The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Monday, April 26, 2010

0 Post Match : 7 lagi!!!

Wau3, clap3..Sekali lagi The Blues menggegar dunia dengan keputusan yang di luar jangkaan pundits-pundits terhebat dunia, samada John Dykes, Shebby Singh, mahupun Notradamus Pele..Kemenangan 7-0 semalam memang menakjubkan, tetapi tidak mengejutkan Fan2 Chelsea, nie bukan kali pertama, bukan??

Result semalam, walau sebanyak mana pon gol, hanya 3 mata diberi dan dah cukup untuk meletakkan Chelsea di posisi asalnya, Top Sky Blues..Agak simpati kepada Manure yang hanya mampu bergembira selama 24 jam je sebelum ditendang ke bawah semula, haha..

Analisis match semalam, lineup asal agak mengejutkan kerana tiada Deco (ntah biler injured aku pon taktau) dan Joey yang diletakkan di bangku simpanan, manakala Kalou diberikan peluang selaku starting..Malouda direverse ke attacking midfield, memberikan attacking tiga di atas; Kalou dan Anelka membantu di flank manakala Didi kekal sebagai target man..

Skill Kala Jengking Didi

Sepertimana yang diharapkan agar kita beraksi aggresive dari mula, begitulah yang dipamerkan oleh pejuang biru..Boleh dikatakan hampir sepenuhnya First Half dipenuhi dengan shot2 ke gawang Stoke, sememangnya Singa Biru semalam amat ganas dan 'kelaparan'..Di minit ke-23, Chelsea mendapat gol yang dicari-cari, Malouda membuka ruang dengan cross kepada Didi yang ditahan dengan penuh bergaya ala2 Zidane, seterusnya melakukan cross cantek ke dalam kotak yang disambar dengan pantas oleh Kalou..1-0 untuk The Blues!! Tidak menunggu lama, 7 minit kemudian, Kalou sekali lagi mengganas, apabila mudah menyambar bola muntah dari rembatan Frankie, memberikan kedudukan selesa 2-0..Jika belum cukup, Kalou sekali lagi mencipta magic, dribble yang mengelirukan mencipta suasana kucar kacir di bahagian kotak penalti Stoke, mungkin mabuk, mungkin juga dia masih menyayangi Chelsea, Huth, ex-player Chelsea menjatuhkan Kalou, penalti untuk The Blues!! Penalti + Lampard = tak perlu citer kot, konfem gol!! 3-0 di First Half..

Hero Hatrik

Second Half, sekiranya ada yang menyangka Chelsea akan bertahan seperti rejim Mou, mereka silap, nie Carletto, selagi ada peluang, sayurkan lawan secukupnya!! Sekali lagi Kalou kembali memukau, hantaran cantik dari Frankie melepasi perangkap offside, dan Kalou mudah menyudahkan peluang diberi, melengkapkan hatrik pertamanya di Premiership..Congrats Kalou, you deserve it!!

Touch of Genius

Carletto kemudian mengeluarkan Hatrik Hero Kalou dengan Joey, tetapi apa yang lebih menarik perhatian adalah kemasukan youngsters berbakat Sam Hutchinson dan Sturridge menggantikan Ferreira dan Anelka..tidak menunggu lama, Young Blues segera memberi impak, Sam membukanya dahulu, dengan cross yang melencong cantik kedalam kotak penalti, Frankie mudah melakukan beautiful flick ala2 Johan Cruyf yang mudah melepasi Begovic..Sememangnya touch of legend, Frankie menambah lagi statsnya, 25 gol dalam semua competition, dan melengkapkan 20 gol dalam Premiership..Huh, Torres pon tak terkejar dah, jilat but Super Frankie Lampard dulu..

Danny pun nak ber'parti'

Oh ya, tak habis lagi pesta nie, jika Sam dah membuktikan keupayaannya, kali nie giliran Sturridge..through pass dari Didi berjaya mencari Danny yang dengan selamba gadak gelecek keeper sebelum menolak masuk ke gawang yang kosong..Sememangnya gol yang cantik, cuma celebration je tak 'cantik', haha Danny oh Danny..

Jika ada match dengan 7 gol, rasanya tak sah kalau Flying Frenchman tak ada dalam score list..Malouda yang terlepas dua peluang keemasan sebelum nie, kali nie tak membuat kesilapan lagi, cross dari Joey disambut dengan penuh terima kasih, dengan mudah Begovic di'ayam'kan sekali lagi untuk gol ke-7 Chelsea..Match tamat, tiga mata digapai, Chelsea on top..again!!

Match Highlight :


Chelsea v Stoke City

Marc | MySpace Video


Demolition of Stoke, atau 7th Heaven Part 3, boleh dikatakan persembahan paling perfect Chelsea pernah aku usha dalam season nie..Tetapi harap kita kembali fokus, sebanyak mana pon gol, ia hanyalah 3 mata, dan kita masih belum sah menjadi EPL Champion lagi, masih ada tugas yang perlu dilaksanakan..Match Premiership kini berbaki dua fixture sahaja lagi, minggu depan adalah ujian terbesar buat skuad kita, Liverpool sedia menanti di Anfield..Sekiranya kita berjaya menumpaskan Fool, aku yakin trofi EPL sudah boleh diikat reben biru, kerana match terakhir Wigan bagi aku adalah konfem menang, tambahan pula kita beraksi di Bridge..Sedangkan Spurs pernah sumbat 9 ngan diorang, so paham2 la apa akan terjadi nanti..Hanya seminggu sahaja masa untuk showdown di Anfield, harap semua player Chelsea mengumpul semua tenaga kembali untuk misi mengancurkan Fool!! Chelsea for Double, KTBFFH!!


No comments: