Keputusan kemenangan berpihak kepada Manure agak kecewa disambut namun sememangnya result match pasukan lain kita tidak mampu mengawalnya-lain yang diharap, lain yang jadi..Apa yang kita boleh lakukan adalah-TERUSKAN RENTAK KEMENANGAN..selepas match menentang Spurs, jelas kita tidak melakukan tugas kita dengan baik..baru sahaja tangan JT ingin merangkul trofi EPL, ada sahaja tangan2 lain yang menghalang..kekalahan 1-2 kelmarin membuatkan persaingan kembali terbuka, dengan 3 match sahaja tinggal, sudah tentu kita kian dihantui resah dan gelisah kerana jelas kejuaraan liga masih belum pasti untuk dicapai..
Mengenai analisis perlawanan, Carletto nampak tidak melakukan kesalahan kerana barisan semalam merupakan kesebelasan terbaik Chelsea kini, jelas dia mahukan kita mencapai kemenangan mutlak selepas mendengar khabar berita Setan sudah merapatkan kedudukan..Namun Carletto hanya mampu menganalisis, merancang dan menyusun strategi, selebihnya bergantung kepada performance para pemain di atas padang..
First Half, aku tidak tahu mengapa kita terlampau berhati-hati di awal permainan, sememangnya mengulangi kesilapan yang hampir membelenggu kita sewaktu menentang Villa dalam FA Cup cuma bezanya Villains tidak mampu menggunakan peluang sebaik mungkin..barisan pejuang biru kita sememangnya terlampau defensive menyebabkan kita kerap diserang oleh Spuds dari pelbagai sudut..Mungkin result Manure menyebabkan kita tertekan untuk memungut mata justeru kita risau dibolosi dari awal..ya, kita mahukan match yang stabil tetapi jelas ia memakan diri kerana 'Attacking is The Best Defending'..
Gol pertama Spuds tidaklah menarik, bola terkena tangan (mungkin bahu) Terry justeru menyebabkan kita dibolosi awal hasil sepakan penalti Defoe..Yup, aku akui agak harsh dan tidak mustahil keputusan ref disebabkan kita tidak dihukum dari match2 sebelumnya..Tambah2 lak nie home Spuds, pressure lebih kepada referee untuk memberikan penalti, mungkin Fergie dah hantar surat bantahan kepada FA sebab Chelsea selalu dapat favour dalam 2-3 match kebelakangan nie, sesuatu yang kerap diterima Manure saban tahun..
Gol pertama Spuds memang menyentap semangat namun aku masih optimis, kerana nie bukan kali pertama kita dibolosi awal, dan seperti baru ditampar oleh Guru Disiplin, barulah kita tersedar dari lamunan dan barisan midfield kian berani merangka gerakan dan serangan bertali arus mula dilakukan ke kubu Spuds..Gol Malouda dikatakan offside, agak kecewa tetapi aku yakin kita sudah hampir untuk mencari equaliser..
Tup2 Bale muncul dari entah mana melakukan counter, Ferreira, yang aku katakan merupakan sisi kelemahan terbesar kita dalam skuad, nampaknya dieksloitasi sepenuhnya oleh Bale yang memang melalui top form kini..sukar dijangka, dan rembatan padunya tepat membidik ke sudut bawah gol menewaskan Big Pete..Spuds bagi aku tidaklah sehebat mana, kita menguasai mereka dari segenap penjuru, cuma kemunculan Bale yang membezakan segala-galanya..Mamat Wales nie memang syial!!
Second Half, Carletto melakukan pertukaran segera double; Ivanovic dan Anelka dimasukkan menggantikan Ferreira dan Joey yang kurang menyerlah..Satu usaha yang aku puji dari Carletto, nampaknya dia sudah dapat membaca kesilapan lalu yang lembab melakukan subs di waktu2 penting..Mengeluarkan Ferreira dan kemasukan Ivanovic membuktikan Don sudah peka dengan apa yang berlaku, Bale sememangnya senjata utama Spuds, dan dia perlu dijaga rapi..
Kemasukan Anelka sememangnya keputusan yang bagus, kita memegang segenap possesion di Lorong Hati Putih hasil gerakan Frenchman nie..Namun kita masih gagal mencari gol pertama, magic Malouda dilihat hilang seketika, manakala Didi kelihatan penat dan cedera, manakala Gomez dan Dawson lak memang sukar ditembusi..
Ditengah-tengah kebuntuan, di saat kita mencari sinar cahaya untuk meraih mata yang penting, sudah tentu kita mengharapkan aksi2 yang penuh bersemangat dari kapten kita JT sebagai leading role..Yup, JT memang penuh bersemangat, mungkin terlebih bersemangat sehingga mendapat dua kad kuning=1 kad merah free menyebabkan dia akan terlepas match menentang Stoke minggu depan..
Ketiadaan JT menyebabkan kita hilang punca, ketiadaan leader seperti kapal tiada nakhoda, hanset tanpa bateri, laptop tanpa skrin..hasilnya Spuds memonopoli minit2 yang tinggal apabila kita terpaksa bermain dengan 10 pemain..Counter Spuds memang berbahaya, namun prestasi cemerlang Big Pete berjaya menepis beberapa cubaan dari Defoe, Pabliucenko(??) dan Bale..Dah aku kata, Spuds nie bukannya hebat sangat, hanya naseb je diorang menang malam tu..dengan 10 pemain pon diorang takleh menambah jaringan diorang manakala Chelsea berjaya menjaringkan gol pertama di penghujung match apabila cross Ballack berjaya mencari Lampard yang mudah menolak masuk..okey, mungkin tidak mampu mengubah keputusan match, tetapi bagi aku agak melegakan kita dapat satu gol kerana Goal Difference memang penting, membuatkan kita kekal mempunyai kelebihan 3 gol di atas Manure..
Match Highlight :
Tottenham Hotspur v Chelsea
Ilias | MySpace Video
Kesimpulannya, aku tak mahu mengatakan Spuds totally outplayed us, kerana kita lebih banyak menguasai possesion, cuma tidak ditukar kepada gol..Dalam dunia bolasepak, sesiapa yang menggunakan peluang secara maximum akan beroleh advantage!! Nie hanya hari malang buat The Blues..Spuds hanya mengharapkan Bale dan gol penalti hadiah referee..tanpa dua ekor nie tak kemananya Spuds..ak rase semua boleh tengok dengan 10 orang Chelsea pon diorang takleh menambah jaringan..Spuds boleh dikira bernasib baik Malouda hilang magic-nya kelmarin-sesuatu yang aku harap akan segera kembali secepat mungin!!
Kekalahan nie memang perit, agak sukar diterima, hampir satu hari suntuk hari Ahad aku ambil masa nak telan kepahitan nie, tapi bila fikir2 balik, takde guna meratap benda yang sudah lepas, mengambil kata2 yang positif, kita masih di puncak walaupun hanya berbeza tipis 1 mata, dengan 3 match berbaki, sekiranya kita dapat memenangi kesemua baki match, kita akan menjadi juara!! Tidak perlu bagi aku kita memaki dan sumpah seranah untuk mencari pemain yang perlu dikambing hitamkan, kerana mereka inilah yang akan membawa cabaran kita sehingga ke akhir musim, keep supporting to the end!! Manure tidak mampu berbuat apa2, agak pathetic, mereka hanya mampu mengharapkan kita drop point, kesian bukan?? Memegang semangat sewaktu kita out dari CL, kita menang 3 match berturut2, tidak mustahil kita mampu melakukannya sekali lagi!! Menang 3 match terakhir, aku harap kita mampu membuktikan mengapa kita layak menjadi EPL Champion!!
Kalau Carletto boleh bersikap positif, mengapa tidak kita??
"It's very exciting, I always said it will be decided in the last game, until then it will be a fight."
2 comments:
Terry was sent-off midway through the second-half for second bookable offence, in same stadium where he suffered his first career red card . The result that day was also 2-1 . It's just not his lucky day . Go on !
yup, Terry dah men mantap sebelum nie, dont judge by one performance..JT will be back!!
Post a Comment