The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Wednesday, April 7, 2010

0 Joey Kembali Bernafas!!

Magician 10 is back!!

Musim nie sememangnya bukan musim terbaik Joey, di awal musim, dia mengalami kecederaan, terkeluar dari skuad England, kontrak Chelsea tertangguh dan tidak diberikan peluang bermain oleh Carletto..Tidak mahu menyalahkan manager, kerana Joey sememangnya kelihatan seperti pemain yang sudah berumur, cepat pancit, kurang pantas dan injury prone..ketika itu semua fan dan media mempersoalkan mengenai prestasi Joey yang kian merosot dan ramai yang mengatakan dia sudah 'Finished'..

Tetapi hanya dalam beberapa minggu lalu segalanya berubah, kecederaan Didi dan kemerosotan Anelka jelas memberikan peluang sekali seumur hidup kepada Joey..Take it or leave it!!..Joey tidak menoleh ke belakang, dengan Anelka direhatkan, peluang bermain menentang Posemut digunakan sebaiknya, cross dari Joey menghasilkan gol kelima Chelsea..Jelas masih ada sinar di situ..Menentang Villa, dengan Didi injury, Anelka kembali menjadi striker dan Joey mendapat peluang kedua di sayap kanan untuk membuktikan dirinya still marvellous..keupayaan Joey bermain flow football memberikan kelebihan pada Chelsea, dia merupakan link terbaik antara midfield dan striker, membolehkan kita menang besar 7-1..ketika ini Joey sudah semakin mendapat kepercayaan dari Carletto..mendapat 1-2 game secara berterusan memang menaikkan confidence Joey..

Backheel yang merubah segala-galanya

Kemuncaknya adalah di Old kerepot minggu lepas, bermain di posisi sayap kanan, Joey melakukan segala-galanya untuk menunjukkan mengapa dia digelar 'Wonderkid' suatu ketika dulu..Di pentas terbaik Old Kerepot, di hadapan 75,000 penonton, di hadapan manager kelab dan negara yang meragui keupayannya, Joey melakukan Backheel Goal yang World Class dan memberikan titik terpenting untuk Chelsea memenangi pertemuan di Theatre of Cream dalam masa 4 tahun..

Kini Joey kembali bernafas, namanya kembali disebut untuk skuad England, pihak pengurusan Chelsea kembali membuka mata mengenai keupayaan Joey di atas padang, Capello tersenyum, begitu juga Carletto, the Pheonix has risen from the ashes, they said..

Namun masih ada sesuatu yang masih berlegar dalam pemikiran Fan Chelsea, mampukah kita melihat pemain berbakat seperti Joey dilepaskan begitu sahaja terutamanya kepada rival seperti Manure??..Masalah kontrak masih lagi diperkatakan, kerana Joey dikatakan demand gaji setaraf John Terry dan Frankie..Bagi aku, adakah Joey layak mendapat kontrak baru?? Sudah tentu!! Adakah Joey layak mendapat salary setaraf JT dan Frank?? Sudah tentu tidak!! Joey tidak menjaringkan 20 gol setiap musim seperti Frankie, manakala dia tidak sekental Terry yang mampu bermain setiap match dalam satu musim..

Yup, Joey sememangnya hebat, tetapi dia masih tidak layak nak demand gaji tinggi2..Joey merupakan pemain Chelsea yang dikatakan sememangnya berdarah biru..Merupakan Chelsea Fan dari kecil, sudah berapa kali ungkapan" I Love Chelsea" dikatakan dan apabila transfer rumours berlegar, Joey akan segera menafikan dengan mengatakan dia gembira bersama The Blues..Tapi sekiranya Joey adalah True Blues, bagi aku persoalan gaji tidak seharusnya menjadi persoalan, gaji £80,000-a-week yang diterima kini sudah cukup tinggi, sekiranya dia mahu stay, bagi aku dia perlu merendahkan permintaaannya untuk mendapatkan kotrak baru..Yup, perbincangan kontrak Joey mungkin akan ditangguhkan kini sehingga musim tamat, aku harap penyelesaian terbaik mampu dicapai, dan sudah tentu, ak harap Joey kekal musim depan!!

Kembali dalam skuad England dan berambut panjang??

Okey mengenai skuad England, no doubt Joey perlu diterbangkan bersama ke South Africa!! Kecederaan Beckham jelas memberikan ruang percuma kepada Joey, siapakah pemain England yang mempunyai banyak skill seperti dia?? Mempunyai abiliti yang jarang dimiliki oleh Englishmen lain, Capello diharapkan akan membuka mata untuk memanggil Joey kembali ke dalam skuad England..Sekiranya Fit, aku yakin dia mampu menjadi pemain yang mampu mengubah result satu-satu game sepertimana yang berlaku di Old Kerepot..

"If I am playing regularly in a team fighting to be champions I will have every chance to be in England squad. But my main focus now is Chelsea. It is very important this club gets back to the summit of English football. I want to be part of the team that becomes champions again."


Buat masa kini, Joey akan menumpukan sepenuh fokus untuk remain fixture untuk Chelsea, aku yakin dia akan memainkan peranan penting untuk The Blues menjelang penghujung musim nie..Harap dia akan memberikan yang terbaik dan kekal beraksi hebat sehingga tamat untuk membantu Chelsea meraih Double!! All the best to Joey!!


No comments: