerana mereka ini merupakan footballer yang hebat dan sering melakukan aksi2 yang memukau di atas padang, mereka dihormati oleh teammate justeru melayakkan mereka dinobatkan sebagai Captain..
Capten Marvel JT merupakan kapten kebanggaan Chelsea, kategori apa kapten kita ini?? Yup, JT merupakan Kapten 1, sebagai Natural Leader, dia sememangnya mempunyai ciri-ciri kepimpinan semulajadi, tegas, garang dan bengis..dikesan oleh Claudio Ranieri, JT mudah diberikan armband sebagai pengganti Marcel Dessaily, mentornya..Walaupun masih muda, aura leadership dan top class defensive yang dipamerkan JT menjadi penyebab dia layak diberikan lilitan kapten, juga yang membolehkan dia dihormati dari dulu hingga kini serta diakui sebagai The Best Chelsea Captain..
Namun apabila kita melihat aksinya ketika menentang Spuds kelmarin, bagi aku tiada langsung ciri-ciri di atas yang ditonjolkan, JT agak emo, tidak menaikkan semangat teammate dan aksinya di atas padang sememangnya mengecewakan apabila dia menerima kad merah..
Dalam match kelmarin, yup Terry sememangnya dilahirkan untuk menjadi Captain, tetapi Frankie menunjukkan mengapa kadangkala aksi di atas padang adalah lebih penting dari ciri-ciri semulajadi seorang pemimpin..Super Frankie Lampard merupakan contoh terbaik untuk Kapten jenis ke-2, Lead By Example..walaupun tidak mempunyai karektor Captain, aksi menakjubkan yang sering ditonjokan Frankie di ats padang membuatkan dia sering dihormati kawan mahupun lawan..Menentang Spuds kelmarin, walaupun bermain 10 orang, Frankie tidak berputus asa dan kekal berusaha mencari gol untuk pasukan, hasilnya dia berjaya mencari satu gol di penghujung permainan dan menaikkan semangat pasukan, sekiranya diberi lebih masa, aku yakin kita mampu mencari gol penyamaan!!
Namun bukannya aku ingin mencari pemain yang ingin dipersalahkan, ia adalah tipikal selepas kekalahan satu2 match, sudah tentu kita akan mencari 'kambing hitam'..aku tidak ingin meletakkan sepenuh tanggungjwab kekalahan ke bahu Terry kerana ini adalah permainan berpasukan, justeru keseluruhan team perlu dipersalahkan akibat kekalahan kelmarin..Mungkin Terry agak penat selepas bermain 3 match seminggu, mungkin juga dia agak terkesan dari abuse Home Fan..aku agak memahami JT, selepas diexpose sepenuhnya oleh gol kedua Bale, sudah tentu JT agak panas melihat defense Chelsea ditembusi dengan mudah, dan seperti ketua keluarga sudah tentu dia akan marah apabila rumahnya diganggu..Terry bagi aku melakukan tackle yang agak keras, sekeras hatinya yang ingin mempertahankan kubu Chelsea, cuma kadangkala gayanya tidak kena, menyebabkan dia dilayangkan kad merah..Ancelotti juga bersetuju, dia juga mengakui ia adalah hari yang off-form untuk JT..
"I was a player and you know sometimes you are not always rational, you sometimes lose your control. He has had a fantastic season. Maybe sometimes he had some problems and didn't play so well, maybe against Spurs he didn't play too well," Ancelotti told The Sun.
Sudah lumrah apabila seseorang melakukan kesalahan, kita akan segera mencaci, walaupun seberapa banyak kebaikan yang dilakukannya sebelum ini..jangan cepat melatah, bagi aku Terry sudah melakukan aksi2 defensive terbaik sebelum ini, terutamanya dalam 3-4 match lepas yang membolehkan kita kembali merampas puncak EPL, harap jangan dilupakan..Cuma JT perlu kembali rasional, tenang sepertimana yang ditonjolkan oleh Vice-Captain Lampard, no offense, JT adalah Captain Fantastic, cuma dia perlu memperbaiki aksinya di atas padang selepas ini, bukannya mengherdik dan memaki hamun semata-mata selaku Natural Leader..
Terry boleh dikira bernasib baik tidak dikenakan straight Red Card yang memungkinkan dia terlepas 3 match sekaligus, seterusnya menyebabkan dia out sehingga tamat musim untuk Premiership..Dua kad kuning menyebabkan JT akan terlepas match menentang Stoke, jangan risau Ivanovic ada sebagai pengganti, mungkin masa yang tepat untuk Cappi berehat seketika..Seumpama nyawa kedua, Terry akan kembali dalam match seterusnya, iaitu menentang Liverpool di Anfield minggu depan, sudah tentu masa dan peluang yang terbaik untuk JT kembali menunjukkan aksi seorang kapten sebenar!! Aku yakin Terry akan kembali bangkit dan dia akan membuktikannya dengan kemusnahan Fool di laman sendiri nanti..JT-Captain, Leader, Legend!!
No comments:
Post a Comment